Pages

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Saturday, December 3, 2016

Kesan daripada minum Aloe Vera Gel

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak cerita sikit pasal testimoni. Kali ni bukan cerita pasal aku,tapi isteri aku pulak.

Migrain, sengugut dan sembelit adalah benda biasa bagi seorang wanita. Boleh dikatakan kebanyakan wanita akan mengalaminya serentak dalam tempoh haid datang. Perkara ini juga dihidapi oleh isteri aku sendiri.

Tiap kali datang bulan, aku kesian tengok isteri aku yang menderita menahan sakit yang datang sekali harung tu. Nak tolong pun setakat masak air panas bagi minum je la. Nak tolong lebih -lebih kita ni takde ilmu bab kedoktoran.

Ceritanya macam ni, lepas isteri aku tengok perubahan yang aku alami. Dia pun tekad nak amalkan pengambilan aloe vera secara konsisten.

Lepas minum aloe vera ni selama beberapa minggu banyak kesan yang dia rasa sendiri dan macam tak percaya pun ada.

Mula-mula sekali bab sembelit. Perkara pertama yang dia perasan adalah dia makin mudah dan makin kerap ke toilet untuk membuang. Dalam masa yang sama berat badan dia sedikit turun. Yang kedua bab sakit kepala atau migrain, kekerapan sakit kepala dia makin kurang dan waktu datang bulan pun kepala tak sesakit dulu. Masih boleh dikawal. Bab senggugut pun sama, kurang rasa sakit. Bila semua tu boleh dikawal takde la kerap sangat 'bad mood'. Suami pun senang hati tengok isteri sihat.

Isteri aku ni pernah buat operation disebabkan keguguran. So sejak dari operate tu dia agak sukar kalau nak baring atas lantai tanpa karpet atau pelapik yang tebal. Sebab dia kan rasa nyilu pada tempat operate tu. Antara kesan aloe vera gel ni yang isteri aku perasan adalah takde lagi rasa-rasa nyilu pada tempat operate dulu.

Kesimpulan daripada testimoni ni boleh aku ceritakan, kebersihan usus kita amat penting. Sebabnya fungsi usus itu sendiri adalah untuk menyerap zat-zat makanan yang kita makan. Dah kalau usus kita kotor,agak-agaknya apa yang usus kita serap untuk nutrisi dan keperluan diri kita?

Perut punca segala penyakit timbul. Perut adalah tempat memproses makanan yang kita makan. Kalau nak kurus pun perlu bermula dari pemakanan, kalau zat makanan tak sampai kepada tubuh badan kita, maka sia-sia lah pengambilan makanan secara sihat kita selama ni.

Langkah pertama yang kita perlu buat adalah...BERSIHKAN USUS KITA!!!!




Tuesday, November 8, 2016

Jom minum Aloe Vera Gel

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share satu produk yang aku sendiri ambil.

Aku dah amalkan minum Aloe Vera Gel dari Forever Living Product ni dari bulan Februari tahun ni. Niat asal nak minum tu cuma nak try je. Tapi bila dah lama amalkan minum badan rasa ringan gila nak bangun pagi. Rasa nak 'membuang' pun senang sangat.

Awal-awal dulu ambil AVG ni tak konsisten sangat, rasa nak minum aku minum. Tapi sejak dari dua bulan lepas aku cuba amalkan seperti yang disarankan dan konsisten pagi masa perut kosong dan malam sebelum tidur. Amik kau.. sekali turun berat badan dekat 4 kilogram. Perut makin kurang la buncitnya. Selera makan tak pernah pulak turun.

Sebenarnya khasiat AVG ni banyak, tapi yg paling ketara pada aku ni perut kempis la. Selain tu aku punya bersin pagi pun makin ok,sebab aku ni ada resdung. Sekarang bangun pagi rasa selesa je. Kalau sebelum ni, celik je mata terus bersin. Belum dibawak ke dalam bilik air lagi tu..dah macam berperang.

Ada juga kawan-kawan tanya aku, aku ni diet ke? Jawapannya memang tak la kan.. seumur hidup aku mana reti diet. Semua aku bedal. Tapi ini la rahsia yang bukan rahsia sangat pun..

So,kalau ada sape-sape nak try AVG ni memang aku sarankan sangat-sangat la. Sebab AVG ni 100% aloe vera. Korang rasa baru korang tau apa kesannya pada tubuh badan.

Kalau nak oder dengan aku pun boleh. Call atau Whatsapp no tepon aku 019-9850461. Harga satu Malaysia sama je RM95.40. Melainkan kalau korang nak pos, kena tambah sikit lagi la.

Ni aku letak gambar sikit..




Monday, November 23, 2015

Kabel jumper



Kebanyakan orang yang ada kereta mesti dan pasti akan rasa pengalaman bateri kereta kong atau weak ditepi jalan atau mana-mana tempat yang bukan bengkel kereta sekurang-kurangnya sekali. Bila benda ni jadi mula menggagau nak cari kabel jumper. Termasuklah aku, terkebil-kebil mencari kabel jumper.

Situasinya aku baru rasa Sabtu lepas di parking Alamanda. Kereta aku dah bagi hint dari pagi lagi, bila start je dia punya bunyi dah boleh beza. Disebabkan ada event boling kat Alamanda Super Bowl so aku teruskan juga la guna kereta hari tu.

Kebiasaannya aku akan suruh service centre check bateri aku, sama ada mampu bertahan lama atau dah weak. Lagi pulak bateri aku dah agak lama, dari Disember 2012. Aku guna sel kering je, yang tak boleh refill air bateri tu. Tapi kali ni mintak diorang tolong periksa diorang kata still okay, so takpe la kan.

Nak dijadikan cerita aku start enjin dan alarm berbunyi, itu memang tandanya bateri dah habis terus. Kol member-member semua takde berdekatan dan takde kabel jumper ni. Salah sorang member bagitau boleh pinjam dengan maintenance paking. Aku pun try la.

Masuk balik ke dalam Alamanda, tahan pak gad. Tanya ada jumper ke tak, rupanya diorang tak faham. 3 orang pak gad yang aku tahan semuanya warga asing. Semua nak tolak kereta aku. Agak menghampakan la. 

Wife bagi idea guna intercom kat mesin tiket parking, aku try dan ada orang respon. Dia suruh aku ke pejabat diorang di P2 belah utara. So, aku kesana dan cerita masalah aku dan nak pinjam jumper, malangnya dia cakap dia tak cukup staff nak tolong,sebab yang sedia ada tengah jaga gate keluar. Aku mintak pinjam dan nak pulangkan kemudian tapi dia cakap supervisor dia tak benarkan, kena ada staff temankan jugak, Dia mintak aku tunggu kat kereta nanti dia akan datang kemudian. 

Aku balik ke kereta dan member aku dah sampai nak tolong, disebabkan malas nak tunggu lama. Member aku tanya orang sekeliling sape yang ada jumper, dan Alhamdulillah ada yang masuk lot parking selang sebijik kereta dengan aku, dan dia ada jumper. 

Tak sampai 5 minit kereta aku dah boleh hidup dan dah boleh balik. 

Kesimpulannya, kabel jumper adalah satu kepastian dan wajib ada dalam setiap kereta. Kalau bukan untuk kereta kita, kita still boleh pinjamkan kepada orang lain.

Thursday, October 29, 2015

Kursus Asas Ternakan Rusa

Pengalaman dapat join Kursus Asas Ternakan Rusa di Sure Jade Sdn Bhd di Muar, Johor. Sebenarnya aku bukan peserta formal, cuma pergi ke sana untuk hantar adik aku aje. Tapi di akhir kursus diorang tu ada buat lawatan ke ladang rusa. Aku pun selit la sekali masa lawatan tu sebab owner tempat tu dah jemput.

Banyak ilmu yang aku dapat walaupun sekejap, cara ternakan rusa ni sebenarnya tak la susah mana kalau nak dibandingkan dengan ternakan lembu dan kambing. Dagingnya pulak lagi mahal dan permintaan untuk daging rusa dah makin tinggi.

Sure Jade ni memang dah diiktiraf sebagai peladang profesional dan penternak rusa nombor 1 di negeri Johor tu, sampaikan veterinar pun datang rujuk masalah kalau berkenaan dengan rusa. Bos-bos diorang memang tak kedekut ilmu dalam bab persedian awal untuk ternak rusa ni, dan diorang ni memang expert dalam bab rusa. Jenis-jenis makanan yang sepatutnya untuk rusa pun dia kongsikan.


Kursus ni tak selalu di dibuat, sebab katanya nanti jadi biasa. Urusetianya cakap nak jadikan kursus ternakan rusa ni sesuatu yang luar biasa.







Tuesday, October 27, 2015

Denggi di hari raya


Assalamualaikum...

Lama sangat dah tak update cerita dalam ni.

Tahun ini dalam sejarah bila mana aku kena masuk ward pada hari raya. Raya puasa pulak tu. Puncanya sebab kena denggi.

Gambar kat bawah semuanya kronologi dari mula aku demam, warded dan discharge dari ward. 

Asalnya aku buka puasa dengan kawan-kawan, selang 2 hari aku raya sejuk je lepas buka puasa, Esoknya aku pegi klinik, 3 hari sebelum raya. Doktor cakap aku kekurangan air dalam badan dan dia tak bagi aku teruskan puasa. Takut makin melarat. Balik minum air tak kebah-kebah, kejap panas kejap sejuk je badan, wife tuam air la, ais la kat badan ni. Sampai tahap kena mandi air ais. Sejuk ko!!!

Balik kampung, nasib baik ada adik ipar yang sanggup burn kan tiket flight dia tolong drive. 

Malam raya, demam tak ok lagi. Pegi klinik swasta dan doktor buat denggi rapid test. Selang 5 minit dia sahkan aku kena denggi, dengan pantasnya dia buat surat refer ke hospital dan aku request Hospital Tumpat. Malam tu jugak aku masuk ward dengan platlet aku dah jatuh 71.





Doktor pun pakai baju raya dah..



Admit ward pukul 11.30 malam. Sedih rasanya, siap merayu dengan doktor tak nak masuk malam tu, tapi doktor tak layan.


Subuh pagi raya, hospital sediakan nasi impit dengan kuah kacang. Sambil tengok tv orang takbir raya. Nasib baik la wife jadi peneman setia yang sanggup teman aku, sampai dia pun demam dan dapat mc.


Mak, Ayah dan Adik beradik yang datang melawat aku lepas solat raya. Lupa pulak amik gambar family wife. Penuh ward dengan anak buah yang datang. Syok jugak orang ramai datang melawat. Hilang rasa sakit badan masa tu.




Lepas 4 hari duduk dalam ward tu aku rasa macam dah lama sangat dah. Platlet aku paling rendah turun sampai tahap 21 kalau tak silap. Mak mertua aku tolong masakkan sup ketam nipah dengan dia blend sekali pucuk betik yang pahit tu. Ini kira cara tradisional untuk rawat denggi, nurse dan doktor pun suruh aku makan benda tu selain dari minum air kosong dan 100 plus sehari 3 botol. Bila dapat tahu boleh discharge terus melompat nak balik. Keluar ward habis semua benda aku belasah.



Monday, April 13, 2015

Hari Isnin setiap minggu

Biasa la kan dah cuti dua hari, masuk hari isnin masing-masing kelam kabut pagi tu nak iron baju, seluar, tudung dan sebagainya. Nak-nak pulak orang yang ada anak, nak kena hantar gi sekolah lagi baru la boleh menuju ke ofis. So, setiap pagi aku akan berhadapan dengan makhluk Allah ni, ada yang cool je bawak kereta dan ada yang macam ribut.

Aku menyirap dengan kedua-duanya sekali. Bukan apa la kan, yang cool tu ok tapi tolong la faham akan kesesuaian masa, kalau ko nak bawa kereta slow sekalipun duduk la kat lorong yang selayaknya bukan duduk kat lane yang paling laju dan sibuk.

Yang macam ribut ni pulak, lagi la aku nak carutkan. Mana tak nya pagi-pagi dah buat hal, menyelit masuk depan orang ikut suka hati dia, signal kadang bagi dan kadang tak bagi, brek mengejut, potong barisan masa masuk lorong arghhh!!! banyak lagi la...fuhh, terasa marahnya tu.

Nasihat aku, yang mana nak cepat masuk pejabat tu keluar la awal. Yang mana rasa awal lagi tu buat la apa yang patut yang takkan ganggu lalu lintas dan membuatkan orang lain mengamuk.


Friday, February 13, 2015

Perginya seorang murabbi

Assalamualaikum...

Semalam bersamaan malam Jumaat bertarikh 12.02.2015 pada jam 9.45 malam perginya seorang insan yang sangat tinggi ilmu agamanya. Seorang alim ulama yang memimpin negeri Kelantan dengan cara bersederhana. Seorang yang menjadi ikon dan idola setiap hati rakyat Kelantan tanpa mengira pangkat, jantina, umur dan bangsa.


Sebaik dapat berita tentang pemergian arwah, air mata aku mengalir sendiri. Aku call ayah aku pasal ni, dapat cakap berapa patah je terus aku dah tak boleh nak bercakap. Jadi sebak yang teramat sangat. Aku menangis dan terus menangis sambil aku ulang surah al-fatihah dan aku hadiahkan kepada arwah.

Semoga roh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Wednesday, February 11, 2015

Disebalik layan movie

Assalamualaikum..

Hari ni sempat aku habiskan cerita Book of Eli lepas dua hari aku mula tengok. Cerita lama dah, dari tahun 2010 lagi. Tajuk dan pelakon cerita ni yang menarik minat aku untuk tengok pada mulanya. Tapi, bila aku layan cerita ni, banyak pengajaran yang aku dapat.

Kisah ni menceritakan tentang kitab bible yang terakhir ada dalam dunia, dan Eli ni dapat mimpi yang suruh dia cari dan bawa kitab bible tu ke satu tempat. Dia tak tau kenapa tapi dia percaya dengan mimpi dia. Dalam perjalanan tu macam2 yang dia kena hadap, sampai la akhirnya dia dapat jejak kaki ke tempat dia tuju.

Cerita dia agak slow dan berselang seli dengan aksi membunuh orang yang dah hilang ketamadunan. Hidup dalam keadaan takda agama, pegangan, ilmu dan macam2 lagi. Dunia pun masa tu dah takda apa dah. Yang ada hanya manusia yang bodoh dan hidup semata2 untuk hidup tanpa ada arah tujuan.

Bila aku tengok cerita ni, aku terbayangkan keadaan umat manusia zaman akan datang. Aku gantikan bible yang Eli tu bawa kepada Al-Quran. Bayangkan hanya ada sebuah je masa tu, dah takda alim ulama, takda ahli2 agama, dan takda penghafal Al-Quran.. apa jadi pada dunia masa tu? Kepada siapa kita nak rujuk? Fuhh.. jauh aku pikir.

Kita ni adalah umat akhir zaman, umat nabi yang terakhir. Jadi sama2 kita jaga diri kita dan keluarga kita dari azab-Nya.




Friday, December 26, 2014

Pray for Pantai Timur

Allahuakbar..

Besar sungguh ujian kali ni untuk rakyat pantai timur. Boleh dikatakan setiap tahun negeri pantai timur akan berhadapan dengan isu banjir, tapi kali ni nampak kelainannya. Orang tua aku sendiri ceritakan macam mana derasnya air banjir kali ni mengalir.

Setakat ini aku masih boleh tarik nafas lega lagi sebab rumah orang tua aku kat kampung tu masih selamat. Tapi sampai bila? Itu memang tak boleh kita nak ramal, semuanya dalam kuasa Allah.

Rumah mak mertua aku di daerah Kutan tengah yang berhampiran dengan Wakaf Bharu dah mula naik air. Pagi ni dapat berita jalan masuk ke kampung air dah naik paras peha orang dewasa. Rumah abang ipar yang kat tepi jalan memang dah pindah dah.

Pagi ni pula dikejutkan dengan berita kematian salah seorang saudara jauh wife aku, kawasan kampung yang sama. Yang jadi masalah sekarang tanah perkuburan semua dah tenggelam. Urusan pengkebumian terpaksa ditangguhkan sampai air banjir surut. Sekarang jenazah dalam simpanan pihak polis.

Mak sedara aku pulak air dah mengalir dalam rumah, barang-barang semua dia dah packing sebab memang dah nampak cara air yang datang tu semakin naik. Belum ada tanda-tanda pengurangan, aku harap diorang dah keluar dari rumah tu demi keselamatan nyawa.

Semalam pulak sedara aku kena banjir di Tanah Merah, kelajuan air naik memang diluar jangkaan. Dalam masa satu malam satu tingkat rumah dia dah tenggelam. Rumah tiga tingkat, bagi jiran berteduh dalam 8 keluarga. Tapi air naik memang cepat, diorang kena tunggu di tingkat paling atas. Bekalan makanan takde dan nasib diorang baik sebab bantuan sempat sampai sebelum keadaan jadi makin teruk.

Aku yang jauh dari keluarga ni tak sedap duduk dibuatnya, rasa nak sangat-sangat balik. Tapi mak aku awal-awal lagi tak bagi aku balik sebab takut ada masalah kat pertengahan jalan. Terpaksalah aku tahan dan dengar je cerita dari jauh. Hanya doa semoga semua rakyat pantai timur selamat dari sebarang malapetaka dan musibah yang lebih teruk dari sekarang.







Friday, July 18, 2014

Pesawat kena tembak

Assalamualaikum...

Malam tadi tergempar dengan cerita pesawat Malaysia Airlines kena tembak. Aku tengah bersantai-santai depan tv tiba-tiba bini aku boleh tukar channel Astro Awani 501. Aku ingatkan kenapa la kan.. rupanya dalam fb tengah hot cerita pasal pesawat tu.

Aku malas nak pegang iphone aku tu kalau takde keje. Aku terus amik tepon dan menatap si FB tu, memang tengah panas ceritanya. Yang aku terkilannya ada juga orang amik kesempatan edit gambar flight crash dalam cerita LOST.

Awalnya aku macam susah nak percaya benda macam ni boleh melibatkan negara kita. Tapi ini semua takdir Allah, dan yang pastinya akan ada insan-insan yang akan pertikaikan kenapa perkara ni terjadi. Orang akan persoalkan kenapa pesawat MAS MH17 tu terbang dengan ketinggian 10,000 meter, sedangkan boleh terbang lagi tinggi. Kita serahkan pada yang betul-betul pakar, yang baru nak jadi pakar ni baik diamkan diri dan dengar berita. Jangan nak pandai-pandai buat spekulasi murahan semata-mata nak naikkan populariti diri sendiri.

Apa pun sama-sama kita doakan supaya ahli keluarga penumpang dan krew pesawat dapat menerima berita ini dengan hati yang tenang atas kehilangan ahli keluarga mereka.




Thursday, July 17, 2014

Kereta kena langgar?

Assalamualaikum..

Memandangkan viral sangat cerita pasal kereta kena langgar ni, aku pun nak ambik kesempatan jugak la. Kereta kesayangan aku ni dah dua kali kena hentak, tapi bukan aku pelakunya. Tapi orang lain.. sedih tak payah cerita la kan.

Kes pertama: aku hantar kereta ke kedai tayar untuk betulkan alignment dan balancing tayar. Memang depan mata aku bila pekerja kedai tu nak undurkan kereta naik ke penimbang tayar dan pintu kereta aku tersangkut pada pintu kedai. Aku tergamam, tapi tak cakap pape. Pekerja tu keluar dari kedai tu dan entah sama mana dia pusing dan tak sampai 5 minit bos dia datang jumpa aku dan tunjuk kerosakan. Bukan aku tak reti marah tapi memang jenis aku tak suka panjangkan cerita.

Aku just tanya macam mana nak settle, dan owner kedai cakap diorang akan tanggung semua kos repair pintu kereta aku dari ketuk sampai cat balik sampai jadi macam asal. Mustahil pintu tu akan jadi macam asal. Tapi biar la, kesian aku tengok pekerja yang buat kereta aku tu. Tertunduk je.

Kes kedua: aku masuk simpang, aku dah berhenti dan aku dah tenok kiri kanan. Disebabkan ada sebijik kereta yang menghalang sebelah pemandu ni, aku lepaskan padel break dan kereta aku kedepan sikit je. Tiba-tiba lalu kereta perdana dengan lajunya, dan terseret la kereta tu dengan kepala kereta aku.

Keluar kereta tengok kerosakan, tanya macam mana nak settle, dan orang tu cakap nak report. So masing-masing ke balai buat report, tapi malangnya aku dipersalahkan sebab aku melawan arus. Padahal depan kereta aku masa tu ada kereta peronda dan dia lalu jalan yang sama arah aku nak pegi masa tu.. Redha je la.

Kes CDM25 ni pulak, pada aku la. Fikir dulu, jangan main mengamuk je. Guna akal dan kesabaran sangat-sangat diperlukan. Semua orang ade kereta dan kebanyakannya pernah berlanggar, bergesel dan macam-macam lagi la. Tapi takde la sampai nak keluar kereta bawak stering lock tu. So, belajar dengan apa yang berlaku, buat pengajaran dan iktibar. Jangan ikut macam tu.

Wednesday, April 2, 2014

Tak sekuat dulu

Tiap kali nak balik kampung mesti jadi serba salah sekarang ni. Perasaan berbelah bagi bukan sebab tak tau nak balik mana. Tapi tak tau nak balik naik ape.

Dulu masa zaman muda setakat nak balik kampung ni benda kecik je. Balik keje boleh on the spot drive balik sorang. Sekarang dah tua ni kurang sikit la. 

Lepas drive pegi balik kampung dekat seribu kilometer kompom sakit badan macam baru lepas bersukan. 

