Pages

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, January 9, 2017

Assassin's Creed

Assalamualaikum..

Lama gila tak share kat sini pasal movie terbaru kat wayang, bukan apa sebab aku sendiri lama gila tak masuk panggung. Ke'bizi'an kerja melampau-lampau.

Rabu minggu lepas aku rasmikan tahun 2017 dengan movie pertama dengan cerita Assassin's Creed. Best gak la.

Assassin's Creed is a 2016 action adventure film based on the video game franchise of the same name. The film is directed by Justin Kurzel, written by Michael Lesslie, Adam Cooper and Bill Collage, and stars Michael FassbenderMarion CotillardJeremy IronsBrendan GleesonCharlotte Rampling and Michael K. Williams.

Baca sendiri la sinopsis dia..

"Callum Lynch (Fassbender) discovers he is a descendant of the secret Assassins society through unlocked genetic memories that allow him to relive the adventures of his ancestor, Aguilar, in 15th century Spain.
"After gaining incredible knowledge and skills he's poised to take on the oppressive Knights Templar in the present day."

Selamat menonton...

Saturday, December 3, 2016

Kesan daripada minum Aloe Vera Gel

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak cerita sikit pasal testimoni. Kali ni bukan cerita pasal aku,tapi isteri aku pulak.

Migrain, sengugut dan sembelit adalah benda biasa bagi seorang wanita. Boleh dikatakan kebanyakan wanita akan mengalaminya serentak dalam tempoh haid datang. Perkara ini juga dihidapi oleh isteri aku sendiri.

Tiap kali datang bulan, aku kesian tengok isteri aku yang menderita menahan sakit yang datang sekali harung tu. Nak tolong pun setakat masak air panas bagi minum je la. Nak tolong lebih -lebih kita ni takde ilmu bab kedoktoran.

Ceritanya macam ni, lepas isteri aku tengok perubahan yang aku alami. Dia pun tekad nak amalkan pengambilan aloe vera secara konsisten.

Lepas minum aloe vera ni selama beberapa minggu banyak kesan yang dia rasa sendiri dan macam tak percaya pun ada.

Mula-mula sekali bab sembelit. Perkara pertama yang dia perasan adalah dia makin mudah dan makin kerap ke toilet untuk membuang. Dalam masa yang sama berat badan dia sedikit turun. Yang kedua bab sakit kepala atau migrain, kekerapan sakit kepala dia makin kurang dan waktu datang bulan pun kepala tak sesakit dulu. Masih boleh dikawal. Bab senggugut pun sama, kurang rasa sakit. Bila semua tu boleh dikawal takde la kerap sangat 'bad mood'. Suami pun senang hati tengok isteri sihat.

Isteri aku ni pernah buat operation disebabkan keguguran. So sejak dari operate tu dia agak sukar kalau nak baring atas lantai tanpa karpet atau pelapik yang tebal. Sebab dia kan rasa nyilu pada tempat operate tu. Antara kesan aloe vera gel ni yang isteri aku perasan adalah takde lagi rasa-rasa nyilu pada tempat operate dulu.

Kesimpulan daripada testimoni ni boleh aku ceritakan, kebersihan usus kita amat penting. Sebabnya fungsi usus itu sendiri adalah untuk menyerap zat-zat makanan yang kita makan. Dah kalau usus kita kotor,agak-agaknya apa yang usus kita serap untuk nutrisi dan keperluan diri kita?

Perut punca segala penyakit timbul. Perut adalah tempat memproses makanan yang kita makan. Kalau nak kurus pun perlu bermula dari pemakanan, kalau zat makanan tak sampai kepada tubuh badan kita, maka sia-sia lah pengambilan makanan secara sihat kita selama ni.

Langkah pertama yang kita perlu buat adalah...BERSIHKAN USUS KITA!!!!




Tuesday, November 8, 2016

Jom minum Aloe Vera Gel

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share satu produk yang aku sendiri ambil.

Aku dah amalkan minum Aloe Vera Gel dari Forever Living Product ni dari bulan Februari tahun ni. Niat asal nak minum tu cuma nak try je. Tapi bila dah lama amalkan minum badan rasa ringan gila nak bangun pagi. Rasa nak 'membuang' pun senang sangat.

Awal-awal dulu ambil AVG ni tak konsisten sangat, rasa nak minum aku minum. Tapi sejak dari dua bulan lepas aku cuba amalkan seperti yang disarankan dan konsisten pagi masa perut kosong dan malam sebelum tidur. Amik kau.. sekali turun berat badan dekat 4 kilogram. Perut makin kurang la buncitnya. Selera makan tak pernah pulak turun.

Sebenarnya khasiat AVG ni banyak, tapi yg paling ketara pada aku ni perut kempis la. Selain tu aku punya bersin pagi pun makin ok,sebab aku ni ada resdung. Sekarang bangun pagi rasa selesa je. Kalau sebelum ni, celik je mata terus bersin. Belum dibawak ke dalam bilik air lagi tu..dah macam berperang.

Ada juga kawan-kawan tanya aku, aku ni diet ke? Jawapannya memang tak la kan.. seumur hidup aku mana reti diet. Semua aku bedal. Tapi ini la rahsia yang bukan rahsia sangat pun..

So,kalau ada sape-sape nak try AVG ni memang aku sarankan sangat-sangat la. Sebab AVG ni 100% aloe vera. Korang rasa baru korang tau apa kesannya pada tubuh badan.

Kalau nak oder dengan aku pun boleh. Call atau Whatsapp no tepon aku 019-9850461. Harga satu Malaysia sama je RM95.40. Melainkan kalau korang nak pos, kena tambah sikit lagi la.

Ni aku letak gambar sikit..




Monday, October 24, 2016

Hipster Pomade

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni trending pasal pomade. Sampaikan aku sendiri pun terjebak pakai. Yang perkenalkan aku dengan pomade ni adik aku. Aku jenis yang tak suka pakai minyak rambut. Sebab muka aku akan jadi berminyak. Bila pakai pomade rasa lain pulak.

Pomade pilihan aku Hipster Pomade. Sebab yang pertama adalah keluaran anak tempatan dan pomade ni setanding dengan pomade luar negara yang dah terkenal. Bau wangi pomade buat aku tertarik lagi, dia ada 3 jenis bau. Bau Apple, Vanilla dan top sales Mix berries. Aku pilih vanilla sebab aku suka bau vanilla. Murah dan mampu dimiliki dengan harga RM35 je. Satu Malaysia sama harga melainkan beli online kena tambah RM5 untuk urusan pos. Waterbased atau pun sumber dia daripada air. Muka aku tak berminyak bila pakai, itu yang penting. Senang dicuci dan dibilas, tak payah susah nak shampoo bagai. Jirus air je terus bersih. Strong Holder ataupun kekal keras sampai 12 jam kalau korang tak cuci.

Banyak la sebab yang membuatkan aku jatuh hati dengan pomade murah tapi berkualiti ni. Banyak gak review aku tengok pasal pomade kat youtube. Hipster Pomade antara yang dapat tempat dihati rakyat Malaysia.

So, sampai sekarang aku dah menjadi pengguna dan juga sebagai agen untuk Hipster Pomade ni. Aku jual secara online dan juga cash on delivery (COD). Kalau minat boleh terus call 019-9850461. Penghantaran satu Tanah Melayu dan COD di sekitar Bangi, Putrajaya dan Bandar Seri Putra.

Jangan takut untuk mencuba sebab korang akan rasa kelainan bila pakai pomade berbanding dengan minyak rambut biasa.


Monday, November 23, 2015

Kabel jumper



Kebanyakan orang yang ada kereta mesti dan pasti akan rasa pengalaman bateri kereta kong atau weak ditepi jalan atau mana-mana tempat yang bukan bengkel kereta sekurang-kurangnya sekali. Bila benda ni jadi mula menggagau nak cari kabel jumper. Termasuklah aku, terkebil-kebil mencari kabel jumper.

Situasinya aku baru rasa Sabtu lepas di parking Alamanda. Kereta aku dah bagi hint dari pagi lagi, bila start je dia punya bunyi dah boleh beza. Disebabkan ada event boling kat Alamanda Super Bowl so aku teruskan juga la guna kereta hari tu.

Kebiasaannya aku akan suruh service centre check bateri aku, sama ada mampu bertahan lama atau dah weak. Lagi pulak bateri aku dah agak lama, dari Disember 2012. Aku guna sel kering je, yang tak boleh refill air bateri tu. Tapi kali ni mintak diorang tolong periksa diorang kata still okay, so takpe la kan.

Nak dijadikan cerita aku start enjin dan alarm berbunyi, itu memang tandanya bateri dah habis terus. Kol member-member semua takde berdekatan dan takde kabel jumper ni. Salah sorang member bagitau boleh pinjam dengan maintenance paking. Aku pun try la.

Masuk balik ke dalam Alamanda, tahan pak gad. Tanya ada jumper ke tak, rupanya diorang tak faham. 3 orang pak gad yang aku tahan semuanya warga asing. Semua nak tolak kereta aku. Agak menghampakan la. 

Wife bagi idea guna intercom kat mesin tiket parking, aku try dan ada orang respon. Dia suruh aku ke pejabat diorang di P2 belah utara. So, aku kesana dan cerita masalah aku dan nak pinjam jumper, malangnya dia cakap dia tak cukup staff nak tolong,sebab yang sedia ada tengah jaga gate keluar. Aku mintak pinjam dan nak pulangkan kemudian tapi dia cakap supervisor dia tak benarkan, kena ada staff temankan jugak, Dia mintak aku tunggu kat kereta nanti dia akan datang kemudian. 

Aku balik ke kereta dan member aku dah sampai nak tolong, disebabkan malas nak tunggu lama. Member aku tanya orang sekeliling sape yang ada jumper, dan Alhamdulillah ada yang masuk lot parking selang sebijik kereta dengan aku, dan dia ada jumper. 

Tak sampai 5 minit kereta aku dah boleh hidup dan dah boleh balik. 

Kesimpulannya, kabel jumper adalah satu kepastian dan wajib ada dalam setiap kereta. Kalau bukan untuk kereta kita, kita still boleh pinjamkan kepada orang lain.

Thursday, October 29, 2015

Kursus Asas Ternakan Rusa

Pengalaman dapat join Kursus Asas Ternakan Rusa di Sure Jade Sdn Bhd di Muar, Johor. Sebenarnya aku bukan peserta formal, cuma pergi ke sana untuk hantar adik aku aje. Tapi di akhir kursus diorang tu ada buat lawatan ke ladang rusa. Aku pun selit la sekali masa lawatan tu sebab owner tempat tu dah jemput.

Banyak ilmu yang aku dapat walaupun sekejap, cara ternakan rusa ni sebenarnya tak la susah mana kalau nak dibandingkan dengan ternakan lembu dan kambing. Dagingnya pulak lagi mahal dan permintaan untuk daging rusa dah makin tinggi.

Sure Jade ni memang dah diiktiraf sebagai peladang profesional dan penternak rusa nombor 1 di negeri Johor tu, sampaikan veterinar pun datang rujuk masalah kalau berkenaan dengan rusa. Bos-bos diorang memang tak kedekut ilmu dalam bab persedian awal untuk ternak rusa ni, dan diorang ni memang expert dalam bab rusa. Jenis-jenis makanan yang sepatutnya untuk rusa pun dia kongsikan.


Kursus ni tak selalu di dibuat, sebab katanya nanti jadi biasa. Urusetianya cakap nak jadikan kursus ternakan rusa ni sesuatu yang luar biasa.







Tuesday, October 27, 2015

Sukan tradisional

Tiap-tiap tahun pejabat aku ni buat sukan dalaman. Dan kali ni aku yang ditugaskan untuk uruskan sukan tahun ni. Lebih ke arah tradisional diorang minta. So, aku ni perahlah otak ni untuk cari sukan apa yang agak berlainan daripada tahun-tahun sudah. Tapi tak semua la yang aku tukar.

Antara yang aku tukar dari tahun lepas.



Biasanya orang main puzzle, so aku buat la lain sikit. Aku buat puzzle 3D, diorang kena cantumkan semua komponen ni jadi objek. Happening gila kot.


Kebiasaanya juga kita duk main dam ular atas kertas yang kecik je. Kali ni aku beli yang saiz tikar punya. So boleh main 4 orang juga tapi ramai yang jadi tukang gelak. Sampai ada yang surrender sebab asyik kena turun je.





Hasil tangan kerjasama bos dengan anak buah dalam satu kumpulan. Memang menjadik dan riuh rendah dibuatnya.




Yang ni pun kiranya boleh la dianggap sebagai tradisional sebab kebanyakan budak-budak sekarang tak reti main karom. 



Yang ni semestinya tradisional. Sukan congkak, jenuh aku berjalan cari congkak ni nak beli. Last sekali aku jumpa congkak ni kat Mydin putrajaya. Kalau sukan ni bukan setakat budak yang tak reti. Orang tua pun belum tentu reti main congkak.

Last sekali sukan yang aku buat ialah acara batu seremban. Yang ni memang rare la, jarang orang nak main lagi-lagi orang lelaki nak main batu seremban. Tapi ofis aku ni lain sikit sebab ramai laki yang nak main, Nampak sangat diorang ni masa kecik banyak main pondok-pondok.




Thursday, June 11, 2015

Kedai Cendol Uniten

Agak kerap aku singgah kedai cendol tepi jalan uniten. Kebanyakan masyarakat yang tinggal sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya mesti tau punya kawasan ni. Tiap-tiap hari waktu lunch confirm penuh kawasan ni dengan orang kelaparan.

Bagi aku tempat yang wajib aku tuju Kedai cendol Abang Azis. Dekat dengan kedai dia ada kedai jual Nasi Tomato. Dua menu ni memang wajib aku beli kalau singgah sini. Wife aku pulak cukup berminat dengan coconut shake dan nasik kukus sebelah kedai murtabak.

Sape yang pegi makan kat sana kena la standby untuk berdiri tunggu turn untuk dapatkan meja, dan kena tahan dengan terik matahari pukul 1. Mencabar sikit la tapi kalau dah dapat hirup cendol, masing-masing boleh la senyum balik. Silap haribulan tak cukup semangkuk.

Kebanyakan yang meniaga kat kawasan ni semua orang melayu. Jadi sekaligus kita akan tolong diorang punya bisnes.

Selamat makan..


Monday, June 1, 2015

Patin Rnr Temerloh

Assalamualaikum..

Tahun ni banyak kali aku kena travel ke Terengganu. Dari April sampai hujung Mei aku ulang alik sampai 10 kali. Macam biasa la kan kalau nak ke Terengganu mudahnya lalu jalan highway LPT dan bersambung LPT2.

Tiap kali lalu jalan ni akan menjadi kewajipan aku untuk singgah kat RnR Temerloh. Bukan nak buat apa pun nak makan ikan patin masak lemak tempoyak dia je. Kalau korang lalu menghala ke Terengganu aku cadangkan korang singgah kedai yang ketiga hujung. Memang kaw-kaw kuah dia.

Harga tak mahal mana pun, untuk patin sangkar harga RM 8 dan kalau patin buah RM12 semangkuk. 






Monday, December 22, 2014

Paintball Valley Malaysia Bukit Lagong

Assalamualaikum

Setelah dua tahun berehat dari main paintball, sabtu lepas bersamaan 20/12/2014 aku kembali menarik picu marker. Kali ini lokasi bertukar ke Bukit Lagong, Selayang. Penyertaan seramai 14 orang dari geng2 ofis yang berhati kering untuk merasa keperitan pallet yang bakal di tembak ke arah member masing-masing.

Pakej yang ditawarkan amat2 berbaloi. RM100 seorang dan pakej tu termasuk sarapan,makan tengah hari, minuman ringan, marker, face mask, pallet 500 biji dan vest. Yang tak termasuk dalam pakej tapi percuma ialah mandi sungai yang sejuk tahap beku.

Sebelum main tembak2 ni macam biasa la penerangan dan taklimat ringkas tentang keselamatan akan diberikan oleh petugas @ marshal kat sana. Kalau kena tengking atau kena jerkah masa main sebab langgar peraturan jangan kecik hati pulak nanti. Sebab kebanyakan geng marshal ni bekas2 askar dan gila punya tegas.

Tempat ni ada 4 padang perang, korang boleh pilih mana nak main dulu atau serahkan pada marshall untuk tentukan jenis dan peraturan permainan. Jenis permainan ni macam2 so korang disarankan berada dalam keadaan yang cergas dan fitness mau baik. Yang merokok disarankan stop dulu pengambilan rokok 10 minit sebelum main untuk mengelakkan mendapat serangan semput dan serangan jantung.

Nak tau lebih lanjut korang boleh masuk FB diorang iaitu Paintball Valley Malaysia. Selamat bersukan.














Monday, September 8, 2014

Trip ke Kenyir pt.1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..

Hujung bulan Ogos lepas aku berkesempatan join trip yang dianjurkan jabatan aku ke Tasik Kenyir. Kitorang menetap di Kenyir Lake Resort selama 3 hari 2 malam. Perjalanan ke sana mengambil masa 9 jam melalui Lebuhraya Pantai Timur. Dekat 60 orang dapat join trip kali ni.

Sepanjang perjalanan melalui LPT bas yang kitorang naik berhenti rehat di R&R Temerloh. Kat sana aku and the gang dapat la merasa masak lemak tempoyak ikan patin yang top tu. Memang betul-betul power gulai ikan patin tu. Patut la ramai yang minat.

Kitorang sampai di resort lebih kurang dalam pukul 11 malam lebih-lebih sikit. Disebabkan driver bas pun tak pernah sampai ke resort tu, terpaksa la kitorang ni main tawaf-tawaf kat area tu. Sampai la staff dari resort tu datang collect kitorang lepas ketua rombongan call pihak resort.

Kehadiran kitorang ni memang dah di tunggu-tunggu. Restoran yang sepatutnya dah tutup terpaksa di lewatkan penutupannya. Ikutkan jadual asal kitorang ni sepatutnya sampai dalam pukul 9 malam, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan lewat la jadinya.

Untuk pengetahuan korang, resort ni 200% menggunakan perkhidmatan buggy. Kalau nak jalan kaki masuk ke reception kaunter diorang, memang terjelir lidah la jawabnya.

Hidangan makanan diorang memang mantap. Masakan kampung dan barat memang ada. Ikut selera perut masing-masing. 

Konsep bilik diorang macam chalet tapi berkembar. Selesa gila, tapi kalau nak harapkan wifi dalam suasana hutan memang tak dapat la, sebab coverage wifi hanya ada kat lobi dan restoran sahaja.






Friday, August 22, 2014

WWE Live 2014 di Kuala Lumpur

Terus terang aku cakap aku memang peminat tegar wrestling. Aku kenal sukan pukul orang ni sejak dari aku kecik lagi, sape yang ajar? My father yang ajar aku tengok dan sampai ke hari ni aku minat. Biar lantak la orang cakap diorang ni menipu ke ape ke aku tetap minat. Diorang ni memang dah di train sampai jadi tahap profesional baru masuk tv.

Kalau nak cerita generasi diorang ni memang panjang. Dari zaman CWC, WWWF kepada WWF dan sekarang masih kekal WWE sejak dari tahun 2002. Korang boleh baca sejarahnya kat link ni WWE history.

Masa aku kecik dulu kalau tengok diorang berlawan sampai kena menyorok belakang bantal. Bapak aku pulak sampaikan tahap sewa video tape untuk tengok kalau ada perlawanan baru. Dulu mana ada jual CD lagi. Tokei2 cina pon belum sempat pikir lagi nak buat cetak rompak zaman tu.

Lagi satu, diorang ni memang buat road tour seluruh dunia. Dan tahun ni Malaysia menjadi salah satu destinasi diorang. Bulan Oktober ni WWE akan berlangsung live kat Bukit Jalil. Korang boleh check detail kat sini.





Kalau nak ikutkan harga tu jawabnya aku tggu astro je la punya live. Tapi tak tau la kalau aku bagitau bapak aku dan dia nak belanja aku..hehe


Wednesday, July 2, 2014

Nutri Goat Miracle 8

Assalamualaikum...

Sekian lama aku tengok kawan-kawan review pasal susu kambing ni termasuk la blogger otai abg ben kita, katanya sedap dan tak hamis. So semalam bersamaan hari ketiga ramadhan aku tercari-cari minuman apa yang mampu bagi aku tenaga seharian tanpa ada rasa penat.

Aku pun whatsapp kenalan aku si Angah Judin, dia cakap memang ok dan sangat sedap. So aku pun buka blog Ben Ashaari untuk amik nombor contact pengedar. Sebab brader ben ni selalu up kan pasal susu kambing Nutri Goat ni. Lepas amik nombor telefon kat entry tu aku terus whatsapp Puan sha. Respon beliau memang cepat dan bersopan santun orangnya.

Aku bertanyakan pasal susu ni mcm mana aku nak order, beliau pun bagi la nombor agen Nutri Goat yang berdekatan dengan lokasi aku. Dan agen di putrajaya ni pun bagi respon yang sangat pantas. Lepas bertanyakan lokasi, agen tu terus hantar sekotak Nutri Goat  Miracle 8.

 Bayaran dibuat dan selesai urusniaga.


Thursday, January 16, 2014

Motel di Puteri Jaya, Sungai Petani Kedah


Ke Kedah untuk majlis konvo adik wife. Sewa bilik kat area bandar puteri jaya, sungai petani. Majlis konvo kat kolej insaniah kuala ketil. Jarak motel bajet ni nak ke kolej insaniah dalam 20 minit je. Bilik yang luas, selesa, sejuk dan bersih.

Owner dah semestinya melayu dan islam. Harga promosi cuma RM65.00 je semalaman. Bawah dia ada kedai runcit, senang nak beli bekalan. Sejadah dan al-quran disediakan. Katil king satu, single dua. Parking je terhad.