Orang ramai kini boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas
gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan
Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).
Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai
99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan
Kesultanan Melaka pada abad ke-15.
“Setem ini terhasil dalam tempoh sebulan iaitu selepas Pejabat Pos
Malaysia meluluskan permohonan pengeluaran eksklusif oleh Pesawad
seminggu sebelum Ramadan lalu,” katanya kepada pemberita, di Duyong,
semalam.
Menurutnya, satu set setem mengandungi 10 keping setem dijual dengan
harga 60 sen setiap satu, tidak dijual di Pejabat Pos dan Pesawad
satu-satunya pihak diberi kebenaran itu menjual setem tersebut.
“Orang ramai boleh mendapatkan setem ini dengan menghubungi Ahli
Jawatankuasa Pesawad menerusi talian 012-915 1187 atau 013-309 8210 dan
belian perlu dibayar melalui kiriman wang,” katanya.
Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu
terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di
alam ghaib bermula pada 1988.
“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak
ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan
seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,”
katanya.
No comments:
Post a Comment