Pages

Thursday, May 31, 2012

Jadual Kuliah Bulan Jun Ustaz Azhar Idrus


Bulan Jun ni Ustaz Azhar Idrus akan sampaikan kuliyah beliau di masjid kolej lama aku iaitu Masjid Al-Azhar KUIS, Bangi. Pada 23 haribulan Jun ni. Insyaallah akan aku usahakan untuk menghadirkan diri aku ke sana.

Friday, May 25, 2012

Diet sihat untuk lelaki

DALAM memenuhi tuntutan selera harian, kita perlu membuat pilihan tepat dalam pengambilan makanan supaya memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan, seimbang dan tidak memudaratkan.

Walaupun terdapat beberapa makanan yang disyorkan perlu diambil setiap hari, keperluan pemakanan adalah berbeza mengikut jantina yang sekali gus membawa kepada kepelbagaian makanan.

Di sini disenaraikan makanan yang perlu diambil oleh lelaki.

Tomato: Buah yang popular ini memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.

Kajian menunjukkan lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat.

Kacang Brazil: Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil terutamanya, adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood.

Kubis, brokoli dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.

Telur: Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik.

Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.

Beri biru: Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.

Delima: Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolesterol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki.

Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.

Bawang putih: Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Journal of National Cancer Institute menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.

Salmon: Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kandungan LDL atau kolesterol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.

Bijirin: Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7 (biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan rambut sihat.

Karya Seni Diego Rivera Gagal Dilelong





NEW YORK: Karya seni pelukis Mexico, Diego Rivera - "Girl in Blue and White" gagal untuk menemui pembeli pada lelongan seni oleh Sotheby dari Amerika Latin di New York.

Lukisan cat minyak Juanita Rosas berusia 10 tahun yang dihasilkan pada 1939 itu dijangka mampu mencecah $4 hingga $6 juta pada lelongan yang dilakukan, Rabu.

Namun, tawaran maksimum terhadap lukisan itu hanyalah $3,7 juta.

Sotheby berkata ia merupakan lukisan Rivera paling penting yang dilelong setelah beberapa dekad.

Rekod semasa karya Rivera melebihi $3 juta bagi lukisan minyak atas kanvas "Dancing in Tehuantepec" tahun 1928 yang dijual pada tahun 1995 di lelongan Sotheby di New York.


Dancing in Tehuantepec

Biografi Diego Rivera:

Pada 8 Disember, tahun 1886, Diego Rivera telah dilahirkan di Guanajuato Mexico. Pada sebelum usia dua tahun Diego sudah dapat membaca, bapanya telah menubuhkan sebuah studio untuknya. Keluarganya tinggal di Guanajuato sehingga tahun 1892, apabila mereka berpindah ke Mexico City. Pada usia muda 10 tahun, Diego memutuskan dia mahu menjadi seorang artis. Jadi dia mula mengambil kelas malam di Akademi San Carlos di Mexico City. Beliau mendaftarkan diri di kolej tentera atas permintaan bapanya. Tetapi Diego tidak suka regimen yang ketat dan selepas dua minggu, pada tahun 1898, beliau telah menghadiri San Carlos sebagai pelajar sepenuh masa.

Pada pameran tahunan sekolah, beliau mempamerkan buat pertama kalinya 26 karya dan telah menjadi dan diwujudkan kelab pelukis. Tetapi Rivera tidak berpuas hati hati dengan pengarah seni baru di akademi. Dan jadi beliau memutuskan untuk meninggalkan sekolah di mana beliau telah menjadi pelajar sejak enam tahun.

Pada masa itu, bapa Diego adalah seseorang inspektor di Jabatan Kesihatan Awam, yang membolehkan beliau mengembara ke banyak bahagian Mexico Negara. Pada satu perjalanan tertentu, beliau menunjukkan beberapa lukisan anaknya untuk Teodoro Dehesa, gabenor Vera Cruz. Beliau sangat kagum dan apabila dia bertemu dengan Diego, beliau ditawarkan biasiswa untuk belajar di Eropah.

