Pages

Friday, May 31, 2013

Makan malam

Makan beger double special black papper yang amat mengecewakan, tanggapan awal yang sangat tinggi tapi sayang habis makan rasa nak muntah, takde perisa tambahan dan black pepper bancuh je yang dituang dalam pinggan beger.

Perasaan kecewa terubat bila dapat makan satay willy yang gemuk2 dah penuh rasa rempah. Kuah kacang yang cukup rasa manis ditambah dengan potongan bawang dan timun, memang syok.

Nasik goreng signature kedai pun agak tidak memberansangkan, daging yang hanya digoreng dengan campuran sos cili dan sos tiram, telur hancur yang agak hitam dan nasik goreng bujang. Mungkin terlalu ramai pengunjung sampai kualiti tidak terkawal.

Alhamdulillah atas rezeki malam ini, walaupun kurang kena pada cita rasa janji perut tak meragam malam ni dek kerana kelaparan.

No comments: