Pages

Tuesday, October 2, 2012

Bonus Penjawat Awam Dipertikai

Semalam aku menelaah la FB aku dan dengan sekilas pandang aku ternampak salah sorang 'friend' aku like satu status yang berkenaan dengan ketidak puas hatian pekerja swasta dengan bonus yang bakal penjawat awam dapat macam dalam bajet 2013. Bermacam-macam pandangan dalam ruangan komen.

Status tu bagitau yang penjawat awam ni terlalu dimanjakan sebab selalu diberi bonus. Dan nasib pekerja swasta takde sape amik peduli. Sempena raya hari tu dah dapat setengah bulan, hujung tahun ni lagi sebulan dapat. Dia bagitau kat situ juga yang mintak bajet 2013 bela la nasib pekerja swasta.

Pada aku rezeki manusia atau sebagai hamba Allah bukan terletak pada banus semata-mata. Lagi kuat kita kerja lagi banyak tuhan akan turunkan rezeki, kalau bukan melalui wang ringgit pun mungkin dari bentuk yang lain. Tak payah la kita nak pertikaikan siapa yang dapat bonus atau tidak. Lagi ikhlas kerja lagi bagus.

Aku pun pernah kerja swasta, tak pernah nak fikir pasal bonus pun masa tu. Kalau bos nak bagi kita terima, kalau tak bagi cukup sekadar gaji pokok yang dah mencecah 4 angka tu.

Orang ramai anggap disebabkan gaji penjawat awam naik, harga barang kat pasaran pun naik. Kalau fikir dengan rasional, bukan salah penjawat awam pun. Sepatutnya harga barang kat pasaran dikawal oleh pihak yang sepatutnya, dan gaji penjawat awam ni dinaikkan mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu, gaji penjawat awam ni bukannya besar sangat. Gaji pokok ada yang tak sampai 900 pun, yang menjadikan gaji tu nampak banyak sebab banyak elaun, andai kata elaun tu ditarik balik tinggal gaji pokok je la. Belum ditolak dengan bayaran pinjaman dan yang lain-lain lagi.

Kalau nak dibandingkan dengan gaji pekerja swasta, hari pertama kerja je dah tau gaji paling sikit 1400 atau 1500. Belum dicampur dengan OT atau elaun makan atau elaun-elaun lain. Dimana manjanya penjawat awam dalam hal ni.

Kalau cerita pasal pekerja swasta cuma mengharapkan ihsan CEO syarikat nak bagi bonus. Penjawat awam pun sama, bonus yang mereka terima tu pun ihsan dari CEO perkhidmatan awam. Masuk akal ke CEO syarikat lain nak bagi bonus kepada pekerja syarikat lain?

Pembayaran cukai kepada kerajaan bukan cuma pekerja swasta je yang bayar, penjawat awam pun kena juga bayar cukai pendapatan. Takde sape yang terkecuali dalam hal ni. Kalu pegi makan kat KFC atau McDonald, cashier tak tanya samaada pelanggan di kerja swasta atau kerajaan, tax makanan tetap dia caj dalam resit.

Renung-renungkan apa yang kita buat setiap masa, apa yang aku taip kat sini cuma pendapat diri aku sendiri tiada unsur keperibadian.

No comments: