Pages

Wednesday, October 31, 2012

Jauh Perjalanan

Raya Haji baru je lepas, aku yang ada kampung ni balik beraya kat kampung la. Amik cuti awal sehari je sebelum raya untuk perjalanan balik.

Sebelum balik tu singgah Wangsa Maju dulu, sebab bapak sedara wife nak join balik sekali. Singgah sekali dengan sarapan, kat Bistro Bidayah Wangsa Maju. Sambil sarapan aku dapat sms dari jiran aku, dia bagitau dia stuck masa on the way balik Kelantan ikut jalan Raub dan Bentong. Dia terpaksa patah balik untuk lalu ikut Terengganu.

Adik aku yang tumpang balik sekali pun call member2 dia sekitar Pahang dan Terengganu, confirm semua jalan jem. Semua orang bersesak nak balik ke Kelantan. Aku bincang dengan pak cik aku tu, lepas 15 minit dapat keputusan balik ikut Cameroon Highland.

Lepas pada tol Gombak, semua clear takde masalah. Sambil mintak wife tengokan tweeter aku pasal info lalu lintas. Dekat dengan susur ke Genting mula slow kereta semua, aku ingatkan dah mula jem rupanya orang slowkan kereta sebab nak tengok lori terbakar. Lepas je tempat tu jalan ok balik.

Sampai tol Bentong, macam biasa aku tak masuk jalan ke Bentong. Memang aku aim nak ikut Felda Mempaga. Memang tak banyak kereta kalau ikut sana, lengang je. Cuma akan rasa macam jauh sikit sebab jalannya jalan kampung je. Korang akan tembus lepas dari Pekan Raub, kat situ korang dah tak payah nak redah 2 pekan.

Keluar kat simpang sekolah sains tu, aku patah balik menghala ke arah Raub, tapi tak terus ke pekan aku amik short cut masuk ikut Taman Amalina, tandanya jirat cina yang ada tepi jalan sebelah kiri kalau dari Raub. Korang akan tembus kat simpang 3 yang mana kalau ikut situ akan tembus ke Sungai Koyan. Tak payah nak ke Kuala Lipis.

Sampai Felda Sungai Koyan, terus naik ke Cameroon. Kat sini la perjalanan jadi jauh, aku kena naik sampai ke atas Cameroon tu, lalu ladang teh, ladang strawberry, Brinchang, Kampung Raja lepas tu turun balik baru la akan jumpa simpang 3 ke Gua Musang.

Melalui Lojing baru masuk ke Gua Musang, makan masa sejam gak masa turun tu.

Sampai ke Gua Musang tu, aku tak masuk bandarnya, aku terus ke Dabong, menghala ke Bukit Bunga. Jauh tu, 113km ikut jalan hutan. Dah mula rasa penat, cuma kena berhati2 kalau ikut jalan tu sebab kadang2 tu ada gajah. Tembus kat Ayer Lanas dan rehat kejap kat Bukit Bunga.

Lalu ikut Felda Kemahang, masuk Tanah Merah. Mata dah berat dan mua nak marah kereta2 yang bawak slow kat depan, dalam kepala ni just nak rehat je. Sampai kat Pasir Mas aku dah tak larat sangat baru la mintak tolong adik aku drive sampai Kota Bharu.

Selamat sampai ke KB dalam area pukul 11 malam, aku bertolak betul2 pukul 10.30 pagi. Perjalanan sejauh 609.2 kilometer. Badan letih, memang lost terus malam tu tidur.

Monday, October 22, 2012

Bersusah susah dahulu

Saje tukar tajuk, padahal nak cerita pasal training lagi. Kali ni hari ketiga dan keempat.

Hari ketiga lebih kurang sama mcm hari kedua, tapi dilebihkan sikit dia punya repetation. Penatnya memang tahap gaban. Lagi pulak hari jumaat kan, habis awal la training.

Hari ke empat, 1st time training kat Alam Damai, Cheras.

Strating dengan joging keliling taman perumahan, relak je. Dah kurang pancit dah, lebih banyak berlari dari berjalan. Cabarannya cuma anjing kawasan tu, memang banyak. Nasib baik tak dikejornya.

Lepas tu mula la dengan stamping, kiraan 30 kali stamping setiap jenis berselang dengan pumping 30 kali. Penat lagi, tapi syok.

Sesi memikul orang, latihan untuk kuatkan pinggang dan peha. Memang 'A' la latihan ni, kena pikul dan berlari dengan jarak lebih kurang 100m. Kena berlari pegi dan balik. Aku pulak takde partner kena la pikul coach, ponat den. Dah habis berjalan sambil pikul kena pulak buat henjutan ala-ala squad sebanyak 100 kali dan kekalkn kedudukan separuh squad selama 50 saat.

Chain up atau mendagu, buat 20 kali. Satu pun penat aku nak buat, berenti berapa kali ntah. Ni kan pulak nak habiskan 20 kali. Aduyai, mencabar betul.

Hari ni start main dengan tali, diikatnya tali tu dengan getah tiub tayar motor. Bukan 1 tiub tapi berpuluh2 tiub, dan disuruhnya tarik. Sapa yang belaja sains darjah 6 tau la sifat getah tu macam mana.

Last sekali kena sparring, buat dua group dan berentap. Aku dah pewai, lengan dah keras rasa macam nak meletup je lengan. Kaki dah lenguh gila, tapi menang tiga kali tarik dari empat tarikan tanpa henti.

Terlalu jauh bezanya latihan kali ni dengan sebelum2 ni.

Thursday, October 18, 2012

Training Hari kedua

Macam semalam jugak mula latihan dengan berjoging sampai ke wisma putra.

Lepas tu buat latihan bebanan, kena pikul orang dan berlari. Bukan sorang kena pikul, tapi 3 orang beb. Lepas angkat sorang kena bawak sampai jarak yang ditetapkan kena patah balik dengan berlari dan amik lagi sorang dan berterusan sampai cukup 3 orang.

Kena lari pecut habis-habisan kalau tak kena ulang balik larian dari mula. Lompat hantu lagi tapi tak naik tangga dah dan juga kena lari mengundur.

Seat up, seat back, push up dan macam2 lagi la.. walaupun hari ni tak main tangga, tapi penatnya sama macam semalam jugak. Cuma bab joging rasa ok sikit dari semalam, dah tak bocor just pancit je.

Stamping dah makin banyak, kalau semalam kena buat 30 je hari ni pulak kena buat 50. Pumping pun sama, lenguh gila tangan. Nak angkat tangan pun susah..

Esok lagi sehari untuk minggu ni, sabtu n ahad boleh rest. Minggu depan kena tahan lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 17, 2012

Pertama kali

Sebelum ni aku main tarik tali just sampai peringkat jabatan je,kali ni buat pertama kalinya aku join sukan kementerian kewangan.

Hari ni kali pertama join latihan, jurulatih import dari PDRM. Ingatkan latihan macam biasa aku buat, rupanya lagi gempak.

Hari ni je kena jogging keliling bukit belakang MOF, sampai ke Wisma Putra. Boleh tahan jauh jugak la, untuk aku yang dah lama tak joging ni bukan setakat pancit tapi kira bocor terus la. Tak larat nak lari, mampu berjalan je.

Lepas berlari tu, ber'stamping' pulak. Tak banyak pun just 30 kali untuk 1 jenis, kena buat 4 jenis. Yang paling penat turun naik tangga. Jurulatih suruh buat 5 set, anak tangga ada la dalam seratus lebih. Bayangkan la.

Lepas tu stamping lagi, 30 kali jugak. Lepas tu paling perit kena 'lompat hantu' naik tangga yang sama sebanyak 3 set. Nak muntah dah aku masa tu, kepala dah pusing. Rehat jap lepas tu sambung lagi stamping. Berdiri tegak dah tak boleh, menggigil beb kaki masa tu.

Latihan bersambung lagi esok sampai bulan 11, tengok aku taham atau tak..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

Memancing di Wetland

Hari sabtu lepak di Wetland Putrajaya sambil memancing. Minat baru, dan aku masih baru nak belajar.

Ditemani isteri dan jugak member aku bersama isteri dan anaknya, aku lepak kat sana dari pukul 10 pagi sampai pukul 6 petang.

Nak memancing kat sini kena bayar,setiap rod yang dibawa kena bayar RM20 sahaja. Boleh mula memancing seawal jam 9 pagi sampai 7 malam.

Masa aku sampai tu, hujan baru mula turun, rintik2 je. Tapi hari tu sepanjang hari hujan turun, dari pagi sampai ke petang.

Aku guna umpan dedak, dedak yang dah siap berperisa,tinggal nak kena bancuh dengan air je sikit2 dengan tujuan untuk mudah buat kepalan pada mata kail. Mulanya nak guna mata kail mata bom, tapi cari punya cari tak jumpa sampai ke sudah. Terpaksa la guna mata kail single. Janji ada mata kail kan.

Untuk percubaan aku kali ni belum ada hasil, dan rod baru aku tu belum lagi berjaya memberikan jasanya untuk aku. Mungkin next time aku kesana lagi dengan hasilnya sekali.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 3, 2012

Pensijilan 5s kali kedua

Hari ni MPC atau auditor bg program 5s datang ke ofis untuk menilai sejauh mana perlaksanaan 5s tu. Kali ni masuk kali kedua dah, sebelum ni lulus dengan jayanya. Kali ni belum tau lagi berapa markah dan apa komen yg MPC tu nak bg.

Aku dilantik untuk jadi ketua lokasi ruang kerja unit aku, unit aku tak besar cuma ada 6 orang je. Jadi agak senang la untuk aku jaga benda ni, ada pulak PIC 2 orang yang sangat2 boleh harap, so makin senang la kerja aku.

Lagi pulak ni audit kali kedua so tak banyak barang yang nak kena kemas dan nak disorok.

Sorok tu dah jadi S yang ke-6, dah bukan 5 dah. Biasanya awal2 pagi orang ofis aku akn kemas barang yang bersepah dan sorok dalam kereta. Lepas audit bawak naik balik.

MPC kali ni agak detail, dengar2 bos sendiri yang turun. Dalam stor alat tulis memang dia ada suruh kira apa yang ditulis dalam kad inventory dan dibandingkan dengan jumlah sebenar atas rak. Nasib baik penjaga stor tu memang jenis yang amik berat pasal barang2 dalam tu, kalau tak...

Lepas je MPC langkah kaki keluar dari pintu aras aku tu, semua tarik nafas lega. Bukan apa takut gak dia komen benda2 yang kitorang terlepas pandang, nak2 plak benda yang leceh. Mau pecah kepala nak jawab masa tu.

Diharap ruangan kerja akan sentiasa bersih dari semua barang2 yang tak sepatutnya ada kat ofis.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 2, 2012

Bonus Penjawat Awam Dipertikai

Semalam aku menelaah la FB aku dan dengan sekilas pandang aku ternampak salah sorang 'friend' aku like satu status yang berkenaan dengan ketidak puas hatian pekerja swasta dengan bonus yang bakal penjawat awam dapat macam dalam bajet 2013. Bermacam-macam pandangan dalam ruangan komen.

Status tu bagitau yang penjawat awam ni terlalu dimanjakan sebab selalu diberi bonus. Dan nasib pekerja swasta takde sape amik peduli. Sempena raya hari tu dah dapat setengah bulan, hujung tahun ni lagi sebulan dapat. Dia bagitau kat situ juga yang mintak bajet 2013 bela la nasib pekerja swasta.

Pada aku rezeki manusia atau sebagai hamba Allah bukan terletak pada banus semata-mata. Lagi kuat kita kerja lagi banyak tuhan akan turunkan rezeki, kalau bukan melalui wang ringgit pun mungkin dari bentuk yang lain. Tak payah la kita nak pertikaikan siapa yang dapat bonus atau tidak. Lagi ikhlas kerja lagi bagus.

Aku pun pernah kerja swasta, tak pernah nak fikir pasal bonus pun masa tu. Kalau bos nak bagi kita terima, kalau tak bagi cukup sekadar gaji pokok yang dah mencecah 4 angka tu.

Orang ramai anggap disebabkan gaji penjawat awam naik, harga barang kat pasaran pun naik. Kalau fikir dengan rasional, bukan salah penjawat awam pun. Sepatutnya harga barang kat pasaran dikawal oleh pihak yang sepatutnya, dan gaji penjawat awam ni dinaikkan mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu, gaji penjawat awam ni bukannya besar sangat. Gaji pokok ada yang tak sampai 900 pun, yang menjadikan gaji tu nampak banyak sebab banyak elaun, andai kata elaun tu ditarik balik tinggal gaji pokok je la. Belum ditolak dengan bayaran pinjaman dan yang lain-lain lagi.

Kalau nak dibandingkan dengan gaji pekerja swasta, hari pertama kerja je dah tau gaji paling sikit 1400 atau 1500. Belum dicampur dengan OT atau elaun makan atau elaun-elaun lain. Dimana manjanya penjawat awam dalam hal ni.

Kalau cerita pasal pekerja swasta cuma mengharapkan ihsan CEO syarikat nak bagi bonus. Penjawat awam pun sama, bonus yang mereka terima tu pun ihsan dari CEO perkhidmatan awam. Masuk akal ke CEO syarikat lain nak bagi bonus kepada pekerja syarikat lain?

Pembayaran cukai kepada kerajaan bukan cuma pekerja swasta je yang bayar, penjawat awam pun kena juga bayar cukai pendapatan. Takde sape yang terkecuali dalam hal ni. Kalu pegi makan kat KFC atau McDonald, cashier tak tanya samaada pelanggan di kerja swasta atau kerajaan, tax makanan tetap dia caj dalam resit.

Renung-renungkan apa yang kita buat setiap masa, apa yang aku taip kat sini cuma pendapat diri aku sendiri tiada unsur keperibadian.

Memancing di Tasik Putrajaya

Seawal pkul 7 pagi aku dengan wife dah gerak ke tasik putrajaya untk join pertandingan memancing. Kawan2 semua dah ready kat port.

Mlm sebelum tu aku dgn member pegi daftar nama, aku sangkakan tak ramai orang sbb masa tu dah nak pukul 12 tengah malam. Rupa2 nya,suasana mcm siang. Penuh dengan pemancing2 yg dtg dari segenap tempat.

Mana tak nya, hadiah yg ditawarkan sebuah myvi mesti la ramai nak join. Lepas daftar aku dengan member aku round sepanjang tasik, tengok kot2 la ada port cantik. Masa tu tepi tasik tu bnyk lg tmpt kosong. So takde la aku buat tanda pape.

Bila smp pagi hari kejadian,terkejut aku. Sampai ke hujung tasik penuh dengan orang. Disebabkan mlm tu aku x cop port cntik terpaksa la masuk kat celah2 orang. Dapat pulak port yang kurang laluan ikan.

Dari pagi smp ke tgh hari, takde sorang pun yg duduk kat kawasan yg sama dengan aku tu dapat ikan. Bila nak tukar umpan je bawak naik sekali dengan sampah. Sadis betul la, tapi aku tengok kat tempat yg dekat dengan khemah urusetia tu meriah pulak orang duk bawak naik ikan.

Mungkin bukan rezeki aku untuk dapat myvi tu, masih ada lagi orang lain yg perlukan myvi tu. Aku redha dan akan terus mencari tempat untuk menaikkan mangsa.

Published with Blogger-droid v2.0.9