DALAM memenuhi tuntutan selera harian, kita perlu membuat pilihan
tepat dalam pengambilan makanan supaya memenuhi keperluan nutrisi yang
diperlukan, seimbang dan tidak memudaratkan.
Walaupun terdapat beberapa makanan yang disyorkan perlu diambil
setiap hari, keperluan pemakanan adalah berbeza mengikut jantina yang
sekali gus membawa kepada kepelbagaian makanan.
Di sini disenaraikan makanan yang perlu diambil oleh lelaki.
Tomato: Buah yang popular ini memberi pelbagai manfaat kepada lelaki
kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan
kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.
Kajian menunjukkan lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat.
Kacang Brazil: Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil
terutamanya, adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan
seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan
kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan
lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak
sebagai meningkatkan mood.
Kubis, brokoli dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti
dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser
yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Telur: Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya
adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin
(vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur
adalah sumber zat besi yang baik.
Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.
Beri biru: Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser
prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid)
yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung,
kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya
lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.
Delima: Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian
menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan
kolesterol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki.
Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.
Bawang putih: Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung
diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko
jantung tersumbat, malah penemuan dalam Journal of National Cancer
Institute menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan
bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.
Salmon: Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi
merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kandungan
LDL atau kolesterol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan
merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Bijirin: Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk
lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada
lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7
(biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan
rambut sihat.
1 comment:
hang diet ker ?...biaq betoi ?????
Post a Comment