Pages

Thursday, June 28, 2012

Mitos Penderma Darah


 Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.
Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. – Bernama

Assalamualaikum teman-teman,

Tanggal 26/6 aku berkesempatan menunaikan fardhu kifayah iaitu menderma darah. Dah agak lama tak menderma sebab last derma bulan 6 tahun 2011.

So,kali ni masuk kali ke-9 aku menderma, bermula tahun 2003 aku dermakan darah aku masa tu tgh belajar kat sekolah menengah lagi. Tahun 2007 sampai 2009 aku langsung tak ingat nak menderma.

Start 2010 aku start balik, sebenarnya best derma darah ni. Mana ada sakit mcm cerita2 dongeng yang korang dengar tu. Dah komfem2 la misi akan cucuk bius dulu sebelum diorg nak cucuk jarum besar tu..gurau je,manada besar jarumnya.

Langsung tak rasa pape pun masa darah dari badan ni keluar. Kalau aku ni tak sampai 10 minit beg darah tu dah boleh penuh. Lepas cabut jarum tu lepak atas katil tu sambil usik2 misi yang buat keje dgn member2 yang baru nak kena cucuk.

Lepas dah ok, dan dipastikan oleh misi yg korang tak pening lepas darah korg diambil korg boleh la makan makanan yg disediakan sekenyang2 nya,untung2 dapat hadiah...kadng2 aku dapat payung tak pun towel.

Jadinya disini kawan2,tak sakit pun derma darah ni...cari la mana2 kempen derma darah yg ada,sebabnya korang sendiri akan jadi makin sihat lepas menderma dan dalam masa yang sama darah korang tu mungkin boleh selamatkan nyawa seseorg.

1 comment:

Cik Rongoks said...

ika xpenah derma darah sbb takut kena cucuk jarum :(