Pages

Wednesday, December 26, 2012

Kena kali ke-2

Bukan nak salahkan sape2.. cuma terkilan sebab masuk yang ni kali kedua kereta aku ni kemek disebabkan org lain.

Elok2 kereta aku tu duduk diam2 pun ada gak yg teringin nak g cium.

Apa la nasib, duit bonus masuk xde la bnyak mana. Kena pulak bala kecik ni sampai. Ujian betul.

Nasib baik la renjer taman botani shah alam tu cepat bertindak amik ic budak yg langgar kereta aku ni, kalau tak jawabnya mmg telopong kosong la aku.

Friday, December 14, 2012

Rumah kena pecah masuk

Hari isnin lepas, pukul 9 malam bapak aku call. Dengan nada suara yang agak kelam kabut bapak aku bagitau yang umah kitorg kat kampung kena pecah masuk oleh pencuri.

Kejadian berlaku sekitar waktu dari jam 8 malam sehingga 9.15 malam.

Pukul 8 malam orang tua aku dengan adik bongsu aku ke stesen bas tesco nak menghantar sedara aku naik bas ke subang, dan diorg smp rumah tepat 9.15 malam.

Adik aku yang mula2 sedar rumah diceroboh. Masa masuk tu dia terus ke dapur, mak aku menyusul masuk dan mak aku ternampak pintu bilik dia terbuka. Mak aku tanya adik aku, dia buka kan pintu bilik ke? Adik aku jawab la takde sambil dia tgk pintu tu seakan2 ditendang sebab ensel pintu tu tercabut.

Bila mak aku tengok pintu bilik adik terbuka jugak, terus mak aku dapat tau memang kompem rumah ni ade org ceroboh. Terus panggil bapak aku yg tengah cakap guna tepon kat luat.

Berlari bapak aku, masuk tengok kat dapur, pintu terbuka..jendela rumah aku ada kesan umpil, frem pintu belakang bahagian luar tercabut. Lepas chek semua bahagian bapak aku perasan yang lubang udara dalam tandas dicabut, so ade la lubang kecik sebesar badan budak.

Memang sah pencuri tu masuk ikut lubang tu, polis pun dah sah kan. Polis bgtau bukan sorang pencuri mungkin 3 orang dan bukan rumah aku je..kawasan yg sama dah masuk yg ke-4 iaitu rumah aku.

Kerugian tak besar sebab dia salah amik beg. Jam rado bapak aku hilang.. tu je. Alhamdulillah takde kemalangan jiwa.

Pesta buah Putrajaya

Minggu lepas berlangsungnya pesta buah kat presint 2 putrajaya. Acara berlangsung selama 5 hari, kalau tak silap la.

Hari sabtu aku kesana memborong buah manggis dan rambutan yg mana berat masing2 adalah 3 kilogram setiap satu. Bukan apa..dah murah sangat buah tu. Beli pun bukan makan dengan bini je..bawak ke rumah kakok ipar kawe..jamu anak2 buah.

Hari keduanya pulak hari ahad, lepas amik adik den dari LCCT dia ada bagitau aku yang dia teringin nak makan doghoyan. So tanpa melengahkan masa aku terus bawak dia ke pesta buah tu. Hasilnya aku,bini dan adik aku berjaya menghabiskan durian jenama musang king sebanyak 2 bijik.

Hari ketiga pulak lepas balik keje hari isnin tu. Bosan punya pasal, malas nak balik umah awal aku dan bini menjejakkan kaki buat kali ketiga berturut2, kali ni beli banyak jenis sikit. Rambutan, manggis, jambh madu dan jambu batu. Durian dah puas makan, so cukup pada hari ahad tu.

Pesta yang sangat menarik, sebab harganya yang sangat murah berbanding kalau beli kat pasar malam. Banyak pilihan buah masa tu. Boleh masuk makan buah secara marathon dengan bayaran RM15 je sorang dan boleh makan sampai tahap tak larat nak makan. Tempat yang strategik. Peniaga nya pulak kebanyakan nya peramah.

Friday, November 30, 2012

Kenapa boikot McD?

Pada pendapat aku la, aku tak tau la pendapat org lain. Kenapa aku nak boikot sangat beger dari Mcdonald?

Pertama sekali mestilah sebab dia antara penyumbang dana untuk israel. Walaupun bukan secara direct, dari segi pembayaran penggunaan jenama McD itu sendiri terang2 syarikat asalnya dari US. Dari sini terang-terangan US merupakan penyokong utama israel.

Sebab peribadi yang kedua, aku tidak akan dapat kemudaratan kalau aku tak makan beger tu, tetapi sebaliknya. Disebalik kesedapan beger tu, kita tak tau atau tak perasan banyak mana penyakit yang mampu beger tu boleh bagi pada kita.

Yang ketiga pada aku ialah company dah cukup kaya, dia tak akan jatuh bankrup serta merta sebab cawangannya merangkumi seliruh dunia.

Seterusnya ialah, aku adalah muslim tapi tak mampu untuk berperang untuk saudara aku yang sedang dibunuh oleh musuh Islam. Yang aku mampu cuma memboikot barangan mereka, sebab kalau seorg je yang memboikot mungkin tak bagi kesan sangat, tapi kalau semua umat Islam bersama2 boikot aku yakin dengan izin Allah, negara kuat seperti US pun akan goyang.

Sekarang ni masih ada pilihan beger lain kat Malaysia ni, antaranya Otai beger, Ramly beger dan macam2 lagi. Yang pastinya syarikat mereka adalah bumiputra dan tidak sama sekali menyalurkan dana kepada israel.
Aku cerita pasal beger je sebab sekarang ni beger dah boleh dianggap sebagai makanan ruji orang kita, sebab selalu sangat makan beger. Padahal makanan ni sikit sangat khasiatnya kalau nak.dibandingkan dengan nasik dengan tempe.

Renung-renungkan dan selamat berfikir..
Otai beger Food Court Teja 

Thursday, November 29, 2012

Nasik minyak@Presint Diplomatik

Lepas tengok rancangan Jalan-jalan cari makan kat TV3, wife aku semangat nak makan nasik minyak kat presint diplomatik.

Aku kalau bab makan memang takde masalah, sentiasa on je. So, jawapannya semalam aku sampai jugak ke sana.

Sampai pukul satu, pelanggan tak ramai lagi. Senang la nak pilih meja, cuma parking je yang susah sikit nk cari. Dalam masa 15 minit, kedai tu penuh dengan pelanggan. Smpaikan kena berkongsi meja.

Makanannya memang sedap, aku makan nasik briyani lauk daging masak hitam. Memang puas hati, wife aku plak pilih nasik hujan panas, pilihan lauk ayam masak merah.

Harga memang amat berpatutan, next time akan pegi lagi, insyaallah akan try nasik minyak pulak.

Wednesday, November 28, 2012

Karaoke@Alamanda






Lepas layan twilight, lepas solat, lepas makan, lepas pengantin baru balik aku heret bini dan adik g layan karok kat alamanda tu.

boleh tahan la sound dia..lagu pun banyak, tapi bagu aku yang tak ber'ada' sangat ni terasa mcm berat sikit la masa nak bayar tu..hehe

takpe apa2 pun, layan nyanyi kat sini memang syok..aku masuk sejam je. itu pun bagai nak menangis anak tekak aku ni.

korang boleh check rate diorang superstar karaoke alamanda

The Twilight Breaking Dawn Part 2@Alamanda Putrajaya

 

Macam biasa aku selalu ke panggung untuk layan citer2 baru, kali ni layan pulak cerita yang ramai tertunggu2 nak tengok. Sejak release hari khamis lepas ramai yang cakap citer ni best, bagi aku pun memang citer ni best sebab aku tengok citer ni sejak dari episod mula2 lagi.