Lebih lanjut tentang pelukis ini boleh klik disini 


Thursday, May 24, 2012

Selebriti Sertai PAS Bukan Untuk Dakwah, Tapi Politik



KOTA BARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai PAS konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam Selasa.

Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.

"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.

Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. - BERNAMA

Bukan nak kata apa la kan...sekarang ni kalau nak berdakwah ke nak berceramah agama ke kena ada tauliah, kalau tak nanti kena tangkap dan denda dengan JAIS. Semuanya perlukan kebenaran, kalau tak kena pada orangnya tauliah tak kan dikeluarkan..dunia oh dunia.


Kedudukan Terkini Liga Super 2012 – Malaysia

Pemain Muda Malaysia ke Eropah



PETALING JAYA: Pemain muda sensasi negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar.
Kontrak tiga tahun yang ditandatangai pada awal pagi Selasa itu berakhir Jun 2015.
Pemain berusia 17 tahun itu bakal memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pemain bola sepak dalam masa beberapa bulan lagi.
Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3.
Nazmi kini menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal dan berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.

Malaysia Boleh!!! Itu je yang mampu aku laungkan untuk anak muda ni. Tahniah. Sebagai seorang anak Malaysia aku berbangga dengan pencapaian anak muda sekarang yang semakin berani menyahut cabaran sebesar ini. Bukan calang2 orang yang boleh menanggung tanggungjawab untuk bawak nama negara ke luar ni. Semoga saudara kita ni beroleh kejayaan disana dan tak lupa kepada tanah tumpah darahmu Malaysia.

Sumber: mStar Online

Wednesday, May 23, 2012

Pingat Emas Tarik Tali






Salam semua...

Saje nak masuk kan gambar medal emas tarik tali tahun ni, dah masuk tahun ke-3 aku main benda ni baru kali ni la merasa pegang medal emas...ini pun ihsan dari team A untuk team B yang dapat tempat ke-4. Kalu tak memang tak kan merasa la jawabnya.



Tarik tali paling best



Penangan training tarik tali untuk 3 hari pertama, aku rasa tali tu macam kasar gila. Pegang pun dah sakit ini kan pulak nak genggam tali tu main tarik pulak dengan orang2 yang dah berpengalaman.

Tapi tu untuk minggu pertama je, seksaan nya kejap je...lepas seminggu aku join training tu yang mana team aku iaitu team jabatan akauntan negara atau AG bergabung dengan team dari pengurusan dan s&k aku rasa best gila. Tak penah aku rasa latihan yang agak letih tapi best, banyak benda yang aku dapat belajar dari team orang lain. Terutama sekali keakraban antara kitorang la, jadi kawan semua sebab sebelum ni berselisih bahu tapi tak penah tegur sebab tak kenal.

Lepas berapa minggu aku belatih,aku rasa tali yang asalnya keras tu lembut gila. Aku boleh genggam macam tu je, dan kalau boleh aku tak nak lepas tali tu masa tarik sebab syok nya lain mcam, rasa tak puas je masa tarik.

Walaupun team AG B dapat no.4, aku tetap puas hati sebab dapat masuk semi final dengan penarik2 nya boleh dikatakan semuanya baru kecuali aku. Apa pun tahun ni aku tarik tanpa rasa stress, rasa tenang je tarik dan berserah pada tuhan kalau menang tu namanya rezeki, kalau kalah mungkin belum sampai rezekinya. Team aku memang terbaik, walaupun badan masing2 kecik tapi cara diorang main langsung tak mengalah.

Insyaallah kalau ada rezeki tahun ni aku akan join latihan pesta sukan kementerian kewangan, aku dah makin minat dengan sukan ni walaupun menyakitkan badan, aku nak belajar lebih lagi sebab best...



Tuesday, May 22, 2012

Hadiah dari bos





Salam semua...

Hari tu bos kepada wife aku pergi la berholiday dengan family dia ke Gold Coast, Australia. Yang bagusnya bos wife aku ni dia memang tak penah lupa dengan orang bawahan dia, lagi pulak wife aku ni setakat pekerja kontrak je. So, gambar kat atas tu la hadiah kenangan yang dia bagi. Pada aku, harga bukan ukuran untuk satu2 hadiah tu tapi yang penting keikhlasan pemberian dia tu. 

Bagus tak??? kalau aku la kan...ntah la,mampu ke aku buat macam dia...tepuk dada tanya iman.

Saturday, May 19, 2012

Sukan Jabatan

Salam semua...

Macam tahun2 yang sudah aku akan join sukan kat jabatan aku dan sukan kali ni dah masuk kali yang ke22 tapi aku baru je join 3 tahun start dari tahun 2009.

Macam biasa sukan yang aku akan join tak lain dan tak bukan sukan tarik tali, kalau tak ada gak sukan lain yang aku nak join tapi tak sempat nak pegi latihan sebab latihan tarik tali ni pun dah memenatkan aku sepanjang hari.

So, semalam hari jumaat bersamaan 18 Mei perasmian sukan dilancarkan, kali ni lain sikit dari tahun sebelum2 ni sebab buat malam. Tahun2 sudah main kat stadium dalam UKM kali ni main dekat dalam INSPEN 2 presint 14.

Acara perasmian kali ni pun agak meriah dengan perbarisan kontinjen yang buat persembahan tarian dalam kawad, memang riuh jadinya ditambahkan pulak persembahan bunga api yang agak lama sampai nak pekak telinga dibuatnya ada la dalam 15 minit.

Tahun ni aku tak mengharapkan apa2 medal dari penyertaan aku sebab permainan mungkin agak berbeza kali ni, mungkin kitorang akan main tarik tali atas pasir. 1st time kot sebab sebelum ni main atas padang rumput dan kali ni pihak stadium tak bagi guna padang dia sebabnya takut rosak.

Takpe anggap je semua ni ujian, kita layan je..

Thursday, May 17, 2012

Seindah Sakura

 

 Semenjak seminggu ni aku balik kerja je layan cerita lakonan fasha sandha dengan fahrin ahmad bertajuk seindah sakura, cerita yang diadaptasi dari novel jugak. sekarang ni memang banyak sangat cerita yang ambik dari novel, takpe la asalkan best aku layankan je... agak touching gak cite ni sebab mengisahkan pasal seorang cicit yang kena jaga monyangnya selepas mak nya ke bandar mencari kerja, dan kehidupan cicit dan monyang yang serba daif tu di uji plak dengan macam2 dugaan..ditambah pulak kehadiran cikgu baru yang garang yang selalu buat tanggapan sendiri terhadap pelajarnya...so,selamat menonton.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari guru

Salam semua kawan2...
Hari ni hari guru,kalau kat sekolah dulu hari macam ni mesti riuh dengan suasana student2 bagi hadiah kat cikgu kesayangan masing2 kan...aku masa dulu pun tak terkecuali jugak...

setiap orang tak kira la siapa dia sekarang, asalnya mesti dari didikan cikgu atau guru,seorang atau ramai itu tak menjadi hal sebab yang penting didikan yang diberikan oleh guru kita manfaatkan sampai ke tua.

Kerja cikgu ni suatu kerja yang mulia sebab diorang ni yang bakal menentukan masa depan anak2 muda..

Jadi sempena hari ni aku nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk cikgu2 yang penah mengajar aku kat sekolah2 ni:
  1. Taska Batu Lima
  2. Sekolah Kebangsaan Pendita Za'ba, Tapah Road
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Panglima Perang Kiri, Tapah Road
  4. Sekolah Menengah Agama Rakyat Maahad Abbasiah, Sungkai
  5. Sekolah Menengah Ugama Arab Maktab Pengajian Islam
  6. Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi.
Tanpa cikgu2 ni mungkin aku tak capai apa yang aku ada sekarang,dan yang paling aku tak kan lupa ajaran dan bimbingan orang tua aku, Cikgu aku yang paling bersabar dengan aku sampai la ke saat ini. Dan tak lupa untuk adik aku yang baru jadi cikgu @ ustazah kat Sabah nu..semoga dia tabah mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna.


