Pages

Wednesday, March 23, 2011

Jalan-jalan Cari makan

Kali ni aku nak cite pasal aku jalan-jalan kat kedah mencari makanan yang dah lama aku teringin nak makan.

So pagi jumaat yang indah aku berada di rumah member aku Din di Naka,pagi tu mak dia sedikan nasik lemak lauk sambal ikan kembung yang memang best tahap gila,pagi tu aku makan tambah 2 pinggan,lepas sarapan kitorg lepak jap n dalam area pukul 11 pagi kitorg bertolak kuar dari rumah menuju ke bandar Alor setar.

First sekali aku buat mase sampai kat bandaq tu aku basuh keta masuk washing mesine,bayaran rm4 je sekali polish tayar rm5.Lepas tu kami ke menara Loq setaq yang ketinggiannya mencecah beratus-ratus meter dari paras bumi,agak gayat la sebab lifnya lif cermin,lepas lepak-lepak atas menara tu kami pon bergegas ke Masjid Al-Bukhori yang terletak kat tengah-tengah bandar tu jugak dan apa yang menariknya disekeliling masjid tu disediakan rumah anak yatim dan rumah orang-orang tua.

Lepas tunaikan kewajipan sebagai umat islam kat masjid kitorg gerak ke Pumpong amik adik ipar aku sebab dia pon nak join kitorg sebab kitorg nak ke Pusat Sains Bahagian Utara yang terletak berdekatan dengan Gunung Keriang,lepas amik adik ipar aku tu kitorg terus menuju ke sana,tp malangnya tempat tu tutup pulak setiap hari Jumaat,jadi terus la lajak je Muzium Padi,masuk tu bayar rm3 je kalau bawak kemera diorg cas rm2 untuk 1 kamera.

Lepas puas bergambar dalam muzium kitorg singgah makan gulai kawah di gerai D C Nee Restoran ada 7 kawah.Makan 4orang baru rm20 sekali dengan air,murah tak?hahaha..masa tu hujan lebat mencurah-curah dengan kilatnya lagi membantutkan rancangan asal,so terpaksa la tukar ke plan B iaitu ke tempat yang berbumbung,destinasi yang dituju Alor Setar Mall kat sane takde buat pape just round-round je,lepak kat kerusi urut yang masuk duit tu rm1 untuk 3 minit,hujan reda kami meneruskan perjalanan,kali ni member lagi sorang join iaitu Ali,so 2 bijik kereta la jalan-jalan cari makan ni.

Destinasi kali ni Kuala Kedah untuk makan laksa utara,tak nak jalan jauh kitorg masuk kat Laksa Din Teluk Kechai,orang ramai gila walaupun hujan masih lagi renyai-renyai.Aku ape lagi bedal la laksa utara yang dah lama aku idamkan,bini aku pulak makan laksam je kuah lemak.Lepas makan kat situ kitorng terus ke Marina Bay ingatkan pagarnya bukak boleh masuk nak bergambar tapi tak jadi sebab tutup.Lepak amik angin pantai sampai senja.Kitorg gerak lagi.

Kali ni pegi solat maghrid kat Masjid Zahir yang terletak betul-betul depan Dataran Alor Setar,lepas solat kitorg lepak kat dataran tu sambil bergambar dengan pokok-pokok yang ala-ala I-City Shah Alam sambil mandi hujan renyai-renyai,dah puas bergambar perut lapar n kitorg mencari tempat makan pulak,kali ni char kuey tiaw.

Kali ni Char kuey tiaw Ghani kat bandar alor setar,makan tu tambah pulak dengan sate h roti tisu minum pulak milo panas,memang kena sngat-sangat la.Lepas makan perut dah kenyang terus berangkat nak balik,hantar adik ipar ke Pumpong balik n kami terus la balik ke Naka,sesampai kat rumah tak sempat mandi aku dah lena.

Memang best jalan-jalan cari makan ni,patut la Maria Tengku Sabri amik rancangan tu kan,lepas tu Serina Chef Wan plak sambung,lepas ni kalau takde sape nak jadi host panggil je aku,sure aku nak..hahaha.




1 comment:

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)