Aku ke Tabung Haji hari ni, mcm biasa keadaan dalam tu memang sentiasa sesak dengan manusia. Lumrahnya kalau dah ke bank nak simpan duit ke, kuar duit ke, buka akaun ke mesti la nak isi borang kan.
Dan biasanya bank akan sediakan tempat utk isi borang semua tu. Tapi syg sekali sebab ada jugak org yg salah guna tempat tu. Tempat tu disediakan kerusi tapi bukan utk menunggu giliran sbb nya tempat menunggu giliran dah disediakan dgn berpuluh bijik kerusi. Ape kejadahnya ko nak duduk kat kerusi org nak isi form kuar duit ni.
Yang sedihnya lagi dia boleh buat muke toye je. Menyirap gak aku tgk muka minah ni, kalau tua tu lain cite la kot tak larat nak berdiri lama kan. Ini muda lagi dan kerusi kat ruangan menunggu pun punya la bnyk kosong.
Sebagai manusia yg telah diajar dan dah diingatkan mcm tentang keperihatinan antara manusia melalui iklan2 dalam tv tu, dia sepatutnya pikir orang nak guna tempat tu. Kena pulak org yg tak bawak pen mcm aku ni, lagi la perit nak menggagau pen kat mana. Setakat nak duduk aku tak heran sngt.
Tolong la, pikir guna otak dan akal yg waras. Samaada apa yg kita buat tu betul atau tak. Jangan main sedap bontot je duduk sedangkan org lain nak buat keje pun tak jadi. Panas hati betoll la.
1 comment:
jangan takut di lambung ombak jika berumah di tepi pantai
Post a Comment