Assalamualaikum semua...
Tanggal 17/4/2012 isteri kepada office mate aku telah kembali ke rahmatullah, bagi aku pemergian arwah terlalu mengejut sebab aku selalu nampak arwah berjoging dengan suaminya. Tak sampai 2 minggu arwah dah takda. Dengan usia perkahwinan yang terlalu awal, anak pulak baru cecah umur setahun arwah pergi meninggalkan kemewahan dan kebahagian dunia.
Semalam aku ke Segamat dengan office mate yang lain menziarah arwah untuk upacara pengkebumian, suasana sedih tu memang tak boleh nak bendung dah, air mata mengalir keluar sendiri bila terbayangkan wajah arwah.
Masa talkin dibaca, aku sedar betapa gelapnya kubur tu dengan tak bertemankan sesiapa nak menghadap 2 malaikat yang datang selepas orang lain balik, aku takut pikirkan pasal mati...bersediakah aku kalau kejap lagi turn aku pulak yang masuk ke dalam?
Umur bukan pengukur untuk hidup lama atas muka bumi tuhan yang serba indah ini...semakin lama kita hidup semakin banyak dosa yang sedar atau tak sedar kita kumpulkan...sama2 la kita renungkan.
Semoga Allah letakkan arwah dalam golongan orang2 yang beriman dan ahli syurga..aminn.
1 comment:
Insya Allah selalu berusaha dalam mendapat redho Allah dan Saiyidina Rasulullah. Selalu mengharapkan rahmat dan belas ehsan dari Allah dan Sentiasa merasa dosa tidak akan diampunkan oleh Allah. Insya Allah selamat..amin.
Post a Comment