Allahuakbar..
Besar sungguh ujian kali ni untuk rakyat pantai timur. Boleh dikatakan setiap tahun negeri pantai timur akan berhadapan dengan isu banjir, tapi kali ni nampak kelainannya. Orang tua aku sendiri ceritakan macam mana derasnya air banjir kali ni mengalir.
Setakat ini aku masih boleh tarik nafas lega lagi sebab rumah orang tua aku kat kampung tu masih selamat. Tapi sampai bila? Itu memang tak boleh kita nak ramal, semuanya dalam kuasa Allah.
Rumah mak mertua aku di daerah Kutan tengah yang berhampiran dengan Wakaf Bharu dah mula naik air. Pagi ni dapat berita jalan masuk ke kampung air dah naik paras peha orang dewasa. Rumah abang ipar yang kat tepi jalan memang dah pindah dah.
Pagi ni pula dikejutkan dengan berita kematian salah seorang saudara jauh wife aku, kawasan kampung yang sama. Yang jadi masalah sekarang tanah perkuburan semua dah tenggelam. Urusan pengkebumian terpaksa ditangguhkan sampai air banjir surut. Sekarang jenazah dalam simpanan pihak polis.
Mak sedara aku pulak air dah mengalir dalam rumah, barang-barang semua dia dah packing sebab memang dah nampak cara air yang datang tu semakin naik. Belum ada tanda-tanda pengurangan, aku harap diorang dah keluar dari rumah tu demi keselamatan nyawa.
Semalam pulak sedara aku kena banjir di Tanah Merah, kelajuan air naik memang diluar jangkaan. Dalam masa satu malam satu tingkat rumah dia dah tenggelam. Rumah tiga tingkat, bagi jiran berteduh dalam 8 keluarga. Tapi air naik memang cepat, diorang kena tunggu di tingkat paling atas. Bekalan makanan takde dan nasib diorang baik sebab bantuan sempat sampai sebelum keadaan jadi makin teruk.
Aku yang jauh dari keluarga ni tak sedap duduk dibuatnya, rasa nak sangat-sangat balik. Tapi mak aku awal-awal lagi tak bagi aku balik sebab takut ada masalah kat pertengahan jalan. Terpaksalah aku tahan dan dengar je cerita dari jauh. Hanya doa semoga semua rakyat pantai timur selamat dari sebarang malapetaka dan musibah yang lebih teruk dari sekarang.
Pages
Friday, December 26, 2014
Tuesday, December 23, 2014
Skytrex Shah Alam
Assalamualaikum
#throwback lagi ni..
Seperti semua orang sedia maklum, minat aku ni menjurus ke arah aktiviti outdoor. Yang memberi aku perasaan kecut perut, nak menangis, benda yang aku akan pikir tak nak buat tapi aku kena buat. Kali ni sekali lagi aku mencabar diri dengan aktiviti yang mampu buat aku jadi seram sejuk.
Kali ni aku sampai kat Skytrex Adventure, Bukit Cerakah Shah Alam. Program bersama dianjurkan oleh pihak ofis dan pihak swasta. Aku sekadar pelengkap korum ni memang tak kan fikir dua kali untuk join aktiviti yang macam ni.
Tersedia sebanyak 26 jenis halangan yang bakal memakan masa selama 2 jam lebih untuk kita terus berada atas pokok pada ketinggian 17 meter dari tanah. Semuanya memerlukan kekuatan tangan untuk meneruskan cabaran dan yang paling utama adalah kecekalan hati.
Sebarang maklumat tambahan boleh masuk link ni Skytrex
Labels:
Cerita,
Pengalaman,
Percutian,
Peristiwa,
Story
Monday, December 22, 2014
Paintball Valley Malaysia Bukit Lagong
Assalamualaikum
Setelah dua tahun berehat dari main paintball, sabtu lepas bersamaan 20/12/2014 aku kembali menarik picu marker. Kali ini lokasi bertukar ke Bukit Lagong, Selayang. Penyertaan seramai 14 orang dari geng2 ofis yang berhati kering untuk merasa keperitan pallet yang bakal di tembak ke arah member masing-masing.
Pakej yang ditawarkan amat2 berbaloi. RM100 seorang dan pakej tu termasuk sarapan,makan tengah hari, minuman ringan, marker, face mask, pallet 500 biji dan vest. Yang tak termasuk dalam pakej tapi percuma ialah mandi sungai yang sejuk tahap beku.
Sebelum main tembak2 ni macam biasa la penerangan dan taklimat ringkas tentang keselamatan akan diberikan oleh petugas @ marshal kat sana. Kalau kena tengking atau kena jerkah masa main sebab langgar peraturan jangan kecik hati pulak nanti. Sebab kebanyakan geng marshal ni bekas2 askar dan gila punya tegas.
Tempat ni ada 4 padang perang, korang boleh pilih mana nak main dulu atau serahkan pada marshall untuk tentukan jenis dan peraturan permainan. Jenis permainan ni macam2 so korang disarankan berada dalam keadaan yang cergas dan fitness mau baik. Yang merokok disarankan stop dulu pengambilan rokok 10 minit sebelum main untuk mengelakkan mendapat serangan semput dan serangan jantung.
Nak tau lebih lanjut korang boleh masuk FB diorang iaitu Paintball Valley Malaysia. Selamat bersukan.
Labels:
Cerita,
Info,
Pengalaman,
Percutian,
Peringatan,
Peristiwa,
Story,
Sukan
Subscribe to:
Posts (Atom)