Pages

Monday, May 6, 2013

Pendapat yang terpendam

Banyak sangat aku tengok post2 kat wall aku pasal mengundi, aku x kesah sangat diorg punya status. Yang aku panas hati baca bila orang2 yg kononnya pro-BN. Diorg post kononnya meluat dengan post2 pro-PR. Kononnya post smuanya penuh dengan caci maki sebab tak boleh terima kekalahan. Tak kurang jugak yg suruh bersyukur dengan ape yg kerajaan dah bagi selama ni.

Aku pun nak bgtau jugak kat sini aku dah mula naik meluat dgn status diorg. Bukan tak nak bersyukur tapi hakikatnya kerajaan bukan hak milik mutlak BN dan BN bukannya kerajaan. BN,PAS,PKR dan DAP adalah parti politik yang bertanding. Parti dan kerajaan adalah dua entiti yang berbeza. Setiap negara sekurang2 akn ada dua side. Ape yg pihak pembangkang cuba usulkan bukannya sesuatu yg mustahil, tetapi sesuatu yg boleh dibuat tapi sebelah pihak lg tak nk buat atas sebab2 tertentu.

Dan ape yg kerajaan sediakan selama ni adalah tanggungjawab,amanah dan janji yg diorg taburkan dalam menifesto sebelum menang. Andai kata la diorg tak sediakan fasiliti yg sepatutnya untuk rakyat, ape jadi kat kerajaan masa tu? Kompom la kene reject.

So, takde isu pasal bersyukur atau tidak. Yang aku nak tekankan kat sini andai ko boleh buat keje ko akan dipilih,andai ko buat taik ko akan ditendang. Tu je. Bab rezeki,nikmat ke ape ke semuanya pulang kepada maha kuasa iaitu Allah taala.

Bagi aku dalam banyak2 negara yg kita nampak jahat adalah Amerika, tapi tampuk pemerintahan diorg sentiasa bertukar ganti bergantung pada rakyat, itu baru demokrasi. Kalau nak jadi pemerintah yg berketurunan kita terpaksa undur balik ke zaman dinesti macam negara cina dulu la.

One more thing memang kami ni org muda, tapi tak bermaksud org muda ni buta politik. Kami bukan sekadar pemerhati org lama, kami akan nilai balik ape yg org lama buat, kalau betul tindakan org lama org muda akan follow tapi kalau org lama masih mengagungkan kuropsi maka kami akan bangkang habis habisan.

Dan jangan org lama lupa, kami ada internet dunia tanpa sempadan takde ape yg terselindung kecuali tanpa izin Allah, kami juga berkawan dengan ramai org, kami juga berkongsi pendapat, kami juga berbual pasal politik, kami belajar tentang politik, jadi jgn hanya kerana kami muda kami disangka tiada ilmu politik. Dalam masa yg sama org lama juga mengajar kami bahawa politik kotor perlu ditolak.

Fitrah dunia Allah jadikan yg tua pergi dulu mengahadap maha pencipta, yg muda akan sambung delegasi atas dunia ni. Jadilah org tua yg mampu buat kami bangga utk diceritakan kisah anda menjadi tauladan kepada anak cucu kami nanti.

No comments: