Pages

Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Monday, January 9, 2017

Assassin's Creed

Assalamualaikum..

Lama gila tak share kat sini pasal movie terbaru kat wayang, bukan apa sebab aku sendiri lama gila tak masuk panggung. Ke'bizi'an kerja melampau-lampau.

Rabu minggu lepas aku rasmikan tahun 2017 dengan movie pertama dengan cerita Assassin's Creed. Best gak la.

Assassin's Creed is a 2016 action adventure film based on the video game franchise of the same name. The film is directed by Justin Kurzel, written by Michael Lesslie, Adam Cooper and Bill Collage, and stars Michael FassbenderMarion CotillardJeremy IronsBrendan GleesonCharlotte Rampling and Michael K. Williams.

Baca sendiri la sinopsis dia..

"Callum Lynch (Fassbender) discovers he is a descendant of the secret Assassins society through unlocked genetic memories that allow him to relive the adventures of his ancestor, Aguilar, in 15th century Spain.
"After gaining incredible knowledge and skills he's poised to take on the oppressive Knights Templar in the present day."

Selamat menonton...

Wednesday, November 28, 2012

The Twilight Breaking Dawn Part 2@Alamanda Putrajaya

 

Macam biasa aku selalu ke panggung untuk layan citer2 baru, kali ni layan pulak cerita yang ramai tertunggu2 nak tengok. Sejak release hari khamis lepas ramai yang cakap citer ni best, bagi aku pun memang citer ni best sebab aku tengok citer ni sejak dari episod mula2 lagi.

So,aku berkesempatan pegi tengok pada Sabtu lepas, kalau ikutkan hati nak pegi tengok dari hari khamis malam lagi. Tapi memandangkan tiket untuk khamis dan jumaat tu fully book aku pun pilih la sabtu pagi.

Kebetulan pulak member yang barstatus pengantin baru nak join then aku bawak kan je la, 1st date lepas kawin katanya. Sebelum kawin malu2 kucing katanya.

pengantin baru yang pemalu

Kembali ke tajuk asal, jalan cerita agak menarik tapi bagi orang yang tak penah tengok episod sebelum2 ni akan rasa agak boring, sebab pelakon banyak berbincang pasal masalah diorg. 

Aksi pontianak berlari laju tu memang syok, dan paling aku suka tengok mata merah Kristen Stewart tu. Pelakon semua cool tapi anak kecik tu nampak agak kepatungan sikit.

Aksi berlawan semua aku puas hati, tengah layan aksi bunuh membunuh tu tetiba pulak feel aku dipotong sebab aku ingatkan diorg betul2 saling berbunuhan rupanya ilusi yang cuba nak disanpaikan Alice kepada ketua ponti tu. Aduyaii...

Watak yang paling aku minat ialah si Jacob tu, memang idaman la dapat badan macam mamat tu. Lelaki mana tak nak badan taf kan. Dalam proses nak kembali aktif ke gym balik.

Tu je ulasan dari penonton kerdil macam aku ni... kalau ikutkan hati nak download je, tapi dah pengantin baru beria-ia nak g tengok aku pon hentam saja la..


Wednesday, November 14, 2012

Silent Hill Revelation 3d@Alamanda Putrajaya





Sekian lama tak tengok cerita seram a.k.a Horror omputih. Sempena cuti Deepavali aku ke Alamanda layan cite ni, sambungan dari cerita Silent Hill sebelum ni. 

Barisan pelakon yang popular 





Cerita bagi orang tak biasa tengok mungkin akan rasa agak seram. Bagi aku agak okey la, takde la seram sangat. Suspen dan scene2 yang mengejutkan ada la.

Jalan ceritanya yang mana pelakon utama  Adelaide Clemens yang selalu bermimpi pasal Silent Hill, dia adalah separuh dari diri anak syaitan yg dibakar hidup2 oleh penduduk kampung Silent Hill.

Dia dijaga oleh ayah angkatnya Sean Bean supaya Adelaide Clemens tak pegi ke Silent Hill, walaubagaimana pun ayah angkat dia diculik oleh penjaga Silent Hill. Maka terpaksalah si heroin ni pergi mencari bapak angkatnya.

Sikit2 sudah la...

Nak tau gi la tengok ye, tiket tak mahal pon 3D baru RM17.



Monday, November 5, 2012

Skyfall@The Curve

Sampai ke The Curve aku layan citer ni, rezeki dapat tiket free dari kawan sama ofis. Bukan saje2 nak pegi kat tempat jauh. Kalau ikutkan aku tengok dekat2 je dah cukup, Alamanda tu belakang umah aku je, 10 minit je nak kesana. 

Untung jugak sampai ke sana, boleh gak aku singgah ke Ikea. Bershoping sakan bini aku, macam2 aksesori rumah dia beli. Sambil2 cuci mata tengok amoi and awek pakai seluar singkat dengan baju ketat. Habis pahala semayang subuh dengan zohor aku.

Terlalu kebaratan pulak aku rasa masa masuk kawasan tu, dan aku rasa memang tempat tu langsung tak sesuai dengan aku. Asyik kena pandang lantai je, bukan la baik sangat aku ni cuma nak jaga hati sendiri takut jadi hitam.

Merujuk kepada tajuk di atas, dah mcm nak buat surat rasmi la pulak kan.. Cerita James Bond kali ni memang tak mengecewakan, bak kata opismate aku, kali ni 007 dah kembali ke zaman sebelumnya yang mana lebih kepada penggunaan gajet dan bukan gunakan kepakaran agen semata2. Gadiz2 Bond memang tak boleh ditinggalkan, jalan cerita pun ok.

Tak nak cerita lebey2 sebab nanti ada yang tak jadi pegi wayang..


Thursday, February 23, 2012

Ghost Rider 2 - Wayang Minggu ini






Macam biasa la,hari ni khamis aku akan ceritakan pasal wayang malam semalam...kali ni aku tak pergi berdua,kawan-kawan ofis aku pun folow sekali dan yang sebenarnya dah 2 kali aku dengan wife kuar tengok wayang beramai2...enam orang kitorang pegi malam tadi.

Cerita pasal movie malam tadi aku agak kurang dari kepuasan jalan cerita tu la,agak terlalu ringan aksinya aku pun tak tau samaada aku sorang je ke yang rasa atau orang lain pun rasa jugak,lebih kepada aksi kelakar tapi bukan lawak...sesi santai2 mcm tu boleh la,kalau nak full action memang tak puas,sebab kalau dibandingkan dengan episod pertama lebih aksi,tu yang best...

Disini aku letakkan sedikit sinopsis untuk kawan2:


Synopsis: Johnny Blaze returns in the sequel to the 2007 comic book movie.
The story sees Johnny Blaze, aka Ghost Rider (Nicholas Cage), hiding out in remote Eastern Europe and struggling to repress his curse. Blaze is recruited by a sect to take on The Devil (Ciaran Hinds), who wants to take over his mortal son’s body on the kid’s birthday. Idris Elba plays an alcoholic warrior monk tasked with finding Ghost Rider. Johnny Whitworth plays a criminal who is recruited by The Devil to find the boy and is later turned into a demonic creature.