Pages

Wednesday, December 30, 2015

Buat 2 kerja

Agak kelakar bila ada menteri suruh rakyat buat 2 kerja sehari, siap dibandingkan lagi dengan diri dia. Dia cakap dia sendiri buat sampai 3 kerja. Tapi sayang, kerja yang dia buat tu bukan la kerja. Tapi sebenarnya nama jawatan yang di pegang.

Logik akal kita akan berfikir, kalau la kita manusia biasa ni kerja 2 atau 3 kerja sehari. Berapa banyak masa kita ada untuk rehat? Untuk keluarga? Untuk ibadat?

Satu kerja dah 8 jam, 2 kerja dah masuk 16 jam. Ketahanan badan dan otak  manusia ni mana la mampu nak tanggung tekanan kerja sampai 24 jam. Dan kerja lebih dari satu kerja bukan jaminan untuk kita hidup bahagia.

Sekarang dan dari dulu lagi dah ada orang yang buat kerja lebih dari satu kerja untuk tampung dan nak sara keluarga, ada diorang jadi kaya? Kalau ada pun tak ramai sebab yang ramai buat kerja lebih dari 2 kerja ni orang susah je.

Aku lebih prefer kepada perniagaan atau kerja sendiri. Kita sendiri yang perlu manage kerja kita, kalau kita mengular maka kesannya akan berbalik pada diri sendiri. Buat masa ni aku masih makan gaji. Dan planning aku untuk masa depan dah aku rangka. Tunggu masa yang sesuai je.

gambar hiasan


Monday, November 23, 2015

Kabel jumper



Kebanyakan orang yang ada kereta mesti dan pasti akan rasa pengalaman bateri kereta kong atau weak ditepi jalan atau mana-mana tempat yang bukan bengkel kereta sekurang-kurangnya sekali. Bila benda ni jadi mula menggagau nak cari kabel jumper. Termasuklah aku, terkebil-kebil mencari kabel jumper.

Situasinya aku baru rasa Sabtu lepas di parking Alamanda. Kereta aku dah bagi hint dari pagi lagi, bila start je dia punya bunyi dah boleh beza. Disebabkan ada event boling kat Alamanda Super Bowl so aku teruskan juga la guna kereta hari tu.

Kebiasaannya aku akan suruh service centre check bateri aku, sama ada mampu bertahan lama atau dah weak. Lagi pulak bateri aku dah agak lama, dari Disember 2012. Aku guna sel kering je, yang tak boleh refill air bateri tu. Tapi kali ni mintak diorang tolong periksa diorang kata still okay, so takpe la kan.

Nak dijadikan cerita aku start enjin dan alarm berbunyi, itu memang tandanya bateri dah habis terus. Kol member-member semua takde berdekatan dan takde kabel jumper ni. Salah sorang member bagitau boleh pinjam dengan maintenance paking. Aku pun try la.

Masuk balik ke dalam Alamanda, tahan pak gad. Tanya ada jumper ke tak, rupanya diorang tak faham. 3 orang pak gad yang aku tahan semuanya warga asing. Semua nak tolak kereta aku. Agak menghampakan la. 

Wife bagi idea guna intercom kat mesin tiket parking, aku try dan ada orang respon. Dia suruh aku ke pejabat diorang di P2 belah utara. So, aku kesana dan cerita masalah aku dan nak pinjam jumper, malangnya dia cakap dia tak cukup staff nak tolong,sebab yang sedia ada tengah jaga gate keluar. Aku mintak pinjam dan nak pulangkan kemudian tapi dia cakap supervisor dia tak benarkan, kena ada staff temankan jugak, Dia mintak aku tunggu kat kereta nanti dia akan datang kemudian. 

Aku balik ke kereta dan member aku dah sampai nak tolong, disebabkan malas nak tunggu lama. Member aku tanya orang sekeliling sape yang ada jumper, dan Alhamdulillah ada yang masuk lot parking selang sebijik kereta dengan aku, dan dia ada jumper. 

Tak sampai 5 minit kereta aku dah boleh hidup dan dah boleh balik. 

Kesimpulannya, kabel jumper adalah satu kepastian dan wajib ada dalam setiap kereta. Kalau bukan untuk kereta kita, kita still boleh pinjamkan kepada orang lain.

Wednesday, November 18, 2015

Aiskrim Malaysia


Bila aku tengok lukisan ni aku teringat dengan opah angkat aku kat kampung. Lama dah aku tak jumpa dia, yang aku tau dia sihat sentiasa walaupun dah tua. Sebab anak-anak dia ada yang duduk berdekatan. 

Masa kecik aku memang banyak diluangkan kat umah opah. Mak dengan ayah aku orang meniaga, jadinya opah dengan arwah atuk la tempat aku bermanja, kena marah bagai. Budak kampung la katakan, mana reti duduk kat rumah, balik sekolah je tukar baju, makan tengah hari atas meja yang opah dah hidangkan, lepas tu aku hilang sampai ke senja.

Lukisan ni salah satu apa yang opah aku buat, dia jual aiskrim ni. Macam-macam perisa, paling aku suka perisa kacang hijau. Memang berlemak je makan. Lepas tu aku suka perisa asam boi, masam-masam manis. Aku la tukang perabihkan aiskrim kalau tak keluar merayau.

Dulu harga sebatang baru seposen, sekarang ni kalau tak silap aku dua batang dah singgit. Kadang-kadang bila datang rasa nak mengimbau kenangan duduk dengan opah aku laburkan la singgit aku. Sekarang aku tak tau apa orang bagi nama pada aiskrim ni, dulu aku panggil aiskrim sekupang je.



Thursday, October 29, 2015

Kursus Asas Ternakan Rusa

Pengalaman dapat join Kursus Asas Ternakan Rusa di Sure Jade Sdn Bhd di Muar, Johor. Sebenarnya aku bukan peserta formal, cuma pergi ke sana untuk hantar adik aku aje. Tapi di akhir kursus diorang tu ada buat lawatan ke ladang rusa. Aku pun selit la sekali masa lawatan tu sebab owner tempat tu dah jemput.

Banyak ilmu yang aku dapat walaupun sekejap, cara ternakan rusa ni sebenarnya tak la susah mana kalau nak dibandingkan dengan ternakan lembu dan kambing. Dagingnya pulak lagi mahal dan permintaan untuk daging rusa dah makin tinggi.

Sure Jade ni memang dah diiktiraf sebagai peladang profesional dan penternak rusa nombor 1 di negeri Johor tu, sampaikan veterinar pun datang rujuk masalah kalau berkenaan dengan rusa. Bos-bos diorang memang tak kedekut ilmu dalam bab persedian awal untuk ternak rusa ni, dan diorang ni memang expert dalam bab rusa. Jenis-jenis makanan yang sepatutnya untuk rusa pun dia kongsikan.


Kursus ni tak selalu di dibuat, sebab katanya nanti jadi biasa. Urusetianya cakap nak jadikan kursus ternakan rusa ni sesuatu yang luar biasa.







Tuesday, October 27, 2015

Sukan tradisional

Tiap-tiap tahun pejabat aku ni buat sukan dalaman. Dan kali ni aku yang ditugaskan untuk uruskan sukan tahun ni. Lebih ke arah tradisional diorang minta. So, aku ni perahlah otak ni untuk cari sukan apa yang agak berlainan daripada tahun-tahun sudah. Tapi tak semua la yang aku tukar.

Antara yang aku tukar dari tahun lepas.



Biasanya orang main puzzle, so aku buat la lain sikit. Aku buat puzzle 3D, diorang kena cantumkan semua komponen ni jadi objek. Happening gila kot.


Kebiasaanya juga kita duk main dam ular atas kertas yang kecik je. Kali ni aku beli yang saiz tikar punya. So boleh main 4 orang juga tapi ramai yang jadi tukang gelak. Sampai ada yang surrender sebab asyik kena turun je.





Hasil tangan kerjasama bos dengan anak buah dalam satu kumpulan. Memang menjadik dan riuh rendah dibuatnya.




Yang ni pun kiranya boleh la dianggap sebagai tradisional sebab kebanyakan budak-budak sekarang tak reti main karom. 



Yang ni semestinya tradisional. Sukan congkak, jenuh aku berjalan cari congkak ni nak beli. Last sekali aku jumpa congkak ni kat Mydin putrajaya. Kalau sukan ni bukan setakat budak yang tak reti. Orang tua pun belum tentu reti main congkak.

