Pages

Friday, December 26, 2014

Pray for Pantai Timur

Allahuakbar..

Besar sungguh ujian kali ni untuk rakyat pantai timur. Boleh dikatakan setiap tahun negeri pantai timur akan berhadapan dengan isu banjir, tapi kali ni nampak kelainannya. Orang tua aku sendiri ceritakan macam mana derasnya air banjir kali ni mengalir.

Setakat ini aku masih boleh tarik nafas lega lagi sebab rumah orang tua aku kat kampung tu masih selamat. Tapi sampai bila? Itu memang tak boleh kita nak ramal, semuanya dalam kuasa Allah.

Rumah mak mertua aku di daerah Kutan tengah yang berhampiran dengan Wakaf Bharu dah mula naik air. Pagi ni dapat berita jalan masuk ke kampung air dah naik paras peha orang dewasa. Rumah abang ipar yang kat tepi jalan memang dah pindah dah.

Pagi ni pula dikejutkan dengan berita kematian salah seorang saudara jauh wife aku, kawasan kampung yang sama. Yang jadi masalah sekarang tanah perkuburan semua dah tenggelam. Urusan pengkebumian terpaksa ditangguhkan sampai air banjir surut. Sekarang jenazah dalam simpanan pihak polis.

Mak sedara aku pulak air dah mengalir dalam rumah, barang-barang semua dia dah packing sebab memang dah nampak cara air yang datang tu semakin naik. Belum ada tanda-tanda pengurangan, aku harap diorang dah keluar dari rumah tu demi keselamatan nyawa.

Semalam pulak sedara aku kena banjir di Tanah Merah, kelajuan air naik memang diluar jangkaan. Dalam masa satu malam satu tingkat rumah dia dah tenggelam. Rumah tiga tingkat, bagi jiran berteduh dalam 8 keluarga. Tapi air naik memang cepat, diorang kena tunggu di tingkat paling atas. Bekalan makanan takde dan nasib diorang baik sebab bantuan sempat sampai sebelum keadaan jadi makin teruk.

Aku yang jauh dari keluarga ni tak sedap duduk dibuatnya, rasa nak sangat-sangat balik. Tapi mak aku awal-awal lagi tak bagi aku balik sebab takut ada masalah kat pertengahan jalan. Terpaksalah aku tahan dan dengar je cerita dari jauh. Hanya doa semoga semua rakyat pantai timur selamat dari sebarang malapetaka dan musibah yang lebih teruk dari sekarang.







No comments: