Pages

Tuesday, October 18, 2011

Kod tayar kereta anda


salam semua...
korang semua mesti ade kereta kan?setiap kereta disediakan 4 tayar dan 1 tayar spare..betul???
korang perasan x setiap tayar ade kod2 nya yg tersendiri???
ok yang dah tau x ngape la...pada yg xtau lagi kat sini kite same2 tengok dan check tayar masing2 ye...
untuk memastikan korang beli tayar berkualiti dan tahan lama korang perhatikan tayar tu sebab setiap tayar tu ade  maklumat terperinci tentang jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya.

Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:
Untuk mengetahui usia sebuah tayar tu periksa kat bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2511 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 25 pada 2011.

 Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayat sesebuah tayar ialah selama lima tahun dan kalau lebih itu bermakna sudah expired dan dinasihatkan jangan gunakan lagi pada kenderaan.

Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 
205/40R16 82H.

Nombor 205 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 40 ialah aspect ratio tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 40 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.

Angka 16 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.





No comments: