Alhamdulillah tahun ni bertambah lagi pengalaman meniaga. Kali ni aku join festival belia, dapat tapak anjuran KBS. Bayaran sewa tapak RM300 untuk 4 hari, tapak pula dipilih secara undian terbuka. Maknanya undi sendiri dalam dewan. Kali ni aku kena daftarkan syarikat aku dulu secara sah si SSM Putrajaya, di bangunan KPDNKK presint 3. Amik suntikan untuk penjual makanan dan minuman dan itu memang syarat wajib, sampai kebas tangan aku sehari.
Barang-barang jualan aku amik borong di NSK Balakong berdekatan dengan Cavenzi Balakong dan di Pasar Borong Selangor. Harga borong biasa la memang jauh beza la dengan harga yang kita beli kat kedai-kedai runcit. Disebalik projek aku kali ni, secara tak langsung aku jumpa banyak kedai yang jual barang-barang yang murah gila.
Start 23/5 sampai 26/5 tiap-tiap malam aku kena pegi borong barang untuk tambah stok yang dah habis. Penat toksah kata la kan, tapi nak dapat rasa seronoknya meniaga macam ni bukan selalu. Bagi peniaga tegar mungkin takde beza, tapi bagi aku sebagai pekerja pejabat yang bosan dengan situasi duduk setempat, yang ini memang bagi aku kepuasan.
Dalam masa meniaga aku dapat jugak kawan-kawan peniaga dari gerai sebelah, memang frenly tahap gaban. Tolong menolong tu yang paling aku respek kat diorang ni. Walaupun baru kenal sehari dia punya pertolongan tu dah macam kenal lama. Memang kenangan yang manis untuk aku.
Insyaallah, andai ada rezeki lagi aku akan join lagi jualan festival macam ni.
No comments:
Post a Comment