Pages

Thursday, December 29, 2011

Dunia Sementara



Manusia sekarang lebih suka mencari kesenangan dan keseronokan yang sementara daripada keindahan selamanya yang Allah janjikan dalam syurgaNya nanti...dengan bayaran RM1000 untuk keseronokan dengan pelacur yang diambil dari kelab selama semalaman.

andai la waktu malam kita duduk kat rumah atau pegi kemana2 masjid atau surau,1 sen pun tak habis...pohon keampunan daripada Maha Pencipta untuk dosa yang dah kita buat seharian atas muka bumi tuhan ni...pohon dimasukkan kedalam syurgaNya, apa yang ada dalam syurga? bukak la Quran dan Hadis sahih...segalanya ada diceritakan,dan ianya dijanjikan untuk orang2 yang beriman dan bertaqwa sahaja...ianya lebih indah dari dunia ini sampai tak terkata indahnya.

pilihan terletak ditangan kita sendiri...untuk kita sama2 kita fikirkan.

Tuesday, December 27, 2011

Berkhalwat dalam rumah orang



Nak buat maksiat tak kira tempat,semua diorang boleh rembat...sampaikan tahap diorg ni nak buat 'projek' dalam rumah orang pun selamber je kan..tuan rumah takde,pasangan ni pulak pecah rumah untuk 'main papa mama'...kalau lah masa tengah projek tu tuhan amik nyawa?dimana tempat kita di akhirat nanti?dah la si perempuan tu isteri orang...kalau ikutkan hukum hudud diorang ni sepatutnya kena rejam sampai mati dikhalayak ramai..sebab?untuk pengajaran kepada masyarakat lain bahawa besarnya dosa berzina..

sedarlah saudara saudari,setiap kelakuan kita saat ini,hari ini akan dihitung di akhirat kelak,tanpa ada satu kuman pun akan terlepas..tiada istilah kawan tolong kawan dah masa dalam mahkamah Allah nanti...bukan penjara setahun atau 3 tahun...tiada sebatan dah,yang ada hanya 2 pilihan...SYURGA atau NERAKA.

Sunday, December 25, 2011

Cermin mata kesayangan



Hajat dihati ni nak tukar spek mata,sebab spek yang aku pakai ni dah lama sangat dah tak bertukar,orang umah pun dah bising2 dah...katanya kalau xde duit dia boleh gantikan,bukan xnak tukar...tapi sayang sangat dengan spek ni...tapi selepas kejadian semalam kat kenduri kawin member aku,ada sorang member aku tegur...

Bila nak tukar spek bro?dah kuning dah cermin ko tu aku tengok...

Terkedu aku kejap bercampur dengan malu,wife aku plak senyum mengejek aku..memang sah la aku dah kena tukar spek ni...start aku pakai spek ni dari 2006 kot kalau tak silap sampai sekarang,jatuh dan bengkok tu dah biasa sangat tapi aku bawak ke kedai untuk betulkan balik...

Mungkin dah sampai masanya aku tukar ke wajah yang baru....

Friday, December 23, 2011

Aku dituduh



Aku ke JJ Maluri dengan wife dengan member wife aku sebab ada sale untuk JJ card member, masa aku masuk gate aku diberi tiket parking secara manual oleh budak yang jaga kat situ, sebabnya kereta terlalu banyak sampaikan mesin tu dah hang...

Lepas settle shoping aku ni gi letak barang2 dalam kereta dulu,masa yg sama jugak wife aku dgn kawan dia amik barisan untuk bayar tiket parking tu..dengan barisan yang panjang tu ada la dalam 15 minit berdiri baru la smp turn...masa masuk kan tiket tu mesin tu reject balik, dua kali wife aku cucuk tapi sama gak...akhirnya amik keputusan mgkin dah lewat tak payah la bayar...

Turun parking dengan kereta berderet2 aku pun smp kat gate kuar tu,aku masuk kan tiket tu mesin tu reject balik tiket aku tu...apehal plak ni?

Pompuan yang jaga kat mesin tu amik tiket aku, dia tngok tiket tu terus dia cakap aku tak bayar parking, benda yang sama jadi kat kereta yg satu lagi kat sebelah aku tu...dia pegi sana blh plak dia bukak gate bagi orang tu kuar,masa yg sama jugak dia boleh tengking aku dari jauh "ko pegi bayar sekarang!!!"

Terus menyirap darah ni...lps tu dia dtg balik kat aku ni,aku ckp gak elok2 dengan dia...

Saya dah bayar cik,sy dah masuk kan dalam mesin tu tapi dia reject...
Dia balas balik...

