Ini kerana tisu basah berharga RM3 sebungkus yang diseludup dari luar negara itu dikesan mengandungi bahan kimia berat iaitu benzocaine, lidnocaine dan anestetic yang boleh membahayakan pengguna jika tidak digunakan dengan sukatan yang betul.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, tiga jenis bahan kimia berat itu biasanya digunakan sebagai ubat bius ketika prosedur pembedahan.
Salam semua...
Aku baca surat khabar metro hari ni, muka depannya menceritakan pasal nak kuat jadi lemah...tisu magic atau tisu basah ni memang banyak kat pasaran.
Ada gak aku nampak kat website2 yang menawarkan harga yang murah2... diorang siap jual online lagi, untuk keenakan sementara orang sekarang sanggup buat apa saja..tu belum lagi cerita pasal pegi jumpa bomoh batin, tanam guli besi dan macam2 lagi la cerita aku dengar.
Percaya pada diri sendiri tu penting, amalan dan petua orang lama2 dulu boleh diambil guna balik.. macam mana orang lama dulu boleh bertahan rumah tangga mereka dengan anak yang berderet2..tu kita kena kaji, masa tu mana nak ada lagi benda2 yang mcm kat atas tu kan.
No comments:
Post a Comment