Pages

Thursday, January 31, 2013

Hadiah

Pertama kali join perarakan maulidul rasul. Tak sangka boleh dapat hadiah tafsir quran.

Dah lama nak beli tapi tak terbeli sebab ralit dengan benda2 lain yg melalaikan. Aku hanya insan biasa.

Bab dapat baju sepersalinan tu dah biasa dengar. Yang ni yg x sangka. Alhamdulillah..

Semoga aku sedar dan selalu membelek helaian tafsiran ayat2 quran.

Tuesday, January 29, 2013

Gym Rakyat 1 Malaysia

Update sikit pasal bayaran dan waktu urusan gym rakyat 1 malaysia di bangunan menara kbs putrajaya.

Dah lama tak ke gym, baru nak start balik.. seminggu 2 kali je dapat pegi, tapi badan kalau nak biar mcm badan the rock wrestling tu.

Major servis

Kilometer dah masuk yg ke 60,000 nak tak nak kena bawak buat major servis jugak sebab nak drive balik KL takut problem tgh jalan satu hal plak.

Eon servis kota bharu jadi pilihan sebab tempatnya luas dan selesa, walk in je masuk tapi kena smp awal la, sekurang2 nya sampai pukul 7.30 pagi. Yg ada masa boleh la buat appointment.

Kalau dulu harga eon servis dgn proton servis ada beza,eon lebih murah bagi aku kalau nak dibandingkan dgn proton. Tapi skrg eon dah di amik alih oleh proton bermula bulan 12/2012 so harga semua sama rata.

Aku punya major servis masa 40,000 cuma 400 lebih je, yg terbaru aku kena dekat 600 rggt. Boleh tahan jugak la,habis bonus setengah bulan aku.

Ada gak org ckp knp x buat kat kedai biasa, bukan aku tak nak cuma bg aku kepuasan hati tu penting. Kalau ada problem body boleh bgtau dan diorg repair tanpa caj, kecuali yg teruk2 la.

Kalau alat ganti mcm bateri atau skirt aku akan cari kat kedai luar,kat proton mahal sikit sebab brand diorg sndr.

Setakat ni aku masih berpuas ati dgn servis proton walaupun kena bayar lebih sikit dari kedai biasa.

Sangkut di Gua Musang

Keadaan yang jem masa perjalanan balik dari kg. Jem panjang bukan sebab eksiden, biasanya org akan ingat eksiden kalau jem panjang.

Rupanya org tgh tar jalan.. bukan main panjang lagi jem dua belah jalan. Disebabkan org tu tar sekaligus dua hala so kena lalu ikut jalan tanah la.

Terpaksa la diorg buka selorong berselang seli. Tu yg panjang gila.

Tapi yg jadi ralatnya kenapa la dia nak kena buat masa hari org nak balik ke bando??? Buat la hari lain yg sunyi.. akibatnya panjang berkilometer la.

Kesian kat orang yg ada anak kecik je,panas terik sangat cuaca masa tu. Sampaikan air cond pon dah tak berapa nak rasa.

Monday, January 21, 2013

Pusing2 @ Alamanda

Aktiviti Ahad yang tersangat free.. Sekian lama tak bawak wife pusing2 waktu petang, ni baru terasa boring duduk dalam rumah.Kalau tak,selama ni memang malas nak ke mana sebab selesa sngat lepak dalam umah.Tak jauh mana pun pusing, belakang umah aku je.

Mula2 plan nak bayar bil tepon tp tak jadi last minit, terus ke kedai samsung nak tanya pasal s2 wife aku tu ada problem storage sikit tapi sayang nya problem tu tak dapat diselesaikan, lepas aku tanya macam2 kat brader yg jaga kaunter tu, dia mencadangkan masuk kan sd card.

Masa tengah berjalan dengan takde arah tujuan terpandang kat parkson ada diskaun sale yg lebat2, terus heret wife masuk sana, dapat belt kulit untuk pakai ke ofis satu. Less 50% plak tu, berbaloi la dengan jenama terkenalnya.

Wife nak tengok selipar, naik atas masuk kedai kasut ada yg berkenan tp takde salesman. Kawan tu pegi rehat rupanya. Tengok jam g-shock aku ni dah menunjukkan masuknya waktu maghrib bagi kawasan putrajaya dan kawasan2 yg sama waktu dengannya. Berjalan ke arah surau, sampai kat sana terkejut semuanya dinding. Rupanya surau di alamanda dah dipindahkan ke bangunan karaoke kat tingkat dua.

Lepas solat, patah balik ke kedai kasut.. salesgirl dah ada bila mintak selipar yg dihajati tu, katanya ada yg display je. Wife ku kecewa tak jadi amik sebab selipar display tu dah kotor sebelah. Kalau murah takpe la jugak boleh buat pegi jalan2 kat pasar.

Perut lapar, memang dari awal lagi nak masuk tapi aku tahan dulu dari awal sebab buat mana yg penting dulu. Dah setel semua sampai masa aku nak melantak makan sandwich beso tu. Puas hati, semua jenis sayur semua jenis sos aku bubuh.

Dah habis makan, jam pukul 9.30 tak tau nak kemana dah ni. Tiba2 teringat lama tak tengok wayang, walk in tengok ada cite apa yg best. Ada la movie best pukul 10, apo lae terus la beli ngam2 hall tu buka terus masuk. Sampai umah pkul 12. Puas hati.


Friday, January 18, 2013

Percuma



Fenomena listen listen listen menjadi topik hangat sepanjang minggu ni. Kalau tengok kat dalam FB rata2 orang akan guna perkataan tu.

Puncanya bermula bila video seorang mahasiswa yang dihalang oleh seorang penceramah yang merupakan seorang ketua wanita sebuah persatuan dari memberi pandangan dan pendapat tentang perhimpunan jalanan dan pendidikan percuma. Malangnya pandangan pelajar itu tidak diendahkan malahan dipersendakan oleh penceramah jemputan tersebut.

Kalau ada kawan2 yg boleh baca jawi dalam gambar diatas, korang akan paham kenapa pelajar tu menimbulkan isu pasal pendidikan percuma.

Tepuk dada dan fikirkan lah..demi masa depan anak2 kita.

Tuesday, January 15, 2013

Cermin kereta pecah

Baru kejap tadi cermin kereta opis mate aku pecah tetiba, dia sampai ofis dan park kereta macam biasa. Lepas tu pak gad yg berjaga kat situ bagitau ada bunyi meletop, dia ingatkan bunyi tayar atau org terlanggar kereta org lain. Rupa2 nya cermin meletup, boleh tahan kuat jugak bunyi nye.

Lepas cari info dalam internet dapat la apa punca cermin boleh pecah selain dari terkena batu masa drive. Antaranya:

Kebiasaannya, cermin hadapan retak dan pecah disebabkan beberapa perkara seperti kenderaan diletakkan terlalu lama di kawasan panas.

Sinaran matahari yang kuat terutama pada waktu tengah hari menjadikan ruang dalaman kenderaan seperti 'ketuhar', ditambah pula semua tingkap tertutup rapat tanpa memberi ruang untuk udara luar memasuki ruang dalam kereta.

Cermin juga boleh menjadi pecah apabila kereta diletakkan dalam keadaan cuaca panas terik dengan tingkap tertutup rapat dan secara tidak dijangka, hujan panas berlaku.

Memandu dalam keadaan cuaca panas terik dengan memasang penyaman udara terlalu kuat tetapi secara tiba-tiba membuka tingkap turut menyumbang kepada masalah cermin pecah secara tiba-tiba.

Selain masalah udara panas dan sejuk, cermin yang berada dalam keadaan retak juga boleh menyebabkan ia pecah terutama apabila ia gagal menampung tekanan akibat rintangan angin ketika kelajuan tinggi.

Cermin yang sudah retak perlu diganti bagi mengelakkan ia terus 'membesar' kerana habuk atau pasir halus yang memasuki ruang retak itu akan mengembang apabila panas dan menambahkan lagi keretakan.

Sekiranya perlu, tampal bahagian retak itu dengan pelekat lutsinar bagi mengelakkan pasir halus memasukinya atau pecah ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

Keretakan pada cermin hadapan biasanya disebabkan terkena objek keras seperti batu yang terpelanting dari jalan mahupun daripada lori membawa muatan apabila sesuatu kenderaan itu mengekori lori berkenaan terlalu hampir.

Untuk mengelak cermin depan atau belakang retak seribu dan akhirnya pecah, langkah terbaik ialah meletakkan kereta di tempat teduh seperti di bawah pokok atau tempat letak kereta berbumbung.

Jika terpaksa meletak kereta di tempat panas, tutuplah bahagian panel kereta dengan pelindung cahaya matahari khas yang boleh dibeli di kedai aksesori atau stesen minyak.

Pemilik juga boleh menutup panel dengan menggunakan sebarang kain atau kotak yang bukan berwarna gelap. Ini untuk menghindari kepanasan daripada diserap.

Perlu diingatkan, potensi cermin pecah jika mengekori lori yang membawa muatan seperti batu memang ada dan sebaik-baiknya, jarakkan kenderaan daripada mengekori kenderaan seumpamanya terlalu rapat. 


Sumber yang lebih lengkap : virtualfriends.net 

 

Tuesday, January 1, 2013

Ambang tahun baru

Alhamdulillah,kita dah masuk ke tahun baru. Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun lepas. Sematkan azam dan cuba sebaik mungkin untuk capaikan azam yg dihajati.

Aku bersyukur sebab aku di izinkan tuhan untuk sampai ke shah alam untuk bersama2 dengan para ilmuan agama berkumpul dalam majlis agama. Lautan manusia di dataran membuatkan aku teruja sampaikan tak sedar yg diri sendiri berdiri entah berapa jam, tak terasa letih.

Dengan nasihat dari tokoh orang muda masa kini ustaz azhar idrus, sedikit sebanyak mampu memperbaiki azam aku untuk tahun baru ni. Daripada asyik memikirkan keduniaan semata aku tersedar yg kematian ada depan mata tanpa kita sedar.

Ditambahkan pula dengan kata2 semangat dari tokoh ulama dari syiria, sangat lah bersih muka beliau seakan2 bercahaya. Dengan jubah putihnya membuatkan aku seolah2 tak nak pandang ke tempat lain.

Nasihat beliau supaya pemuda2 menjadi mujahidin, menjadi penjaga agama islam, kerana pihak yahudi dan nasara tersangat terdesak untuk menjatuhkan agama islam.

Dengan laungan takbir yang tidak terkira berapa kali dilaungkan semangat anak muda dapat dirasakan.

Semoga setiap orang yg hadir semalam dapat mengambil nasihat alim ulama sebagai panduan dan jalan untuk menuju ke arah jalan yang lebih indah.