Pages

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Kursus Asas Ternakan Rusa

Pengalaman dapat join Kursus Asas Ternakan Rusa di Sure Jade Sdn Bhd di Muar, Johor. Sebenarnya aku bukan peserta formal, cuma pergi ke sana untuk hantar adik aku aje. Tapi di akhir kursus diorang tu ada buat lawatan ke ladang rusa. Aku pun selit la sekali masa lawatan tu sebab owner tempat tu dah jemput.

Banyak ilmu yang aku dapat walaupun sekejap, cara ternakan rusa ni sebenarnya tak la susah mana kalau nak dibandingkan dengan ternakan lembu dan kambing. Dagingnya pulak lagi mahal dan permintaan untuk daging rusa dah makin tinggi.

Sure Jade ni memang dah diiktiraf sebagai peladang profesional dan penternak rusa nombor 1 di negeri Johor tu, sampaikan veterinar pun datang rujuk masalah kalau berkenaan dengan rusa. Bos-bos diorang memang tak kedekut ilmu dalam bab persedian awal untuk ternak rusa ni, dan diorang ni memang expert dalam bab rusa. Jenis-jenis makanan yang sepatutnya untuk rusa pun dia kongsikan.


Kursus ni tak selalu di dibuat, sebab katanya nanti jadi biasa. Urusetianya cakap nak jadikan kursus ternakan rusa ni sesuatu yang luar biasa.







Friday, February 13, 2015

Perginya seorang murabbi

Assalamualaikum...

Semalam bersamaan malam Jumaat bertarikh 12.02.2015 pada jam 9.45 malam perginya seorang insan yang sangat tinggi ilmu agamanya. Seorang alim ulama yang memimpin negeri Kelantan dengan cara bersederhana. Seorang yang menjadi ikon dan idola setiap hati rakyat Kelantan tanpa mengira pangkat, jantina, umur dan bangsa.


Sebaik dapat berita tentang pemergian arwah, air mata aku mengalir sendiri. Aku call ayah aku pasal ni, dapat cakap berapa patah je terus aku dah tak boleh nak bercakap. Jadi sebak yang teramat sangat. Aku menangis dan terus menangis sambil aku ulang surah al-fatihah dan aku hadiahkan kepada arwah.

Semoga roh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Friday, December 26, 2014

Pray for Pantai Timur

Allahuakbar..

Besar sungguh ujian kali ni untuk rakyat pantai timur. Boleh dikatakan setiap tahun negeri pantai timur akan berhadapan dengan isu banjir, tapi kali ni nampak kelainannya. Orang tua aku sendiri ceritakan macam mana derasnya air banjir kali ni mengalir.

Setakat ini aku masih boleh tarik nafas lega lagi sebab rumah orang tua aku kat kampung tu masih selamat. Tapi sampai bila? Itu memang tak boleh kita nak ramal, semuanya dalam kuasa Allah.

Rumah mak mertua aku di daerah Kutan tengah yang berhampiran dengan Wakaf Bharu dah mula naik air. Pagi ni dapat berita jalan masuk ke kampung air dah naik paras peha orang dewasa. Rumah abang ipar yang kat tepi jalan memang dah pindah dah.

Pagi ni pula dikejutkan dengan berita kematian salah seorang saudara jauh wife aku, kawasan kampung yang sama. Yang jadi masalah sekarang tanah perkuburan semua dah tenggelam. Urusan pengkebumian terpaksa ditangguhkan sampai air banjir surut. Sekarang jenazah dalam simpanan pihak polis.

Mak sedara aku pulak air dah mengalir dalam rumah, barang-barang semua dia dah packing sebab memang dah nampak cara air yang datang tu semakin naik. Belum ada tanda-tanda pengurangan, aku harap diorang dah keluar dari rumah tu demi keselamatan nyawa.

Semalam pulak sedara aku kena banjir di Tanah Merah, kelajuan air naik memang diluar jangkaan. Dalam masa satu malam satu tingkat rumah dia dah tenggelam. Rumah tiga tingkat, bagi jiran berteduh dalam 8 keluarga. Tapi air naik memang cepat, diorang kena tunggu di tingkat paling atas. Bekalan makanan takde dan nasib diorang baik sebab bantuan sempat sampai sebelum keadaan jadi makin teruk.

Aku yang jauh dari keluarga ni tak sedap duduk dibuatnya, rasa nak sangat-sangat balik. Tapi mak aku awal-awal lagi tak bagi aku balik sebab takut ada masalah kat pertengahan jalan. Terpaksalah aku tahan dan dengar je cerita dari jauh. Hanya doa semoga semua rakyat pantai timur selamat dari sebarang malapetaka dan musibah yang lebih teruk dari sekarang.







Friday, July 18, 2014

Tok guru masih sihat

Kisah mengenai Tuan Guru Nik Aziz meninggal betul-betul buat aku terkejut pagi tadi. Dah la cerita pasal kapal terbang kena tembak baru jadi di tambah pulak cerita tok guru meninggal. Aku terduduk sekejap tapi belum terus percaya. Aku scroll FB tengok setiap satu post kawan-kawan. Lega aku bila cerita tok guru ni tak betul dan memang disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memang salah seorang idola aku dalam Malaysia ni. Semoga usia tok guru dipanjangkan.


Pesawat kena tembak

Assalamualaikum...

Malam tadi tergempar dengan cerita pesawat Malaysia Airlines kena tembak. Aku tengah bersantai-santai depan tv tiba-tiba bini aku boleh tukar channel Astro Awani 501. Aku ingatkan kenapa la kan.. rupanya dalam fb tengah hot cerita pasal pesawat tu.

Aku malas nak pegang iphone aku tu kalau takde keje. Aku terus amik tepon dan menatap si FB tu, memang tengah panas ceritanya. Yang aku terkilannya ada juga orang amik kesempatan edit gambar flight crash dalam cerita LOST.

Awalnya aku macam susah nak percaya benda macam ni boleh melibatkan negara kita. Tapi ini semua takdir Allah, dan yang pastinya akan ada insan-insan yang akan pertikaikan kenapa perkara ni terjadi. Orang akan persoalkan kenapa pesawat MAS MH17 tu terbang dengan ketinggian 10,000 meter, sedangkan boleh terbang lagi tinggi. Kita serahkan pada yang betul-betul pakar, yang baru nak jadi pakar ni baik diamkan diri dan dengar berita. Jangan nak pandai-pandai buat spekulasi murahan semata-mata nak naikkan populariti diri sendiri.

Apa pun sama-sama kita doakan supaya ahli keluarga penumpang dan krew pesawat dapat menerima berita ini dengan hati yang tenang atas kehilangan ahli keluarga mereka.




Thursday, September 6, 2012

Potret Wajah Sebenar Hang Tuah




Orang ramai kini boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

“Setem ini terhasil dalam tempoh sebulan iaitu selepas Pejabat Pos Malaysia meluluskan permohonan pengeluaran eksklusif oleh Pesawad seminggu sebelum Ramadan lalu,” katanya kepada pemberita, di Duyong, semalam.

Menurutnya, satu set setem mengandungi 10 keping setem dijual dengan harga 60 sen setiap satu, tidak dijual di Pejabat Pos dan Pesawad satu-satunya pihak  diberi kebenaran itu menjual setem tersebut.

“Orang ramai boleh mendapatkan setem ini dengan menghubungi Ahli Jawatankuasa Pesawad menerusi talian 012-915 1187 atau 013-309 8210 dan belian perlu dibayar melalui kiriman wang,” katanya.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas  beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.


“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Thursday, July 12, 2012

Gambar Syiling emas era Perang Salib

TEL AVIV: Satu tempayan syiling emas daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel.
Syiling emas itu ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang besar.

Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1265.
Syiling emas itu yang mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam - sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia ditemui.

Sumber : myMetro


Kalau dapat kat aku emas2 ni memang aku simpan lagi lama la...tak pun gadai dah tu beli pulak emas jongkong kat Public Gold..hehe

Thursday, July 5, 2012

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - BERNAMA

Alhamdulillah...

Rezeki untuk rakyat la kot kan... nak pose,dah tu nak raya pulak lepas tu, dikurangkan lagi harga minyak RON97 selepas yang terakhir bulan Jun lepas, walaupun 20 sen tu nampak kecik je jumlahnya tapi kalau dah isi full tank jadi banyak la jimatnya. Lagi2 plak untuk orang yang macam aku ni kalau nak travel jauh komfem isi minyak 97 punya, sebab minyak dia lambat habis dan jimat. Tak macam yang 95 sampai separuh jalan dah kena topup lagi.

Thursday, May 31, 2012

Jadual Kuliah Bulan Jun Ustaz Azhar Idrus


Bulan Jun ni Ustaz Azhar Idrus akan sampaikan kuliyah beliau di masjid kolej lama aku iaitu Masjid Al-Azhar KUIS, Bangi. Pada 23 haribulan Jun ni. Insyaallah akan aku usahakan untuk menghadirkan diri aku ke sana.

Friday, May 25, 2012

Diet sihat untuk lelaki

DALAM memenuhi tuntutan selera harian, kita perlu membuat pilihan tepat dalam pengambilan makanan supaya memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan, seimbang dan tidak memudaratkan.

