Pages

Thursday, June 28, 2012

Mitos Penderma Darah


 Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.
Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. – Bernama

Assalamualaikum teman-teman,

Tanggal 26/6 aku berkesempatan menunaikan fardhu kifayah iaitu menderma darah. Dah agak lama tak menderma sebab last derma bulan 6 tahun 2011.

So,kali ni masuk kali ke-9 aku menderma, bermula tahun 2003 aku dermakan darah aku masa tu tgh belajar kat sekolah menengah lagi. Tahun 2007 sampai 2009 aku langsung tak ingat nak menderma.

Start 2010 aku start balik, sebenarnya best derma darah ni. Mana ada sakit mcm cerita2 dongeng yang korang dengar tu. Dah komfem2 la misi akan cucuk bius dulu sebelum diorg nak cucuk jarum besar tu..gurau je,manada besar jarumnya.

Langsung tak rasa pape pun masa darah dari badan ni keluar. Kalau aku ni tak sampai 10 minit beg darah tu dah boleh penuh. Lepas cabut jarum tu lepak atas katil tu sambil usik2 misi yang buat keje dgn member2 yang baru nak kena cucuk.

Lepas dah ok, dan dipastikan oleh misi yg korang tak pening lepas darah korg diambil korg boleh la makan makanan yg disediakan sekenyang2 nya,untung2 dapat hadiah...kadng2 aku dapat payung tak pun towel.

Jadinya disini kawan2,tak sakit pun derma darah ni...cari la mana2 kempen derma darah yg ada,sebabnya korang sendiri akan jadi makin sihat lepas menderma dan dalam masa yang sama darah korang tu mungkin boleh selamatkan nyawa seseorg.

Carilah Hatimu


Assalamualaikum teman-teman,

Tersangatlah mendalam pesanan Imam Ghazali ini untuk kita selaku umat akhir zaman. Sebabnya dengan apa yang kita alami dan nikmati sekarang mampu membuatkan hati kita dari ada kepada tak ada.

Kita makin lalai dengan kenikmatan dunia, kita lupa kepentingan hati dalam mencari dan mengenal Maha Pencipta. Jagalah hati yang sedia ada semoga ianya kekal dan sentiasa mengingatkan kita bahawa kita ini hambaNya yang sentiasa lemah dan memerlukan belas kasihanNya.

Tuesday, June 26, 2012

Ana ikan bakar petai Bangi











Salam semua...

Aku antara yang ke berapa ratus ntah yg nak ceritakan pasal restoran ikan bakar ni, sebab aku dapat tau pasal tempat makan ni pun dari blog2 yang ada dalam internet.

Sempena sambutan besday aku, wife aku dengan semangatnya mengajak aku dinner kat luar. Katanya saja nak belanja aku makan, dan dalam masa yang sama dia suruh aku pilih mana2 restoran yang aku nak pegi. 

Aku antara penggemar ikan bakar, so aku pun search la dalam google kat mana restoren yang mantap area berdekatan. Jawapannya ialah Ana ikan bakar petai la.

Aku smp dlm area pukul 10 malam, lewat sikit la kan...so mula2 kena pilih ikan yang ada, sotong, udang, lala pun ada.. dah pilih hantar kat penimbang, bgtau menu apa nak makan dan bgtau nombor meja. 5 minit lepas tu waiter akan dtg amik order air dan menu lain. Dalam 15 minit lepas tu satu persatu menu sampai..panas2.

Harga standard, bagi aku tak mahal pun kalau makan sedap dalam area rm50 untuk 2 orang. Kalau tempat lain aku tak pasti la kan. Setakat ni aku sangat puas hati dengan masakan diorang, tu yang penting.

Monday, June 25, 2012

Makna Doa Iftitah


Salam semua...

Suka aku nak berkongsikan makna doa iftitah ni, sebab paling kurang pun 5 kali sehari kita akan baca masa solat.

Sekurang2nya bila kita tau makna kita tau apa yang kita ucapkan masa kita menghadapkan muka kita kepada Maha Pencipta. Dalam masa yang sama boleh mengelakkan kita dari duk berkhayal pikirkan benda yang bukan2 masa solat.

Sama-sama la kita sematkan makna doa ni dalam hati kita, boleh buat bekalan masa yang diperlukan.

Sunday, June 24, 2012

Memancing


Lokasi: Coffee Village, Sungai Merab
Event: Pertandingan Memancing
Anjuran: Bank Rakyat
Tarikh: 16 Jun 2012

Salam semua...

Minggu lepas aku dengan geng2 ofis aku dipelawa untuk join pertandingan memancing, kalau nak diikutkan cerita sebenarnya semua yang ada dalam gambar tu semua pemancing bidan terjun.

Last minit iaitu jumaat petang baru dapat jemputan, dan masa tu la mencari org sapa yg nak join. Dan dalam sekelip mata dapat la 20 orang, so dlm gambar tu sebahagian dari kitorg la.

Aku pun kelam kabut gak mencari hati ayam nak buat umpan. Kalau dah rezeki pegi cari tu mmg dapat, mulanya nak beli hati ayam tu tapi peniaga tu bagi free pulak.

orang yang terawal dapat ikan dan sememangnya beliau pemancing tegar
yang ni pulak antara yang terbanyak dapat ikan dan penyedia umpan dedak untuk geng2 kitorg
sambil duk tunggu ikan makan,tuan pancing pun kena makan gak
ini pulak langsung tak dapat naik kan ikan

walaupun aku tak dapat naik kan walau seekor ikan pun, aku tetap tak balik dengan tangan kosong sebabnya aku dapat hamper lucky draw. Pegi mana pun mcm tu je aku, balik insyaallah paling kurang pun ada satu hadiah, kalau bukan aku yg dapat pun wife aku dapat.

Apa-apa pun, hari tu aku pegi hanya dengan niat suka2 je. aku bukannya reti memancing pun sambil2 mengisi masa lapang tu blh la.

info:
untuk umpan ikan air tawar guna hati ayam,dada ayam potong dadu atau cacing atau dedak. ikan sasaran ikan pacu dan patin.





Saturday, June 23, 2012

Aksi terlarang dalam tandas


Kepekaan diperlukan untuk amik gambar2 mcm ni walau kat mana pun korang berada, bukan untuk apa ye kawan2 sekadar untuk mengingatkan apa yang boleh dan apa yang tak. Andai kata ada yang meniru aksi2 gambar yang dipangkah tu, sah la orang tu buta...sebab dia tak nampak poster yang ditampal kat situ.

Yang paling aku suka gaya dlm poster tu yang 2 kat bawah tu...memang paling best kalau ada yang try buat sorang2 dalam toilet tu. Nasib baik dah pangkahkan..hmm.


Friday, June 22, 2012

Kelebihan bulan syaaban - khutbah jumaat


Hari ni aku kongsikan sikit khutbah yang aku dengar masa sembahyang jumaat hari ni. Tajuk khutbah minggu ni kelebihan bulan syaaban, sebabnya dah masuk bulan syaaban dah.

petikan khutbah dari khatib: 

Bulan Syaaban adalah masa untuk kita mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk kita menghadapi bulan Ramadhan yang merupakan medan ibadah bagi umat Islam. 

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
 Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”. 

Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita sebagai umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan. As-Syeikh Othman Ahmad Syeikh al- Khaubawi di dalam kitab Duratun Nasihin  menceritakan tentang amalan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: 

Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
Hadith yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RAH :
Bermaksud: Maka tidaklah aku melihat baginda SAW berpuasa selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan, dan tidaklah aku melihat baginda SAW memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. ” (Riwayat al –Bukhari)

Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah ibadah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasullullah SAW apabila ditanya apakah bulan selepas Ramadhan yang terafdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab bermaksud,“Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadhan”. Nabi SAW ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi SAW menjawab, “Sedekah dibulan Ramadhan.”(Riwayat at-Tirmizi)
Pada bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu malam nisfu syaaban. Ini adalah kerana pada malam tersebut Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada hamba-hambanya dan memberi keampunan kepada mereka kecuali yang syirik kepada-Nya. 
 Sabda Rasulullah SAW menerusi hadithnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA daripada Abu Hurairah RA :
Bermaksud: Allah SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam nisfu syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.”(Riwayat Ibn Majah)
 
Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini maka umat Islam di anjurkan pelbagai ibadah antaranya,  
  1. Melakukan ibadah puasa sunat dan qiyamullail, Inilah ibadah yang paling diutamakan oleh Rasulullah SAW pada bulan yang mulia ini. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah puasa sunat pada 15 terakhir bulan Syaaban. Ambillah peluang ini untuk membiasakan diri kita dengan ibadah puasa supaya ianya tidak menjadi keberatan apabila tibanya bulan Ramadhan. Melakukan Solat tahajjud dan solat sunat taubat amatlah ditekankan terutama pada malam Nisfu Syaaban. Inilah masa yang sesuai untuk diperbanyakkan berdoa memohon supaya diberi keampunan dan kerahmatan dari Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah)  
  2. Memperkukuhkan tali silaturrahim sesama manusia. Hubungan sesama manusia amatlah penting kerana ianya bersangkutan dengan hubungan manusia dengan Allah SWT. Leraikanlah permusuhan sesama kita dan saling bermaafan kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa manusia sesama manusia selagi mana mereka saling bermaafan. Sucikan diri dari perasaan dendam dan dengki sesama muslim sebelum tibanya Ramadhan supaya amal ibadah pada bulan yang berkat ini dapat dirasai kemanisannya.  
  3. Beristiqamah melaksanakan amal ibadah dan kebajikan. Amal ibadah yang dilakukan secara berterusan akan menjadikan jiwa kita sentiasa tetap dengan pendirian. Beristiqamah membawa maksud sentiasa melakukan amal ibadah tersebut tiap-tiap hari walaupun hanya sedikit atau sekejap masa yang diambil untuk melaksanakannya. 
  4. Memperbanyakkan  memohon keampunan daripada Allah SWT. Ramai yang tidak menyedari bahkan alpa dengan segala dosa yang dilakukannya saban waktu. Dosa yang dilakukan semakin hari semakin bertambah terutamanya dosa-dosa kecil yang datang dari perbuatan manusia samada melalui percakapan, penglihatan, pendengaran dan perbuatan. Semua dosa ini sebenarnya telah menjadi titi-titik hitam di dalam hati yang menyebabkan hati menjadi semakin keras. Lebih membimbangkan, hati akan jauh dari petunjuk Allah SWT. Perbanyakkan berdoa dan memohon ampun  daripada Allah SWT kerana selagi pintu keampunan itu terbuka.
 Allah SWT berfirman di dalam surah Huud ayat 3:
 Maksudnya: Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu kesenangan hidup yang baik hingga ke suatu masa yang tertentu, dan Ia akan memberi kepada setiap orang yang ada kelebihan akan kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Kiamat yang besar.

Thursday, June 21, 2012

BEN ASHAARI dan Saya ..


Klik sini  untuk maklumat lanjut.

Blog yang aku suka baca ialah yang bnyak info untuk blogger2 baru mcm aku,simple tapi padat dengan ilmu. bahasanya pulak tak terlalu baku cukup sekadar untuk memahamkan pembaca, font dan background mainkan peranan gak,blog tu jugak xnak bnyk sngt corak2 tadika,jadi berat dan slow...xde mood nak baca nnt,tu je..

Makan Nasik Arab

gambar hiasan

Salam semua..

Hari selasa lepas aku dengan geng2 opis pegi mengenyangkan perut kat area cyberjaya. tempat ni sebenarnya memang sangat popular bagi orang2 yang tinggal putrajaya sebabnya ofkos la sedapkan dan yang kedua dekat.

ok, tu cerita orang..aku ni plak first time sampai ke restoran saba ni, aku ni kalau nak diikutkan memang gila gak la makan nasik arab ni tapi tak penah sampai sebab malas nak mencari jalan sendiri,so kali ni member2 dah ajak memang tak kan lepaskan peluang la kan.



memandangkan aku tak tau nak order ape,aku pun ikut la apa yang member2 order...aku bantai la nasik ayam mandi. harganya takda la mahal macam tempat lain, so aku syorkan kalau korang pegi sorang order yang kuarter @ suku la kan, kalau berdua atau berempat amik yang half. memang berbaloi..kenyang teramat sangat dah tu. harga plak?pinggan suku tu rm12 tapi kalau yang half rm17.

memang aku layan habis la makan nasik arab tu. kenyang,sedap,puas dan perut aku menjadik makin comel...next time nak kena bawak orang terchenta pulak pegi makan kat sana.

Wednesday, June 20, 2012

Tisu tahan lama

IPOH: Ia dimomok sebagai ‘tisu magis’ kerana kononnya mampu menambah tenaga seksual lelaki dan akibat terpengaruh dakwaan palsu itu, ada pengguna produk berkenaan mengalami masalah mati pucuk dan bengkak saraf berpanjangan pada alat kelamin.

Ini kerana tisu basah berharga RM3 sebungkus yang diseludup dari luar negara itu dikesan mengandungi bahan kimia berat iaitu benzocaine, lidnocaine dan anestetic yang boleh membahayakan pengguna jika tidak digunakan dengan sukatan yang betul.


Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, tiga jenis bahan kimia berat itu biasanya digunakan sebagai ubat bius ketika prosedur pembedahan.


 Salam semua...

Aku baca surat khabar metro hari ni, muka depannya menceritakan pasal nak kuat jadi lemah...tisu magic atau tisu basah ni memang banyak kat pasaran.

Ada gak aku nampak kat website2 yang menawarkan harga yang murah2... diorang siap jual online lagi, untuk keenakan sementara orang sekarang sanggup buat apa saja..tu belum lagi cerita pasal pegi jumpa bomoh batin, tanam guli besi dan macam2 lagi la cerita aku dengar.

Percaya pada diri sendiri tu penting, amalan dan petua orang lama2 dulu boleh diambil guna balik.. macam mana orang lama dulu boleh bertahan rumah tangga mereka dengan anak yang berderet2..tu kita kena kaji, masa tu mana nak ada lagi benda2 yang mcm kat atas tu kan.

Tuesday, June 19, 2012

Amalan Zikir Harian



Semoga apa yang dikongsikan disini dapat membantu dan menambahkan pahala amalan harian kita...Amalan zikir harian yang sangat mudah disebut dan semua orang pun tau.

Saturday, June 16, 2012

Sewa basikal di Putrajaya




Salam semua...

Lepas ni kalau korang nak round2 sekitar putrajaya korang dah boleh sewa basikal kat depan putrajaya sentral. Bnyak jugak la basikal yang disediakan, so boleh pilih yang mana berkenan.

Takpayah la nak naik bas dah lepas ni tak pun teksi...



Friday, June 15, 2012

Kerusi enak


Salam semua...

Minat ni dah lama dah cuma semenjak dua menjak ni makin kerap pulak aku naik atas kerusi urut ni. Kalau aku ke putrajaya sentral insyaallah aku akan duduk kat kerusi ni... tak lama pun dalam 6 minit macam tu la, bayar la rm2.

Layan gak kerusi ni kalau kena pada point2 kat belakang badan kita ni. Kalau ikutkan hati teringin gak la nak sambar sebijik,tapi...mahal la.

Naik yang bayar ni pon x ngape la...janji dapat merasa.

Tuesday, June 12, 2012

Kerja Extra





Salam semua...

Masuk kali ni dah tahun ke-2 aku buat mende alah 5s nih, masa interview untuk kerja kerajaan ni takde pulak dia bagitau ade kerja extra. Tapi tu la kan dah konsepnya adalah untuk menjadikan persekitaran ruang kerja lebih selesa la katakan... so,apa boleh buat ikutkan je la apa yang orang2 kat opis ni suruh buat.

Kalau nak ikutkan susunan dalam poster tu,kerja yang paling aku minat tak lain dan tak bukan SISIH. Best gila kot kerja2 membuang barang ni...hehe. Takpa yang tu lain kali cerita, yang penting aku telah dilantik menjadi abang kawasan untuk unit aku. Agak2 nya apa akan jadi nanti... haha