Pages

Monday, June 17, 2013

Sunday Car Sales

Jadi peneman kepada member aku yang nak mencari used car sebagai kereta kedua. Member aku buat research dan dapat detect ada jualan kereta kaw-kaw punya murah. Tapi cuma hari ahad je dia buat sales kereta ni. Sebab tu ia dipanggil Sunday Car Sales.

Tempatnya kat kompleks A parking kereta MBPJ, kalau dari federal highway tu masuk ikut PJ Hilton. Cari menara MBPJ dan korang akan nampak ratusan orang menjual kereta terpakai kat area tu. 3 tingkat dari tempat parking tu disediakan untuk kereta yang nak dijual. Kalau korang nak parking kereta, kena naik level atas dan dia akan bagi sticker yang menunjukkan kereta kita bukan untuk dijual. Bayaran RM5 sahaja. Jualan start dari pukul 7.30 pagi sampai 3 petang.

Korang boleh rambang mata, sebab kebanyakan kereta kat sana memang cantik, korang akan deal dengan owner kereta tu sendiri, boleh test drive lagi. Tawar menawar diterima dan ada yang sediakan proses loan. Jenis kereta dari yang tempatan sampai kereta luar negara, semurah-murah kereta sampai semahal-mahal kereta pun ada dan dari sekecik-kecik kancil sampai sebesar lori 3 tan. Dia punya meriah tak payah cakap la, sebab dah macam pasar ikan dibuatnya.

Ada jugak pak arab dengan mat saleh jual kereta, maybe diorang dah nak balik negara asal sebab tu diorang jual. Sambil nak cari duit lebih kot nak buat tambang balik. Yang paling ramai cina la, melayu ada dan india pun ada menjual kereta. Kiranya 1 Malaysia jugak la.

Tapi korang kena hati-hati masa parking, jangan main paking je tepi jalan takut kena angkut dengan lori MBPJ, menyesal tak berlagu. Kalau nak selamat memilih kereta, ajak kawan yang tau check enjin kereta dan body. Ada jugak yang dah bekas eksiden. Kena pandai pilih la.

No comments: