Salam Ramadhan
Sepanjang bulan puasa ni boleh dikatakan rata2 orang ramai yang tidur lambat. Tak kisah la apa yang diorang buat tapi yang pastinya tidur lewat.
Tidur lewat ni seolah2 dah jadi budaya untuk orang Islam kat Malaysia kita ni, tapi yang sedihnya kebanyakan masa yang terluang tu diisi dengan perkara yang kurang memberi pulangan yang lumayan untuk diri sendiri apatah lagi dalam bulan puasa yang mulia ni.
Kalau diperhatikan tak kira la kat kampung2 ke kat bandar2 ke kedai minum dibuka sepanjang malam, dan muka2 melayu yang tak kenyang2 makan masa berbuka la yang penuh kat kedai2 tu. Masa tu la nak melepak bersembang dengan kawan2, siangkan puasa so tak boleh la nak lepak kat kedai nanti orang cas tak puasa pulak.
Bagi aku yang tak sempurna ni pulak sebaik2 bulan puasa ni kalau tak boleh nak tidur awal malamnya isi kan la dengan baca kitab suci al-quran, kalau ada tafsir baca sekali cerita dalam tu. Banyak faedahnya, kalau berteman bertadarus la tapi kalau sorang2 baca la setakat yang mampu. Kalau boleh bagi la khatam dalam masa sebulan ni.
Bulan lain kita jarang dapat peluang macam ni, sebab perkara2 yang melalaikan tu terlalu banyak, syaitan pulak duk berkeliaran sekeliling kita, susah... rebutlah peluang.
No comments:
Post a Comment