Pages

Saturday, December 3, 2016

Kesan daripada minum Aloe Vera Gel

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak cerita sikit pasal testimoni. Kali ni bukan cerita pasal aku,tapi isteri aku pulak.

Migrain, sengugut dan sembelit adalah benda biasa bagi seorang wanita. Boleh dikatakan kebanyakan wanita akan mengalaminya serentak dalam tempoh haid datang. Perkara ini juga dihidapi oleh isteri aku sendiri.

Tiap kali datang bulan, aku kesian tengok isteri aku yang menderita menahan sakit yang datang sekali harung tu. Nak tolong pun setakat masak air panas bagi minum je la. Nak tolong lebih -lebih kita ni takde ilmu bab kedoktoran.

Ceritanya macam ni, lepas isteri aku tengok perubahan yang aku alami. Dia pun tekad nak amalkan pengambilan aloe vera secara konsisten.

Lepas minum aloe vera ni selama beberapa minggu banyak kesan yang dia rasa sendiri dan macam tak percaya pun ada.

Mula-mula sekali bab sembelit. Perkara pertama yang dia perasan adalah dia makin mudah dan makin kerap ke toilet untuk membuang. Dalam masa yang sama berat badan dia sedikit turun. Yang kedua bab sakit kepala atau migrain, kekerapan sakit kepala dia makin kurang dan waktu datang bulan pun kepala tak sesakit dulu. Masih boleh dikawal. Bab senggugut pun sama, kurang rasa sakit. Bila semua tu boleh dikawal takde la kerap sangat 'bad mood'. Suami pun senang hati tengok isteri sihat.

Isteri aku ni pernah buat operation disebabkan keguguran. So sejak dari operate tu dia agak sukar kalau nak baring atas lantai tanpa karpet atau pelapik yang tebal. Sebab dia kan rasa nyilu pada tempat operate tu. Antara kesan aloe vera gel ni yang isteri aku perasan adalah takde lagi rasa-rasa nyilu pada tempat operate dulu.

Kesimpulan daripada testimoni ni boleh aku ceritakan, kebersihan usus kita amat penting. Sebabnya fungsi usus itu sendiri adalah untuk menyerap zat-zat makanan yang kita makan. Dah kalau usus kita kotor,agak-agaknya apa yang usus kita serap untuk nutrisi dan keperluan diri kita?

Perut punca segala penyakit timbul. Perut adalah tempat memproses makanan yang kita makan. Kalau nak kurus pun perlu bermula dari pemakanan, kalau zat makanan tak sampai kepada tubuh badan kita, maka sia-sia lah pengambilan makanan secara sihat kita selama ni.

Langkah pertama yang kita perlu buat adalah...BERSIHKAN USUS KITA!!!!




Tuesday, November 8, 2016

Jom minum Aloe Vera Gel

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share satu produk yang aku sendiri ambil.

Aku dah amalkan minum Aloe Vera Gel dari Forever Living Product ni dari bulan Februari tahun ni. Niat asal nak minum tu cuma nak try je. Tapi bila dah lama amalkan minum badan rasa ringan gila nak bangun pagi. Rasa nak 'membuang' pun senang sangat.

Awal-awal dulu ambil AVG ni tak konsisten sangat, rasa nak minum aku minum. Tapi sejak dari dua bulan lepas aku cuba amalkan seperti yang disarankan dan konsisten pagi masa perut kosong dan malam sebelum tidur. Amik kau.. sekali turun berat badan dekat 4 kilogram. Perut makin kurang la buncitnya. Selera makan tak pernah pulak turun.

Sebenarnya khasiat AVG ni banyak, tapi yg paling ketara pada aku ni perut kempis la. Selain tu aku punya bersin pagi pun makin ok,sebab aku ni ada resdung. Sekarang bangun pagi rasa selesa je. Kalau sebelum ni, celik je mata terus bersin. Belum dibawak ke dalam bilik air lagi tu..dah macam berperang.

Ada juga kawan-kawan tanya aku, aku ni diet ke? Jawapannya memang tak la kan.. seumur hidup aku mana reti diet. Semua aku bedal. Tapi ini la rahsia yang bukan rahsia sangat pun..

So,kalau ada sape-sape nak try AVG ni memang aku sarankan sangat-sangat la. Sebab AVG ni 100% aloe vera. Korang rasa baru korang tau apa kesannya pada tubuh badan.

Kalau nak oder dengan aku pun boleh. Call atau Whatsapp no tepon aku 019-9850461. Harga satu Malaysia sama je RM95.40. Melainkan kalau korang nak pos, kena tambah sikit lagi la.

Ni aku letak gambar sikit..




Monday, October 24, 2016

Hipster Pomade

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni trending pasal pomade. Sampaikan aku sendiri pun terjebak pakai. Yang perkenalkan aku dengan pomade ni adik aku. Aku jenis yang tak suka pakai minyak rambut. Sebab muka aku akan jadi berminyak. Bila pakai pomade rasa lain pulak.

Pomade pilihan aku Hipster Pomade. Sebab yang pertama adalah keluaran anak tempatan dan pomade ni setanding dengan pomade luar negara yang dah terkenal. Bau wangi pomade buat aku tertarik lagi, dia ada 3 jenis bau. Bau Apple, Vanilla dan top sales Mix berries. Aku pilih vanilla sebab aku suka bau vanilla. Murah dan mampu dimiliki dengan harga RM35 je. Satu Malaysia sama harga melainkan beli online kena tambah RM5 untuk urusan pos. Waterbased atau pun sumber dia daripada air. Muka aku tak berminyak bila pakai, itu yang penting. Senang dicuci dan dibilas, tak payah susah nak shampoo bagai. Jirus air je terus bersih. Strong Holder ataupun kekal keras sampai 12 jam kalau korang tak cuci.

Banyak la sebab yang membuatkan aku jatuh hati dengan pomade murah tapi berkualiti ni. Banyak gak review aku tengok pasal pomade kat youtube. Hipster Pomade antara yang dapat tempat dihati rakyat Malaysia.

So, sampai sekarang aku dah menjadi pengguna dan juga sebagai agen untuk Hipster Pomade ni. Aku jual secara online dan juga cash on delivery (COD). Kalau minat boleh terus call 019-9850461. Penghantaran satu Tanah Melayu dan COD di sekitar Bangi, Putrajaya dan Bandar Seri Putra.

Jangan takut untuk mencuba sebab korang akan rasa kelainan bila pakai pomade berbanding dengan minyak rambut biasa.


Thursday, July 14, 2016

Raya Puasa 2016


Assalamualaikum..
Raya tahun ni tema kaler Purple, sebenarnya Dark Purple tapi memandangkan aku cari baju last minit. Dapat purple je. Beli sekali terus 3 pasang untuk adik-adik lelaki aku sekali. Tahun ni turn raya umah orang tua aku kat Lundang. First time raya kat rumah baru ni, Alhamdulillah rumah tak besar mana pun tapi kitorang semua bahagia.


Orang tua aku tahun ni tak ikut kaler tema kitorang. Diorang pakai ikut kaler masing-masing. Takpe la kan, asalkan bahagia.

Lepas balik sembahyang raya kitorang buat majlis potong kek sama-sama sebab besdaykitorang tak jauh mana pun. Lagi pulak tak sambut lagi kan sebab duduk jauh. Ini la masanya.


Kegembiraan kami di pagi raya.

Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan...aamin.


Thursday, April 7, 2016

Batman v Superman: Dawn of Justice


Semalam hari Rabu baru berkesempatan nak layankan cerita Batman v Superman di Alamanda, Putajaya. Dah dengar ramai orang cerita yang cerita ni agak bosan. Tapi disebabkan memang aku ni kaki wayang, nak jugak aku gi tengok dengan mata sendiri.

Ini just pendapat aku je..

Pada permulaan ceritanya pun dah nampak agak berat, ada kekeliruan sikit untuk orang yang firstime layan cerita keluaran dccomic ni. Boleh dikatakan cerita ni sambungan dari cerita Man of Steel. Memang betul la awal cerita tu bosan sikit.

Part yang si Batman ni gaduh je yang best layan. Masa gaduh dengan Superman tu banyak tembus-tembus dinding je aku tengok. Ganas tapi tak begitu mengasyikkan untuk aku la.

Yang menarik perhatian aku cuma badan si Batman je, aku bukan gay ye. Aku agak kagum dengan pelakon Batman ni si Ben Affleck. Gila sado badan dia, berapa lama dia amik masa nak besarkan badan. Tapi sayang masa lawan rasaksa tu tak berapa nak ada fungsi la mamat ni. Nampak bodoh sangat kalau nak dibandingkan dengan Superman dan Wonder Women.

Watak Lex Luthor pun memang sesuai la amik mamat Jesse Eisenberg tu. Pandai dia buat watak psiko, gila kuasa. Stail menggigil-gigil macam lost control tu yang buatkan dia nampak lagi real dahagakan kuasa.

Watak Wonder Women masa hujung-hujung je baru nampak aksi dia, mungkin untuk episod akan datang agaknya. Kali ni sekadar pengenalan je watak dia tu.






Tuesday, April 5, 2016

Makan kat Balqis Restaurant Putrajaya

Assalamualaikum...

Setelah 7 tahun berkhidmat di unit lama akhirnya aku terpaksa akur untuk dipindahkan ke unit yang lain. Bunyi macam dipaksa je kan, alhamdulillah banyak yang aku belajar masa duduk kat unit lama. Aku seronok kat tempat lama dan seronok kat tempat baru.

Tempat baru bukannya jauh mana pun, masih dalam bahagian yang sama, cuma bertukar dalaman je. Jadi, sempena perpindahan dalaman untuk aku tu, unit lama aku buat la sikit jamuan perpisahan.

Tempat yang dipilih tu kedai nasi arab Balqis Restaurant di Ayer@8, Putrajaya.


Kedai dia simple, bersih dan terasusun. Amat2 selesa makan kat kedai tu. Cuma kalau pegi lunch akan rasa panas sikit la kalau duduk sebelah cermin yang menghadap view tasik putrajaya. Tambah dengan silau sikit.



Pilihan hati berkenan menu yang bernama Mandi Lamb with apple juice. Memang sangkut la kambing dia. Lembut dan tak 'berbau' kambing. Nasi dia pun panjang-panjang dan sedap. 


Habis je sesi mengisi perut, ada la pulak sesi penyampaian hadiah. Dan memang tak disangka-sangka hadiah yang aku dapat tu benda yang memang aku nak beli lama dah. Rod Shimano 6 kaki, fuhh... Memang tercapai la impian. 

Terima kasih kat bos, sebab tau minat anak buah ni, siap support lagi plak tu. Akan anak buah mu ini menambahkan lagi usaha untuk menaikkan ikan ke darat dengan lebih bnyak lagi. Dan bos boleh tggu la ikan free nanti.




Tuesday, January 12, 2016

Operasi Tangkap Pencuri Minyak

Hidup kat apartment ni banyak risiko yang kena tanggung. Salah satu risiko adalah kena tinggalkan kenderaan kat basement semalaman. Apa jadi kat kereta atau motor kita kat bawah tu takde siapa yang tahu, tunggu siang esok nya pulak baru tau kenderaan kita selamat ke idok. Malam ni sinonim sangat orang nak buat kerja jahat.

Minggu lepas kejadian curi minyak motor makin menjadi-jadi, yang selalu jadi target motor Honda EX5. Sebabnya motor tu ada lubung kat bahagian tepi enjin dan ada host minyak. Pencuri tu tinggal nak kerat je hos tu dan tadah je minyak yang keluar.

Bila dah kerap sangat jadi, penduduk kuarters pun tak senang duduk la. Nasib kitorang ni agak baik sebab dapat cctv yang ditaja oleh BPH. So, pemasangan cctv tu memang kena pada masanya dan strategik sebab penduduk yang ada sama-sama pegi tinjau tempat yang sepatutnya.

Kali pertama dapat kesan pencuri dalam cctv pada pukul 3.30 pagi hari Rabu. So, tiap-tiap malam penduduk kuarters berjaga dalam bilik cctv untuk pantau pergerakan di kawasan basement. Aku cukup respect dengan depa ni sebab sanggup bekerjasama dan korbankan masa tidur diorang semata-mata nak tangkap pencuri.

Hasil dari pemantauan diorang tu, ada satu motor Yamaha LC ni kerap masuk lepas waktu tengah malam. Helmet sama, baju yang dipakai pun sama. Dia akan pusing-pusing dulu kat basement lepas tu baru la dia buat kerja bila dah pastikan takde orang.

Akhirnya hari Ahad, 1.30 pagi. Penduduk yang berjaga dapat tangkap pencuri minyak tu. Budak lagi dalam umur belasan tahun. Duduk berdekatan dengan kawasan kuarters kitorang jugak. Dari info yang aku dapat dalam group whatsapp budak-budak ni selalu melepak sampai subuh. Dalam kumpulan diorang ni ramai la jugak bilangannya.

Malangnya malam tu aku tak dapat join diorang soal siasat budak berdua tu.

Last sekali baru call polis bawak budak tu pegi balai.





Monday, January 11, 2016

Pasar malam bangi

Dah lama aku tak layan barang bundle, bundle ni pada yang tak tahu barang terpakai. Aku kenal bundle ni sejak dari zaman sekolah lagi. Kebanyakan baju aku masa sekolah dulu banyak beli dari bundle sebab murah. Sehelai baju baru 5 ringgit, seluar 5 ringgit. Ok la kan.. barang ori tu.

 Sabtu lepas wife nak bershoping barang dapur kat pasar malam Bandar Baru Bangi. Barang basah kat sana memang murah. Siapa yang biasa pergi tahu lah macam mana suasana diorang meniaga.

Dalam masa yang sama aku pun sempat la cuci mata mencari barang bundle di bangi ni, tapi sayang dah tak banyak macam dulu-dulu. Dulu agak ramai peniaga bundle kat pasar malam tu tapi sekarang ada satu je gerai bundle pakaian dan satu bundle kasut.

Sempat jugak try kasut kulit jenama obermain, memang cantik. Kalau dah nama ori tu faham-faham je la dia punya selesa kan.. Aku tanya harga kat brader yang meniaga tu, dia cakap harga RM85. Aku tanya boleh kurang ke harga? dia mintak RM 70 je. Tapi aku tak amik pun, saje nak tau harga dan nak try. Kalau harga kat shopping mall konfem cecah RM350.

Pusing-pusing pasar malam bangi ni seronok sebab macam-macam jualan ada, kalau ikutkan hati aku semua aku nak rembat. Lagi pulak aku memang dibesarkan dalam suasana pasar malam. Alih-alih aku beli la viper sepasang dengan harga RM 19. Wife aku pulak beli sarung bantal murah 3 helai RM10 je. Buat lepas hajat orang kata.

Last sekali baru la pegi serang bahagian barang dapur, tak cukup tangan aku nak angkut semua. Dari buah-buahan sampai la ke sayur. Nak beli ayam dengan ikan orang ramai sangat, malas aku nak bersesak-sesak dengan orang. Semuanya jadi gila dengan harga murah.

Aku ajak wife pegi Hero Market Putrajaya je.