Pages

Saturday, March 23, 2013

Take Away

Pernah suatu masa dulu, masa mula2 aku kenal kedai fast food. Kebiasaannya aku tak penah tapau makanan jenis ni sebab aku lagi suka mkn terus kat mana2 kedai fast food yg aku singgah.

Satu kali tu aku berseorangan, pegi ke kedai fast food dan dalam hati mmg niat nak tapau. Bila sampai turn aku.

Cashier: Makan sini ke take away???
Aku: ???
Cashier: Nak makan sini ke?
Aku: Bungkus la..
Cashier: Ooo, take away la..
Aku: Ya..ya

Bukan ape,masa tu x clear sngt sebutan take away dia tu,mgkn sebab dah kerap sngt sebut jd sebutannya jadi terlalu laju sampai aku tak sempat nak tangkap.

Lepas kejadian tu, aku lebih alert dgn ungkapan2 bahasa omputih ni.

Tuesday, March 19, 2013

3 Hal dalam hidup


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd sahabat-sahabat yg kamu SAYANGI..

Hidupmu juga akan bahagia kerana mereka juga mendoakanmu..amin.

Monday, March 18, 2013

Naik Bas Ekspress

Bukan kali pertama naik nas ekspres ni, tiap kali balik kg je boleh dikatakan aku banyak naik bas dari drive kereta sendiri. Bukan malas tapi tak larat nak drive sorg2, kalau ada adik aku kat raub tu tumpang boleh la nak bergilir drive. Lagi satu sebab aku syg kereta, kesian kat kereta asik langgar lubang je.

Malam tadi naik bas lagi dengan wife, kesekian kalinya naik bas dua tingkat. Kali ni kena duduk lajur kedua dari belakang. Memang dah agak dah mesti kaw2 punya kena goncang masa tido. Berapa kali aku terjaga sebab bas break mengejut pun aku tak tau, banyak kali sngat.

Bab nak ngelak lubang mintak maap..semua dia sapu bersih, bergegar otak aku laki bini. Nasib la wife aku dah ready ubat mabuk kalau tidak mau kawan tu muntah. Aku pulak standard menggunakan teknik lelapkan mata utk tahan pening dengan sakit kepala.

Aku ingatkan lepas tukar driver kedua boleh la aku lelap dgn lena. Mana mau nye.. serupe dua kali lima. Disapunya jugak lubang atas jalan tu, termasuk amik lap cecah telinga. Kereta dengan lori je yg dielak selain pada tu semua dia redah.

Kalau masuk rally ni kompem dua orang driver ni menang aku rasa. Dalam otak dah terpikir selamat ke aku sampai ke destinasi aku. Dengan gaya bawak bas cenggini.

Tapi, dengan izin Allah. Alhamdulillah aku sampai dengan selamatnya ke Putrajaya pukul 5.15 pagi. Agak awal dari kebiasaan. Agak keting tongan jugak kepala aku masa turun bas. Nasib baik tak tumbang.


Ion Terapi

Sekarang dah makin popular ion terapi ataupun terapi rendaman kaki. Berpuluh2 cawangan naik seluruh negeri dalam Malaysia ni. Ayah dengan mak aku dah pegi terapi ni dan dalam masa yg sama diorg hantar gamabr melalui wassap, diorg ajak la aku pegi terapi ni.

So,mggu lepas aku amik cuti hari jumaat dan bertolak balik ke kampung halaman yang terchenta pada khamis malam, aku ni nak ikutkan bukannya ada penyakit yg kronik pon cuma bab penyakit ni tak kira peringkat umur kalau dia nak sampai bila2 pun boleh kena.

Aku pun mencuba dengan harapan takde la apa2 yang teruk keluar nanti sebab masa aku sampai kat pusat terapi tu aku sorang je yang muda, yang lain kebanyakan baya mak dengan bapak aku je.

Syarat terapi ni aku kena pegi buat rendaman selama 3 hari berturut2 dan lepas pada tu aku boleh pegi seminggu sekali atau dua kali, so hasil kiraan matematik aku dapat la jawapan yang mana aku kena mula rendam kaki dari hari jumaat sampai ahad. Isnin boleh masuk keje balik.

Layan gambar dari hari pertama sampai ketiga aku ni.

Hari jumaat 15/03/2013









Hari Sabtu 16/03/2013



Hari Ahad 17/03/2013


Kalau nak tau lebih lanjut pasal terapi ni atau nak tau cawangan kat mana sila rujuk kat sini

Friday, March 15, 2013

Ayat Inspirasi


Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don't care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard ya hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That's how winning is done! Now if you know what you're worth then go out and get what you're worth. But ya gotta be willing to take the hits, and not pointing fingers saying you ain't where you wanna be because of him, or her, or anybody! Cowards do that and that ain't you! You're better than that!

Tak paham?

Sila mintak tolong dengan encik google translate.

Thursday, March 14, 2013

Lagu semangat


Selalu kalau pegi mana2 gym sekalipun penjaga gym akan pasang lagu dengan volume lagu yg dikuatkan. Setiap lagu yg dipasang ade jugak sikit sebanyak bg semangat kat org2 yg tgh main besi ni. Pilihan lagu semangat untuk aku lagu tema cerita rocky. Aku memang minat gila dgn cite ni, so bila aku mengangkat besi dan lagu ni dipasang dgn tak semene2 aku jd naik semangat. Jom layan.

Wednesday, March 13, 2013

Kembali Aktif



Setelah sekian lama tak update pasal gym, hari ni aku tergerak hati nak update pasal ni. Start bulan 3 ni aku mula merajinkan diri balik menghadirkan diri ke Gym Rakyat 1 Malaysia kat Menara KBS.

Bukan ape badan dah makin berat, perut makin besar di tambahkan lagi dengan pelawaan opismate nak jd partner semangat aku tiba-tiba kembali berkobar-kobar. Tapi jadual workout kena susun balik, sebab aku dah lama tinggalkan besi-besi ni semua. Dah tak boleh main tiap2 hari macam sebelum ni.

Kali ni main 3 kali seminggu je, mula dengan selasa, khamis dan sabtu. Dalam masa yang sama aku berkongsi ilmu yang aku ada sikit ni dengan opismate aku, ditambahkan dengan tunjuk ajar brader2 yang ada kat gym masa tu. Dan sekarang dah masuk mggu kedua, perubahan pasti belum boleh berlaku. Kesabaran itu mesti kena ada.

Dah lama tak rasa sengal2 badan lepas angkat besi. Sekarang bila dah start balik terasa pulak nak pegi hari2, tapi aku tahankan keinginan tu sebab dah ketagih dengan besi. Bagi aku ini adalah langkah2 keselamatan dan dalam masa yg sama nak bagi badan rest sehari sebelum workout utk hari seterusnya.