Bagi lelaki minyak atar atau attar ni memang sinonim kalau nak pegi sembahyang kat masjid. Paling ketara golongan-golongan vateran macam bapak aku. Kalau masuk bilik dia bersusun botol minyak atar kat almari cermin mak aku.
Kalau ade org ke mekah mesti dikirimnya, kalau dia tak kirim pun sedara mara akan belikan untuk dia. Aku pun dah mula ikut jejak dia slow-slow. Tapi tak boleh pakai selalu, sebabnya wife aku ni alah dengan minyak atar ni. Dia pening kalau bau minyak tu.
Semalam masa pegi makan malam kat sofina seafood, nasib baik dah setel makan datang la sorg pelanggan datang duduk belakang wife aku. Bau minyak atar dia memang kuat. Aku biasa je, relak la kan. Yang wife aku ni automatik sakit kepala, terus rasa nak muntah. Mungkin brader tu baru balik dari masjid kot.
Kira dahsyat juga la penangan minyak atar ni. Selama ni aku main sapu je tak tau pulak ada yang alah dengan benda ni.
Sila la pilih minyak wangi yang bersesuaian dengan diri kita dan persekitaran atau majlis.
No comments:
Post a Comment