Pages

Sunday, June 24, 2012

Memancing


Lokasi: Coffee Village, Sungai Merab
Event: Pertandingan Memancing
Anjuran: Bank Rakyat
Tarikh: 16 Jun 2012

Salam semua...

Minggu lepas aku dengan geng2 ofis aku dipelawa untuk join pertandingan memancing, kalau nak diikutkan cerita sebenarnya semua yang ada dalam gambar tu semua pemancing bidan terjun.

Last minit iaitu jumaat petang baru dapat jemputan, dan masa tu la mencari org sapa yg nak join. Dan dalam sekelip mata dapat la 20 orang, so dlm gambar tu sebahagian dari kitorg la.

Aku pun kelam kabut gak mencari hati ayam nak buat umpan. Kalau dah rezeki pegi cari tu mmg dapat, mulanya nak beli hati ayam tu tapi peniaga tu bagi free pulak.

orang yang terawal dapat ikan dan sememangnya beliau pemancing tegar
yang ni pulak antara yang terbanyak dapat ikan dan penyedia umpan dedak untuk geng2 kitorg
sambil duk tunggu ikan makan,tuan pancing pun kena makan gak
ini pulak langsung tak dapat naik kan ikan

walaupun aku tak dapat naik kan walau seekor ikan pun, aku tetap tak balik dengan tangan kosong sebabnya aku dapat hamper lucky draw. Pegi mana pun mcm tu je aku, balik insyaallah paling kurang pun ada satu hadiah, kalau bukan aku yg dapat pun wife aku dapat.

Apa-apa pun, hari tu aku pegi hanya dengan niat suka2 je. aku bukannya reti memancing pun sambil2 mengisi masa lapang tu blh la.

info:
untuk umpan ikan air tawar guna hati ayam,dada ayam potong dadu atau cacing atau dedak. ikan sasaran ikan pacu dan patin.





No comments: