Pages

Tuesday, February 28, 2012

Pertandingan Futsal


Seawal jam 8 pagi kitorang berkumpul kat court futsal Pancarona Putrajaya sempena pertandingan futsal untuk karnival wow putrajaya yang bermula dari 24 hingga 26 Februari 2012. Ini 1st time team kitorang masuk tournament sebab sebelum ni asyik main untuk friendly je...tiap2 minggu main,untuk pendedahan yang lebih dramatik dan tragis kitorg pun join la pertandingan ni.

Awal2 ingatkan team kitorg ni team kacang la tapi memang betul team belasahan,kena belasah dengan team budak2 sekolah je pun. dua round main kena 3-0 dengan 4-0.lepas tu terus balik lepak kat taman warisan putrajaya makan tengah hari.

Nak buat macam mana biasa duk main friendly santai2 je,main bertanding pulak kena bekejar2 sampai semput la...5 minit dalam tu dah rasa macam 2 jam dah berlari,tercungap2 mcm unta padang pasir.Apa2 pun next time akan dimajukan lagi gerakan tektik dan strategi.

Lunch - Ayam Penyet


Hari ni aku berjalan-jalan dengan wife lagi,kitorang ni memang suka jalan-jalan cari makan...dah lama tak makan ayam penyet so kali ni aku ngan wife datang ke kedai yang sama untuk kali ke-2 setelah sekian lamanya.


Friday, February 24, 2012

Amalan Tambahan Hari Jumaat

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.


Thursday, February 23, 2012

Lunch Nasik Ulam




Hari ni dapat gaji,saje kuar lunch dengan wife lagi pun lama tak kuar makan dengan dia walaupun kerja satu ofis,destinasi kali ni kat kedai nasik ulam kelantan memang superb la makanan kat sini. Sebenarnya dah banyak kali aku makan kat sini kena pulak kalau hari2 cuti aku suka merayap cari kedai makan bukan apa saja nak rasa makanan kat luar.baru kali aku sempat nak snap gambar ni.

Lokasinya di seksyen 7 Bandar Baru bangi,kalau korang penah pegi restoran sup urat keting kedai ni pun dekat area2 tu jugak tapi ke tengah sikit.makanan dan lauk amik sendiri ala2 buffet.harga pun sangat berpatutan.tumpuan orang kat sini ialah ulam-ulaman dan juga budu selain tu banyak lauk ala2 kelantan.tempat duduk banyak boleh naik ke tingkat atas dan kalau hari bekerja kena la pegi awal sikit kalau tak kena la korang tunggu meja.

So,sape2 yang nak pegi sana jangan lupa ajak ok..


Ghost Rider 2 - Wayang Minggu ini






Macam biasa la,hari ni khamis aku akan ceritakan pasal wayang malam semalam...kali ni aku tak pergi berdua,kawan-kawan ofis aku pun folow sekali dan yang sebenarnya dah 2 kali aku dengan wife kuar tengok wayang beramai2...enam orang kitorang pegi malam tadi.

Cerita pasal movie malam tadi aku agak kurang dari kepuasan jalan cerita tu la,agak terlalu ringan aksinya aku pun tak tau samaada aku sorang je ke yang rasa atau orang lain pun rasa jugak,lebih kepada aksi kelakar tapi bukan lawak...sesi santai2 mcm tu boleh la,kalau nak full action memang tak puas,sebab kalau dibandingkan dengan episod pertama lebih aksi,tu yang best...

Disini aku letakkan sedikit sinopsis untuk kawan2:


Synopsis: Johnny Blaze returns in the sequel to the 2007 comic book movie.
The story sees Johnny Blaze, aka Ghost Rider (Nicholas Cage), hiding out in remote Eastern Europe and struggling to repress his curse. Blaze is recruited by a sect to take on The Devil (Ciaran Hinds), who wants to take over his mortal son’s body on the kid’s birthday. Idris Elba plays an alcoholic warrior monk tasked with finding Ghost Rider. Johnny Whitworth plays a criminal who is recruited by The Devil to find the boy and is later turned into a demonic creature.

Tuesday, February 21, 2012

Rezeki tengah bulan



Lepas je habis ceramah aku dengan member aku berjalan kaki menuju ke BSN berhampiran untuk cash kan baucar bantuan rakyat tu,alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun pada awalnya scanner chip ic tak boleh nak detect aku punya chip.malas nak tggu lama2 baru nak cash kan risau2 baucar tu terkena air ke,terkoyak ke langsung tak laku...so,buat awal then boleh amik duit tu simpan untuk projek akan datang.

Pengurusan Seksual








Hari ni aku pergi dengar satu ceramah kat bangunan perbendaharaan yang bertajuk pengurusan seksual dalam keluarga dan masyarakat,disampaikan oleh Ustaz Norazman bin Amat dan beliau adalan ketua eksekutif pusat kaunseling majlis agama islam negeri sembilan.

banyak input2 yang diberi khas untuk pasangan yang dah berkeluarga dan jugak pada orang2 yang plan nak menikah,semua nya berpandukan agama Islam. 

penceramah ni pun agak kelakar,banyak dikongsikan cerita pasal client2 yang pegi jumpa dengan dia,situasi rumah tangga yang bermasalah dalam masyarakat melayu dan Islam ni.kadang2 benda kecik pun boleh jadi besar dan besar apatah lagi,budak2 sekolah yang masih berhingus pun ada jugak...macam2,dunia oh dunia...

Monday, February 20, 2012

Rumah diceroboh

Hari ni balik dari kerja,aku dengan wife terkejut tengok keadaan rumah yang tunggang langgang...start dari dapur sampai la ke ruang tamu,kat dapur bersepah kuali,milo,megi macam-macam lagi la...aduhai,memang takde benda lain kalau bukan beruk kat area rumah aku ni...

Apa lagi terus masuk bilik,laki bini siap nak buat kerja2 mencuci dapur...paling aku tak puas hati habis pisang aku atas meja dimakan nya,satu pun tak tinggal...

sambil mencuci sambil mulut aku duk membebel marahkan siberuk yang dah takde,nak buat macam mana benda yang dia buat tu memang menyakitkan hati.kalau aku dapat la beruk tu aku tebuk kepalanya aku hisap otaknya dengan straw...main2 je,hehe...takde la sampai tahap nak jadi orang kanibal ni,geli den...

penat ooo kemas rumah,siap mencuci dan memberus lantai lagi...sabar je la.dulu dah kena sekali,dah senyap kejap sebab orang2 perhilitan datang pasang perangkap sekarang ni dah datang balik. kadang2 tu aku terserempak dengan beruk and the gang melintas jalan secara berkumpulan...dah bnyak kes kat kuarters aku ni,sekarang ni dah slow sikit.


Bantuan Rakyat 1 Malaysia




Ahad lepas aku dijemput untuk menghadiri majlis penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebagai peneriama,bertempat di Perbadanan Putrajaya. Majlis bermula pada pukul 1 tengah hari dan aku pulak sampai pukul 2 petang,bukan saja2 nak pegi lambat tapi sudahkan dulu solat zohor...baru la selesa.

Sampai tu Ahli Parlimen Putrajaya iaitu YB.Datuk Seri Utama Tengku Adnan sedang bagi ucapan kepada penerima2 baucar.Macam2 la yg diterangkan banyak sngt aku dapat tangkap berapa kerat je sebab duk sibuk mencari kerusi. Penyerahan baucar bermula pukul 3 petang aku orang yang ke-225.

Alhamdulillah,rezeki yang Allah bagi kita tak payah nak pertikaikan...ada hikmah disebalik kejadian,semoga Allah membalas jasa baik pada orang2 menyumbangkan duit bantuan ni dengan ikhlas.Sebab ada antara orang2 yang terima duit tu adalah orang yg sngat2 memerlukannya,untuk duit dapur,belanja anak2 yg nak membesar...mcm2 org ada.Yang tak memerlukan pun ada jugak mintak tapi disebabkan duit free...sapa tak nak kan?so amik je la...

Kepada yang dah dapat tu bersyukurlah dengan pemberian tuhan ni,bukan senang nak dapat 500 bg orang2 miskin kat luar sana,hargai walaupun dapat free..bersyukur lebih baik.


Sunday, February 19, 2012

Pusing KL

Hujung minggu ni takde aktiviti,so lepak-lepak dengan wife...minggu ni pusing-pusing KL,mula-mula tuju ke Jalan TAR atau Jalan Tunku Abdul Rahman,KL...kuar dari rumah pun lepas asar,dan memang saje nak kuar lewat sebab tak nak bersesak dengan kereta-kereta yang banyak atas jalan raya.
Lepas park kereta kat Pertama Kompleks kitorg menapak la ke Jalan TAR tu,orang belum ramai lagi dalam area pukul 6.30 tu,selesa je jalan...target aku takde benda lain melainkan makanan kat sana,lepas habis sejenis aku beli pulak makanan jenis lain,best...sedap je makan,bukan lapar sangat pun,suka-suka nak mengunyah.

wife aku terjumpa plak dengan BFF dia,apa lagi ajak jalan sekali la,aku pun layan je sbb memang aku pun kenal dengan diorg...lepas layan jalan tar tu,kitorang bertolak pulak ke Gombak,sebelum tu singgah kat tol highway duke untuk solat maghrib...lepas tu terus ke kedai makan tom yam aisyah,mkan lagi...layan,sedap dan kenyang...

dalam pukul 10.30 macam tu kitorang sampai pulak kat uptown danau kota,sama mcm jalan tar jugak keadaan...orang belum ramailagi masa tu,peniaga baru nak bukak keda masing-masing...jalan punya jalan pusing sampai dua kali dapat la aku seluar track tiga suku selai,wife plak baju kemeja dua helai...dah lama tak shoping la katakan...bila lagi nak membeli,.

seterusnya malam tu kitorg jadi bujang kejap...saje nak lepak dengan member-member lama,aku tido umah member aku wife aku pun tido umah member dia...sembang dengan member tak tengok jam sedar-sedar dh subuh....esok paginya balik putrajaya.

Saturday, February 18, 2012

Senamrobik

Hari sabtu yang agak berlainan sikit dari biasa sebabnya kali ni kuarters tempat aku menetap sekarang ni mengadakan senamrobik...agak meriah,walaupun target asal penyertaan tak kesampaian...target warga Putrajaya ni boleh la join dalam 1500 orang tapi sayangnya 150 je kot yang ada...

Senamrobik bermula pada pukul 8:15 pagi,sebelum tu tempat pendaftaran ada peraduan teka bijik betik...aku main bedal je la teka,hehe...sarapan,lepas tu terus bersenam...layan gak,aku memang dah lama tak bersenamrobik ni,masa kat kampung dulu aku selalu teman mak aku pegi bersenam ni...hehe


gambar hiasan

Thursday, February 16, 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?




Sebab apa aku nak blog aku dikritik?
Aku rasa aku belum jumpa lagi sesuatu yang menarik untuk aku letak kan dalam blog aku ni,so nak mintak tolong dan pendapat kawan-kawan blogger semua kritik apa yang patut kat blog aku ni,tak kesah la pasal header ke,pasal isi blog ke,gambar ke...boleh,biasa la kan budak baru je nak celik mata pasal dunia blog ni.

Jangan lupa tinggalkan link korang ok!!!

Thanks...

Chronicle - Wayang Minggu Ini


Andrew yang selalu dengan kameranya

3 kawan yang masuk ke dalam lubang misteri

peringkat awal kawalan kuasa Andrew



Kali pertama Andrew mencederakan orang

Andrew yang mula obses dengan kuasa yang dimiliki


Sepupunya yang cuba mengawal Andrew masa dia mengamuk kat tengah bandar

Dikepung polis

Sesi beterbangan kat depan menara,bergaduh

Andrew membunuh ramai orang

Ok,macam biasa la hari Rabu malam aku dengan wife pegi tengok wayang,minggu ni cerita yang kitorang layan Chronicle. Aku tengok dia punya preview macam best so beli la sampai 6 tiket ajak kawan-kawan ofis tengok sekali.

Ceritanya mengisahkan tentang 3 orang kawan yg mana 2 daripadanya adalah sepupu,terjumpa suatu lubang dalam hutan dan diorang ni masuk dalam lubang tu,entah macam mana objek dalam lubang tu boleh bagi diorang ni kuasa luar biasa. Iaitu dapat kawal semua banda dengan fikiran je.

Antara 3 orang Andrew adalah yang paling pandai kawal kuasa dia ni,dia boleh buat mcm-mcm. Sampai satu tahap diorang ni boleh terbang,Andrew ni plak ada masalah keluarga yang mana mak nya sakit dan ayah nya pulak tak bekerja dan asyik belasah dia je,jadi dari sini dia mcm hilang pegangan dah melanggar peraturan yang dia dan kawan-kawan tetapkan pada mulanya.

Sikit pasal cerita ni,korang akan rasa pening sebab rakaman cerita ni seolah-olah mcm cerita Paranormal,sebab diorg pegang kamera sendiri,bukan jurukamera...so,bab-bab terbang tu kita akan rasa macam kita terbang sama dengan diorg.

Ceritanya ok,sesetengah orang akan cepat rasa boring gak,tapi bagi aku layan tetap layan...


Monday, February 13, 2012

Istana Budaya




Sabtu lepas aku berpeluang untuk pertama kalinya untuk menjejakkan kaki ke Istana Budaya Kuala Lumpur,lalu depan tu selalu sangat la tapi nak masuk untuk tengok teater memang kena fikir banyak kali...

Ceritanya pegawai kepada wife aku merangkap member aku la,dapat call dari salah sorang member dia,katanya ada tiket free untuk teater 'Lawak ke der?' member aku tu tak boleh nak tengok sebab anaknya tak berapa nak sihat...so,dia pun offer la pada wife aku,aku ni mmang tak penah terfikir nak masuk tempat kena pulak ada peluang mcm ni memang aku grab cepat-cepat la kan...

Perkara baru yang aku tau pasal Istana Budaya ni ialah:

Nak masuk dalam tu pakaian kena kemas,bagi lelaki tak boleh pakai t-shirt round neck,seluar jeans koyak pun tak boleh dan kena pakai kasut sebab selipar memang tak dibenarkan masuk ke dalam tu. Duduk dalam tu pun tak boleh makan dan minum, dan setiap kali sebelum tayangan bermula nyanyian Lagu Negaraku akan dinyanyikan.

Suatu pengalaman yang tak kan dapat aku dan wife lupa...biasa la kan,orang kampung...1st tima plak tu masuk tempat macm tu...dah macam rusa masuk kampung dah.

Bab tayangan Lawak ke der...memang superb,lawak yang teramat sangat...pecah perut,tu je yang mampu aku bagitau...persembahan Nabil sebagai host malam tu,teramat-amat la berjaya,Jozan,Boboi dan Harith Iskander...fuhh,memang riuh dewan yang penuh tu...gelak sampai tak ingat pape dah pasal benda lain...memang terbaik.

Saturday, February 11, 2012

Mood Mengemas



Hari sabtu biasanya aku pasang mood nak ke gym...sama jugak la dengan hari ni ingat nak pegi gym angkat apa2 yang patut...bangun tido tengok rumah yg dah selalu kena tinggal ni dah macam tongkang pecah,wife plak memang dah lama ajak mengemas so tak jadi la nak ke gym...

dah tu pulak hari ni ada program kat istana budaya nak tengok teater la pulak...tajuknya 'lawak ke der?'...

bos wife aku bagi tiket free kat dia...apa lagi,tak penah masuk istana budaya ni excited la...hehehe.mcm mana agaknya masuk dalam tu nnt...nnt aku cerita.

Friday, February 10, 2012

Otot koyak


Sekian lama tak ke gym,hari ni sesi pemanasan badan semula aku buat la rutin untuk dada,macam dalam poster kat atas tu...baru main 2 set tangan dah mengigil2 dah...dada pun dah mcm tak larat dah kena beban dengan mesin2 kat gym tu...tapi aku teruskan jugak sampai habis 4 set setiap exercise tu...sampai la betul2 tak larat baru la aku tukar main biceps dengan tricep,tu pun main sikit2 je sebab lengan aku cepat sangat tegang...langsung nak bengkok pun tak boleh...tak smp sejam pun latihan hari ni,agak kekecewaan jugak la sebab dapat main sikit sangat...wak pulak asyik perli aku je...sebab lama tak nampak batang hidung...kelas seterusnya sabtu pagi sebelum keluar nak ke istana budaya... 

Wednesday, February 8, 2012

Apa Nak Jadi



Masuk hari ni dah dekat 3 minggu aku tak masuk gym kat KBS tuh...perut dah makin kedepan,baju dah makin sendat,seluar pun dah ketat....

Balik kampung langsung tak bagi peluang kat perut nak rehat,tiap masa kompem aku sumbatkan dengan makanan yang dah lama aku tak dapat nak rasa kat Putrajaya ni...bukan takde,tapi tak sesedap kat kampung...

Masakan 2 orang master chef kat kampung tu memang takde tandingan...sapa?mak aku dan mak mertua aku...apa je yang aku sebut,kompem boleh masuk ke mulut...macam mana aku tak boroi,tapi tu semua bukan salah mereka...hehe,aku yang salah..sebab ikutkan sangat nafsu makan tahap dewa...

Aku kena susun balik jadual latihan aku...

Kehangatan Malam

Ini bukan cerita 18sx okey...ini cerita pasal naik bas ekspres dari kampung ke bandar...hehehe

Aku kemain lagi pakai baju lengan panjang,kononnya takut sejuk la sebab hari balik kampung hari tu sejuk sampai tak hengat...sweater tak payah cakap la sebab memang sentiasa aku bawak ke hulu ke hilir...

sampai time naik bas,aku dengan wife dapat seat belakang sekali tingkat atas,bas double decker...sekali duduk tu boleh plak compressor air cond atas kepala je,sejuk langsung xde yang ade bunyi je bising nak mampus...xpe la nak buat mcm mana kan,tahan je la...nak bersembang dengan wife pun dah xde mood sebab xdengar sangat...

last2 tido je la,pasang la earphone dengar lagu...still bunyi benda alah atas kepala tu lagi kuat,lepas turun makan kat Merapoh aku pakai la sweater aku takut2 nnt dalam perjalanan sejuk malas la nak pakai masa tu,wife pun sama pakai...last2 baru sejam perjalanan dah kena bukak sweater balik dah...berpeluh2,tu la kehangatan malam aku aku dengan wife dalam bas...hahaha.

sampai kat Putrajaya Sentral,aku nak bayar duit parking kereta jumlah harga parking RM28 untuk 4 hari,aku try masuk RM50 tak diterima maybe duit baki semuanya syiling tak kan dia nak bagi balik RM22 dalam syiling kot kan...aku berjalan mencari tempat nak tukar duit,malangnya masa tu baru pukul 5.30 pagi...mana ada lagi kedai bukak,last2 aku tanya la kat kaunter ERL tu,kot2 la dia boleh bagi aku tukar duit...last2 ak kena sound...aduhh

Aku: Cik boleh tak kalau saya nak tukar duit kecik,saya nak bayar parking mesin tak terima duit RM50 la...
Orang ERL: Kat sini bukan tempat tukar duit,kaunter pun baru bukak orang tengah sibuk...kalau nak tukar duit pegi tempat lain....
Aku:Hmmm...takpe la cik,terima kasih...

kenapa dia tu?aku salah cakap ke?aku asyik pikir je...rupa2nya minah tu baru kena sound dengan sorang pak cik,sebab pak cik tu bgtau mesin tiket ERL kat luar tu telan duit dia,tiket tak dapat tapi duit ditelan...bgtau kat minah tu,minah tu jawab benda lain,kena marah la dengan pak cik tu,lepas tu aku plak kena dengan minah tu...aduhh

Bukan hangat malam je,hangat subuh2 pun ade jugak...

Monday, February 6, 2012

Blogku Setahun

Akibat kesibukan urusan duniawi aku terus lupa akan dunia yang pernah aku cipta setahunn yang lalu...seingat aku masuknya bulan Februari ni genap la sudah usia blog Mr.Persona ni setahun,macam-macam yang aku dapat dari dunia tanpa sepadan ni...dapat kenal dengan orang-orang yang hebat juga disini.

Banyak ilmu yang dapat aku korek dalam alam maya ni,kawan-kawan pun banyak yang mengajar cara-cara untuk mengurus blog...macam-macam la.

Hari ni,kat kampung...melayani kesibukan bandar Kota Bharu,dah lama aku tinggalkan sejak aku menetap di Putrajaya,cuma kadang-kadang aku balik,terasa kemanisan kenangan lama setiap kali aku menyusuri kembali jalan-jalan yang pernah aku lalui dulu dengan hanya berjalan kaki bersama-sama adik dan sepupuku....

Cuma sekarang ini,kesesakannya terlalu padat kalau nak dibandingkan dulu ataupun mungkin memang dah begini asalnya,cuma aku belum merasainya waktu itu...keterikan matahari juga rasa agak berbeza,seperti mencubit-cubit lengan tatkala aku menunggang motor Suzuki ayahku..Kehangatannya memang agak menyeksakan diri yang berjalan kaki.

Deruan kereta didepan rumah kadang-kadang membuatkan aku rindu bila aku tidak disini buat jangka masa panjang,riuh rendah suara jiran-jiran dipagi hari ketika mahu menghantar anak kesekolah sudah tidak lagi kedengaran,sebabnya anak-anak semua dah merantau ke tempat-tempat lain untuk membuat pilihan masa depan yang bakal ditempuhi...