Minggu lepas,aku ke Kedah bersama wife untuk menghadiri kenduri kawan baik aku di Kampung Telaga Emas,Pokok Sena. Memang best la majlis diorg sebab hidangan utama majlis tu ayam golek panas-panas yang digolekkan segera kat situ jugak siap masak terus kerat dah macam kat bazar ramadhan dah aku rasa,ayam sebanyak 360 ekor disediakan,aku dah tak larat nak makan,yang ke-2 nya lauk udang yang aku tak tau la berapa ratus kilogram diorg beli,suasana memang meriah yang teramat sngat ditambah pulak dengan kehadiran pengantin dengan naik kereta alphard bersma ahli keluarga pengantin perempuan.
Lepas tu aku ke kenduri seorg kawan kepada member baik aku ni kat area pekan pokok sena,kali ni kenduri dibuat 2 pasang pengantin iaitu adik dan abangnya sekali,yang si adik ni bilal kat masjid besi,putrajaya.Yang bestnya kali ni diorg punya kenduri macam ala-ala gerai,ada bahagian yang dibahagi-bahagikan ada bahagian untuk nasik dan lauk je,1 bahagian lagi bihun sup je,1 bahagian pulak untuk pisang goreng je dan last sekali bahagian teh tatik,teh ais dan air sejuk..memandangkan cuaca agak panas hari tu aku banyak minum air je dari makan.
Petang tu aku balik umah Din di Naka,lepak-lepak n petang tu hujan lepas tu malamnya pulak umi member aku tu ajak pegi diner kat luar,makan sate la pulak...kekenyangan tahap gaban.
1 comment:
comfirm naik berat ko
Post a Comment