Pages

Tuesday, January 1, 2013

Ambang tahun baru

Alhamdulillah,kita dah masuk ke tahun baru. Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun lepas. Sematkan azam dan cuba sebaik mungkin untuk capaikan azam yg dihajati.

Aku bersyukur sebab aku di izinkan tuhan untuk sampai ke shah alam untuk bersama2 dengan para ilmuan agama berkumpul dalam majlis agama. Lautan manusia di dataran membuatkan aku teruja sampaikan tak sedar yg diri sendiri berdiri entah berapa jam, tak terasa letih.

Dengan nasihat dari tokoh orang muda masa kini ustaz azhar idrus, sedikit sebanyak mampu memperbaiki azam aku untuk tahun baru ni. Daripada asyik memikirkan keduniaan semata aku tersedar yg kematian ada depan mata tanpa kita sedar.

Ditambahkan pula dengan kata2 semangat dari tokoh ulama dari syiria, sangat lah bersih muka beliau seakan2 bercahaya. Dengan jubah putihnya membuatkan aku seolah2 tak nak pandang ke tempat lain.

Nasihat beliau supaya pemuda2 menjadi mujahidin, menjadi penjaga agama islam, kerana pihak yahudi dan nasara tersangat terdesak untuk menjatuhkan agama islam.

Dengan laungan takbir yang tidak terkira berapa kali dilaungkan semangat anak muda dapat dirasakan.

Semoga setiap orang yg hadir semalam dapat mengambil nasihat alim ulama sebagai panduan dan jalan untuk menuju ke arah jalan yang lebih indah.

No comments: