Pages

Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

Saturday, December 3, 2016

Kesan daripada minum Aloe Vera Gel

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak cerita sikit pasal testimoni. Kali ni bukan cerita pasal aku,tapi isteri aku pulak.

Migrain, sengugut dan sembelit adalah benda biasa bagi seorang wanita. Boleh dikatakan kebanyakan wanita akan mengalaminya serentak dalam tempoh haid datang. Perkara ini juga dihidapi oleh isteri aku sendiri.

Tiap kali datang bulan, aku kesian tengok isteri aku yang menderita menahan sakit yang datang sekali harung tu. Nak tolong pun setakat masak air panas bagi minum je la. Nak tolong lebih -lebih kita ni takde ilmu bab kedoktoran.

Ceritanya macam ni, lepas isteri aku tengok perubahan yang aku alami. Dia pun tekad nak amalkan pengambilan aloe vera secara konsisten.

Lepas minum aloe vera ni selama beberapa minggu banyak kesan yang dia rasa sendiri dan macam tak percaya pun ada.

Mula-mula sekali bab sembelit. Perkara pertama yang dia perasan adalah dia makin mudah dan makin kerap ke toilet untuk membuang. Dalam masa yang sama berat badan dia sedikit turun. Yang kedua bab sakit kepala atau migrain, kekerapan sakit kepala dia makin kurang dan waktu datang bulan pun kepala tak sesakit dulu. Masih boleh dikawal. Bab senggugut pun sama, kurang rasa sakit. Bila semua tu boleh dikawal takde la kerap sangat 'bad mood'. Suami pun senang hati tengok isteri sihat.

Isteri aku ni pernah buat operation disebabkan keguguran. So sejak dari operate tu dia agak sukar kalau nak baring atas lantai tanpa karpet atau pelapik yang tebal. Sebab dia kan rasa nyilu pada tempat operate tu. Antara kesan aloe vera gel ni yang isteri aku perasan adalah takde lagi rasa-rasa nyilu pada tempat operate dulu.

Kesimpulan daripada testimoni ni boleh aku ceritakan, kebersihan usus kita amat penting. Sebabnya fungsi usus itu sendiri adalah untuk menyerap zat-zat makanan yang kita makan. Dah kalau usus kita kotor,agak-agaknya apa yang usus kita serap untuk nutrisi dan keperluan diri kita?

Perut punca segala penyakit timbul. Perut adalah tempat memproses makanan yang kita makan. Kalau nak kurus pun perlu bermula dari pemakanan, kalau zat makanan tak sampai kepada tubuh badan kita, maka sia-sia lah pengambilan makanan secara sihat kita selama ni.

Langkah pertama yang kita perlu buat adalah...BERSIHKAN USUS KITA!!!!




Tuesday, November 8, 2016

Jom minum Aloe Vera Gel

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share satu produk yang aku sendiri ambil.

Aku dah amalkan minum Aloe Vera Gel dari Forever Living Product ni dari bulan Februari tahun ni. Niat asal nak minum tu cuma nak try je. Tapi bila dah lama amalkan minum badan rasa ringan gila nak bangun pagi. Rasa nak 'membuang' pun senang sangat.

Awal-awal dulu ambil AVG ni tak konsisten sangat, rasa nak minum aku minum. Tapi sejak dari dua bulan lepas aku cuba amalkan seperti yang disarankan dan konsisten pagi masa perut kosong dan malam sebelum tidur. Amik kau.. sekali turun berat badan dekat 4 kilogram. Perut makin kurang la buncitnya. Selera makan tak pernah pulak turun.

Sebenarnya khasiat AVG ni banyak, tapi yg paling ketara pada aku ni perut kempis la. Selain tu aku punya bersin pagi pun makin ok,sebab aku ni ada resdung. Sekarang bangun pagi rasa selesa je. Kalau sebelum ni, celik je mata terus bersin. Belum dibawak ke dalam bilik air lagi tu..dah macam berperang.

Ada juga kawan-kawan tanya aku, aku ni diet ke? Jawapannya memang tak la kan.. seumur hidup aku mana reti diet. Semua aku bedal. Tapi ini la rahsia yang bukan rahsia sangat pun..

So,kalau ada sape-sape nak try AVG ni memang aku sarankan sangat-sangat la. Sebab AVG ni 100% aloe vera. Korang rasa baru korang tau apa kesannya pada tubuh badan.

Kalau nak oder dengan aku pun boleh. Call atau Whatsapp no tepon aku 019-9850461. Harga satu Malaysia sama je RM95.40. Melainkan kalau korang nak pos, kena tambah sikit lagi la.

Ni aku letak gambar sikit..




Monday, November 5, 2012

Berbaik dengan jiran

Semangat kejiranan yang murni dan suci macam diamalkan oleh orang tua2 kita dulu dah makin luput, aku dapat rasakan tu sejak aku duduk kat apartment yang majoritinya dihuni oleh orang2 muda macam aku.

Bukan nak bangga diri tapi setakat ni ramai mana yang selisih dengan aku, aku cuba tebalkan muka dengan senyum. Ada yang balas senyuman ada jugak yang buat2 tak tau.

Kalau kat kampung aku, jiran2 sekeliling dah macam ahli keluarga sendiri dah. Lagi meriah kalau masuk bulan puasa, bertukar2 juadah macam dalam tv tu, biasa je. Berjalan ramai2 ke masjid untuk solat terawih, meriah je. Dah jadi kebiasaan suasana macam tu. Dan bila aku bawak ke bandar, ada yang boleh terima dan ada yang pandang sinis.

Alhamdulillah jiran sebelah rumah aku tak macam tu, cepat betul mesranya. Kena pulak minat kitorg hampir sama, memancing. Semalam siap boleh round sampai ke Dengkil dan sampai ke Seri Kembangan mencari kedai pancing, kebetulan pulak orang sekampung.

Baik hatinya jiran aku ni sampai dibaginya password steamix kat aku, untuk senangkan aku guna internet. Dia cakap tak payah la guna broadband, slow. Guna je line dia, laju sikit. Aku nak bayar dia tak nak terima. Syukur sebab ditemukan aku dengan jiran2 yang baik hati.

Macam mana nak terapkan sifat kejiranan? Tepuk dada tanya diri sendiri, susah ke nak bagi salam kepada orang yang kita jumpa kalau org tu Islam atau tanya khabar pada yang bukan Islam. Tak luak kalau kita senyum kat orang dalam lif, bukan kita nak rompak senyuman diorang tu.



Sunday, September 9, 2012

Makna Surah Al-fatihah

Assalamualaikum


Sebelum ni aku ada masukkan post untuk doa iftitah beserta maknanya sekali, dan post betul2 membantu aku untuk fokus dalam sembahyang. Sebab aku dapat faham apa yang aku baca, dan apa yang aku baca adalah doa. Maknanya aku faham apa yang aku doakan.

Kali ni aku masukkan lagi satu rukun solat, ini juga sangat membantu aku. Alfatihah ini adalah ummul quran, atau pun ibu kepada ayat2 dalam al-quran. Sebab apa aku masukkan surah alfatihah ni adalah kerana sekurang2nya kita akan baca surah ini 17 kali dalam sehari. Kalau kita tak faham dan tak tau maksudnya alangkah ruginya hidup kita ni.

Sebaik2 nya biarlah kita faham bacaan kita, bacaan dalam solat ni seolah2 kita sedang bercakap dengan Allah. Masa dalam solat la kita nak mengadu dan memohon apa saje kepada tuhan yang Maha Kuasa.

Semoga apa yang aku kongsikan kat sini akan memberi faedah kepada pembaca dan kawan2 sekalian.

Wednesday, August 8, 2012

Di sebalik Nuzul Quran & Lailatulqadar

Assalamualaikum

PARA ulama sependapat bahawa peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan, malam Jumaat, tahun ke-41 daripada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ memberi makna turun atau berpindah dari atas ke bawah iaitu al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) dengan sekali gus dan bukan beransur-ansur.

Al-Quran bermakna ‘bacaan’ yang di dalamnya terkandung ayat-ayat (tanda-tanda) yang menjelaskan segala perkara meliputi persoalan tauhid, ibadat, jinayah, muamalat, sains, teknologi, tatanegara dan sebagainya. Ahli tafsir memberi pengertian dengan bacaan itu ialah merenung dan memperhatikan segala penciptaan ALLAH SWT di langit dan di bumi yang meliputi alam semesta ciptaan-Nya.

Al-Quran merupakan mukjizat teragung dan terbesar di sepanjang zaman yang dianugerahkan ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman. Al-Quran dapat dipegang, dibaca, dilihat oleh semua manusia untuk panduan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan membaca isi kandungan al-Quran banyak orang mendapat petunjuk terutama dalam kalangan masyarakat Barat.

Manakala ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah surah al-’Alaq, ayat 1 hingga ayat 5 yang bermaksud : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya.”

Hubungan Nuzul al-Quran dan Lailatulqadar amatlah rapat antara satu sama lain sebagaimana diterangkan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Firman ALLAH dalam surah al-Qadar (rujuk ayat 1-5).

Dalam hadis, Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan. Para ulama menyatakan malammalam ganjil itu ialah 21, 23, 25, 27 dan 29. Namun malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh ALLAH agar setiap umat Islam menghayati 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Oleh kerana itu sama-samalah kita menghayati peristiwa Nuzul al-Quran sebagai suatu peristiwa besar dan malam Lailatulqadar yang penuh makna dan hikmah itu. Semestinya kita melihat al- Quran sebagai ‘kitab suci’ dan ummul kitab (ibu segala kitab) di bawah kolong langit ini yang memberi panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan dan menyatupadukan ummah manusia seluruhnya.

Memajukan umat Islam daripada perpecahan sesama sendiri, memajukan bidang ekonomi dan pembangunan sejagat, melalui penguasaan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi sebagaimana yang diajarkan oleh al-Quran.

Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan menjadi alat dan perkara utama dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan bangsa dan negara.

Di samping membaca al-Quran sebagai ibadat, boleh ditingkatkan lagi dengan membaca al-Quran kepada menganalisis, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan dan kajian yang akhirnya memajukan dunia ini, terutama untuk memajukan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman dari semua pihak di peringkat nasional dan antarabangsa.



Wednesday, July 25, 2012

Budaya Bulan Puasa

Salam Ramadhan

Sepanjang bulan puasa ni boleh dikatakan rata2 orang ramai yang tidur lambat. Tak kisah la apa yang diorang buat tapi yang pastinya tidur lewat.

Tidur lewat ni seolah2 dah jadi budaya untuk orang Islam kat Malaysia kita ni, tapi yang sedihnya kebanyakan masa yang terluang tu diisi dengan perkara yang kurang memberi pulangan yang lumayan untuk diri sendiri apatah lagi dalam bulan puasa yang mulia ni.

Kalau diperhatikan tak kira la kat kampung2 ke kat bandar2 ke kedai minum dibuka sepanjang malam, dan muka2 melayu yang tak kenyang2 makan masa berbuka la yang penuh kat kedai2 tu. Masa tu la nak melepak bersembang dengan kawan2, siangkan puasa so tak boleh la nak lepak kat kedai nanti orang cas tak puasa pulak.

Bagi aku yang tak sempurna ni pulak sebaik2 bulan puasa ni kalau tak boleh nak tidur awal malamnya isi kan  la dengan baca kitab suci al-quran, kalau ada tafsir baca sekali cerita dalam tu. Banyak faedahnya, kalau berteman bertadarus la tapi kalau sorang2 baca la setakat yang mampu. Kalau boleh bagi la khatam dalam masa sebulan ni.

Bulan lain kita jarang dapat peluang macam ni, sebab perkara2 yang melalaikan tu terlalu banyak, syaitan pulak duk berkeliaran sekeliling kita, susah... rebutlah peluang.

Thursday, July 12, 2012

Niat dalam bulan Ramadhan

niat puasa dan buka puasa
niat solat tarawih
niat solat witir

Semua niat yang ada diatas hanyalah LAFAZ niat untuk amal ibadat dalam bulan ramadhan, untuk NIAT yg sebenar ianya terpulang pada diri individu itu untuk niat dalam hati. Ianya dua perkara yang berbeza.

Selamat beramal ye kawan-kawan.



Friday, February 24, 2012

Amalan Tambahan Hari Jumaat

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.