Walaupun terdapat beberapa makanan yang disyorkan perlu diambil setiap hari, keperluan pemakanan adalah berbeza mengikut jantina yang sekali gus membawa kepada kepelbagaian makanan.

Di sini disenaraikan makanan yang perlu diambil oleh lelaki.

Tomato: Buah yang popular ini memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.

Kajian menunjukkan lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat.

Kacang Brazil: Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil terutamanya, adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood.

Kubis, brokoli dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.

Telur: Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik.

Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.

Beri biru: Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.

Delima: Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolesterol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki.

Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.

Bawang putih: Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Journal of National Cancer Institute menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.

Salmon: Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kandungan LDL atau kolesterol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.

Bijirin: Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7 (biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan rambut sihat.

Karya Seni Diego Rivera Gagal Dilelong





NEW YORK: Karya seni pelukis Mexico, Diego Rivera - "Girl in Blue and White" gagal untuk menemui pembeli pada lelongan seni oleh Sotheby dari Amerika Latin di New York.

Lukisan cat minyak Juanita Rosas berusia 10 tahun yang dihasilkan pada 1939 itu dijangka mampu mencecah $4 hingga $6 juta pada lelongan yang dilakukan, Rabu.

Namun, tawaran maksimum terhadap lukisan itu hanyalah $3,7 juta.

Sotheby berkata ia merupakan lukisan Rivera paling penting yang dilelong setelah beberapa dekad.

Rekod semasa karya Rivera melebihi $3 juta bagi lukisan minyak atas kanvas "Dancing in Tehuantepec" tahun 1928 yang dijual pada tahun 1995 di lelongan Sotheby di New York.


Dancing in Tehuantepec

Biografi Diego Rivera:

Pada 8 Disember, tahun 1886, Diego Rivera telah dilahirkan di Guanajuato Mexico. Pada sebelum usia dua tahun Diego sudah dapat membaca, bapanya telah menubuhkan sebuah studio untuknya. Keluarganya tinggal di Guanajuato sehingga tahun 1892, apabila mereka berpindah ke Mexico City. Pada usia muda 10 tahun, Diego memutuskan dia mahu menjadi seorang artis. Jadi dia mula mengambil kelas malam di Akademi San Carlos di Mexico City. Beliau mendaftarkan diri di kolej tentera atas permintaan bapanya. Tetapi Diego tidak suka regimen yang ketat dan selepas dua minggu, pada tahun 1898, beliau telah menghadiri San Carlos sebagai pelajar sepenuh masa.

Pada pameran tahunan sekolah, beliau mempamerkan buat pertama kalinya 26 karya dan telah menjadi dan diwujudkan kelab pelukis. Tetapi Rivera tidak berpuas hati hati dengan pengarah seni baru di akademi. Dan jadi beliau memutuskan untuk meninggalkan sekolah di mana beliau telah menjadi pelajar sejak enam tahun.

Pada masa itu, bapa Diego adalah seseorang inspektor di Jabatan Kesihatan Awam, yang membolehkan beliau mengembara ke banyak bahagian Mexico Negara. Pada satu perjalanan tertentu, beliau menunjukkan beberapa lukisan anaknya untuk Teodoro Dehesa, gabenor Vera Cruz. Beliau sangat kagum dan apabila dia bertemu dengan Diego, beliau ditawarkan biasiswa untuk belajar di Eropah.

Lebih lanjut tentang pelukis ini boleh klik disini 


Thursday, May 24, 2012

Selebriti Sertai PAS Bukan Untuk Dakwah, Tapi Politik



KOTA BARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai PAS konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam Selasa.

Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.

"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.

Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. - BERNAMA

Bukan nak kata apa la kan...sekarang ni kalau nak berdakwah ke nak berceramah agama ke kena ada tauliah, kalau tak nanti kena tangkap dan denda dengan JAIS. Semuanya perlukan kebenaran, kalau tak kena pada orangnya tauliah tak kan dikeluarkan..dunia oh dunia.


Kedudukan Terkini Liga Super 2012 – Malaysia

Pemain Muda Malaysia ke Eropah



PETALING JAYA: Pemain muda sensasi negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar.
Kontrak tiga tahun yang ditandatangai pada awal pagi Selasa itu berakhir Jun 2015.
Pemain berusia 17 tahun itu bakal memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pemain bola sepak dalam masa beberapa bulan lagi.
Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3.
Nazmi kini menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal dan berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.

Malaysia Boleh!!! Itu je yang mampu aku laungkan untuk anak muda ni. Tahniah. Sebagai seorang anak Malaysia aku berbangga dengan pencapaian anak muda sekarang yang semakin berani menyahut cabaran sebesar ini. Bukan calang2 orang yang boleh menanggung tanggungjawab untuk bawak nama negara ke luar ni. Semoga saudara kita ni beroleh kejayaan disana dan tak lupa kepada tanah tumpah darahmu Malaysia.

Sumber: mStar Online

Thursday, April 5, 2012

FAM guna kuasa veto

“FAM sudah menetapkan saya tidak boleh membuat kenyataan selain mendapat kebenaran bertulis daripada Kongres FAM.
Kalau saya nak bercakap berkaitan hal-hal FAM, saya kena tulis surat untuk mendapat kebenaran kongres yang bermesyuarat dua-tiga kali setahun.” Itu reaksi balas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas pertanyaan pemberita sejurus didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak tanah air itu atas dua pertuduhan.

Apa guna tubuhkan jawatankuasa kalau timbalan presiden tak boleh nak bagi kritikan membina untuk pasukan kebangsaan.Buang semua penjawatan tinggalkan orang atasan yang boleh bersuara tu je untuk mentadbir dan memimpin skuad kebangsaan yang sekarang ni prestasinya dah makin merosot.Teruskan legasi seperti ini dan pastinya skuad kita hanya akan kekal berada di takuk lama.Tahniah!!!

Wednesday, March 14, 2012

Bukan kerja manusia ni

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Kesian dengan budak kecik yang tak bersalah tu,kalau dah dendam dengan orang tua nya kenapa anak kecik yang dijadikan galang gantinya???manusia sekarang kebanyakannya bertindak mengikut nafsu,bisikan dan macam2 lagi la...akal yang waras tak tau letak kat mana. Aku terdengar radio Era pagi tadi,dikatanya memang pembunuhan tu angkara dendam seorang jiran yang jugak penagih dadah,dendam sijiran tu terhadap nenek Dirang sebab pernah menghinanya,yang jadi mangsanya pulak sikecil yang comel.perikemanusiaan kita ada tahap mana agak2nya kalau difikirkan dengan akal yang logik ni.Sanggup ke kita nak bakar seorang budak dalam keadaan hidup2?tak sanggup aku nak pikir...renung2kan lah...

Wednesday, July 20, 2011

Emas lepasi paras AS$1,600 seauns


HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.

Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.
Dipetik dari Berita Harian Online Pada 19 Julai 2011

Friday, July 8, 2011

Harga emas RM202.57 segram

pix_gal0
Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.
Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.

Tuesday, June 14, 2011

Putrajaya terima gegaran

Pagi tadi .. lebih kurang jam 8.10 pagi, Putrajaya digegarkan dengan satu gegaran gempa bumi. Menurut dari apa yang saya baca, gempa bumi ini berpunca dari siri gegaran di utara Sumatera, Indonesia dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter.


gempa bumi putrajaya Malaysia

Gegaran itu dikesan berlaku pada jam 00:08:33 UTC ( 1.826°N, 99.082°E), 22.6 KM dibawah permukaan bumi.

Thursday, May 19, 2011

Pengaruh Komik

KUALA TERENGGANU: Taksub terhadap komik berciri pertarungan yang menjadi kegemarannya, seorang lelaki bagaikan hilang ingatan apabila cuba menyembelih adiknya dan mencederakan seorang anggota polis di rumahnya di Kampung Batu 10, Kawasan Perindustrian Gong Badak, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek berusia 36 tahun dan sudah beristeri serta mempunyai dua anak, bertindak mengelar tapak tangan adiknya menggunakan parang.

“Dia kelar lengan dan tangan saya sebelum meletakkan parang sepanjang 15 sentimeter ke leher saya. Ketika itu saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana melihat dia bagaikan tidak sedarkan diri.

“Mujur ada rakan dan orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian menyelamatkan saya,” kata adik lelaki itu yang enggan dikenali.


Mangsa yang berusia 20 tahun mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum membuat laporan polis.

Umur dah tua dah tu,mcm mane la blh terpengaruh dgn komik???kalau budak2 tu kita blh la terima lagi sbb dalam usia kanak2 diorg banyak berimaginasi..mcm2 cerita dunia zaman skrg kan..

Aku yg gila komik ni pon x mcm tu..lagi mcm2 komik aku bace,dari kecik smp skrg..ok je,xpenah pulak nak tetak org kan..hehe,ingat kawan2 komik tu just imaginasi pelukis dan penulis skrip nya sahaja,jgn kita bawak masuk dalam kehidupan sebenar sbb ada perkara yg mustahil bagi manusia biasa mcm kita nak buat mcm dalam komik tu.