Pages

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Sukan tradisional

Tiap-tiap tahun pejabat aku ni buat sukan dalaman. Dan kali ni aku yang ditugaskan untuk uruskan sukan tahun ni. Lebih ke arah tradisional diorang minta. So, aku ni perahlah otak ni untuk cari sukan apa yang agak berlainan daripada tahun-tahun sudah. Tapi tak semua la yang aku tukar.

Antara yang aku tukar dari tahun lepas.



Biasanya orang main puzzle, so aku buat la lain sikit. Aku buat puzzle 3D, diorang kena cantumkan semua komponen ni jadi objek. Happening gila kot.


Kebiasaanya juga kita duk main dam ular atas kertas yang kecik je. Kali ni aku beli yang saiz tikar punya. So boleh main 4 orang juga tapi ramai yang jadi tukang gelak. Sampai ada yang surrender sebab asyik kena turun je.





Hasil tangan kerjasama bos dengan anak buah dalam satu kumpulan. Memang menjadik dan riuh rendah dibuatnya.




Yang ni pun kiranya boleh la dianggap sebagai tradisional sebab kebanyakan budak-budak sekarang tak reti main karom. 



Yang ni semestinya tradisional. Sukan congkak, jenuh aku berjalan cari congkak ni nak beli. Last sekali aku jumpa congkak ni kat Mydin putrajaya. Kalau sukan ni bukan setakat budak yang tak reti. Orang tua pun belum tentu reti main congkak.

Last sekali sukan yang aku buat ialah acara batu seremban. Yang ni memang rare la, jarang orang nak main lagi-lagi orang lelaki nak main batu seremban. Tapi ofis aku ni lain sikit sebab ramai laki yang nak main, Nampak sangat diorang ni masa kecik banyak main pondok-pondok.




Monday, December 22, 2014

Paintball Valley Malaysia Bukit Lagong

Assalamualaikum

Setelah dua tahun berehat dari main paintball, sabtu lepas bersamaan 20/12/2014 aku kembali menarik picu marker. Kali ini lokasi bertukar ke Bukit Lagong, Selayang. Penyertaan seramai 14 orang dari geng2 ofis yang berhati kering untuk merasa keperitan pallet yang bakal di tembak ke arah member masing-masing.

Pakej yang ditawarkan amat2 berbaloi. RM100 seorang dan pakej tu termasuk sarapan,makan tengah hari, minuman ringan, marker, face mask, pallet 500 biji dan vest. Yang tak termasuk dalam pakej tapi percuma ialah mandi sungai yang sejuk tahap beku.

Sebelum main tembak2 ni macam biasa la penerangan dan taklimat ringkas tentang keselamatan akan diberikan oleh petugas @ marshal kat sana. Kalau kena tengking atau kena jerkah masa main sebab langgar peraturan jangan kecik hati pulak nanti. Sebab kebanyakan geng marshal ni bekas2 askar dan gila punya tegas.

Tempat ni ada 4 padang perang, korang boleh pilih mana nak main dulu atau serahkan pada marshall untuk tentukan jenis dan peraturan permainan. Jenis permainan ni macam2 so korang disarankan berada dalam keadaan yang cergas dan fitness mau baik. Yang merokok disarankan stop dulu pengambilan rokok 10 minit sebelum main untuk mengelakkan mendapat serangan semput dan serangan jantung.

Nak tau lebih lanjut korang boleh masuk FB diorang iaitu Paintball Valley Malaysia. Selamat bersukan.














Wednesday, March 26, 2014

Compressor Super Series Challange

Assalamualaikum...

Untuk pertama kalinya aku join pertandingan dart yang luar dari peringkat ofis. Game ni dianjurkan oleh Compressor Darters yang berlokasi kat Kajang. Kebanyakan geng dart akan tau kat mana lokasi sebenar.

Masuk ni pun kira last minit punya keputusan. Kebetulan ada slot kosong, sebelum tu brader bawah kementerian yang sama dengan aku punya nama. Tapi atas urusan yang tak dapat di elakkan dia terpaksa menarik diri. Lepas bincang dengan wife dia pun setuju untuk aku menguji sejauh mana teknik aku main dart ni boleh pegi.

Selama ni aku main dart pun masa lunch kat opis je, so sebelum aku melangkah masuk game ni banyak aku dapat tunjuk ajar dan nasihat dari otai2 yang memang dah lama gila berkecimpung dalam dunia dart ni. Cuma diorng ni lebih suka low profile dan main saja untuk suka2 je.

Game ni berlangsung dua hari, first round untuk grouping. 8 orang setiap kumpulan, kena lawan semua nama yang ada dalam list group tu. 4 teratas akan masuk winner pool dan 4 kebawah akan masuk loser pool. Memandangkan aku ni first timer dan memang aku goyang tahap gaban. Tangan pegang dart nak baling tu menggigil2. So kedudukan aku second last dalam group aku.

Untuk winner pool diorang setelkan pada malam hari pertama, yang loser pool pulak hari kedua. Dalam loser pool tu konfiden aku memang lebih dari hari mula2, boleh kawal gemuruh dan balingan aku takde la kelaut sangat. Dapat lawan dengan otai dan mungkin bukan nasib dia, aku dapat kalahkan dia. 

Aku kalah dalam peringkat last 8 berlawan pulak dengan lawan yang tenang, dia memang betul2 relak. Nampak lebih pro dari aku ni yang sememangnya amatur. Mungkin faktor tu la aku kalah sebab aku ni kira nak cepat je baling dart yang ade kat tangan ni. Balingan pulak tak menepati sasaran yang aku nak.

Dan, hasilnya aku dapat la tempat ke-5 dalam looser pool,itu untuk pertama kali aku join game yang bagi aku memang tersangat baru dari segi lawannya dan suasananya. Insyaallah masa akan datang aku akan join lagi game yang macam ni.






Monday, October 21, 2013

Masuk Bertanding

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Dalam pada aku dengan member main dart untuk suka-suka sedar tak sedar kitorang dah merasa masuk pertandingan untung anggota kerajaan.

Acara ni memang tiap tahun akan ada, tahun sebelum ni tak penah terpikir nak main dart ni. Tapi sekarang memang dah jatuh cinta teramat sangat. Kalau sehari tak 'strok' dart, tangan rasa tak sedap.

 Line up player team

 Antara muka-muka player, kebanyakan team mate aku first time masuk pertandingan. Time ni boleh senyum lagi, bila dah start game gigil mula sampai.

 Suasana bila semua darters berkumpul

 Tempat berlangsungnya pertandingan





 Target utama kitorang cuma nak cari pengalaman je, memang takde pun pikir nak menang. Tapi ketentuan tuhan kitorang lepas peringkat kumpulan, itu pun sebab dalam group tu ada team yang tak datang.

Hari kedua kitorang untuk peringkat kalah mati, sekali lagi benda yang tak diduga jadi. Kitorang menang dengan team AADK. Awal main tengok kan permainan diorang memang kemas. Tapi kalau dah rezeki kitorang menang jugak untuk 3 round pertama. Aku main untuk bergu pertama.

Masuk pusingan ketiga, kena mengadap team KKR. Diorang ni memang team pilihan, tahun lepas diorang sampai tahap semi final. Maknanya memang diorang ni handal la. Disebabkan lawan kitorang tu hebat, kitorang main sekadar yang mampu dan kitorang kalah dengan keputusan 3-1. Aku kena berhempas pulas lawan dengan otai diorang. Walaupun rambut dah putih, tapi dia punya target memang terbaik.

Akhirnya, kitorang balik dengan tangan kosong. Walaupun tangan kitorang kosong tapi dalam dada dan memori ni penuh dengan kenangan dan semangat baru untuk terus belajar main dart ni. Baru sedar dalam dunia ramai lagi penggila dart yang lagi tegar dari kitorang.






Wednesday, September 11, 2013

Dart pertama

 Set dart dan sebahagian aksesori
 
Minat main benda ni nak kata baru tak la baru, nak kata lama pun tak la lama mana.. sedang-sedang aja. Tapi bila dah beli kena la main.. kan? So aku dah beli set dart pertama ni dari bulan Julai, main asalnya cuma untuk suka-suka dan pinjam dart member. Masa mula-mula try baling dart rasa macam serasi je dengan sukan ni, tu yang beli.

Sekarang bila dah jadi hobi so kena la main sungguh-sungguh untuk master kan teknik yang betul. Dari segi balingan, stand dan juga macam mana nak pegang benda alah kecik ni. 

Biasa orang akan cakap, setakat main dart je pun bukan nya susah. Sebenarnya main dart ni boleh menajamkan fikiran sebab kena kira point balingan tu dengan mencongak je, mana ada disediakan mesin kira-kira bagai. Bab lenguh tangan tak payah nak cerita la, biasanya memang tak terkira la berapa kali kena baling untuk biasakan diri dengan dart.
 
Cara nak main, cara nak kira aku tak payah cite sebab banyak sangat dah blogger lain dah cite, so korang boleh tengok blog lain jugak.