Sekarang ni pilihan utama naik bas ekspres. Kalau bas takde baru la buat pilihan naik kereta, itupun kena ada second driver. Dah tak kuat macam dulu.

Manusia akan ada masa sihat masa sakit. Masa kuat dan masa lemah. Jadi sentiasalah ingat pada lima perkara sebelum sampai lima perkara.


Thursday, December 12, 2013

Highland Tower 1993





Tahun 1993 masa tu umur aku baru 8 tahun, aku ingat lagi masa hari kejadian tu hari Ahad. Aku tengah seronok main dengan sedara mara aku kat umah sedara aku kat Bota, Perak. Ntah kenapa masa tu tv kotak sedara aku tu menarik perhatian aku yang tengah berlari keliling ruang tamu. Aku terpaku tengok berita tu, memang menyayat hati. 
 
Sekarang dah genap 20 tahun tragedi tu, macam2 cerita aku dengar. Tempat tu dah ada makhluk lain dah yang amik alih. Baru2 ni pun ada yang siap buat dokumentari lagi, hasil tangan anak tempatan. Pendedahan paranormal yang memang semua orang nantikan selepas 43 orang terkorban dalam tragedi tu.

Kita orang melayu bukannya nak pecaya sangat dengan benda tahyul tapi kita pecaya yang ada lagi makhluk lain selain dari yang kita boleh nampak dengan mata kasar kita ni. Bayi 18 bulan dengan ibunya yang terselamat mungkin akan terkenang dengan tragedi ni.

Sumber gambar: says

Monday, September 9, 2013

Apa pula kata anda???

Sebagai rakyat Malaysia yang penghuninya mencecah berbilion orang, pelbagai tanggapan atau pendapat yang diluahkan. Ada yang sokong dan ada yang protes. Terpulang kepada akal sendiri untuk menilai. Bagi aku, setiap negara akan lalui perkara macam ini. Sama ada tinggi kenaikannya atau rendah terpulang dan bergantung kepada keadaan ekonomi negara tersebut.
  
Selagi ada orang yang mainkan peranan masing-masing maka aku akan duduk dalam keadaan yang menurut sahaja segala apa yang berlaku. Aku akan perhatikan apa yang pihak pro kerajaan akan cakap dan apa yang pihak pembangkang akan hentam dalam situasi ni.

Rakyat dipersilakan untuk menilai apa yang sedang berlaku, sebab bila dah tua nanti anak cucu kita jugak yang akan tanggung apa yang kita buat hari ni. Dibuatnya minyak seliter RM 20.00 barang lain belum kira lagi. Anak cucu kita masa tu agak-agak berapa nilai RM50 bagi diorang? Dah confirm bukan nilai macam hari ini.

Tuesday, March 19, 2013

3 Hal dalam hidup


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd sahabat-sahabat yg kamu SAYANGI..

Hidupmu juga akan bahagia kerana mereka juga mendoakanmu..amin.

Monday, March 18, 2013

Ion Terapi

Sekarang dah makin popular ion terapi ataupun terapi rendaman kaki. Berpuluh2 cawangan naik seluruh negeri dalam Malaysia ni. Ayah dengan mak aku dah pegi terapi ni dan dalam masa yg sama diorg hantar gamabr melalui wassap, diorg ajak la aku pegi terapi ni.

So,mggu lepas aku amik cuti hari jumaat dan bertolak balik ke kampung halaman yang terchenta pada khamis malam, aku ni nak ikutkan bukannya ada penyakit yg kronik pon cuma bab penyakit ni tak kira peringkat umur kalau dia nak sampai bila2 pun boleh kena.

Aku pun mencuba dengan harapan takde la apa2 yang teruk keluar nanti sebab masa aku sampai kat pusat terapi tu aku sorang je yang muda, yang lain kebanyakan baya mak dengan bapak aku je.

Syarat terapi ni aku kena pegi buat rendaman selama 3 hari berturut2 dan lepas pada tu aku boleh pegi seminggu sekali atau dua kali, so hasil kiraan matematik aku dapat la jawapan yang mana aku kena mula rendam kaki dari hari jumaat sampai ahad. Isnin boleh masuk keje balik.

Layan gambar dari hari pertama sampai ketiga aku ni.

Hari jumaat 15/03/2013









Hari Sabtu 16/03/2013



Hari Ahad 17/03/2013


Kalau nak tau lebih lanjut pasal terapi ni atau nak tau cawangan kat mana sila rujuk kat sini