Aku tau ko belum bayar!
Aku yang jaga parking aku tau la ko dah bayar ke belum!
Lain kali kalau dah masuk rumah orang tu bayar!!
Dah la,jalan!!

Rasa macam nak turun je dari kereta, nak setel kat situ jugak...nasib baik la aku ni waras lagi,memikirkan kereta pun berderet2 nak tggu keluar...aku sabarkan diri aku,aku tekan minyak je, terus blah sambil tahan marah...wife aku pun x puas hati.

Bukan aku sorg yang xleh bayar,ramai lagi yg x blh nak bayar kat mesin tu...lepas ni kalau dia sedar pandai2 la nak cari aku mintak maaf ye.

Wednesday, December 21, 2011

Kelas dibatalkan





Hari ni Rabu,aku tak dapat nak ke gym waktu tengah hari lagi sehari...semalam dah pegi lawatan ke Rawang tu, hari ni plak kelas latihan dibatalkan last minit...semangat tengah membara ni, sifu plak mengulor ntah ke mana...macam mana badan aku nak beat dengan brader2 kat gym tu...


Nak pegi malam ni pun tak boleh,sebab tiket Mission Impossible : Ghost protocol dah tersedia untuk digunakan...kena bayar jugak la hari sabtu ngan ahad ni.


wordless wednesday









Allahu akbar!!!




Lawatan ke bengkel McGuyver Malaysia

Salam semua...

Semalam bersamaan 20.12.2011 aku join lawatan inovasi ke Rawang, tempat yang kitorg tuju tu Zull Design Autotronic.

aku masuk kan sikit latar belakang diorg...

Zull Design Autotronic mula beroperasi pada penghujung tahun 80-an. Nama ZULL” diinspirasikan daripada nama Pengarah Urusan Syarikat, Zulkifli Hj. Haron , seorang pereka cipta peralatan berteknologi di negara ini.
Beliau telah berjaya membina reputasi Zull Design Autotronic sebagai sebuah syarikat yang boleh merealiasasikan impian para pelanggan daripada pelbagai sektor melalui bidang penciptaan memandangkan sebelum ini, peralatan berteknologi didominasi oleh syarikat luar.
Peningkatan kepercayaan serta kesedaran pengguna dan organisasi masyarakat Malaysia mengenai kos masa kini juga menyumbang kepada perkembangan syarikat kerana semakin banyak organisasi mula memberi perhatian serius ke arah penjimatan tersebut dan menjadikan Zull Design Autotronic sebagai satu pemangkin.
Penglibatan Zull Design Autotronic dalam bidang rekacipta juga mendapat liputan meluas dan menjadi sasaran media serta mendapat restu daripada Kerajaan Pusat dan Negeri. Galakan dan insentif daripada kerajaan telah membangkitkan semangat dan memberikan nafas baru kepada Zull Design Autotronic untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia bukan hanya sekadar pengguna tetapi mencipta peralatan yang setaraf dengan teknologi luar dan tidak semata-mata bergantung kepada mereka.
Zull Design Autotronic , kami menawarkan perkhidmatan
  • Rekaan mesin atau alat mengikut spesifikasi yang di tentukan oleh pelanggan .
  • Membaik pulih peralatan berteknologi seperti sistem robotik atau mengubahsuai mesin import yang tidak efisyen .
  • Kerja menaik taraf projek –projek khas
  • Khidmat nasihat , Kursus dan latihan .
  • Ternakan ikan air masin di dalam tangki fiber yang menggunakan “Sistem Oceantronic”.
Atas dasar itulah, maka Zull Design Autotronic menjuruskan perniagaan dalam bidang penciptaan memandangkan penerokaan ini memberikan makna simbolik kepada hasrat kerajaan.
Di Zull Design Autotronic, kami percaya kreativiti anak tempatan adalah setanding dengan masyarakat barat malahan kadangkala melebihi ‘standard’ pemikiran mereka. Sokongan masyarakat Malaysia bakal menyaksikan produk tempatan boleh berdiri sama tinggi dan boleh dibanggakan.
 Bahagian depan pejabat beliau




Bengkel beliau


Tuan punya bengkel Encik Zul

antara ciptaan bengkel beliau
penoreh getah automatik

pembuat roti jala


pembuka buah durian



pembuat rempeyek

pengering kulit lembu

Monday, December 19, 2011

Hilang keperimanusiaan

KUCHING: Masa depan seorang remaja perempuan punah angkara seorang wanita yang juga bekas rakan sekampungnya apabila dia bukan saja diperdaya, malah turut disuntik dadah dipercayai syabu sebelum dipaksa memuaskan nafsu lima lelaki di dua hotel berasingan di bandar raya ini sejak Rabu lalu.
Episod hitam gadis berusia 16 tahun dari Batu Kawa itu bermula Rabu lalu apabila dia ditawar wanita berusia 29 tahun itu bekerja sebagai penjual buah bagi mendapatkan pendapatan sampingan sempena cuti sekolah.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu tanpa sebarang syak wasangka terus bersetuju mengikut wanita berkenaan, namun sebaik tiba di sebuah hotel di bandar raya ini, dia disuntik dengan dadah. Menurut sumber, mangsa disuntik sebanyak tiga kali sepanjang berada di dua hotel berasingan sebelum dilacurkan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek membawanya membeli barang di sebuah pasar raya di Bandar Baru Batu Kawa, jam 11 pagi, Jumaat lalu.

“Mangsa mengambil kesempatan ketika suspek sibuk membeli barang melarikan diri dan pulang ke rumahnya. Pada masa sama, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis pada hari sama.

“Pada petang keesokan hari, mangsa ditemani ibunya sekali lagi membuat laporan polis selepas didatangi suspek yang mengugut mengasarinya jika enggan mengikut arahan,” katanya.

Sumber itu berkata, susulan laporan itu, polis melancarkan gerakan sebelum menahan suspek di rumahnya di Stutong kelmarin untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, siasatan awal mendapati suspek menyuntik mangsa dengan sejenis dadah sebelum dipaksa melayan lelaki. Katanya, mangsa turut mendedahkan bahawa dia seterusnya diarahkan berpindah ke sebuah lagi hotel sebelum disuntik dengan dadah jenis sama menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar .
“Susulan kejadian itu, suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa kepada hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber : Mymetro

## Dengan jiran pun nak buat jahat?? semangat kejiranan yang dipupuk oleh banyak pihak disalah gunakan...bukan semangat begini yang kita nak  terapkan pada golongan muda mudi...pelik.

Isi blog



Aku masih lagi belajar untuk mencari 'genre' blog aku ni...

aku masih mentah dalam dunia ni...tak sampai setahun pun lagi,banyak yang aku kena tnya dengan orang2 lama...

inti pati blog...apa yg sesuai untuk aku masukkan dalam blog ni..

kalau nak cepat naik,org kata baik amik cite2 artis yang banyk kontroversi...tak pun pasal politik sekarang yang tengah meletup2,dah nak pilihanraya katanya...

selain tu???....masih perlukan masa,bukan nak cepat ke mana pun kan...relaks.

Pelajar UNISEL bunuh diri

KUALA SELANGOR: Tanda tanya seorang pelajar tercium bau busuk yang disangkakan tandas asrama rosak akhirnya membongkar kepada penemuan mayat lelaki tergantung di kipas siling dipercayai bunuh diri di Universiti Industri Selangor (Unisel) Bestari Jaya, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.20 malam di asrama lelaki universiti itu, pelajar lelaki berusia 19 tahun, V Rammath Naidu, ditemui tergantung di kipas siling menggunakan selimut dengan hanya memakai tuala mandi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, sebelum itu seorang pelajar yang baru melapor diri dan tinggal di bilik bersebelahan mayat berkenaan ditemui, curiga dengan bau busuk.
“Pelajar itu baru saja melapor diri pada Jumaat lalu. Pada mulanya dia tidak menghiraukan bau busuk kerana menyangka tandas asrama rosak.

“Bagaimanapun, kelmarin dia yang sudah tak tahan lagi dengan bau itu meminta bantuan rakan lain untuk menolak pintu bilik sebelahnya yang tertutup sebelum terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang sudah berbau dalam keadaan tergantung di kipas siling.

“Ketika ditemui mayat berkenaan tergantung menggunakan selimut dan hanya memakai tuala. Pelajar yang menemui mayat itu kemudian melaporkan kejadian kepada universiti itu sebelum kes dilapor kepada polis,” katanya.

Mohd Asri berkata, motif kejadian masih disiasat tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkaitan putus cinta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelajar yang ditemui tergantung itu dipercayai sudah mati sejak empat hari lalu kerana baru saja melapor diri pada Rabu lalu. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya yang bergegas dari Sungai Petani, Kedah pagi tadi (semalam) sejurus menerima berita itu.
“Setakat ini polis mendapati tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-32891222 untuk membantu siasatan.
 