So, untuk masa terdekat ni akan ada satu pertandingan untuk anggota kerajaan. Otai kat tempat aku kerja saje nak ekspos kan aku dengan member-member aku yang sama baru naik ni dengan suasana sebenar pertandingan. Untuk dijadikan pelapis katanya. In sha Allah kalau ada rezeki tu ada la, tengok la sampai berapa jauh team baru ni boleh pegi.

Thursday, June 6, 2013

Pesta Sukan Perbendaharaan ke-23 Tahun 2013






Alhamdulillah tahun ni dapat lagi join pesta sukan untuk tahun yang keempat, dan setiap tahun acara wajib aku adalah acara tarik tali. Masih lagi hantar dua team dan nampaknya tahun ni team aku je yang hantar dua team, team-team lawan yang lain macam dah takde player dah dan kurang semangat.

Jumlah team yang amik bahagian cuma 4 team je. Team aku iaitu team B dapat rezeki tempat ke-3, team pompuan dapat tempat ke-2 dan team A lagi satu team masih pegang title champion dari tahun lepas, walaupun aku bukan dari pasukan champion tapi aku tumpang kegembiraan sekali dengan diorang.

Insyaallah tahun depan aku akan cuba sukan baru, mampu atau tak aku nak tinggalkan sukan tarik tali ni belum tau lagi. Cinta aku kat sukan ni bukan sikit. Kekuatan seorang lelaki mampu teruji dalam sukan ni.

Friday, March 15, 2013

Ayat Inspirasi


Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don't care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard ya hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That's how winning is done! Now if you know what you're worth then go out and get what you're worth. But ya gotta be willing to take the hits, and not pointing fingers saying you ain't where you wanna be because of him, or her, or anybody! Cowards do that and that ain't you! You're better than that!

Tak paham?

Sila mintak tolong dengan encik google translate.

Thursday, March 14, 2013

Lagu semangat


Selalu kalau pegi mana2 gym sekalipun penjaga gym akan pasang lagu dengan volume lagu yg dikuatkan. Setiap lagu yg dipasang ade jugak sikit sebanyak bg semangat kat org2 yg tgh main besi ni. Pilihan lagu semangat untuk aku lagu tema cerita rocky. Aku memang minat gila dgn cite ni, so bila aku mengangkat besi dan lagu ni dipasang dgn tak semene2 aku jd naik semangat. Jom layan.

Tuesday, July 24, 2012

Paintball @ woodsball

Assalamualaikum
Sabtu 14/7 yang lepas aku, wife dan kawan2 ofis buat satu aktiviti hujung minggu. Program ni dirancang selama sebulan setengah, berlangsung di Taman Botani Negara, Bukit Cahaya Shah Alam. Pemain 12 orang je, asalnya ada dalam 22 orang tapi disebabkan ada komitmen lain terpaksa la diorg tarik diri walaupun diorang nak sangat join.
Masa berkumpul sebelum bertolak ke Shah Alam





Sampai je kat Taman Botani @ Bukit Cerakah tu semua mula la sibuk tukar baju, semua yang pegi ni semua 1st time nak main, ada yang tambah baju berlapis2, ada yang tukar2 kasut. Masing2 dalam kepala pikir takut sakit badan.
 Peluru atau pallet sebelum dibahagikan
 Bergaya dulu sebelum kena tembak


 Gaya seorang otai

 Sesi mengisi peluru
 Save pin kena selalu cek, takut tertembak orang kat luar kawasan permainan
 Dah ready nak perang
 Lepas satu round
 Kena tembak kat muka

Kepuasan dan keletihan yang tak terkata, tapi yang penting apa yang aku rasa masa tu adalah seronok, hilang segala penat kerja dan yang paling penting lebam2 satu badan.
Permainan yang aku main ni juga dipanggal woodsball mungkin sebab main dalam hutan kot, ala-ala peperangan sebenar la, kena pandai strategi dan kena cepat bergerak kat sebalik pokok yang ada dalam kawasan perang tu, kalau tak kena tembak la.
Permainan ni tak sama macam yang korang tengok menyorok belakang belon tu ye.
Kitorang bayar RM103 termasuk insurans untuk diri masing2.
Yang kitorang dapat : Pallet 500 biji seorang
Marker@senjata
Face mask
Baju Pelindung
Main sepuas hati sampai korang tak larat nak bangun

Kemudahan yang ada kat sana: Kafe
Tandas
Surau

Lepas solat Zohor kitorang sambung main sampai pukul 5 petang, maknanya jadual permainan korang tak terikat dengan sapa2, ikut suka korang nak main masa bila nak stop masa mana.