Pages

Wednesday, March 13, 2013

Kembali Aktif



Setelah sekian lama tak update pasal gym, hari ni aku tergerak hati nak update pasal ni. Start bulan 3 ni aku mula merajinkan diri balik menghadirkan diri ke Gym Rakyat 1 Malaysia kat Menara KBS.

Bukan ape badan dah makin berat, perut makin besar di tambahkan lagi dengan pelawaan opismate nak jd partner semangat aku tiba-tiba kembali berkobar-kobar. Tapi jadual workout kena susun balik, sebab aku dah lama tinggalkan besi-besi ni semua. Dah tak boleh main tiap2 hari macam sebelum ni.

Kali ni main 3 kali seminggu je, mula dengan selasa, khamis dan sabtu. Dalam masa yang sama aku berkongsi ilmu yang aku ada sikit ni dengan opismate aku, ditambahkan dengan tunjuk ajar brader2 yang ada kat gym masa tu. Dan sekarang dah masuk mggu kedua, perubahan pasti belum boleh berlaku. Kesabaran itu mesti kena ada.

Dah lama tak rasa sengal2 badan lepas angkat besi. Sekarang bila dah start balik terasa pulak nak pegi hari2, tapi aku tahankan keinginan tu sebab dah ketagih dengan besi. Bagi aku ini adalah langkah2 keselamatan dan dalam masa yg sama nak bagi badan rest sehari sebelum workout utk hari seterusnya.

No comments: