Setelah 7 tahun berkhidmat di unit lama akhirnya aku terpaksa akur untuk dipindahkan ke unit yang lain. Bunyi macam dipaksa je kan, alhamdulillah banyak yang aku belajar masa duduk kat unit lama. Aku seronok kat tempat lama dan seronok kat tempat baru.
Tempat baru bukannya jauh mana pun, masih dalam bahagian yang sama, cuma bertukar dalaman je. Jadi, sempena perpindahan dalaman untuk aku tu, unit lama aku buat la sikit jamuan perpisahan.
Tempat yang dipilih tu kedai nasi arab Balqis Restaurant di Ayer@8, Putrajaya.
Kedai dia simple, bersih dan terasusun. Amat2 selesa makan kat kedai tu. Cuma kalau pegi lunch akan rasa panas sikit la kalau duduk sebelah cermin yang menghadap view tasik putrajaya. Tambah dengan silau sikit.
Pilihan hati berkenan menu yang bernama Mandi Lamb with apple juice. Memang sangkut la kambing dia. Lembut dan tak 'berbau' kambing. Nasi dia pun panjang-panjang dan sedap.
Habis je sesi mengisi perut, ada la pulak sesi penyampaian hadiah. Dan memang tak disangka-sangka hadiah yang aku dapat tu benda yang memang aku nak beli lama dah. Rod Shimano 6 kaki, fuhh... Memang tercapai la impian.
Terima kasih kat bos, sebab tau minat anak buah ni, siap support lagi plak tu. Akan anak buah mu ini menambahkan lagi usaha untuk menaikkan ikan ke darat dengan lebih bnyak lagi. Dan bos boleh tggu la ikan free nanti.
No comments:
Post a Comment