Monday, May 7, 2012

Rumah Terbalik - Sabah




Satu lagi tempat menarik kat Sabah ni yang korang boleh lawati, nama tempatnya macam dalam gambar tu Rumah Terbalik, aku singgah sini masa on the way nak balik ke KK tapi sebenarnya tempat ni menghala ke Tuaran. Senang je nak cari tempat ni, betul2 kat tepi jalan besar. Untuk masuk ke dalam pagar rumah tu kena bayar RM10, kamera tidak dibenarkan dibawa masuk. So, aku pun amik gambar kat luar pagar je...sebenarnya ada cerita disebalik kenapa rumah tu diterbalikkan. Aku tak pasti dan aku tak tau apa ceritanya, adik aku cakap dalam rumah tu semua terbalik takde satu pun yang tak terbalik.

Kepada kawan2 yang singgah kat sana tolong la dapatkan cerita sebenar rumah ni ye.

Sunday, May 6, 2012

Iras atau serupa


Salam semua...

Nak cerita pasal orang kat sabah tu asik tertukar je ayah aku dengan penceramah motivasi terkenal Dato' Fadhilah Kamsah. Ramai yang cakap ayah aku ni ada iras2 dato sampaikan ada yang datang bersalam lagi bertanya khabar. Kat Kelantan tu pun selalu je orang tegur, kadang2 kat pasar malam orang datang nak mintak nasihat. Itu la penangan dato. Member2 aku pulak cakap muka aku memang tak ubah dari bapak aku, sama macam sedara mara aku cakap la mcm amik tampal je muka ayah aku masa muda kat aku ni.




Wednesday, May 2, 2012

Kundasang Sabah

Ayah aku nak beli apa ntah..
Buah-buahan segar yang baru dipetik
Pemandangan yang indah


Ok kawan2 kali ni gambar kat Kundasang pulak aku nak kongsi, kat sini banyak kedai sayur2 dan buah-buahan segar kat sepanjang jalan yang menuju ke Ranau. Memang kat sini korang boleh tengok kaki gunung je la...memang cantik sangat pemandangan kat sini tambah pulak dengan sejuknya. Kedai2 kat sini ada jugak jual makanan yang agak berlainan macam keropok bayam, keropok ni memang sayur bayam yang dicelup dengan tepung ada yang perisa pedas ada jugak yang biasa...penjual2 pun semuanya peramah, diorang akan layan korang walaupun tak beli.

Tuesday, May 1, 2012

Kinabalu Park






Assalamualaikum...

Kali ni aku kongsi sikit la gambar2 kat area Kinabalu Park ni, tempat ni dah tak jauh dah dengan Kundasang. Tempat ni memang sejuk gila...ala-ala Genting la,masa aku sampai ni dalam waktu tengah hari gak la tapi sejuknya tetap syok. Nak masuk kesini kena bayar gak tapi tak mahal pun RM3 je sorang. Sebenarnya kat sini macam2 korang boleh buat tapi aku ni pegi lepak je...nak hiking ke apa ke macam2 la,lagi best kalau korang ada orang yang biasa area sana. Ramai mat saleh la yang hiking kat sini, orang melayu tak ramai sangat tapi ada la. Waktu ni agak mendung so kitorang layan awan yang berkepul-kepul tu je la. Kalau korang dari KK korang boleh amik jalan ke Tuaran lepas tu follow jalan ke Kundasang dan Ranau. Perjalan dalam 2 jam sebab jalannya berbukit2 dan trelar banyak. Bawak slow je lebih selamat sebab kadang2 jalan licin sebab cuaca kat sana selalu mendung dan berawan. Tempat tu ada restoren, kedai runcit dan kedai cenderamata.