Pages

Monday, February 18, 2013

Kayap

Sape2 yang penah kena kayap tau la mcm mana perit sakitnya benda tu. Tido malam tak lena, sengal badan, bisa tempat kena tu mmg tak boleh lupa di tambah pulak gatal miang. Kayap ni pulak bnyk jenis, ada yg sampai boleh ragut nyawa. Berbelas jenis jugak la kayap ni, tak terkira aku.

Aku kena 2 minggu sebelum raya cina hari tu. Aku pun tak ingat mcm mana boleh kena, tau2 je badan dah start miang. Gatalnya mmg lain macam sangat. Tergaru2 aku sampaikan kena gesel dgn bucu dinding,kalau ada yg tajam lagi syok.

Makin lama sikit tempat gatal tu jd gelembong air. Gatal makin bertambah, mmg pehh la. Masa tu la bini aku perasan benda alah tu ada kat belakang badan aku. Dia ingat aku ni kena ulat bulu. Masa tu tak bisa sangat lagi.

Hujung mggu tu aku balik kg. Pagi tu bangun tido tunjuk kat mar mertua aku, dia tgk je terus tau benda tu kayap. Apa lagi dia terus ajak aku pegi jumpa bomoh. Tapi jgn salah paham, kat kg semua yg boleh berubat org di panggil bomoh. Kali ni pakcik ni org panggil tok ayah, dia ubatkan org guna akar kayu. Kiranya bomoh ubat tradisional la.

Tok ayah ni baca doa, dah tu ditiupkan kat aku. Dibuatnya air tawar sebotol dah tu sekali dengan 4 jenis akar kayu yg aku sndr tak tau akar pokok apa. Disuruhnya asal akar kayu tu dicampur dengan air tawar, minum dan yg selebihnya sapu kat tempat naik kayap.

Malam tu bini aku sapu, terkejut aku masa bini aku sentuh guna cutton butt tu. Bukan sakit tapi terkejut sebab sejuk. Malam tu jugak gelembung air tu pecah.

Malam tu tak boleh tido sebab sakit, esoknya aku ke klinik amik ubat tahan sakit. Sempat la aku tanya doktor ape punca jadinya kayap ni.

Doktor tu cakap kayap tu jadi sebab virus chicken pock, virus tu menyorok so sape yg penah kena demam campak ada risiko nak kena kayap kalau antibodi jadi lemah. Benda ni tak berjangkit. Dan setakat ni belum ada ubat spesifik utk kayap ni selain ubat tahan sakit dan losyen gatal. Kalau nasib baik sakit boleh hilang dalam masa 2 mggu, kalau nasib tak baik mau sampai 2 bulan.

Alhamdulillah aku guna ubat tok ayah tu kayap aku tu boleh kering dalam 3 hari je. Tapi kena berpantang mcm org bersalin. Tak boleh mkn ayam,ikan laut,daging, pisang,epal dan bnyk lagi la. So aku makan ikan haruan je. Dengan izin tuhan seminggu je semua kering.

Tapi bab pantang tu smpai ke hari ni aku amalkan. Bukan apa takut bendanya naik balik, risau gak. Sampaikan mak mertua aku pun sound aku, melampau sngt aku punya pantang. Mengalahkan org bersalin bedah.

Sedikit info pasal sakit kayap ni.

2 comments:

Mr feckry said...

ikut ilmu perubatan yang aku belajar, guna rumput sambau dengan kapur kerang..

sapu..

Unknown said...

Dekat mana ye bomoh tu?