Pages

Sunday, August 24, 2014

Open house dirumah bos

Memandangkan minggu ni minggu terakhir bulan syawal jadi ramai la kawan2 jemput untuk ke open house diorg. 

Minggu ni dapat peluang bertandang ke rumah bos. Merasa la lontong jawa buatan air tangan bos ditambah pulak dengan potluck yang kitorang bawak.


Ahli kitorang ni takde la ramai sangat,so kecik2 je la buat.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan perut aku pun makin boroi. Terima kasih bos sebab jemput kitorang kerumah.

Friday, August 22, 2014

WWE Live 2014 di Kuala Lumpur

Terus terang aku cakap aku memang peminat tegar wrestling. Aku kenal sukan pukul orang ni sejak dari aku kecik lagi, sape yang ajar? My father yang ajar aku tengok dan sampai ke hari ni aku minat. Biar lantak la orang cakap diorang ni menipu ke ape ke aku tetap minat. Diorang ni memang dah di train sampai jadi tahap profesional baru masuk tv.

Kalau nak cerita generasi diorang ni memang panjang. Dari zaman CWC, WWWF kepada WWF dan sekarang masih kekal WWE sejak dari tahun 2002. Korang boleh baca sejarahnya kat link ni WWE history.

Masa aku kecik dulu kalau tengok diorang berlawan sampai kena menyorok belakang bantal. Bapak aku pulak sampaikan tahap sewa video tape untuk tengok kalau ada perlawanan baru. Dulu mana ada jual CD lagi. Tokei2 cina pon belum sempat pikir lagi nak buat cetak rompak zaman tu.

Lagi satu, diorang ni memang buat road tour seluruh dunia. Dan tahun ni Malaysia menjadi salah satu destinasi diorang. Bulan Oktober ni WWE akan berlangsung live kat Bukit Jalil. Korang boleh check detail kat sini.





Kalau nak ikutkan harga tu jawabnya aku tggu astro je la punya live. Tapi tak tau la kalau aku bagitau bapak aku dan dia nak belanja aku..hehe


Thursday, August 21, 2014

Mamai

Memulakan hari yang indah memerlukan hati yang tabah untuk sentiasa kekal ceria dan gembira. Sedikit kesilapan yang berpunca dari diri sendiri atau orang sekeliling mampu merosakkan keindahan hari yang bakal di lalui.

Untuk mengharapkan masyarakat memahami apa yang terpendam dalam isi hati kita memang mustahil melainkan dengan luahan dari tutur kata samaada baik atau kesat. Dan untuk menjaga perasaan orang lain adalah tidak mustahil kerana kita dikurniakan akal fikiran untuk menilai dan menimbang yang mana sepatutnya atau tidak dilakukan.

Setiap ciptaan dan anugerah kepada makhluk adalah amanah dari yang maha kuasa. Setiap makhluk yang ingin mengambil amanah makhluk lain dengan niat untuk meminjam mereka perlu meminta izin terlebih dahulu atau mereka akan digelar sebagai zalim.

Lintas langsung dari kepala aku yang tengah mamai sebab terlelap kat meja ofis. Entah ape yang lalu aku pun tak tau..main taip je. Semalam pegi tengok wayang cerita Into the Storm. Memang real dan dahsyat.