So,aku berkesempatan pegi tengok pada Sabtu lepas, kalau ikutkan hati nak pegi tengok dari hari khamis malam lagi. Tapi memandangkan tiket untuk khamis dan jumaat tu fully book aku pun pilih la sabtu pagi.

Kebetulan pulak member yang barstatus pengantin baru nak join then aku bawak kan je la, 1st date lepas kawin katanya. Sebelum kawin malu2 kucing katanya.

pengantin baru yang pemalu

Kembali ke tajuk asal, jalan cerita agak menarik tapi bagi orang yang tak penah tengok episod sebelum2 ni akan rasa agak boring, sebab pelakon banyak berbincang pasal masalah diorg. 

Aksi pontianak berlari laju tu memang syok, dan paling aku suka tengok mata merah Kristen Stewart tu. Pelakon semua cool tapi anak kecik tu nampak agak kepatungan sikit.

Aksi berlawan semua aku puas hati, tengah layan aksi bunuh membunuh tu tetiba pulak feel aku dipotong sebab aku ingatkan diorg betul2 saling berbunuhan rupanya ilusi yang cuba nak disanpaikan Alice kepada ketua ponti tu. Aduyaii...

Watak yang paling aku minat ialah si Jacob tu, memang idaman la dapat badan macam mamat tu. Lelaki mana tak nak badan taf kan. Dalam proses nak kembali aktif ke gym balik.

Tu je ulasan dari penonton kerdil macam aku ni... kalau ikutkan hati nak download je, tapi dah pengantin baru beria-ia nak g tengok aku pon hentam saja la..


Wednesday, November 14, 2012

Silent Hill Revelation 3d@Alamanda Putrajaya





Sekian lama tak tengok cerita seram a.k.a Horror omputih. Sempena cuti Deepavali aku ke Alamanda layan cite ni, sambungan dari cerita Silent Hill sebelum ni. 

Barisan pelakon yang popular 





Cerita bagi orang tak biasa tengok mungkin akan rasa agak seram. Bagi aku agak okey la, takde la seram sangat. Suspen dan scene2 yang mengejutkan ada la.

Jalan ceritanya yang mana pelakon utama  Adelaide Clemens yang selalu bermimpi pasal Silent Hill, dia adalah separuh dari diri anak syaitan yg dibakar hidup2 oleh penduduk kampung Silent Hill.

Dia dijaga oleh ayah angkatnya Sean Bean supaya Adelaide Clemens tak pegi ke Silent Hill, walaubagaimana pun ayah angkat dia diculik oleh penjaga Silent Hill. Maka terpaksalah si heroin ni pergi mencari bapak angkatnya.

Sikit2 sudah la...

Nak tau gi la tengok ye, tiket tak mahal pon 3D baru RM17.



Friday, November 9, 2012

Apa pun tak boleh

Pagi2 ni biasa la jalan sesak nak ke ofis, nak kejar punch kad.

Tengah nak cepat tu boleh pulak kereta depan bawak slow, nak potong tu datang pulak dari belah kanan laju berdesup kereta nak mencelah. Berapi je rasa dalam hati, terus keluar caci maki. Yang berdarah telinga orang sebelah dalam kereta yang sama, bukan kereta yang 2 biji td tu.

Situasi biasa atas jalan raya, kadang bukan pagi je. Bila2 masa pun situasi mcm kat atas tu boleh jadi.

So, kat dunia ni apa yang kita buat yang kita rasa kita selesa belum tentu orang lain selesa.

Kita bawak kereta slow sebab kita fikirkan keselamatan, kita bawak laju sebab tak nak susahkan orang belakang kita yang nak cepat, tapi masih lg buat org lain tak puas hati.

Kesimpulannya, buat ikut kata hati dan akal fikiran yang waras. Jangan buat keputusan atau perbuatan last minit, nnt mengundang padah.

Nasihat untuk diri sendiri..

Monday, November 5, 2012

Berbaik dengan jiran

Semangat kejiranan yang murni dan suci macam diamalkan oleh orang tua2 kita dulu dah makin luput, aku dapat rasakan tu sejak aku duduk kat apartment yang majoritinya dihuni oleh orang2 muda macam aku.

Bukan nak bangga diri tapi setakat ni ramai mana yang selisih dengan aku, aku cuba tebalkan muka dengan senyum. Ada yang balas senyuman ada jugak yang buat2 tak tau.

Kalau kat kampung aku, jiran2 sekeliling dah macam ahli keluarga sendiri dah. Lagi meriah kalau masuk bulan puasa, bertukar2 juadah macam dalam tv tu, biasa je. Berjalan ramai2 ke masjid untuk solat terawih, meriah je. Dah jadi kebiasaan suasana macam tu. Dan bila aku bawak ke bandar, ada yang boleh terima dan ada yang pandang sinis.

Alhamdulillah jiran sebelah rumah aku tak macam tu, cepat betul mesranya. Kena pulak minat kitorg hampir sama, memancing. Semalam siap boleh round sampai ke Dengkil dan sampai ke Seri Kembangan mencari kedai pancing, kebetulan pulak orang sekampung.

Baik hatinya jiran aku ni sampai dibaginya password steamix kat aku, untuk senangkan aku guna internet. Dia cakap tak payah la guna broadband, slow. Guna je line dia, laju sikit. Aku nak bayar dia tak nak terima. Syukur sebab ditemukan aku dengan jiran2 yang baik hati.

Macam mana nak terapkan sifat kejiranan? Tepuk dada tanya diri sendiri, susah ke nak bagi salam kepada orang yang kita jumpa kalau org tu Islam atau tanya khabar pada yang bukan Islam. Tak luak kalau kita senyum kat orang dalam lif, bukan kita nak rompak senyuman diorang tu.



Skyfall@The Curve

Sampai ke The Curve aku layan citer ni, rezeki dapat tiket free dari kawan sama ofis. Bukan saje2 nak pegi kat tempat jauh. Kalau ikutkan aku tengok dekat2 je dah cukup, Alamanda tu belakang umah aku je, 10 minit je nak kesana. 

Untung jugak sampai ke sana, boleh gak aku singgah ke Ikea. Bershoping sakan bini aku, macam2 aksesori rumah dia beli. Sambil2 cuci mata tengok amoi and awek pakai seluar singkat dengan baju ketat. Habis pahala semayang subuh dengan zohor aku.

Terlalu kebaratan pulak aku rasa masa masuk kawasan tu, dan aku rasa memang tempat tu langsung tak sesuai dengan aku. Asyik kena pandang lantai je, bukan la baik sangat aku ni cuma nak jaga hati sendiri takut jadi hitam.

Merujuk kepada tajuk di atas, dah mcm nak buat surat rasmi la pulak kan.. Cerita James Bond kali ni memang tak mengecewakan, bak kata opismate aku, kali ni 007 dah kembali ke zaman sebelumnya yang mana lebih kepada penggunaan gajet dan bukan gunakan kepakaran agen semata2. Gadiz2 Bond memang tak boleh ditinggalkan, jalan cerita pun ok.

Tak nak cerita lebey2 sebab nanti ada yang tak jadi pegi wayang..


Wednesday, October 31, 2012

Jauh Perjalanan

Raya Haji baru je lepas, aku yang ada kampung ni balik beraya kat kampung la. Amik cuti awal sehari je sebelum raya untuk perjalanan balik.

Sebelum balik tu singgah Wangsa Maju dulu, sebab bapak sedara wife nak join balik sekali. Singgah sekali dengan sarapan, kat Bistro Bidayah Wangsa Maju. Sambil sarapan aku dapat sms dari jiran aku, dia bagitau dia stuck masa on the way balik Kelantan ikut jalan Raub dan Bentong. Dia terpaksa patah balik untuk lalu ikut Terengganu.

Adik aku yang tumpang balik sekali pun call member2 dia sekitar Pahang dan Terengganu, confirm semua jalan jem. Semua orang bersesak nak balik ke Kelantan. Aku bincang dengan pak cik aku tu, lepas 15 minit dapat keputusan balik ikut Cameroon Highland.

Lepas pada tol Gombak, semua clear takde masalah. Sambil mintak wife tengokan tweeter aku pasal info lalu lintas. Dekat dengan susur ke Genting mula slow kereta semua, aku ingatkan dah mula jem rupanya orang slowkan kereta sebab nak tengok lori terbakar. Lepas je tempat tu jalan ok balik.

Sampai tol Bentong, macam biasa aku tak masuk jalan ke Bentong. Memang aku aim nak ikut Felda Mempaga. Memang tak banyak kereta kalau ikut sana, lengang je. Cuma akan rasa macam jauh sikit sebab jalannya jalan kampung je. Korang akan tembus lepas dari Pekan Raub, kat situ korang dah tak payah nak redah 2 pekan.

Keluar kat simpang sekolah sains tu, aku patah balik menghala ke arah Raub, tapi tak terus ke pekan aku amik short cut masuk ikut Taman Amalina, tandanya jirat cina yang ada tepi jalan sebelah kiri kalau dari Raub. Korang akan tembus kat simpang 3 yang mana kalau ikut situ akan tembus ke Sungai Koyan. Tak payah nak ke Kuala Lipis.

Sampai Felda Sungai Koyan, terus naik ke Cameroon. Kat sini la perjalanan jadi jauh, aku kena naik sampai ke atas Cameroon tu, lalu ladang teh, ladang strawberry, Brinchang, Kampung Raja lepas tu turun balik baru la akan jumpa simpang 3 ke Gua Musang.

Melalui Lojing baru masuk ke Gua Musang, makan masa sejam gak masa turun tu.

Sampai ke Gua Musang tu, aku tak masuk bandarnya, aku terus ke Dabong, menghala ke Bukit Bunga. Jauh tu, 113km ikut jalan hutan. Dah mula rasa penat, cuma kena berhati2 kalau ikut jalan tu sebab kadang2 tu ada gajah. Tembus kat Ayer Lanas dan rehat kejap kat Bukit Bunga.

Lalu ikut Felda Kemahang, masuk Tanah Merah. Mata dah berat dan mua nak marah kereta2 yang bawak slow kat depan, dalam kepala ni just nak rehat je. Sampai kat Pasir Mas aku dah tak larat sangat baru la mintak tolong adik aku drive sampai Kota Bharu.

Selamat sampai ke KB dalam area pukul 11 malam, aku bertolak betul2 pukul 10.30 pagi. Perjalanan sejauh 609.2 kilometer. Badan letih, memang lost terus malam tu tidur.

Monday, October 22, 2012

Bersusah susah dahulu

Saje tukar tajuk, padahal nak cerita pasal training lagi. Kali ni hari ketiga dan keempat.

Hari ketiga lebih kurang sama mcm hari kedua, tapi dilebihkan sikit dia punya repetation. Penatnya memang tahap gaban. Lagi pulak hari jumaat kan, habis awal la training.

Hari ke empat, 1st time training kat Alam Damai, Cheras.

Strating dengan joging keliling taman perumahan, relak je. Dah kurang pancit dah, lebih banyak berlari dari berjalan. Cabarannya cuma anjing kawasan tu, memang banyak. Nasib baik tak dikejornya.

Lepas tu mula la dengan stamping, kiraan 30 kali stamping setiap jenis berselang dengan pumping 30 kali. Penat lagi, tapi syok.

Sesi memikul orang, latihan untuk kuatkan pinggang dan peha. Memang 'A' la latihan ni, kena pikul dan berlari dengan jarak lebih kurang 100m. Kena berlari pegi dan balik. Aku pulak takde partner kena la pikul coach, ponat den. Dah habis berjalan sambil pikul kena pulak buat henjutan ala-ala squad sebanyak 100 kali dan kekalkn kedudukan separuh squad selama 50 saat.

Chain up atau mendagu, buat 20 kali. Satu pun penat aku nak buat, berenti berapa kali ntah. Ni kan pulak nak habiskan 20 kali. Aduyai, mencabar betul.

Hari ni start main dengan tali, diikatnya tali tu dengan getah tiub tayar motor. Bukan 1 tiub tapi berpuluh2 tiub, dan disuruhnya tarik. Sapa yang belaja sains darjah 6 tau la sifat getah tu macam mana.

Last sekali kena sparring, buat dua group dan berentap. Aku dah pewai, lengan dah keras rasa macam nak meletup je lengan. Kaki dah lenguh gila, tapi menang tiga kali tarik dari empat tarikan tanpa henti.

Terlalu jauh bezanya latihan kali ni dengan sebelum2 ni.

Thursday, October 18, 2012

Training Hari kedua

Macam semalam jugak mula latihan dengan berjoging sampai ke wisma putra.

Lepas tu buat latihan bebanan, kena pikul orang dan berlari. Bukan sorang kena pikul, tapi 3 orang beb. Lepas angkat sorang kena bawak sampai jarak yang ditetapkan kena patah balik dengan berlari dan amik lagi sorang dan berterusan sampai cukup 3 orang.

Kena lari pecut habis-habisan kalau tak kena ulang balik larian dari mula. Lompat hantu lagi tapi tak naik tangga dah dan juga kena lari mengundur.

Seat up, seat back, push up dan macam2 lagi la.. walaupun hari ni tak main tangga, tapi penatnya sama macam semalam jugak. Cuma bab joging rasa ok sikit dari semalam, dah tak bocor just pancit je.

Stamping dah makin banyak, kalau semalam kena buat 30 je hari ni pulak kena buat 50. Pumping pun sama, lenguh gila tangan. Nak angkat tangan pun susah..

Esok lagi sehari untuk minggu ni, sabtu n ahad boleh rest. Minggu depan kena tahan lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 17, 2012

Pertama kali

Sebelum ni aku main tarik tali just sampai peringkat jabatan je,kali ni buat pertama kalinya aku join sukan kementerian kewangan.

Hari ni kali pertama join latihan, jurulatih import dari PDRM. Ingatkan latihan macam biasa aku buat, rupanya lagi gempak.

Hari ni je kena jogging keliling bukit belakang MOF, sampai ke Wisma Putra. Boleh tahan jauh jugak la, untuk aku yang dah lama tak joging ni bukan setakat pancit tapi kira bocor terus la. Tak larat nak lari, mampu berjalan je.

Lepas berlari tu, ber'stamping' pulak. Tak banyak pun just 30 kali untuk 1 jenis, kena buat 4 jenis. Yang paling penat turun naik tangga. Jurulatih suruh buat 5 set, anak tangga ada la dalam seratus lebih. Bayangkan la.

Lepas tu stamping lagi, 30 kali jugak. Lepas tu paling perit kena 'lompat hantu' naik tangga yang sama sebanyak 3 set. Nak muntah dah aku masa tu, kepala dah pusing. Rehat jap lepas tu sambung lagi stamping. Berdiri tegak dah tak boleh, menggigil beb kaki masa tu.

Latihan bersambung lagi esok sampai bulan 11, tengok aku taham atau tak..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

Memancing di Wetland

Hari sabtu lepak di Wetland Putrajaya sambil memancing. Minat baru, dan aku masih baru nak belajar.

Ditemani isteri dan jugak member aku bersama isteri dan anaknya, aku lepak kat sana dari pukul 10 pagi sampai pukul 6 petang.

Nak memancing kat sini kena bayar,setiap rod yang dibawa kena bayar RM20 sahaja. Boleh mula memancing seawal jam 9 pagi sampai 7 malam.

Masa aku sampai tu, hujan baru mula turun, rintik2 je. Tapi hari tu sepanjang hari hujan turun, dari pagi sampai ke petang.

Aku guna umpan dedak, dedak yang dah siap berperisa,tinggal nak kena bancuh dengan air je sikit2 dengan tujuan untuk mudah buat kepalan pada mata kail. Mulanya nak guna mata kail mata bom, tapi cari punya cari tak jumpa sampai ke sudah. Terpaksa la guna mata kail single. Janji ada mata kail kan.

Untuk percubaan aku kali ni belum ada hasil, dan rod baru aku tu belum lagi berjaya memberikan jasanya untuk aku. Mungkin next time aku kesana lagi dengan hasilnya sekali.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 3, 2012

Pensijilan 5s kali kedua

Hari ni MPC atau auditor bg program 5s datang ke ofis untuk menilai sejauh mana perlaksanaan 5s tu. Kali ni masuk kali kedua dah, sebelum ni lulus dengan jayanya. Kali ni belum tau lagi berapa markah dan apa komen yg MPC tu nak bg.

Aku dilantik untuk jadi ketua lokasi ruang kerja unit aku, unit aku tak besar cuma ada 6 orang je. Jadi agak senang la untuk aku jaga benda ni, ada pulak PIC 2 orang yang sangat2 boleh harap, so makin senang la kerja aku.

Lagi pulak ni audit kali kedua so tak banyak barang yang nak kena kemas dan nak disorok.

Sorok tu dah jadi S yang ke-6, dah bukan 5 dah. Biasanya awal2 pagi orang ofis aku akn kemas barang yang bersepah dan sorok dalam kereta. Lepas audit bawak naik balik.

MPC kali ni agak detail, dengar2 bos sendiri yang turun. Dalam stor alat tulis memang dia ada suruh kira apa yang ditulis dalam kad inventory dan dibandingkan dengan jumlah sebenar atas rak. Nasib baik penjaga stor tu memang jenis yang amik berat pasal barang2 dalam tu, kalau tak...

Lepas je MPC langkah kaki keluar dari pintu aras aku tu, semua tarik nafas lega. Bukan apa takut gak dia komen benda2 yang kitorang terlepas pandang, nak2 plak benda yang leceh. Mau pecah kepala nak jawab masa tu.

Diharap ruangan kerja akan sentiasa bersih dari semua barang2 yang tak sepatutnya ada kat ofis.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 2, 2012

Bonus Penjawat Awam Dipertikai

Semalam aku menelaah la FB aku dan dengan sekilas pandang aku ternampak salah sorang 'friend' aku like satu status yang berkenaan dengan ketidak puas hatian pekerja swasta dengan bonus yang bakal penjawat awam dapat macam dalam bajet 2013. Bermacam-macam pandangan dalam ruangan komen.

Status tu bagitau yang penjawat awam ni terlalu dimanjakan sebab selalu diberi bonus. Dan nasib pekerja swasta takde sape amik peduli. Sempena raya hari tu dah dapat setengah bulan, hujung tahun ni lagi sebulan dapat. Dia bagitau kat situ juga yang mintak bajet 2013 bela la nasib pekerja swasta.

Pada aku rezeki manusia atau sebagai hamba Allah bukan terletak pada banus semata-mata. Lagi kuat kita kerja lagi banyak tuhan akan turunkan rezeki, kalau bukan melalui wang ringgit pun mungkin dari bentuk yang lain. Tak payah la kita nak pertikaikan siapa yang dapat bonus atau tidak. Lagi ikhlas kerja lagi bagus.

Aku pun pernah kerja swasta, tak pernah nak fikir pasal bonus pun masa tu. Kalau bos nak bagi kita terima, kalau tak bagi cukup sekadar gaji pokok yang dah mencecah 4 angka tu.

Orang ramai anggap disebabkan gaji penjawat awam naik, harga barang kat pasaran pun naik. Kalau fikir dengan rasional, bukan salah penjawat awam pun. Sepatutnya harga barang kat pasaran dikawal oleh pihak yang sepatutnya, dan gaji penjawat awam ni dinaikkan mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu, gaji penjawat awam ni bukannya besar sangat. Gaji pokok ada yang tak sampai 900 pun, yang menjadikan gaji tu nampak banyak sebab banyak elaun, andai kata elaun tu ditarik balik tinggal gaji pokok je la. Belum ditolak dengan bayaran pinjaman dan yang lain-lain lagi.

Kalau nak dibandingkan dengan gaji pekerja swasta, hari pertama kerja je dah tau gaji paling sikit 1400 atau 1500. Belum dicampur dengan OT atau elaun makan atau elaun-elaun lain. Dimana manjanya penjawat awam dalam hal ni.

Kalau cerita pasal pekerja swasta cuma mengharapkan ihsan CEO syarikat nak bagi bonus. Penjawat awam pun sama, bonus yang mereka terima tu pun ihsan dari CEO perkhidmatan awam. Masuk akal ke CEO syarikat lain nak bagi bonus kepada pekerja syarikat lain?

Pembayaran cukai kepada kerajaan bukan cuma pekerja swasta je yang bayar, penjawat awam pun kena juga bayar cukai pendapatan. Takde sape yang terkecuali dalam hal ni. Kalu pegi makan kat KFC atau McDonald, cashier tak tanya samaada pelanggan di kerja swasta atau kerajaan, tax makanan tetap dia caj dalam resit.

Renung-renungkan apa yang kita buat setiap masa, apa yang aku taip kat sini cuma pendapat diri aku sendiri tiada unsur keperibadian.

Memancing di Tasik Putrajaya

Seawal pkul 7 pagi aku dengan wife dah gerak ke tasik putrajaya untk join pertandingan memancing. Kawan2 semua dah ready kat port.

Mlm sebelum tu aku dgn member pegi daftar nama, aku sangkakan tak ramai orang sbb masa tu dah nak pukul 12 tengah malam. Rupa2 nya,suasana mcm siang. Penuh dengan pemancing2 yg dtg dari segenap tempat.

Mana tak nya, hadiah yg ditawarkan sebuah myvi mesti la ramai nak join. Lepas daftar aku dengan member aku round sepanjang tasik, tengok kot2 la ada port cantik. Masa tu tepi tasik tu bnyk lg tmpt kosong. So takde la aku buat tanda pape.

Bila smp pagi hari kejadian,terkejut aku. Sampai ke hujung tasik penuh dengan orang. Disebabkan mlm tu aku x cop port cntik terpaksa la masuk kat celah2 orang. Dapat pulak port yang kurang laluan ikan.

Dari pagi smp ke tgh hari, takde sorang pun yg duduk kat kawasan yg sama dengan aku tu dapat ikan. Bila nak tukar umpan je bawak naik sekali dengan sampah. Sadis betul la, tapi aku tengok kat tempat yg dekat dengan khemah urusetia tu meriah pulak orang duk bawak naik ikan.

Mungkin bukan rezeki aku untuk dapat myvi tu, masih ada lagi orang lain yg perlukan myvi tu. Aku redha dan akan terus mencari tempat untuk menaikkan mangsa.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 29, 2012

Beli joran pertama

Semalam sebelum jumaat aku dengan beberapa kawan aku sempat serbu kedai barang pancing kat area seri kembangan, kedai tu buat offer gila2 punya dan aku ni boleh dikatakan ada jugak la pegi memancing tapi tak penah ada joran, selalu pinjam je.

Oleh kerana itu la aku menyediakan bajet sebanyak 150 hengget untuk merembat satu set joran yang aku impikan.

Sampai je kat sana pemancing2 dah memenuhi kedai tu, aku apa lagi terus tuju kat almari reel, memang murah. Half price je yang tinggal, dan aku berjaya memdapatkan jenama Abu Garcia ( macam dalam gambar tu ).

Rod pulak aku dapat diskaun 30% daripada harga asal, jenama Eupro, harap2 rod tu tahan lama
Panjangnya 7 kaki dan kekuatan rod tu mencecah 30 paun. Tali pulak aku amik tali murah ke dulu sebab bajet lari sikit, aku amik tali tangsi dengan kekuatan 25 paun. Nak angkat ikan besar ni.

Terlupa pulak nak bagitau yang aku beli joran kali ni untuk join competiton kat tasik putrajaya ahad ni. Bayaran just RM10 je tapi hadiah dia memang world la.

Joran dah ada,sama2 la kita usaha dan berdoa untuk aku untuk dapatkn hadiah perdana iaitu sebuah kereta myvi..aku nak hadiahkan kat wife..insyaallah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, September 28, 2012

Parlimen

Untuk pertama kalinya aku sampai dan menjejakkan kaki aku dalam bangunan Parlimen atau dengan lebih tepat lagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Nak diikutkan aku sebenarnya demam semalam tapi digagahkan juga diri ni pegi sana.

Tugas aku kat sana semalam adalah untuk menyusun buku perbentangan bajet tahun 2013 yang telah dibentangkan hari ni. Ofis aku ada sediakan buku untuk perbentangan tu, so tiap2 tahun akan ada staff yang perlu kesana. Kitorg bertolak dari ofis seramai 7 orang, pada pukul 6.30 petang. Sampai kat parlimen tu ngam2 orang azan maghrib, park kereta dan terus pegi solat dulu walaupun masa tu petugas2 parlimen tgh makan.

Lepas solat berjemaah, kitorg terus ke kantin tapi sayangnya makanan da habis, yang tggl masa tu cuma kuih dan buah2 je, makan jugak la kan apa yang ada. Kitorang ni memang jenis yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Lepas makan terus masuk ke dewan dan start buat kerja.

Punya la banyak buku yang nak disusun, setiap meja kena ada 13 buah buku, dan ahli parlimen dalam tu lebih kurang 200 orang, korang rasa bnyk tak buku yang kitorang kena angkat? Susun pulak kena ikut susunan, ada yang kena letak atas meja dan ada yang kena letak bawah meja.

Tapi takpe, nyambil2 tangkap gambar dalam tu, takde la penat sngt..sembang2 dengan bentara parlimen. Biasa la campur dengan perasaan excited semua ceruk kitorg nak amik gambar, padahal kalau nak diikutkan bukan semua yg baru 1st time masuk, tapi semangat nak bergambar tu sentiasa ada.

Siap buat semua kerja dalam pkul 11.30 malam, lebih awal dari jangkaan. Sebab tahun lepas org yang dah pernah buat kerja ni siap dalam pukul 1 pagi. Memandangkan semua Yang Berhormat habis bersidang awal kitorang pun dapat siapkan kerja awal la.Ditambah pulak dengan semua yang ada kat sana buat kerja sekali.

Lepas semua dah setel, pihak kementerian kewangan sediakan makan malam. Makanan yang diimport dari Mcdonald memang tak menghampakan. Aku dapat makan 2 bijik beger, sebab lebih banyak.

Balik tu singgah kejap kat area Permaisuri, Cheras untuk makan. Semua member makan kecuali aku, sebab tak berapa sihat dengan hidung yang tersumbat so mood nak makan pun kurang la, kalau bukan sebab demam aku la raja makan.

Sampai rumah pukul 12.30 malam, lepas ni boleh la cerita dengan cucu..

Thursday, September 27, 2012

Demam

Masuk hari kedua dah aku demam, semalam ada jualan lagi tapi turn wife aku yang jaga tapak jualan. Aku rehat kejap lepas telan ubat pun ting tong lagi. Tengah hari aku turun ke tapak jualan untuk tolong wife aku tapi benda lain yang jadi aku duduk tengok je bos aku tu meniaga..

Pagi semalam hujan lebat,ingatkan tak dapat dah nak meniaga tapi ketentuan tuhan lebih utama, masih ada rezeki untuk yang berusaha, aku bukan maksudkan aku tapi abang2 dan akak2 yang dtg dari jauh untuk meniaga kat bangunan kerajaan ni. Datang awal pagi, ada yang pukul 7.30 dah terpacak nak buka gerai untuk cari rezeki. Memang full respect la untuk diorang ni.

Lepas habis jualan, wife aku kemas sorang2 sebab tak nak nyusahkan aku katanya. Dia tau aku kurang sihat. Dah siap mengemas baru dia panggil untuk tolong hantarkan dia balik ke rumah, bukan jauh pun rumah dengan ofis 5 minit je.

Petang semalam balik je kerja terus aku rehat, telan ubat dan tidur bersungguh2. Bangun untuk solat dan makan je, kat sini dah boleh nampak dah pengorbanan isteri untuk suami. Amik selimut untuk suami, kejutkan suami untuk solat, masak bubur nasik pulak, dan macam2 lagi la..

Hari ni demam still belum kebah, kepala still pusing2, hidung masih sendat..kerja tetap kena pegi, buat apa yang mampu. Siap kerja rehat kejap, kerja datang sambung kerja. Tengah hari pergi makan sup daging kat area balai polis abu bakar baginda, sedap sebab rempah sup buatkan badan aku jadi panas.

Masa taip entry ni rasa ok sikit dah, malam ni nak ke parlimen. Harap2 takde masalah.

Tuesday, September 25, 2012

Berniaga di bangunan kerajaan

Dari awal tahun lagi aku meniaga kat tapak jualan ofis aku,setiap bulan hari gaji memang akan ada jualan,aku sewa tapak dngan bayaran yang sama dengan peniaga2 lain,tak pernah kurang.

Aku mintak cuti utk meniaga,tak ganggu siapa2,tak cuit siapa2,tapi entah kenapa sejak dari hari pertama aku meniaga tudung kat tapak tu aku seakan tak disukai oleh peniaga2 lain,aku pun tak tau kenapa.

Bukan semua peniaga,sesetengah je. Yang aku lagi tak faham diorang tak kenal pun aku ni,tp komplot seakan2 diadakan untuk tidak berkawan dengan aku,sedangkan aku meniaga kat situ tanpa ada keistimewaan atau kelebihan dari org lain.

Pada aku,aku buat tak kesah je. Selagi diorg tak buat apa2 yang boleh buat aku dengan wife aku sakit,aku buat tak reti je la. Setakat ni yg aku perasan diorang cuma mampu menjeling je bila ada orang datang membeli kat tempat aku. Dan yang pastinya semua peniaga org melayu. Bila nak maju?

Kalau nak dibandingkan dengan diorang,aku ni cuma part timer sedangkan diorng peniaga tegar yg sentiasa berlegar dan berniaga di sekitar bangunan kerajaan di Putrajaya. Manusia sekecil aku ni pun ada orang tak puas hati. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusam aku.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 9, 2012

Makna Surah Al-fatihah

Assalamualaikum


Sebelum ni aku ada masukkan post untuk doa iftitah beserta maknanya sekali, dan post betul2 membantu aku untuk fokus dalam sembahyang. Sebab aku dapat faham apa yang aku baca, dan apa yang aku baca adalah doa. Maknanya aku faham apa yang aku doakan.

Kali ni aku masukkan lagi satu rukun solat, ini juga sangat membantu aku. Alfatihah ini adalah ummul quran, atau pun ibu kepada ayat2 dalam al-quran. Sebab apa aku masukkan surah alfatihah ni adalah kerana sekurang2nya kita akan baca surah ini 17 kali dalam sehari. Kalau kita tak faham dan tak tau maksudnya alangkah ruginya hidup kita ni.

Sebaik2 nya biarlah kita faham bacaan kita, bacaan dalam solat ni seolah2 kita sedang bercakap dengan Allah. Masa dalam solat la kita nak mengadu dan memohon apa saje kepada tuhan yang Maha Kuasa.

Semoga apa yang aku kongsikan kat sini akan memberi faedah kepada pembaca dan kawan2 sekalian.

Friday, September 7, 2012

Sembang Petang #1

Hari ni aku lepak minum petang,tajuk tak pernah ada asalkan terlintas je kat fikiran terus jadi perbualan.
Hari ni sembang pasal syurga dan neraka,siapa orang paling last keluar dari neraka,bukan last masuk ke neraka ya.

Ikut versi kawan aku ni namanya Iman yang mana dia beriman kepada Allah tetapi tidak beramal dengan suruhan Allah. Malaikat bertanya kepada Iman,masih adakah tempat untuk Iman di syurga? Iman merasakan dirinya diperli,lalu Allah berfirman bahawa Allah akan sediakan syurga sebesar dunia untuk Iman, bayangkan berapa pemurahnya Allah,walaupun hambanya tidak melakukan amalan yang diperintahkan dan hambanya adalah yang terakhir keluar dari neraka, tapi Allah tetap sediakan tempat untuk hambanya sebesar dunia.

Cerita kawan aku yang lain pula manusia akan terpegun hanya dengan tengok pintu syurga sahaja..terpegun tu pun 500 tahun,setahun akhirat bersamaan dengan seribu tahun dunia..Allahuakbar. Tu belum lagi tengok bidadari.

Dan sorang lagi kawan aku cakap ada riwayat menyatakan matahari boleh malap seandainya bidadari syurga menyentuh matahari.

Kagum tak? Kagum kan...so,sama2 la kita berebut untuk buat amalan untuk masuk syurga,masuk syurga tak kena bayar pun..free je,kenapa free? Sebab Allah tak letak pun bayaran,cuma ikut je suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Susah? Hmm..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 6, 2012

Potret Wajah Sebenar Hang Tuah




Orang ramai kini boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

“Setem ini terhasil dalam tempoh sebulan iaitu selepas Pejabat Pos Malaysia meluluskan permohonan pengeluaran eksklusif oleh Pesawad seminggu sebelum Ramadan lalu,” katanya kepada pemberita, di Duyong, semalam.

Menurutnya, satu set setem mengandungi 10 keping setem dijual dengan harga 60 sen setiap satu, tidak dijual di Pejabat Pos dan Pesawad satu-satunya pihak  diberi kebenaran itu menjual setem tersebut.

“Orang ramai boleh mendapatkan setem ini dengan menghubungi Ahli Jawatankuasa Pesawad menerusi talian 012-915 1187 atau 013-309 8210 dan belian perlu dibayar melalui kiriman wang,” katanya.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas  beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.


“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Wednesday, September 5, 2012

Hafazan Al-quran

Alhamdulillah,masih diberi peluang oleh tuhan kita untuk terus menyedut udara diatas muka bumi ini.

Pagi ni terbangun awal dari biasa,takde buat apa so aku buka la tv sbb biasanya awal2 pagi banyak rancangan ceramah agama. Buka tv3 ada program pertandingan hafazan kanak2. Peserta semuanya dari sekolah rendah tp bacaan diorang mmg lancar dan siap berlagu lagi.

Sambil2 tengok tu teringat la masa aku sekolah darjah 4 dulu pernah aku wakilkan sekolah agama aku untuk pertandingan hafazan. Macam mana pemilihan dibuat aku tak tau mungkin sebab nama aku ni ada 'al-hafiz' kot.

Bila dah dipilih kena la hafal semua surah2 dalam muqaddam tu,nasib baik jugak aku dah hafal bnyk sebelum tu,cuma satu je kesilapan aku masa tu sbb aku lupa nak tengok nama2 surah yang aku hafal tu. Sebabnya ustaz yg soal aku tu cuma sebut nama surah je,dan terus suruh baca... Macam mana nak baca kalau nama surah tak ingat.

Yang paling aku cuak,masa peserta lain baca takde pulak penganjur bgi mikrofon,time nama aku disebut je terus diorang bg mic siap buka speaker besar lg,alih2 aku hanya mampu terkebil2 je..nasib baik la ada separuh surah tu aku ingat namanya. Yang penting dapat la hadiah saguhati.

Moral of the story, kenali surah dlm al-quran sebab terlalu banyak kegunaannya. Hafallah al-quran,banyak kelebihan bagi orang2 yang ada al-quran dalam dirinya. Aku nak kata hafal tu tak la banyak,setakat surah2 pilihan tu insyaallah aku blh baca tanpa tengok quran. Dalam family aku sendiri ada sorang adik aku yang masuk tahfiz dan sekarng adik aku tu dah terisi 5 juzuk,sama2 kita doakan dia terus bersemangat untuk menghafal al-quran yang suci itu.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, August 27, 2012

Bersyukurlah

Dikesempatan raya kat kampung hari tu sempat jugak aku dengan keluarga menziarahi sedara mara yang nasibnya tidak sebaik kita..

Kitorang pegi melawat tu pun sebab dijemput oleh tuan punya badan,walaupun tak kaya harta tp beliau ni memang kaya dengan kebaikan,nasihat,dan ilmu.

Aku ingat lagi masa aku nak masuk belajar kolej,mcm2 pesanan dan nasihat yang abg ni bg kat aku...smp skrg aku tak akan lupa. Mana tak nya smp sekarang ni pun dia still lg bg nasihat.

Abg ni duduk kat pondok pasir tumboh,rumah dia mmg pondok. Tggal bersama isteri dengan 4 orang anak yg masih belajar. Yang sulung dah bekerja kat Shah alam,nak tolong family sanggup si anak ni berjauhan.

Siayah pulak kerja cuma penjual ais krim potong,tiap2 hari dia akan naik motor Honda petak dia tu sampai ke Jeli,semata2 nak menjual aiskrim. Nak bg anak2 dia belajar kat sekolah agama dia sanggup naik motor sejauh tu.

Selama ni pun dia selalu pegi ke rumah mak aku,so mak aku pun selalu la bg beras utk buat bekalan makanan anak beranak,walaupun bukan tu niat dia pegi ke rumah mak aku tu,tp sebagai manusia kita sepatutnya tolong sebaik mungkin orang yang tak berkemampuan.

Malam tu masa kitorang pegi menziarah tu,mak aku bg duit raya kat semua anak dia termasuk la abg tu dgn isterinya sekali. Mak aku bg kain pelikat dgn kain batik. Berkali2 dia ucap terima kasih,dicium2 kain tu sambil ckp dia dah tgk dah kat pasar makan tp takde duit nak beli. Sebak aku tengok keadaan tu.

Terpikir aku,betapa tak bersyukurnya aku dengan apa yang aku dah ada sekarang ni tapi masih lagi nak mengeluh. Sedangkan orang lain nak bnd yang murah pun kena pikir bnyak bnd. Semoga tuhan permudahkan semua urusan abg tu di dunia ni.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 24, 2012

Balasan bayar cash

Cerita pasal jem jalan kat kawasan jambatan ismail petra kota bharu,yang mana masa raya ke-4 aku tgh tggu lampu isyarat utk hijau, so aku lepaskan gear kereta jadi neutral dan dlm masa yang sama kaki aku tak tekan break, kereta aku terundur dan terkena la kereta blkg aku.

Punya la marah aku nmpk muka akak owner kereta viva tu.siap hon berkali2 lagi,aku usha guna cermin pndg blkg je la...nmpk dia calling2 sapa ntah,aku gerak kn kereta aku kedepan sikit dan buat x tau je la,kalau turun kang nmpk mcm nak cari gaduh pulak kan.

Lepas je kereta aku dgn akak tu lepas jmbtn aku slow kan kereta kot2 la dia nak aku berenti kasi setel pasal tadi,tapi dia mcm berani acah2 je. Dia follow je smp roundabout dan pegi ke arah lain.

Setel kat situ,esok nya pulak tempat kejadian yg sama,aku pulak yg menggantikan akak viva tu,kereta dpn aku plak mengundur dan cium bumper kereta aku. Tak kuat pun just mcm org letak tapak tngn je..aku tgk ikut side mirror kereta depan nmk pak cik yg umurnya lebih kurang baya ayah aku,siap dgn pakai kopiah lg. Tak smp hati aku nak hon,aku biarkan je smp lmpu isyarat tukar jd hijau.

Isteri aku cakap takpe la tuhan bayar cash sbb aku tak mintak maaf dgn akak viva tu. Bg aku pulak itu fitrah dunia, hari ni kita buat kat org dan esok lusa kita pun akan merasa apa yg kita buat kat org.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Raya ke-5 service kereta

Awal pagi lagi gua bangun mandi bersiap nak ke pusat service proton kat jalan Kuala Krai,tak jauh pun dari rumah aku.

Sangkaan gua mmg tepat,seawal pukul 7.45 dah ada orang sampai dulu untuk service kereta masing2. Dan gua bernasib baik sbb dapat nombor 5.

Selama masa setengah jam gua lepak kat situ kejap je ruangan menunggu tu penuh dan tak pasal2 gua kena berdiri..takpe tu tak penting,yg penting pukul 9 lps tu kereta gua siap.

Lepas tu kena ready la nak sambung mkn kenduri. Beraya dah setel dari raya ke-3 lagi,skrg ni lebih fokus kpd mkn kndri je. Raya ke-5 gua sempat mkn 3 bijik rumah je,2 rumah terpaksa gua tolak sbb terlalu jauh dan atas faktor2 kesesakan lalu lintas.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Di sebalik Nuzul Quran & Lailatulqadar

Assalamualaikum

PARA ulama sependapat bahawa peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan, malam Jumaat, tahun ke-41 daripada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ memberi makna turun atau berpindah dari atas ke bawah iaitu al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) dengan sekali gus dan bukan beransur-ansur.

Al-Quran bermakna ‘bacaan’ yang di dalamnya terkandung ayat-ayat (tanda-tanda) yang menjelaskan segala perkara meliputi persoalan tauhid, ibadat, jinayah, muamalat, sains, teknologi, tatanegara dan sebagainya. Ahli tafsir memberi pengertian dengan bacaan itu ialah merenung dan memperhatikan segala penciptaan ALLAH SWT di langit dan di bumi yang meliputi alam semesta ciptaan-Nya.

Al-Quran merupakan mukjizat teragung dan terbesar di sepanjang zaman yang dianugerahkan ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman. Al-Quran dapat dipegang, dibaca, dilihat oleh semua manusia untuk panduan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan membaca isi kandungan al-Quran banyak orang mendapat petunjuk terutama dalam kalangan masyarakat Barat.

Manakala ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah surah al-’Alaq, ayat 1 hingga ayat 5 yang bermaksud : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya.”

Hubungan Nuzul al-Quran dan Lailatulqadar amatlah rapat antara satu sama lain sebagaimana diterangkan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Firman ALLAH dalam surah al-Qadar (rujuk ayat 1-5).

Dalam hadis, Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan. Para ulama menyatakan malammalam ganjil itu ialah 21, 23, 25, 27 dan 29. Namun malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh ALLAH agar setiap umat Islam menghayati 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Oleh kerana itu sama-samalah kita menghayati peristiwa Nuzul al-Quran sebagai suatu peristiwa besar dan malam Lailatulqadar yang penuh makna dan hikmah itu. Semestinya kita melihat al- Quran sebagai ‘kitab suci’ dan ummul kitab (ibu segala kitab) di bawah kolong langit ini yang memberi panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan dan menyatupadukan ummah manusia seluruhnya.

Memajukan umat Islam daripada perpecahan sesama sendiri, memajukan bidang ekonomi dan pembangunan sejagat, melalui penguasaan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi sebagaimana yang diajarkan oleh al-Quran.

Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan menjadi alat dan perkara utama dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan bangsa dan negara.

Di samping membaca al-Quran sebagai ibadat, boleh ditingkatkan lagi dengan membaca al-Quran kepada menganalisis, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan dan kajian yang akhirnya memajukan dunia ini, terutama untuk memajukan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman dari semua pihak di peringkat nasional dan antarabangsa.



Wednesday, July 25, 2012

Budaya Bulan Puasa

Salam Ramadhan

Sepanjang bulan puasa ni boleh dikatakan rata2 orang ramai yang tidur lambat. Tak kisah la apa yang diorang buat tapi yang pastinya tidur lewat.

Tidur lewat ni seolah2 dah jadi budaya untuk orang Islam kat Malaysia kita ni, tapi yang sedihnya kebanyakan masa yang terluang tu diisi dengan perkara yang kurang memberi pulangan yang lumayan untuk diri sendiri apatah lagi dalam bulan puasa yang mulia ni.

Kalau diperhatikan tak kira la kat kampung2 ke kat bandar2 ke kedai minum dibuka sepanjang malam, dan muka2 melayu yang tak kenyang2 makan masa berbuka la yang penuh kat kedai2 tu. Masa tu la nak melepak bersembang dengan kawan2, siangkan puasa so tak boleh la nak lepak kat kedai nanti orang cas tak puasa pulak.

Bagi aku yang tak sempurna ni pulak sebaik2 bulan puasa ni kalau tak boleh nak tidur awal malamnya isi kan  la dengan baca kitab suci al-quran, kalau ada tafsir baca sekali cerita dalam tu. Banyak faedahnya, kalau berteman bertadarus la tapi kalau sorang2 baca la setakat yang mampu. Kalau boleh bagi la khatam dalam masa sebulan ni.

Bulan lain kita jarang dapat peluang macam ni, sebab perkara2 yang melalaikan tu terlalu banyak, syaitan pulak duk berkeliaran sekeliling kita, susah... rebutlah peluang.

Tuesday, July 24, 2012

Paintball @ woodsball

Assalamualaikum
Sabtu 14/7 yang lepas aku, wife dan kawan2 ofis buat satu aktiviti hujung minggu. Program ni dirancang selama sebulan setengah, berlangsung di Taman Botani Negara, Bukit Cahaya Shah Alam. Pemain 12 orang je, asalnya ada dalam 22 orang tapi disebabkan ada komitmen lain terpaksa la diorg tarik diri walaupun diorang nak sangat join.
Masa berkumpul sebelum bertolak ke Shah Alam





Sampai je kat Taman Botani @ Bukit Cerakah tu semua mula la sibuk tukar baju, semua yang pegi ni semua 1st time nak main, ada yang tambah baju berlapis2, ada yang tukar2 kasut. Masing2 dalam kepala pikir takut sakit badan.
 Peluru atau pallet sebelum dibahagikan
 Bergaya dulu sebelum kena tembak


 Gaya seorang otai

 Sesi mengisi peluru
 Save pin kena selalu cek, takut tertembak orang kat luar kawasan permainan
 Dah ready nak perang
 Lepas satu round
 Kena tembak kat muka

Kepuasan dan keletihan yang tak terkata, tapi yang penting apa yang aku rasa masa tu adalah seronok, hilang segala penat kerja dan yang paling penting lebam2 satu badan.
Permainan yang aku main ni juga dipanggal woodsball mungkin sebab main dalam hutan kot, ala-ala peperangan sebenar la, kena pandai strategi dan kena cepat bergerak kat sebalik pokok yang ada dalam kawasan perang tu, kalau tak kena tembak la.
Permainan ni tak sama macam yang korang tengok menyorok belakang belon tu ye.
Kitorang bayar RM103 termasuk insurans untuk diri masing2.
Yang kitorang dapat : Pallet 500 biji seorang
Marker@senjata
Face mask
Baju Pelindung
Main sepuas hati sampai korang tak larat nak bangun

Kemudahan yang ada kat sana: Kafe
Tandas
Surau

Lepas solat Zohor kitorang sambung main sampai pukul 5 petang, maknanya jadual permainan korang tak terikat dengan sapa2, ikut suka korang nak main masa bila nak stop masa mana.


Monday, July 23, 2012

Berebut membuat ibadah dalam bulan puasa

Assalamualaikum...

Baru sampai dari kampung pagi tadi pukul 5.30 pagi, sempat sahur kat Merapuh dengan wife dan kawan2 yang kebetulan naik bas yang sama.

Selama duduk kat kampung cuma sempat solat sunat terawih 1 malam je, tu pun sebab malam pertama tu pegi ziarah abang ipar pada biras aku masuk ICU sebab jatuh masa solat jumaat sehari sebelum puasa. So, malam tu burn la...sempat solat isyak berjemaah je dengan wife, malam ke-3 naik bas balik Putrajaya.

Malam kedua, aku solat kat masjid kat rumah aku. Aku perhatikan jemaah ada la sampai ke 6 atau ke 7 saf. Tapi sayangnya yang ramai kat dalam masjid tu hanya kanak-kanak dan orang-orang yang sebaya dengan ayah aku je. Itu pun bertahan sampai 8 rakaat je,lepas tu tinggal la 2 saf.

Aku pun heran, mana la pegi nya remaja-remaja yang sama generasi dengan aku ni? Kenapa orang2 tua yang dah putih kepalanya aje yang ada kat masjid masa tu? Begitu gigih diorang solat sunat...bak kata mak aku, bulan ramadhan ni sekali je setahun, tahun depan ntah sempat ntah tidak kita nak rasa lagi...masa ni la kita kena berebut untuk buat amal ibadat. Itu la mak aku sampaikan sakit kaki pun sanggup nak ke masjid.

Bagi aku pulak, orang2 tua ni percaya hidup diorang dah tak lama, sebab tu diorang bersungguh2 buat amal ibadat walaupun ada yang terpaksa duduk waktu solat. Sedangkan yang muda masih merasakan hidup diorang masih panjang...banyak lagi masa ada untuk bertaubat. Jadi diorang pun lagi suka duduk depan tv sambil menggosok perut yang tengah penuh lepas buka puasa maghrib tadi. Tak pun keluar merempit dengan kawan2..best.

Aku ni bukan la baik sangat, cuma aku ni tersedar awal sikit dari yang lain lepas aku lalai dengan benda2 duniawi. Itu pun bukannya semua aku tinggal, cuma perbaiki diri yang mana yang perlu. Sikit demi sikit.

Mati tu tak kira berapa umur kita, baby yang baru keluar dari rahim mak nya pun boleh mati dalam masa sekelip mata, inikan pulak kita yang dah ada 'akaun dosa' atas muka bumi ni. Risau dan takut tak sempat nak taubat. Silap hari bulan orang2 tua yang dah putih rambut tak sampai ajal lagi kita yang muda yang menghadapNya dulu.

Thursday, July 19, 2012

Dataran Helang

Assalamualaikum

Kebosanan sebab kerja dah siap aku pun menggodek-godek hard disk aku dan aku pun perasan la gambar kat langkawi hari tu. So, saje je la nak kongsi dengan kawan-kawan...

Kitorang datang kat sini lepas main kat kereta kabel, so korang bayangkan la lepas penat naik tangga yang ntah berapa juta anak tangga tu kitorang berjalan2 kat dataran ni pulak. Rasa nak tercabut je lutut masa tu.






Main ular ni aku bayar RM5 je, dan owner dia cakap ikut suka hati la nak tangkap banyak mana pun gambar, dia tak kesah. Duit yang aku bayar tu pun untuk beli makanan ular-ular belaan dia jugak. Ular yang dia bela semuanya yang ditangkap sendiri kat kebun-kebun sekitar Langkawi.


Masa ni sebenarnya masa rehat sementara nak pegi memborong coklat kat Pekan Kuah, masa borong coklat tu memang tak ingat pasal duit dah, sebab aku ni memang hantu coklat...semua yang ada kat dalam kedai coklat tu semua aku nak beli.

Kitorang memborong kat sana sampai malam, dan malam tu pulak plan nak kuar pegi pusing2 kat uptown dekat dengan Pantai Cenang, tapi gagal sebab semua dah terbongkang tidur kepenatan. Jawabnya esok tu pulak la pegi pusing kat sana.