Pages

Monday, August 27, 2012

Bersyukurlah

Dikesempatan raya kat kampung hari tu sempat jugak aku dengan keluarga menziarahi sedara mara yang nasibnya tidak sebaik kita..

Kitorang pegi melawat tu pun sebab dijemput oleh tuan punya badan,walaupun tak kaya harta tp beliau ni memang kaya dengan kebaikan,nasihat,dan ilmu.

Aku ingat lagi masa aku nak masuk belajar kolej,mcm2 pesanan dan nasihat yang abg ni bg kat aku...smp skrg aku tak akan lupa. Mana tak nya smp sekarang ni pun dia still lg bg nasihat.

Abg ni duduk kat pondok pasir tumboh,rumah dia mmg pondok. Tggal bersama isteri dengan 4 orang anak yg masih belajar. Yang sulung dah bekerja kat Shah alam,nak tolong family sanggup si anak ni berjauhan.

Siayah pulak kerja cuma penjual ais krim potong,tiap2 hari dia akan naik motor Honda petak dia tu sampai ke Jeli,semata2 nak menjual aiskrim. Nak bg anak2 dia belajar kat sekolah agama dia sanggup naik motor sejauh tu.

Selama ni pun dia selalu pegi ke rumah mak aku,so mak aku pun selalu la bg beras utk buat bekalan makanan anak beranak,walaupun bukan tu niat dia pegi ke rumah mak aku tu,tp sebagai manusia kita sepatutnya tolong sebaik mungkin orang yang tak berkemampuan.

Malam tu masa kitorang pegi menziarah tu,mak aku bg duit raya kat semua anak dia termasuk la abg tu dgn isterinya sekali. Mak aku bg kain pelikat dgn kain batik. Berkali2 dia ucap terima kasih,dicium2 kain tu sambil ckp dia dah tgk dah kat pasar makan tp takde duit nak beli. Sebak aku tengok keadaan tu.

Terpikir aku,betapa tak bersyukurnya aku dengan apa yang aku dah ada sekarang ni tapi masih lagi nak mengeluh. Sedangkan orang lain nak bnd yang murah pun kena pikir bnyak bnd. Semoga tuhan permudahkan semua urusan abg tu di dunia ni.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 24, 2012

Balasan bayar cash

Cerita pasal jem jalan kat kawasan jambatan ismail petra kota bharu,yang mana masa raya ke-4 aku tgh tggu lampu isyarat utk hijau, so aku lepaskan gear kereta jadi neutral dan dlm masa yang sama kaki aku tak tekan break, kereta aku terundur dan terkena la kereta blkg aku.

Punya la marah aku nmpk muka akak owner kereta viva tu.siap hon berkali2 lagi,aku usha guna cermin pndg blkg je la...nmpk dia calling2 sapa ntah,aku gerak kn kereta aku kedepan sikit dan buat x tau je la,kalau turun kang nmpk mcm nak cari gaduh pulak kan.

Lepas je kereta aku dgn akak tu lepas jmbtn aku slow kan kereta kot2 la dia nak aku berenti kasi setel pasal tadi,tapi dia mcm berani acah2 je. Dia follow je smp roundabout dan pegi ke arah lain.

Setel kat situ,esok nya pulak tempat kejadian yg sama,aku pulak yg menggantikan akak viva tu,kereta dpn aku plak mengundur dan cium bumper kereta aku. Tak kuat pun just mcm org letak tapak tngn je..aku tgk ikut side mirror kereta depan nmk pak cik yg umurnya lebih kurang baya ayah aku,siap dgn pakai kopiah lg. Tak smp hati aku nak hon,aku biarkan je smp lmpu isyarat tukar jd hijau.

Isteri aku cakap takpe la tuhan bayar cash sbb aku tak mintak maaf dgn akak viva tu. Bg aku pulak itu fitrah dunia, hari ni kita buat kat org dan esok lusa kita pun akan merasa apa yg kita buat kat org.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Raya ke-5 service kereta

Awal pagi lagi gua bangun mandi bersiap nak ke pusat service proton kat jalan Kuala Krai,tak jauh pun dari rumah aku.

Sangkaan gua mmg tepat,seawal pukul 7.45 dah ada orang sampai dulu untuk service kereta masing2. Dan gua bernasib baik sbb dapat nombor 5.

Selama masa setengah jam gua lepak kat situ kejap je ruangan menunggu tu penuh dan tak pasal2 gua kena berdiri..takpe tu tak penting,yg penting pukul 9 lps tu kereta gua siap.

Lepas tu kena ready la nak sambung mkn kenduri. Beraya dah setel dari raya ke-3 lagi,skrg ni lebih fokus kpd mkn kndri je. Raya ke-5 gua sempat mkn 3 bijik rumah je,2 rumah terpaksa gua tolak sbb terlalu jauh dan atas faktor2 kesesakan lalu lintas.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Di sebalik Nuzul Quran & Lailatulqadar

Assalamualaikum

PARA ulama sependapat bahawa peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan, malam Jumaat, tahun ke-41 daripada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ memberi makna turun atau berpindah dari atas ke bawah iaitu al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) dengan sekali gus dan bukan beransur-ansur.

Al-Quran bermakna ‘bacaan’ yang di dalamnya terkandung ayat-ayat (tanda-tanda) yang menjelaskan segala perkara meliputi persoalan tauhid, ibadat, jinayah, muamalat, sains, teknologi, tatanegara dan sebagainya. Ahli tafsir memberi pengertian dengan bacaan itu ialah merenung dan memperhatikan segala penciptaan ALLAH SWT di langit dan di bumi yang meliputi alam semesta ciptaan-Nya.

Al-Quran merupakan mukjizat teragung dan terbesar di sepanjang zaman yang dianugerahkan ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman. Al-Quran dapat dipegang, dibaca, dilihat oleh semua manusia untuk panduan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan membaca isi kandungan al-Quran banyak orang mendapat petunjuk terutama dalam kalangan masyarakat Barat.

Manakala ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah surah al-’Alaq, ayat 1 hingga ayat 5 yang bermaksud : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya.”

Hubungan Nuzul al-Quran dan Lailatulqadar amatlah rapat antara satu sama lain sebagaimana diterangkan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Firman ALLAH dalam surah al-Qadar (rujuk ayat 1-5).

Dalam hadis, Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan. Para ulama menyatakan malammalam ganjil itu ialah 21, 23, 25, 27 dan 29. Namun malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh ALLAH agar setiap umat Islam menghayati 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Oleh kerana itu sama-samalah kita menghayati peristiwa Nuzul al-Quran sebagai suatu peristiwa besar dan malam Lailatulqadar yang penuh makna dan hikmah itu. Semestinya kita melihat al- Quran sebagai ‘kitab suci’ dan ummul kitab (ibu segala kitab) di bawah kolong langit ini yang memberi panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan dan menyatupadukan ummah manusia seluruhnya.

Memajukan umat Islam daripada perpecahan sesama sendiri, memajukan bidang ekonomi dan pembangunan sejagat, melalui penguasaan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi sebagaimana yang diajarkan oleh al-Quran.

Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan menjadi alat dan perkara utama dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan bangsa dan negara.

Di samping membaca al-Quran sebagai ibadat, boleh ditingkatkan lagi dengan membaca al-Quran kepada menganalisis, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan dan kajian yang akhirnya memajukan dunia ini, terutama untuk memajukan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman dari semua pihak di peringkat nasional dan antarabangsa.