Pages

Wednesday, July 25, 2012

Budaya Bulan Puasa

Salam Ramadhan

Sepanjang bulan puasa ni boleh dikatakan rata2 orang ramai yang tidur lambat. Tak kisah la apa yang diorang buat tapi yang pastinya tidur lewat.

Tidur lewat ni seolah2 dah jadi budaya untuk orang Islam kat Malaysia kita ni, tapi yang sedihnya kebanyakan masa yang terluang tu diisi dengan perkara yang kurang memberi pulangan yang lumayan untuk diri sendiri apatah lagi dalam bulan puasa yang mulia ni.

Kalau diperhatikan tak kira la kat kampung2 ke kat bandar2 ke kedai minum dibuka sepanjang malam, dan muka2 melayu yang tak kenyang2 makan masa berbuka la yang penuh kat kedai2 tu. Masa tu la nak melepak bersembang dengan kawan2, siangkan puasa so tak boleh la nak lepak kat kedai nanti orang cas tak puasa pulak.

Bagi aku yang tak sempurna ni pulak sebaik2 bulan puasa ni kalau tak boleh nak tidur awal malamnya isi kan  la dengan baca kitab suci al-quran, kalau ada tafsir baca sekali cerita dalam tu. Banyak faedahnya, kalau berteman bertadarus la tapi kalau sorang2 baca la setakat yang mampu. Kalau boleh bagi la khatam dalam masa sebulan ni.

Bulan lain kita jarang dapat peluang macam ni, sebab perkara2 yang melalaikan tu terlalu banyak, syaitan pulak duk berkeliaran sekeliling kita, susah... rebutlah peluang.

Tuesday, July 24, 2012

Paintball @ woodsball

Assalamualaikum
Sabtu 14/7 yang lepas aku, wife dan kawan2 ofis buat satu aktiviti hujung minggu. Program ni dirancang selama sebulan setengah, berlangsung di Taman Botani Negara, Bukit Cahaya Shah Alam. Pemain 12 orang je, asalnya ada dalam 22 orang tapi disebabkan ada komitmen lain terpaksa la diorg tarik diri walaupun diorang nak sangat join.
Masa berkumpul sebelum bertolak ke Shah Alam





Sampai je kat Taman Botani @ Bukit Cerakah tu semua mula la sibuk tukar baju, semua yang pegi ni semua 1st time nak main, ada yang tambah baju berlapis2, ada yang tukar2 kasut. Masing2 dalam kepala pikir takut sakit badan.
 Peluru atau pallet sebelum dibahagikan
 Bergaya dulu sebelum kena tembak


 Gaya seorang otai

 Sesi mengisi peluru
 Save pin kena selalu cek, takut tertembak orang kat luar kawasan permainan
 Dah ready nak perang
 Lepas satu round
 Kena tembak kat muka

Kepuasan dan keletihan yang tak terkata, tapi yang penting apa yang aku rasa masa tu adalah seronok, hilang segala penat kerja dan yang paling penting lebam2 satu badan.
Permainan yang aku main ni juga dipanggal woodsball mungkin sebab main dalam hutan kot, ala-ala peperangan sebenar la, kena pandai strategi dan kena cepat bergerak kat sebalik pokok yang ada dalam kawasan perang tu, kalau tak kena tembak la.
Permainan ni tak sama macam yang korang tengok menyorok belakang belon tu ye.
Kitorang bayar RM103 termasuk insurans untuk diri masing2.
Yang kitorang dapat : Pallet 500 biji seorang
Marker@senjata
Face mask
Baju Pelindung
Main sepuas hati sampai korang tak larat nak bangun

Kemudahan yang ada kat sana: Kafe
Tandas
Surau

Lepas solat Zohor kitorang sambung main sampai pukul 5 petang, maknanya jadual permainan korang tak terikat dengan sapa2, ikut suka korang nak main masa bila nak stop masa mana.


Monday, July 23, 2012

Berebut membuat ibadah dalam bulan puasa

Assalamualaikum...

Baru sampai dari kampung pagi tadi pukul 5.30 pagi, sempat sahur kat Merapuh dengan wife dan kawan2 yang kebetulan naik bas yang sama.

Selama duduk kat kampung cuma sempat solat sunat terawih 1 malam je, tu pun sebab malam pertama tu pegi ziarah abang ipar pada biras aku masuk ICU sebab jatuh masa solat jumaat sehari sebelum puasa. So, malam tu burn la...sempat solat isyak berjemaah je dengan wife, malam ke-3 naik bas balik Putrajaya.

Malam kedua, aku solat kat masjid kat rumah aku. Aku perhatikan jemaah ada la sampai ke 6 atau ke 7 saf. Tapi sayangnya yang ramai kat dalam masjid tu hanya kanak-kanak dan orang-orang yang sebaya dengan ayah aku je. Itu pun bertahan sampai 8 rakaat je,lepas tu tinggal la 2 saf.

Aku pun heran, mana la pegi nya remaja-remaja yang sama generasi dengan aku ni? Kenapa orang2 tua yang dah putih kepalanya aje yang ada kat masjid masa tu? Begitu gigih diorang solat sunat...bak kata mak aku, bulan ramadhan ni sekali je setahun, tahun depan ntah sempat ntah tidak kita nak rasa lagi...masa ni la kita kena berebut untuk buat amal ibadat. Itu la mak aku sampaikan sakit kaki pun sanggup nak ke masjid.

Bagi aku pulak, orang2 tua ni percaya hidup diorang dah tak lama, sebab tu diorang bersungguh2 buat amal ibadat walaupun ada yang terpaksa duduk waktu solat. Sedangkan yang muda masih merasakan hidup diorang masih panjang...banyak lagi masa ada untuk bertaubat. Jadi diorang pun lagi suka duduk depan tv sambil menggosok perut yang tengah penuh lepas buka puasa maghrib tadi. Tak pun keluar merempit dengan kawan2..best.

Aku ni bukan la baik sangat, cuma aku ni tersedar awal sikit dari yang lain lepas aku lalai dengan benda2 duniawi. Itu pun bukannya semua aku tinggal, cuma perbaiki diri yang mana yang perlu. Sikit demi sikit.

Mati tu tak kira berapa umur kita, baby yang baru keluar dari rahim mak nya pun boleh mati dalam masa sekelip mata, inikan pulak kita yang dah ada 'akaun dosa' atas muka bumi ni. Risau dan takut tak sempat nak taubat. Silap hari bulan orang2 tua yang dah putih rambut tak sampai ajal lagi kita yang muda yang menghadapNya dulu.

Thursday, July 19, 2012

Dataran Helang

Assalamualaikum

Kebosanan sebab kerja dah siap aku pun menggodek-godek hard disk aku dan aku pun perasan la gambar kat langkawi hari tu. So, saje je la nak kongsi dengan kawan-kawan...

Kitorang datang kat sini lepas main kat kereta kabel, so korang bayangkan la lepas penat naik tangga yang ntah berapa juta anak tangga tu kitorang berjalan2 kat dataran ni pulak. Rasa nak tercabut je lutut masa tu.






Main ular ni aku bayar RM5 je, dan owner dia cakap ikut suka hati la nak tangkap banyak mana pun gambar, dia tak kesah. Duit yang aku bayar tu pun untuk beli makanan ular-ular belaan dia jugak. Ular yang dia bela semuanya yang ditangkap sendiri kat kebun-kebun sekitar Langkawi.


Masa ni sebenarnya masa rehat sementara nak pegi memborong coklat kat Pekan Kuah, masa borong coklat tu memang tak ingat pasal duit dah, sebab aku ni memang hantu coklat...semua yang ada kat dalam kedai coklat tu semua aku nak beli.

Kitorang memborong kat sana sampai malam, dan malam tu pulak plan nak kuar pegi pusing2 kat uptown dekat dengan Pantai Cenang, tapi gagal sebab semua dah terbongkang tidur kepenatan. Jawabnya esok tu pulak la pegi pusing kat sana.

Saturday, July 14, 2012

Sistem Komisyen Public Gold Mengikut Peringkat


Terdapat 3 kategori Dealer dengan peratus komisyen yang berbeza.

1. Normal Dealer

•Anda hanya perlu membuat belian sekaligus dalam satu order dengan jumlah minimum belian RM20,000 dan keatas.


•Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 1% dan setiap jualan semula kepada PG akan diberi komisyen 0.5%.

•Bermakna, Jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan semula adalah 1.5%. Cth; Anda membeli Emas 1 Dinar dengan spread 6% – 1.5% (Komisyen) = Spread anda kini adalah 4.5% sahaja.

•BONUS!!! Jika ada rakan anda ingin mendaftar sebagai Dealer, dan anda menjadi introducer kepadanya, maka setiap kali Dealer anda membuat belian anda akan diberi komisyen 0.2% dari jumlah keseluruhan beliannya pada bulan itu.

2. Priority Dealer
•Anda hanya perlu membuat belian sekaligus dalam satu order dengan jumlah minimum belian RM100,000 dan keatas.

•Selain itu, Anda boleh menaja 5 orang New Dealer yg setiap pembeliannya adalah RM 20,000 x 5 orang ND = RM 100,000.

•Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 1.5% dan setiap jualan semula kepada PG akan diberi komisyen 0.5%.

•Bermakna, Jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan semula adalah 2.0%. Cth; Anda membeli Emas 1 Dinar dengan spread 6% – 2% (Komisyen) = Spread anda kini adalah 4% sahaja.

•BONUS!!! Jika ada rakan anda ingin mendaftar sebagai Dealer, dan anda menjadi introducer kepadanya, maka setiap kali Dealer anda membuat belian anda akan diberi komisyen 0.5% dari jumlah keseluruhan beliannya pada bulan itu.

3. Master Dealer
•Bila anda mempunyai minimum 5 Orang Priority Dealer di rangkaian anda, bermakna anda layak untuk menjadi Master Dealer.

•Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 2% dan setiap jualan semula kepada PG akan diberi komisyen 0.5%.

•Bermakna, Jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan semula adalah 2.50%. Cth; Anda membeli Emas 1 Dinar dengan spread 6% – 2.5% (Komisyen) = Spread anda kini adalah 3.5% sahaja.

•BONUS!!! Sebagai Master Dealer, setiap belian oleh Normal Dealer anda akan diberi komisyen sebanyak 1%, setiap belian dari Priority Dealer anda akan diberi komisyen sebanyak 0.5% dan setiap belian dari Master Dealer anda akan diberi komisyen sebanyak 0.1%.

Friday, July 13, 2012

Tips : Teknik Membuat Keputusan Dalam Pelaburan



Tanpa kita sedar, banyak keputusan yang kita lakukan di dalam kehidupan ini, tidak kira dari segi apa sekalipun, ianya lebih banyak berdasarkan Emosi berbanding Informasi. Kegagalan menggunakan medium yang tepat ketika membuat keputusan, terutamanya dalam aspek pelaburan akan mengakibatkan individu itu menanggung risiko kerugian dan sentiasa diganggu oleh ketidaktentuan emosi yang disebabkan oleh turun naik sesuatu pelaburan itu.

Sebagai panduan, sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan sesebuah pelaburan, pastikan anda mampu mengenalpasti 3 jenis Informasi ini :

1- Fakta ~ Sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui sumber2 tertentu.
2- Pendapat / Pandangan ~ Sesuatu yang mungkin Benar, dan mungkin juga Salah berdasarkan fakta atau logik seseorang.
3- Prinsip Sesuatu yang dasarnya telah termaktub dan tidak dapat diubah.

Hari ini, faktor utama kegagalan dan kerugian seseorang itu dalam pelaburan adalah disebabkan mereka membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkan kepada Pendapat / Pandangan seseorang, rakan2 atau sesiapa sahaja yang sebenarnya mereka sendiri tidak dapat memastikan kesahihan pendapat yang diberikan.

Sebagai contoh, apabila seseorang mahu memulakan pelaburan Emas, mereka akan meminta pendapat dari Peniaga Emas, Tukang Emas, Pegawai Bank, rakan2, pasangan dan lain2 lagi yang mana perbezaan pendapat diantara mereka itu mengakibatkan seseorang individu itu serta-merta menangguhkan hajatnya untuk membeli Emas, dan akhirnya membuatkan mereka terus menerus mengeluh kesal apabila melihat harga Emas yang kian mendaki tinggi dari hari ke hari.

Berbanding jika keputusan itu dibuat berdasarkan kepada Fakta yang selama ini telah membuktikan apabila berlaku krisis ekonomi / kewangan di Amerika, maka harga Emas akan melonjak tinggi disebabkan oleh permintaan yang meningkat bagi tujuan melindungi nilai kekayaan dari lenyap ditelan oleh arus kemelesetan.

Fakta juga membuktikan dimana apabila krisis kewangan berlaku, maka kuasa beli oleh Wang Kertas (Dollar) semakin menyusut dan membuatkan harga Emas akan menjadi semakin mahal. Contoh, jika sebelum ini kita cuma perlu membayar $800 sahaja untuk membeli 1 Troy Oz Emas, kini disebabkan oleh penyusutan kuasa beli, maka kita terpaksa membayar sehingga $1900 untuk membeli Emas yang sama beratnya.

~ Berdasarkan Fakta ini, kita telah mendapat satu keputusan bahawa ketika ini adalah waktu terbaik untuk kita membuat pelaburan ke atas Emas berbanding pelaburan dalam bentuk yang lain. 

Prinsip Asas secara semulajadi (Fitrah) telah menentukan bahawa setiap perkara yang berlaku, pasti akan ada perkara yaang berlawanan dengannya. Sebagai contoh, setiap kehidupan pasti ada kematian, jika ada yang sihat pasti ada yang sakit, jika ada yang baik pasti ada yang buruk, jika ada yang diatas pasti ada yang dibawah dan jika ada yang naik pasti ada yang turun.

Sir Isaac Newton telah memperluaskan prinsip yang dinamakan Newton's Law ini dimana mengikut prinsip ini "For an every action, must be equal an opposite direction (Untuk setiap tindakan, pasti akan ada tindakan yang berlawanan)".

~ Berdasarkan Prinsip ini, sekiranya kita mengharapkan harga Emas di pasaran terus menerus naik tanpa mengalami sebarang penurunan langsung baru kita mahu membeli Emas, bermakna kita sedang menafikan Prinsip Fitrah yang sememangnya tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Kita mahukan sesuatu yang berlawanan dengan Prinsip semulajadi, yang mana ianya adalah amat mustahil, ibaratnya seperti menunggu kucing bertanduk dan membuatkan sampai bila2 pun kita tidak akan membeli Emas. 

Memang benar harga Emas akan turun dan naik, tetapi bukanlah harganya turun dan naik dalam 'Range' harga yang sama, sebaliknya, setiap kenaikannya akan sentiasa lebih tinggi berbanding harga tertinggi sebelumnya, dan apabila ia turun pun ia tidak akan turun sehingga ke paras yang sama rendah seperti harga terendah yang sebelumnya.

Kesimpulannya ~ Ayuh mula membeli Emas sekarang dan jangan terpengaruh dengan naik turun harga dalam tempoh masa yang singkat kerana berdasarkaan Fakta awal kita tahu bahawa harganya akan terus meningkat dalam jangkamasa sederhana dan panjang.

Thursday, July 12, 2012

Gambar Syiling emas era Perang Salib

TEL AVIV: Satu tempayan syiling emas daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel.
Syiling emas itu ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang besar.

Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1265.
Syiling emas itu yang mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam - sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia ditemui.

Sumber : myMetro


Kalau dapat kat aku emas2 ni memang aku simpan lagi lama la...tak pun gadai dah tu beli pulak emas jongkong kat Public Gold..hehe

Niat dalam bulan Ramadhan

niat puasa dan buka puasa
niat solat tarawih
niat solat witir

Semua niat yang ada diatas hanyalah LAFAZ niat untuk amal ibadat dalam bulan ramadhan, untuk NIAT yg sebenar ianya terpulang pada diri individu itu untuk niat dalam hati. Ianya dua perkara yang berbeza.

Selamat beramal ye kawan-kawan.



Monday, July 9, 2012

Perlu ke ada Idola?

Assalamualaikum

Pagi tadi masa tengah on the way nak ke ofis aku dengar radio Suria.fm ceria pagi bersama Halim Othman(HO), Nabil dan Kenchana Dewi(KD). Dan memang radio ni la yang paling best dalam banyak stesen radio.

Dalam satu dialog tu tiba2 KD bagi soalan kat HO.

KD:Perlu ke seseorang tu ada idola?
HO:Perlu tapi tak semestinya wajib...
Nabil:Perlu jika idola itu mampu memberi inspirasi yang baik.
(lebih kurang mcm tu la diorg cakap)

Jadi, aku pun sebenarnya ada jugak idola dan semestinya semua orang meletakkan ayah kandung korang sebagai idola atau contoh yg baik untuk dicontohi, dan aku juga tak terkecuali.

Sebagai tambahan untuk meningkatkan lagi inspirasi aku dalam menjadi insan yang baik, tanpa ada sikap menyakitkan hati orang disekeliling aku, aku meletakkan contoh terbaik iaitu nabi kita sebagai idola. Walaupun aku tak mampu untuk ikut semua sifat baginda at least aku cuba mana yang mampu.

Ayah sebagai contoh utk aku membuat keputusan, dalam urusan rumah tangga, bermasyarakat dan amalan harian sebab aku nampak dengan mata kepala aku sendiri mcm mana ayah aku handle semua tu, dalam masa yang sama kita letak kan sifat nabi dalam urusan yg sama.

Idola bukanlah wajib untuk ada, tapi cukup sebagai keperluan untuk kita dalam meningkatkan prestasi diri untuk jadi semakin baik dari masa ke semasa. Walaupun perubahan tu tak banyak, sikit pun jadi la asalkan ianya lebih baik dari yg sebelumnya.

Friday, July 6, 2012

Jadual Kuliah Bulan Julai Ustaz Azhar Idrus



Sesat

Assalamualaikum teman-teman

Salam Nisfu Sya'ban,

Alhamdulillah tahun ni aku dapat teman wife aku berpuasa sunat untuk hari nisfu sya'ban, tahun lepas aku tak hengat aku puasa ke tak.

Ceritanya, mencari tempat untuk berbuka puasa... Saja la nak belanja wife aku makan sodap2, bukan apa la kan sebab dia pun dah penat kerja seharian jadi apa la salahnya aku bawak makan tempat yang aku penah janji nak bawak dia pegi hari tu. Lagi pulak saja nak bagi dia rehat masak.

Destinasinya ialah restoran nasik arab kat cyberjaya tu la, restoran saba tu. Aku baru pegi sana sekali je tu pun naik kereta kawan, jalan nya aku ingat2 lupa la kan. Nak tak nak aku pun tanya la pada kawan aku yang selalu kesana dia pun bagi la direction nya, senang je cari kejap je dah jumpa.

Ok, jalan nak pegi dah tau, berbuka pun dah sudah, kenyang pun dah, so sampai la masa nak balik...

Masa tu la aku baru ingat,aku boleh plak lupa nak tanya jalan balik atau jalan nak kuar dari cyberjaya tu, aku ni kalau nak diikutkan berapa kali sngat masuk sana boleh dikira dengan sebelah tangan je. So, dengan gambelnya aku menekan minyak dan jugak memutarkan stering kereta ikut instinct!!! Hah!!! amik kau...sekali lepas ke mana2 ntah.

Jalan berlampu ke, tak berlampu ke...jalan berombak-ombak semua aku lalu...rasa dah macam masuk negara lain pulak.

Masa tu pulak satu sign board pun aku tak nampak, wife aku dah risau aku naik minyak... ye la,tak jumpa jalan balik kan,sapa tak mengamuk...tapi,aku cool je...aku tenangkan diri, langsung tak bercakap dan try je follow jalan yang ada depan mata. Wife aku cuba bukak BB travel dalam BB dia tu, tapi tak membantu...

Sedar-sedar aku dah masuk ke dengkil dah,ikut jalan mana pun aku tak tau...last sekali jumpa jugak sign board ke putrajaya, tu pun ada gak terlepas simpang. Alih2 aku keluar kat hightway SKVE menghala ke puchong. Sampai sana aku dah tau jalan balik dah.

Tapi masa dah jumpa jalan yang menghala ke rumah tu, rasa macam tak pecaya je tadi aku sesat dan dalam masa yang sama perasaan was-was datang betul ke jalan ni balik rumah aku? Padahal memang dah betul dah jalan tu...

Thursday, July 5, 2012

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - BERNAMA

Alhamdulillah...

Rezeki untuk rakyat la kot kan... nak pose,dah tu nak raya pulak lepas tu, dikurangkan lagi harga minyak RON97 selepas yang terakhir bulan Jun lepas, walaupun 20 sen tu nampak kecik je jumlahnya tapi kalau dah isi full tank jadi banyak la jimatnya. Lagi2 plak untuk orang yang macam aku ni kalau nak travel jauh komfem isi minyak 97 punya, sebab minyak dia lambat habis dan jimat. Tak macam yang 95 sampai separuh jalan dah kena topup lagi.

Tuesday, July 3, 2012

Manusia Mudah Lupa

Assalamualaikum teman-teman

Korang biasa dengar 'melayu mudah lupa' kan? bukan melayu je, semua manusialah senang lupa, lupa apa? makan tak lupa, melabur tak lupa... dah tu apa yang kita lupa pun kita tak berapa nak ingat. Ingat-ingat balik...

LUPA PADA ALLAH
-Ni paling common kot omputehnya, paling koman kot melayu. Nak ingat cemana, tak nampak. Tak nampak walau seluruh alam ni Dia yang cipta, Dia yang beri kita mata untuk melihat alam ni tapi tetap tak nampak. Tak perasan, tak terfikir, tak pedulik dan otomatiknya takde la nak ingat kat Dia. Bila solat kita buat-buat ingat walau hati alpa, orang ajak pergi 'rumah Dia' korang ngelak. Lupanya kita.

LUPA ASAL USUL
-Siapa Tanggang? Siapa kacang? Siapa? Kita-kita la belaka tu. Yang anak tak ingat mak bapak, macam kacang lupakan kulit. Kena pulak mak bapak dah takde, lagi le lupa. Nenek moyang apatah lagi. Lupakah kita Tok Adam tu moyang kita semua, diulangi... SEMUA. Siapa yang ikut mazhab Darwin tu lantaklah, dia ngaku keturunan beruk, korang tak tau la. Habis tu kenapa nak taksub dengan bangsa, keturunan atau warna kulit. Korang tak ingat ke yang korang semua asal dari tanah dan nanti dibaham tanah juga akhirnya...

LUPA ARAH TUJU
-Yang kita ingat nak kenyang, nak senang, nak buat bangang... ada kita ingat tujuan kita dijadikan? Apa tugas umat Islam...takkan sekadar isi alam? kemana kita nak pergi setiap hari? pergi kerja aje ke? pergi joli? pergi mampos? sori...bukan nak berkasar tapi itu la sebaik-baiknya...ingat yang kita semua akan pergi jua akhirnya. Jadi sebelum pergi tak ke nak kena ready?ke korang memang eveready? Dah pejam mata baru meraung nak celik balik, nak insaflah, nak beramallah, nak jadi insan kamil...Lupakanlah.

LUPA DIRI
-Malas nak komen, empunya diri pun saban hari lupa diri. Lupa yang diri ini hamba yang hina...harapkan belas rahmat dariNya setiap masa. Bila lupa mulalah ingat diri ini yang berdiri sendiri., diri ini yang cari rezeki, diri ini yang menentukan nasib sendiri. Bila dah lupa diri mulalah ingat nafas ni kita punya. Sudahnya jelaslah diri yang jadi Tuhan, tu yang perangai sesorang macam firaun! Pasal tu Allah suruh berzikir, zikir tu maknanya ingat, ingat sapa? Korang pikey la sendiri...

Kena Buatan Orang Lagi

Assalamualaikum teman-teman

Manusia memang akan sentiasa ada perasaan iri hati, baru2 ni ayah aku pulak kena buatan orang... Sebelum ni mak aku yang selalu kena. Kali ni ayah aku kena bisa ular. Ntah macam mana orang tu hantar hanya Allah je la yang tau, tapi memang dapat kesan la orang yang menghantar bisa tu datang dari belah2 Golok sana.

Sebelum tu, ayah aku ni ada kedai tudung yang diuruskan oleh mak dengan ayah aku sendiri. Sejak dua menjak ni lepas pindah ke kedai baru rezeki orang tua aku ni bertambah, makin ramai customer dari hari ke hari. Tak kira la dari negeri mana pun kalau datang nak beli secara borong ramai yang datang cari kedai orang tua aku ni.

Sejak tu la mak dengan ayah aku ni asyik diuji dengan benda2 halus hasil dihantar oleh orang2 yang busuk hatinya. Aku pun dah lali dah dengar citer mcm2 dari mak aku, tapi alhamdulillah dengan izin Allah sampai hari ni orang tua aku sentiasa dipeliharaNya. Berkat bacaan ayat2 rukyah yang mak dgn ayah aku baca tiap hari. Solat hajat, tahajjud yang mak aku buat tiap2 malam supaya diberi perlindungan setiap masa.

Dalam masa yang sama, sepupu aku selaku orang tahfiz banyak tolong keluarga aku. Dah banyak kali dah dia ubatkan mak aku termasuk yang terbaru, ubatkan ayah aku yang terkena bisa ular. Kalau dia tak mampu dia akan mintak tolong dengan ustaz dia yang mengajar di Raub. Ustaz dia lagi alim dan banyak ilmu.

Nanti aku cerita apa jadi kat ayah aku...


Monday, July 2, 2012

Beli Durian Kampung

Assalamualaikum kawan-kawan...

Pada tanggal 24/6 yang lepas aku yang ketiadaan aktiviti di hujung minggu tiba2 rasa mengidam nak makan durian dan yes aku memang hantu durian yang amatlah tegar.

Dalam waktu keboringan tu kebetulan pulak kakak ipar aku call ajak jalan2 pegi umah dia kat area Bandar Seri Putra,Bangi je... Aku dengan cik bini pun mengisilah masa lapang kami dengan aktiviti yang baru dapat tu,hehe...

Dalam perjalanan nak kesana aku amk jalan dalam je,bukan kedekut nak bayar tol tapi saja nak memikmati kehijauan sepanjang jalan lama tu, dan dengan kebetulannya aku terpandang kedai tepi jalan yang mana seorang makcik tua yang sedang menjual berlonggok2 durian kampung.

Takpe, kita 'ok' dulu tu loghat kelantan atau maksudnya tahan dulu la... aku teruskan perjalanan ke destinasi, dah smp umah kakak ipar aku tu lepak2 dah makan2...petang sikit mintak diri balik dan masa tu dalam kepala hanyalah buah durian tepi jalan tu.

Sampai je kat kedai makcik tu pilihan dah tak banyak tapi ok la, sebab satu loonggok dia tu lebih dari 10 bijik dan harga rm20 je, lupa bgtau tempat plak...kedai makcik ni kat simpang 3 nak ke bangi lama dan sg.buah, kalau korang biasa ke bangi lama tau la.

So, aku amik selonggok la...rm20 hengget bersamaan 2 beg plastik besar durian, tak sabar aku nak makan..balik tu terus aku bukak dan sekali duduk tu 3 bijik aku telan sorang, bukan 3 ulas ye...haha.

Lepas tu yang selebihnya aku makan untuk hari2 berikutnya ikut selera, ada yang aku buat sarapan,lunch dan jugak makan malam smpai la habis...hantu durian tak?
lebih kurang mcm ni la durian yang aku beli tu