Selepas kejadian kena langgar kat simpang kat Bandar Baru Bangi sebelum mengundi hari tu, dan aku telah dipersalahkan, hari ni baru ada peluang nak ganti lampu tu balik.
Agak sukar nak mencari bengkel hari sabtu ni sebab kebanyakan bengkel melayu kita selalunya cuti. Tak macam bengkel cina, kalau seminggu ada 8 hari tiap2 hari dia nak bukak.
Tapi kat sini lain sikit, aku jumpa bengkel kat Dengkil. Al-hijrah auto motorsport, nama pun dah sedap. Servis tip top, ruang menunggu ada aircond, free wifi dan yang paling penting ada surau.
Waktu operasi boleh rujuk pada gambar, bengkel ni pada aku boleh dikatakan bersih. Mungkin sebab baru kot, tapi aku selesa lepak sambil tunggu kereta siap. Yang bekerja semua orang muda, cepat dan tangkas.
No comments:
Post a Comment