Last sekali sukan yang aku buat ialah acara batu seremban. Yang ni memang rare la, jarang orang nak main lagi-lagi orang lelaki nak main batu seremban. Tapi ofis aku ni lain sikit sebab ramai laki yang nak main, Nampak sangat diorang ni masa kecik banyak main pondok-pondok.




Denggi di hari raya


Assalamualaikum...

Lama sangat dah tak update cerita dalam ni.

Tahun ini dalam sejarah bila mana aku kena masuk ward pada hari raya. Raya puasa pulak tu. Puncanya sebab kena denggi.

Gambar kat bawah semuanya kronologi dari mula aku demam, warded dan discharge dari ward. 

Asalnya aku buka puasa dengan kawan-kawan, selang 2 hari aku raya sejuk je lepas buka puasa, Esoknya aku pegi klinik, 3 hari sebelum raya. Doktor cakap aku kekurangan air dalam badan dan dia tak bagi aku teruskan puasa. Takut makin melarat. Balik minum air tak kebah-kebah, kejap panas kejap sejuk je badan, wife tuam air la, ais la kat badan ni. Sampai tahap kena mandi air ais. Sejuk ko!!!

Balik kampung, nasib baik ada adik ipar yang sanggup burn kan tiket flight dia tolong drive. 

Malam raya, demam tak ok lagi. Pegi klinik swasta dan doktor buat denggi rapid test. Selang 5 minit dia sahkan aku kena denggi, dengan pantasnya dia buat surat refer ke hospital dan aku request Hospital Tumpat. Malam tu jugak aku masuk ward dengan platlet aku dah jatuh 71.





Doktor pun pakai baju raya dah..



Admit ward pukul 11.30 malam. Sedih rasanya, siap merayu dengan doktor tak nak masuk malam tu, tapi doktor tak layan.


Subuh pagi raya, hospital sediakan nasi impit dengan kuah kacang. Sambil tengok tv orang takbir raya. Nasib baik la wife jadi peneman setia yang sanggup teman aku, sampai dia pun demam dan dapat mc.


Mak, Ayah dan Adik beradik yang datang melawat aku lepas solat raya. Lupa pulak amik gambar family wife. Penuh ward dengan anak buah yang datang. Syok jugak orang ramai datang melawat. Hilang rasa sakit badan masa tu.




Lepas 4 hari duduk dalam ward tu aku rasa macam dah lama sangat dah. Platlet aku paling rendah turun sampai tahap 21 kalau tak silap. Mak mertua aku tolong masakkan sup ketam nipah dengan dia blend sekali pucuk betik yang pahit tu. Ini kira cara tradisional untuk rawat denggi, nurse dan doktor pun suruh aku makan benda tu selain dari minum air kosong dan 100 plus sehari 3 botol. Bila dapat tahu boleh discharge terus melompat nak balik. Keluar ward habis semua benda aku belasah.



Thursday, June 11, 2015

Kedai Cendol Uniten

Agak kerap aku singgah kedai cendol tepi jalan uniten. Kebanyakan masyarakat yang tinggal sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya mesti tau punya kawasan ni. Tiap-tiap hari waktu lunch confirm penuh kawasan ni dengan orang kelaparan.

Bagi aku tempat yang wajib aku tuju Kedai cendol Abang Azis. Dekat dengan kedai dia ada kedai jual Nasi Tomato. Dua menu ni memang wajib aku beli kalau singgah sini. Wife aku pulak cukup berminat dengan coconut shake dan nasik kukus sebelah kedai murtabak.

Sape yang pegi makan kat sana kena la standby untuk berdiri tunggu turn untuk dapatkan meja, dan kena tahan dengan terik matahari pukul 1. Mencabar sikit la tapi kalau dah dapat hirup cendol, masing-masing boleh la senyum balik. Silap haribulan tak cukup semangkuk.

Kebanyakan yang meniaga kat kawasan ni semua orang melayu. Jadi sekaligus kita akan tolong diorang punya bisnes.

Selamat makan..


Monday, June 1, 2015

Patin Rnr Temerloh

Assalamualaikum..

Tahun ni banyak kali aku kena travel ke Terengganu. Dari April sampai hujung Mei aku ulang alik sampai 10 kali. Macam biasa la kan kalau nak ke Terengganu mudahnya lalu jalan highway LPT dan bersambung LPT2.

Tiap kali lalu jalan ni akan menjadi kewajipan aku untuk singgah kat RnR Temerloh. Bukan nak buat apa pun nak makan ikan patin masak lemak tempoyak dia je. Kalau korang lalu menghala ke Terengganu aku cadangkan korang singgah kedai yang ketiga hujung. Memang kaw-kaw kuah dia.

Harga tak mahal mana pun, untuk patin sangkar harga RM 8 dan kalau patin buah RM12 semangkuk. 






Monday, April 13, 2015

Hari Isnin setiap minggu

Biasa la kan dah cuti dua hari, masuk hari isnin masing-masing kelam kabut pagi tu nak iron baju, seluar, tudung dan sebagainya. Nak-nak pulak orang yang ada anak, nak kena hantar gi sekolah lagi baru la boleh menuju ke ofis. So, setiap pagi aku akan berhadapan dengan makhluk Allah ni, ada yang cool je bawak kereta dan ada yang macam ribut.

Aku menyirap dengan kedua-duanya sekali. Bukan apa la kan, yang cool tu ok tapi tolong la faham akan kesesuaian masa, kalau ko nak bawa kereta slow sekalipun duduk la kat lorong yang selayaknya bukan duduk kat lane yang paling laju dan sibuk.

Yang macam ribut ni pulak, lagi la aku nak carutkan. Mana tak nya pagi-pagi dah buat hal, menyelit masuk depan orang ikut suka hati dia, signal kadang bagi dan kadang tak bagi, brek mengejut, potong barisan masa masuk lorong arghhh!!! banyak lagi la...fuhh, terasa marahnya tu.

Nasihat aku, yang mana nak cepat masuk pejabat tu keluar la awal. Yang mana rasa awal lagi tu buat la apa yang patut yang takkan ganggu lalu lintas dan membuatkan orang lain mengamuk.


Friday, February 13, 2015

Perginya seorang murabbi

Assalamualaikum...

Semalam bersamaan malam Jumaat bertarikh 12.02.2015 pada jam 9.45 malam perginya seorang insan yang sangat tinggi ilmu agamanya. Seorang alim ulama yang memimpin negeri Kelantan dengan cara bersederhana. Seorang yang menjadi ikon dan idola setiap hati rakyat Kelantan tanpa mengira pangkat, jantina, umur dan bangsa.


Sebaik dapat berita tentang pemergian arwah, air mata aku mengalir sendiri. Aku call ayah aku pasal ni, dapat cakap berapa patah je terus aku dah tak boleh nak bercakap. Jadi sebak yang teramat sangat. Aku menangis dan terus menangis sambil aku ulang surah al-fatihah dan aku hadiahkan kepada arwah.

Semoga roh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Wednesday, February 11, 2015

Disebalik layan movie

Assalamualaikum..

Hari ni sempat aku habiskan cerita Book of Eli lepas dua hari aku mula tengok. Cerita lama dah, dari tahun 2010 lagi. Tajuk dan pelakon cerita ni yang menarik minat aku untuk tengok pada mulanya. Tapi, bila aku layan cerita ni, banyak pengajaran yang aku dapat.

Kisah ni menceritakan tentang kitab bible yang terakhir ada dalam dunia, dan Eli ni dapat mimpi yang suruh dia cari dan bawa kitab bible tu ke satu tempat. Dia tak tau kenapa tapi dia percaya dengan mimpi dia. Dalam perjalanan tu macam2 yang dia kena hadap, sampai la akhirnya dia dapat jejak kaki ke tempat dia tuju.

Cerita dia agak slow dan berselang seli dengan aksi membunuh orang yang dah hilang ketamadunan. Hidup dalam keadaan takda agama, pegangan, ilmu dan macam2 lagi. Dunia pun masa tu dah takda apa dah. Yang ada hanya manusia yang bodoh dan hidup semata2 untuk hidup tanpa ada arah tujuan.

Bila aku tengok cerita ni, aku terbayangkan keadaan umat manusia zaman akan datang. Aku gantikan bible yang Eli tu bawa kepada Al-Quran. Bayangkan hanya ada sebuah je masa tu, dah takda alim ulama, takda ahli2 agama, dan takda penghafal Al-Quran.. apa jadi pada dunia masa tu? Kepada siapa kita nak rujuk? Fuhh.. jauh aku pikir.

Kita ni adalah umat akhir zaman, umat nabi yang terakhir. Jadi sama2 kita jaga diri kita dan keluarga kita dari azab-Nya.