 Sumber : Mymetro

## Bagi orang Islam, bunuh diri itu hukumnya haram!!! jangan sesekali terpikir atau terniat nak buat benda2 macam tu...serius ni.
 

Kasut bertemu tuan

KUALA TERENGGANU: Akibat silap percaturan, seorang buruh berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda selepas mengaku bersalah menjual kasut jenama Rorine berwarna coklat yang dicurinya kepada pemilik asal kasut berkenaan di Stesen Bas Kuala Dungun, Dungun, kelmarin.
Tertuduh, Samsu @ Shamsudin Musa, 41, berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun yang berpakaian baju lokap ungu mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut fakta kes, kira-kira jam 10.15 pagi pada 17 Disember lalu di Stesen Bas Kuala Dungun, seorang pemandu bas pelancong meninggalkan kasut jenama Rorine berwarna coklat miliknya di dalam bas dan memakai selipar untuk ke tandas.

Ketika dalam perjalanan kembali ke bas, pengadu terserempak dengan suspek yang bersahaja menawarkan untuk menjual kasut curi kepadanya.

Bagaimanapun, mangsa dapat mengecam kasut itu adalah miliknya yang ditinggalkan di dalam bas berkenaan. Pengadu kemudian membawa suspek menaiki bas dan mendapati kasutnya lesap.

Selepas disoal siasat, suspek mengaku mencuri kasut itu daripada mangsa dan dia diserahkan kepada polis. Abdul Hayyi menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk jatuh hukum di Mahkamah Majistret Dungun dan tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Sumber : Mymetro

## Jarang benda macam  ni boleh jadi, kalau la ada orang bawak balik beg pack aku skali dengan isi dalam nya dan jual kat aku balik memang nahas la...handphone aku jugak,grrr...

Jumpa walaupun dalam loji

GOMBAK: Satu mayat lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila seluruh bahagian badan sudah dimakan haiwan dan reput selain berbau busuk berhampiran loji kumbahan di Fasa 4 Bandar Country Homes, Rawang, di sini semalam.
Difahamkan, mayat lelaki berusia 40-an itu dipercayai dicampak ke dalam loji kumbahan berkenaan berdasarkan keadaan mayat itu dalam keadaan tertiarap.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai yang terkejut sebaik menemui satu tengkorak manusia dan sebahagian badan reput jam 12 tengah hari.
Sebaik menerima maklumat itu, sepasukan polis dan unit forensik dihantar ke tempat penemuan untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan kita percaya mayat lelaki itu rakyat tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG. Mayat terbabit dipercayai di dalam air lebih kurang lima hari,” katanya.

Sumber : Mymetro

## Sejuah mana pun,sedalam mana pun kesalahan tu kita sembunyikan belum tentu ianya akan hilang dari pandangan...lebih2 lagi dari Maha Melihat. kesalahan tetap salah dan ianya akan terbuka jugak akhirnya.

Bernafas dalam lumpur

KUCHING: Dua sahabat terselamat walaupun terbenam selama setengah jam dalam lumpur akibat ditindih sebuah kereta yang merempuh mereka dalam kejadian di Batu 4, Jalan Penrissen di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 17 dan 21 tahun itu terselamat apabila motosikal dinaiki dirempuh kereta yang dipandu seorang wanita menyebabkan mereka terpelanting ke dalam longkang sebelum ditindih kenderaan berkenaan.

Menurut pemandu kereta berusia 37 tahun itu, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke rumah seorang rakan di kawasan berkenaan sebelum merempuh motosikal mangsa ketika hendak membuat pusingan di Jalan Datuk Tawi Sli.
“Saya tidak menyedari terdapat sebuah motosikal di sebelah kereta saya ketika membuat pusingan untuk patah balik ke Batu 4, menyebabkan saya tidak sempat menekan brek dan merempuh mereka,” katanya.

Katanya, akibat gagal mengawal kenderaannya selepas rempuhan itu, keretanya terbabas ke dalam longkang di tepi jalan dan pada masa sama juga dua pemuda yang menunggang motosikal berkenaan terperangkap di bawah kereta.

“Saya terkejut apabila mendapati kedua-dua mangsa terbaring dalam longkang dan ditindih kereta saya. Mujur longkang itu kering, namun berlumpur dan mangsa dikeluarkan dengan bantuan bomba dan penyelamat.

“Bagaimanapun mereka terpaksa menunggu selama kira-kira setengah jam sebelum dapat dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya.

Difahamkan, seorang daripada lelaki berkenaan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun dilaporkan dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi mengalami luka di badan dan menerima rawatan di wad biasa HUS.

Sumber : Mymetro

## Dah macam lagu wings dah...terbaik dari ladang,tapi umtuk mangsa kita doakan semoga segera sembuh..

Pengaruh drama melayu

KUALA LUMPUR: Pak cik setan. Itu gelaran yang layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 40-an yang bukan sahaja sanggup memaksa anak saudaranya untuk melayan nafsu buas rakannya malah lelaki itu sanggup mencabul wanita berusia 26 tahun itu dalam kejadian di Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa baru pulang dari kerja dan ketika itu, bapa saudaranya yang menganggur keseorangan di rumahnya.

Beliau berkata, seperti biasa, mangsa melakukan rutin hariannya iaitu membersihkan rumah dan dengan tiba-tiba lelaki itu membawa sebatang batang besi lalu menerkam mangsa.
“Lelaki itu memaksa mangsa untuk melayan nafsu rakannya untuk melunaskan hutangnya namun mangsa enggan menurut kehendak bapa saudaranya itu.

“Akibat berang dengan tindakan mangsa, dia dibelasah dengan batang besi sehingga dia mengalami kecederaan di kepala, bibir, tangan dan kaki.

“Mangsa turut diugut bunuh jika berani melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa nekad melarikan diri ketika bapa saudaranya itu ke tandas dan membuat laporan polis di Balai Polis Pantai.


## Sejauh mana kesedaran kita sebagai masyarakat??? tayangan yang diterbitkan dalam televisyen adalah berniat untuk memberi kesedaran kepada kita tapi sebaliknya yang berlaku....semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari perkara sebegini..takda siapa pon nak benda mcm ni jadi.

Agenda cemarkan imej Islam

NILAI: “Saya percaya tindakan bekas pelajar perubatan tajaan Petronas itu memakai baju Melayu lengkap dengan samping dan tengkolok ada kaitan dengan pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini,” kata Pengerusi Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju, mengulas mengenai penyebaran gambar seorang lelaki Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland yang disiarkan dalam sebuah laman web gay.

Sumber : Mymetro

Dah terhantuk baru nak mengadah

MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20 tahun itu sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya.

Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.


Menurutnya, panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai meninggalkan wanita berkenaan.

## Pada firasat aku la kan...kenapa nak kena ikut ke hotel kalau tak nak dirogol? kalau orang nak rogol kat mana2 pon boleh...dah tau niat silelaki tu bawak ke hotel bajet tu untuk apa tapi nak diturutkan jugak...nasik dah jadik bubur,nak cari laki tu balik? silakan kalau dia nak mengaku...

Ilmu songlap kereta orang




Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan nasik...ungkapan orang-orang lama kita dulu. setahu aku itu untuk perbuatan2 baik...kalau nak yg tak baiknya..

bapak borek anak rintik...betul?
tak pun bapak kencing berdiri anak kencing berlari...kalau salah tolong betulkan ye.

Anak tu umpama kain putih sewaktu dilahirkan, ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk membentuk peribadi anak tersebut, kalau baik..maka baik la anak tersebut,kalau tak...nauzubillah.

Tanggungjawab yang diberikan untuk menjadi ibu dan bapa kepada anak adalah suatu amanah yang diserahkan kepada kita oleh Allah. sejauh mana kita dapat pegang amanah tersebut amat penting, sebab semuanya akan dihitung di hari pengiraan kelak.

Friday, December 16, 2011

Minat tu penting


Bukan senang kita nak dapatkan apa yang kita suka...betul?

Tiap2 hari pegi gym pun belum tentu badan boleh jadi macam Aaron Aziz atau Brader Gym ,tapi sebab minat semua tu tak jadi halangan...

Niat dihati tu penting, sama macam blogging gak...walaupun takde orang baca entry aku ni,aku tetap post..sebab? minat la..kalau tak minat memang tak wujud blog ni... mana2 blogger yang senasib dengan aku,teruskan perjuangan ye...bkn sekarang yg nak dikira,nnt 3 ke 4 tahun baru rasa penangan berblogging ni.

Tajuk entri



Bukan senang nak letak tajuk untuk sesebuah entri...jenuh aku duk pikir,tak tau nak letak tajuk apa...sebab tajuk ni main peranan gak untuk naik kan trafic blog kita...

tapi,aku tengok otai yang sorang ni selamba je letak tajuk entri dia...macam2 tajuk dia letak,tapi ramai je orang bacakan...bila la agak2 nya aku nak jadi mcm beliau nih..

aku petik balik kata2 beliau pada aku ni..." kalau nak berblog jangan kerana suka2 atau ikut orang atau sebab duit,sbb tak kan lama..kalau sebab minat untuk menulis, insyaallah akan bertahan..."

aku simpan kata2 tu...

Wednesday, December 14, 2011

Hantu Asrama

Aku mula masuk asrama masa form 1,sekolah aku kat area Sungkai,Perak.

Malam tu macam biasa la lepas solat isyak semua pelajar asrama diwajibkan untuk ulang kaji pelajaran,padahal tak buat pun sebenarnya, kebanyakan nya menyembang je. Aku and the geng amik port kat area kantin,kat situ memang port student laki ulang kaji waktu malam.

Sambil-sambil baca buku yang aku bawak tu,kitorang ni menyembang la...antara perbualan kitorang.

Azam : Pis, malam ni ko tido kat dorm aku nak?
Aku : Okey, no problem la..
Azam : Ko jangan tak datang plak pasni..
Aku : Alaa..nanti aku datang la..

Sesi ulang kaji tamat pukul 11 malam,aku ni plak rasa mengantuk yang teramat sangat...bunyi je loceng habis sesi tu terus aku masuk dorm aku,dengan mengantuknya aku terus je baring kat katil aku..katil aku tu betul-betul sebelah dengan pintu.

Ntah berapa lama aku telelap,aku pun tak tau...sedar-sedar je semua budak dalam dorm aku dah tido,lampu pun dah padam..aku pun teringat la pasal nak pegi lepak kat dorm member aku tu,bukak je pintu dorm...sunyi,sorang pun dah takde,semua tido...yang ada angin je.

Aku pun terus masuk balik,tutup pintu...aku pun baring, langsung tak pikir pape ni,tiba-tiba...ntah apa yang datang aku pun tak tau,dinding simen dari hujung dorm aku sampai la ke hujung dorm sebelah bergegar...kuat gila!!! pintu yang kat sebelah katil aku tu bergegar macam nak tercabut!!! mangga yang tergantung kat ensel tu macam nak patah!!! macam ada orang ketuk dengan batang kayu pun ada,tapi takde orang...kejap tu bunyi tu pegi dan balik dari hujung dorm ke hujung dorm jaraknya macam 3 bijik kelas. Lepas bunyi dari hujung sana,gegaran tu patah balik...aduhai...semput aku.

dah la tingkap dorm aku tu jenis takde cermin...muka aku plak menghadap ke cermin,nampak keluar plak tu..

Aku tekup kepala aku dengan bantal,badan aku pun dah masuk dalam selimut...bunyi tu datang lagi,takde sorg pun yang sedar...aku sorang je yang menggigil..ulang alik gegaran tu...nak bangun pun tak berani,sampai aku tak tahan sangat,aku gagahkan jugak la...aku lompat pegi katil sebelah,menyelit kat belakang member aku,tu pun dia tak sedar...aku menyorok kat situ

Sambil tu macam-macam ayat quran aku baca,dalam 15 minit agaknya,aku tak pakai jam lasa tu..baru la bunyi tu hilang. Aku kejut member aku masa tu baru dia sedar...dia tanya pulak kat aku kenapa aku boleh ada kat sebelah dia...aduhai...tak kan aku nak cerita masa tu jugak kan?lebih baik aku tido...


Tuesday, December 13, 2011

Larian Kitar semula





5 Blog Pilihanku 2011







sebab apo den pilih 3 belog yg kat atas tu sebab nyo diorg tu semuo nyo kawan den,diorg2 tu la yg konal kan kat den apo bondonyo belog ni,untuk apo buek belog dan sebagainyo..ajar segalo bondo nyo lah.


yg sorg ni den hormat dio pasal dio ni memang otai la...den dah penah dah jumpo dgn dio ni,dio ni sempoi dan pandai sembang,den jumpo dio dekat Gym KBS Putrajaya sebab tu den panggil dio brader gym.


walaupun den panggil dio ni adik tapi sebenarnyo dio lae lamo dalam dunio belog ni,den selalu masuk belog dio ni untuk tambah ilmu untuk menaik tarafkan belog den.

Friday, December 9, 2011

BlackBerry Bold, Curve model baru

Pengeluar telefon pintar Blackberry, Research In Motion (RIM), memperkenalkan model telefon pintar terbaharunya, BlackBerry Bold 9790 dan BlackBerry Curve 9380 di pasaran tempatan.

BlackBerry Bold 9790 menampilkan beberapa penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya, seperti sistem operasi BlackBerry 7 yang menggunakan cip pemprosesan 1 gigahertz yang menawarkan operasi lebih licin dan pantas untuk melayari laman web dan pelbagai aplikasi lain.

BlackBerry Curve 9380 pula hadir dengan skrin sesentuh 3.2 inci (8.1 sentimeter) dan integrasi ke dalam laman rangkaian sosial seperti BlackBerry Messenger, Facebook dan Twitter.

Naib Presiden RIM Indochina, Nick Harton berkata, pihaknya berbesar hati untuk melancarkan kedua-dua telefon pintar terbaharu itu di pasaran tempatan.

“BlackBerry Bold 9790 dan BlackBerry Curve 9380 menawarkan reka bentuk yang nipis dan bergaya dengan ciri-ciri perhubungan sosial, komunikasi dan multimedia yang telah dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kedua-dua model terbaharu itu boleh mula didapati di pasaran pada harga RM1,488 untuk BlackBerry Bold dan BlackBerry Curve pula ialah RM1,166 seunit.


Kajian CUEPACS


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendakwa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya membuatkan jurang tangga gaji kakitangan antara pekerja atasan dan bawahan lebih luas

"Buat masa ini, kami berpendapat ia akan meluaskan jurang antara kakitangan apabila pengurusan tertinggi menerima kenaikan sehingga 40 peratus manakala sokongan pelaksanaan kenaikan itu bermula 10 peratus.

 "Pengurusan profesional ini, gaji mereka sudahlah tinggi ditambah lagi dengan kenaikan yang banyak, jurang itu semakin ketara,"

Yang kaya makin kaya,yang duk kat bawah ni cukup-cukup makan...lepas ni komfem semua barang naik harga..apa plak perancangan untuk kawal kenaikan harga barang dalam pasaran???

Sepatutnya peratusan untuk pegawai sokongan pelaksana yang kena tinggi,negara dah makin maju tapi pekerja-pekerja kerajaan tak berapa nak maju kalau nak dibandingkan dengan pekerja swasta kat luar sana..sekadar pendapat.

Pilih SPBA atau SSM





Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

 "Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri,"

 penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji 7% hingga 13% mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.


Syarat mohon BR1M






  1. mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah. 
  2. seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah
    •  merangkumi individu yang berkahwin
    •  ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
    •  bujang yang mempunyai tanggungan
    •  warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara
  3.  pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012. 
  4.  Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di:
    •  Jabatan Pembangunan Persekutuan
    •  Jabatan Penerangan Malaysia
    •  Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    •  Akhbar
  5. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada:
    • Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, 
    • Jabatan Penerangan, 
    • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM
  6. permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

Wednesday, December 7, 2011

Disiplin

Manusia kalau hidup kat dunia tanpa undang2 sama macam binatang

Asas untuk kita ni patuh pada undang2 ni senang je..tak kira la undang2 apa sekali pun,sebab masa kecik kat rumah mak ayah dah selalu pesan kat sekolah pun cikgu dah ajar...

DISIPLIN!

contoh 1: kalau kat sekolah cikgu ajar murid2 untuk beratur sebelum masuk ke kelas,tak boleh potong sesuka hati melainkan ada sebab2 tertentu.
kesannya: kita tau apa pentingnya untuk beratur,misalnya dengan suasana jalan sesak kalau kita takde disiplin,dengan suka hatinya kita masuk line orang dengan tak bagi signal,kalau jadi kemalangan salah kan orang lain...kalau ada disiplin kita tau apa kepentingan lampu signal tu,kalau nak tukar lorong kita akan bagi dulu signal...betul?kemalangan tak jadi...orang tak marah..kita pun senang.

contoh 2: mak ayah selalu marah kalau rumah bersepah,mak suruh kemas bilik,katil,ayah pulak suruh kemas belakang rumah.
kesannya: rumah kita kemas,meja kat ofis bersih,persekitaran rumah pun bersih..kita pun sihat.

*kat gym pun sama,kalau boleh lepas angkat dumbell atau barbell plate tu susun la balik ke tempat yang disediakan,senang kita senang jugak untuk orang lain.




Skim Gaji baru

Salam semua...
Pagi tadi satu ofis aku kecoh sebab ada taklimat penerangan pasal skim gaji baru untuk semua penjawat awam dalam Malaysia ni.bukan kitorang je yang tunggu,aku rasa semua penjawat awam tunggukan berita ni

Masa sarapan pagi tadi masing2 dah start buat tanggapan sendiri,setiap orang ada hujah masing2...mmg dah macam dalam Dewan Rakyat dah,tapi suasana tu memang dah biasa dah,bagi aku waktu sarapan ni tempat untuk kitorg berkongsi macam2 topik,isu2 panas memang semua dibincangkan kat meja makan.

pukul 11 semua naik ke dewan serbaguna,masa aku sampai tu dewan tu dah penuh macam ada show jom heboh je..semua bersemangat nak dengar penerangan daripada pegawai yang bertanggungjawab,tunggu punya tunggu dengar la taklimat dan penerangan...langsung xde plak diorang cakap berapa kenaikan gaji baru tu,yang diorg duk membebel tu pasal dasar2 skim baru...aduh...dengan telelap bagai,sampai ke sudah xde sebut..

sebenarnya memang penting pun apa yang diorang nak sampaikan tu,dasar2,syarat2,macam2 lagi la...tapi buat masa ni kitorg nak dengar pasal gaji je..yang lain boleh baca dalam pekeliling nanti..



Gaji penjawat awam 2012

Sunday, December 4, 2011

Urut Mengarut




KUALA LUMPUR: Mereka menggelarkan diri sebagai pasangan yang pakar urut urat tradisional selain mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin lelaki atau wanita, namun proses dan kos rawatan sungguh mengejutkan apabila ia didapati tidak masuk akal.


“Sebenarnya, ketika proses urutan lagi, saya mula sangsi apabila tukang urut mengurut sambil merokok serta menghembuskan asap ke badan isteri dengan membaca mantera pelik yang sukar difahami.


Pada pendapat aku,nak menyembuhkan orang dari penyakit2 batin bukan nya senang...tak semua orang yang mengubat orang tu menjadi ubatnya tanpa ada keizinan dari Allah.Hanya orang2 tertentu je yang diberikan kelebihan ini,antaranya ialah orang2 yang alim dan orang yang  menjaga amalan serta hubungannya dengan Maha Pencipta.

zaman sekarang ni berapa kerat sangat orang alim?kebanyakan manusia sekarang dah lalai dengan arus kemodenan yang canggih ni...kenapa perlu nak percaya benda2 macam ni?tak salah kalau nak percaya tapi cari la tempat yang betul2 mengamalkan ilmu agama iaitu Islam sebagai asas untuk menyembuhkan penyakit2 batin ni...contohnya Darul Syifa',banyak cawangan kat dalam Malaysia ni...mereka ni mengamalkan ayat2 al-quran je,dibacakan kedalam air minuman...tak pelik kan?takde pulak nak kena hembus2 asap rokok..bayaran pun seikhlas hati pesakit,rawatan fizikal pun boleh...cari yang putih bukan yang hitam ilmunya.

Sebab duit orang sanggup menipu,kerana duit orang sanggup berbunuh,kerana duit orang bergaduh,caci,maki hamun menjadi mainan di bibir dan kerana duit jugalah keluarga porak peranda dan adik beradik boleh putus hubungan.

Saturday, December 3, 2011

Manusia Gila



 Ini ke yang orang katakan manusia alaf baru?baru dengar anak menangis dah menggila mcm lembu gila...lembu pun tau sayang anak,sepatutnya tak payah jd bapak lagi bagus...manusia macam ni memang tak tau nak  bersyukur,tak reti nak menghargai dengan anugerah yang Allah dah bagi...masa dah ditarik balik anugerah tu baru la nak memekik telolong menangis mintak ampun..masa tu nasik dah jadi bubur,ape pon dah tak boleh dah...

Friday, December 2, 2011

Persidangan Pembantu Akauntan


Barisan penyanyi koir Perbakti



Sewaktu menyanyikan lagu



Tetamu VIP





MC Makan malam


Meja yg kitorg book awal2


Sesi permainan bersama peserta





Makan tengah hari




Persidangan Pembantu Akauntan anjuran PERBAKTI kali ke-4 ni berlangsung kat Hotel Grand River View,Kota Bharu Kelantan..selama 3 hari bermula 23.11.2011 sampai 25.11.2011.Seramai 650 orang telah hadir.

Azam tahun baru





Sumber : Harian Metro

 Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Pada aku ini adalah salah satu azam tahun baru,yang bagus nya untuk tahun baru Islam..berubah dari yang sedia ada kepada yang lebih baik.Kita yang memegang watak sebagai masyarakat yg mungkin akan bergaul dengan mereka2 seperti yang diatas haruslah memberi peluang kepada mereka,berikan dorongan dan kata2 semangat jangan kita ulit mereka dengan sindiran,hinaan dan sebagainya kerana apa yang kita buat atas dunia yang sementara ini akan dihitung tanpa ada tertinggal satu pun dihadapanNya nanti.