Pages

Wednesday, March 23, 2011

Jalan-jalan Cari makan

Kali ni aku nak cite pasal aku jalan-jalan kat kedah mencari makanan yang dah lama aku teringin nak makan.

So pagi jumaat yang indah aku berada di rumah member aku Din di Naka,pagi tu mak dia sedikan nasik lemak lauk sambal ikan kembung yang memang best tahap gila,pagi tu aku makan tambah 2 pinggan,lepas sarapan kitorg lepak jap n dalam area pukul 11 pagi kitorg bertolak kuar dari rumah menuju ke bandar Alor setar.

First sekali aku buat mase sampai kat bandaq tu aku basuh keta masuk washing mesine,bayaran rm4 je sekali polish tayar rm5.Lepas tu kami ke menara Loq setaq yang ketinggiannya mencecah beratus-ratus meter dari paras bumi,agak gayat la sebab lifnya lif cermin,lepas lepak-lepak atas menara tu kami pon bergegas ke Masjid Al-Bukhori yang terletak kat tengah-tengah bandar tu jugak dan apa yang menariknya disekeliling masjid tu disediakan rumah anak yatim dan rumah orang-orang tua.

Lepas tunaikan kewajipan sebagai umat islam kat masjid kitorg gerak ke Pumpong amik adik ipar aku sebab dia pon nak join kitorg sebab kitorg nak ke Pusat Sains Bahagian Utara yang terletak berdekatan dengan Gunung Keriang,lepas amik adik ipar aku tu kitorg terus menuju ke sana,tp malangnya tempat tu tutup pulak setiap hari Jumaat,jadi terus la lajak je Muzium Padi,masuk tu bayar rm3 je kalau bawak kemera diorg cas rm2 untuk 1 kamera.

Lepas puas bergambar dalam muzium kitorg singgah makan gulai kawah di gerai D C Nee Restoran ada 7 kawah.Makan 4orang baru rm20 sekali dengan air,murah tak?hahaha..masa tu hujan lebat mencurah-curah dengan kilatnya lagi membantutkan rancangan asal,so terpaksa la tukar ke plan B iaitu ke tempat yang berbumbung,destinasi yang dituju Alor Setar Mall kat sane takde buat pape just round-round je,lepak kat kerusi urut yang masuk duit tu rm1 untuk 3 minit,hujan reda kami meneruskan perjalanan,kali ni member lagi sorang join iaitu Ali,so 2 bijik kereta la jalan-jalan cari makan ni.

Destinasi kali ni Kuala Kedah untuk makan laksa utara,tak nak jalan jauh kitorg masuk kat Laksa Din Teluk Kechai,orang ramai gila walaupun hujan masih lagi renyai-renyai.Aku ape lagi bedal la laksa utara yang dah lama aku idamkan,bini aku pulak makan laksam je kuah lemak.Lepas makan kat situ kitorng terus ke Marina Bay ingatkan pagarnya bukak boleh masuk nak bergambar tapi tak jadi sebab tutup.Lepak amik angin pantai sampai senja.Kitorg gerak lagi.

Kali ni pegi solat maghrid kat Masjid Zahir yang terletak betul-betul depan Dataran Alor Setar,lepas solat kitorg lepak kat dataran tu sambil bergambar dengan pokok-pokok yang ala-ala I-City Shah Alam sambil mandi hujan renyai-renyai,dah puas bergambar perut lapar n kitorg mencari tempat makan pulak,kali ni char kuey tiaw.

Kali ni Char kuey tiaw Ghani kat bandar alor setar,makan tu tambah pulak dengan sate h roti tisu minum pulak milo panas,memang kena sngat-sangat la.Lepas makan perut dah kenyang terus berangkat nak balik,hantar adik ipar ke Pumpong balik n kami terus la balik ke Naka,sesampai kat rumah tak sempat mandi aku dah lena.

Memang best jalan-jalan cari makan ni,patut la Maria Tengku Sabri amik rancangan tu kan,lepas tu Serina Chef Wan plak sambung,lepas ni kalau takde sape nak jadi host panggil je aku,sure aku nak..hahaha.




Tuesday, March 22, 2011

Trip ke Kedah

Minggu lepas,aku ke Kedah bersama wife untuk menghadiri kenduri kawan baik aku di Kampung Telaga Emas,Pokok Sena. Memang best la majlis diorg sebab hidangan utama majlis tu ayam golek panas-panas yang digolekkan segera kat situ jugak siap masak terus kerat dah macam kat bazar ramadhan dah aku rasa,ayam sebanyak 360 ekor disediakan,aku dah tak larat nak makan,yang ke-2 nya lauk udang yang aku tak tau la berapa ratus kilogram diorg beli,suasana memang meriah yang teramat sngat ditambah pulak dengan kehadiran pengantin dengan naik kereta alphard bersma ahli keluarga pengantin perempuan.

Lepas tu aku ke kenduri seorg kawan kepada member baik aku ni kat area pekan pokok sena,kali ni kenduri dibuat 2 pasang pengantin iaitu adik dan abangnya sekali,yang si adik ni bilal kat masjid besi,putrajaya.Yang bestnya kali ni diorg punya kenduri macam ala-ala gerai,ada bahagian yang dibahagi-bahagikan ada bahagian untuk nasik dan lauk je,1 bahagian lagi bihun sup je,1 bahagian pulak untuk pisang goreng je dan last sekali bahagian teh tatik,teh ais dan air sejuk..memandangkan cuaca agak panas hari tu aku banyak minum air je dari makan.

Petang tu aku balik umah Din di Naka,lepak-lepak n petang tu hujan lepas tu malamnya pulak umi member aku tu ajak pegi diner kat luar,makan sate la pulak...kekenyangan tahap gaban.




Monday, March 7, 2011

Menang emas






Emas sekarang ni dah makin dikenali,sebab tu la mister potato merupakan syarikat pertama yang telah mengambil langkah ini,bagi aku ini satu pendekatan yang tersangat-sangat la bagus untuk rakyat Malaysia yang kurang tahu adanya emas..kalau sape yang menang tu dapat emas tu,mmg beruntung la dia sebab free-free je dapat emas jongkong tu,dah tu plak simpan la lame-lame,sebab emas ni makin lama makin beharga.

macam yang aku dah buat dalam masa tak sampai pun sebulan emas dah naik harga dari 157.20/gram kepada 160.60/gram,cuba bayangkan kalau aku simpan setahun?10 tahun?20 tahun?kalau ada rezeki lebih lagi memang aku plan nak beli emas je banyak-banyak,untuk anak cucu aku nanti jugak.

So,kawan-kawan emas ni menjamin kekayaan mase depan dan tak ada siapa-siapa yang boleh nafikan fakta ni.

Ada satu cerita, 2 orang bergelar jutawan duduk dalam sebuah kampung yang jutawan A ni ada duit sejuta yang jutawan B ni plak ada emas bernilai sejuta,masing-masing nak simpan sendiri sebab tak pecaya dengan bank,so simpanlah diorang ni harta-harta diorang sorang simpan bawah katil yang sorang lagi tanam belakang rumah,agak-agak korang la kan 10 tahun berikutnya sapa yang makin kaya???

Itulah dia inflasi,inflasi ni la yang makan nilai duit yang kita ada..seringgit zaman aku sekolah dulu boleh buat aku kenyang siap ada duit bawak balik lagi,tp skrg???singgit buat ape???beli nasik kosong je takde lauk..

so,renung-renungkan lah,macam mane kita nak jamin mase depan pewaris kita???semua benda nak kene guna duit sekarang ni apakan lagi untuk masa depan...duit yang kita ada sekarang masih samakah nilainya untuk masa depan???jawapannya ditangan korang semua..

sekian.

Kene raging

Sabtu lepas aku ikut la member aku sorg ni pegi gym dia ialah jebat bukan nama sebenar,aku pegi tu memang niat aku nak belajar dengan dia..
memang betul dia bagi pengajaran kat aku,sampai saat aku tengah menaip ni pun sengal-sengal ada lagi tengah bermain kat sendi-sendi aku ni...
dah lama sebenarnya aku tak main berat-berat ni,kalau aku main pun cume ringan-ringan je..tapi bak kata org kat gym tu kalau tak nak rasa sakit baik duduk umah main telur ayam golek-golek masuk dalam kuali,lebih kurang macam tu la...hahaha
so sabtu lepas aku memberanikan diri folow rutin si jebat tu,peh!!!seksa aku..rase nak meletup bisep aku kene super set dia,tapi aku puas hati..nak badan cantik kena belajar dengan orang yang berpengalaman,so si jebat ni boleh pakai la setakat ni..jangan mara ye jebat,hahaha..aku akan terus folow si jebat ni selagi aku mampu.

harap-harap dapat 6 pac dengan lengan cutting baek punya jadi la..hahaha

Exercise yang aku sempat folow untuk:

shoulder
chest
biceps
sakit!!!!hahaha

I'm Number Four

Minggu lepas langsung tak sempat aku nak buat karangan,so minggu ni agak free sikit boleh la mengarut sikit kat sini.



Wayang minggu lepas bertajuk I'm no.4, saje aku translet ikut bahasa kebangsaan tajuk kat atas tu,cerita ni mengisahkan pasal sekumpulan manusia dari sebuah planet telah lari dari penjajah planet asal diorang,diorg lari dan turun ke bumi sebagai tempat perlindungan,diorg ni bersembilan semuanya dan masing-masing ada penjaga diorg,diorg ni jugak masing-masing ada kuasa sendiri dan tugas penjaga diorg tu just untuk ajar cara mengawal kuasa tu,lepas dah pandai nanti,pandai-pandai la nak hidup,jadi part klimaksnya sipenjajah tu memburu diorg ni smp ke bumi sebab diorg bakal merampas balik planet diorg bila dah pandai guna kuasa diorg dan bersatu. Jadi kalau nak tau lebih lanjut sila ke pawagam yang berdekatan dengan anda..

Cite ni aku tengok rabu lepas..minggu ni tak tau lagi tengok cite ape.

Tuesday, March 1, 2011

Bayar Saman.

27.02.2011-Hari Ahad lepas aku pagi-pagi lagi dalam pukul 9 macam tu aku kuar umah nak ke Bandar Baru Bangi,misi utama aku adalah nak membayar saman.

Asalnya aku tak tau la kereta aku ni ada sangkut saman,malam sebelumnya tu aku tengok berita TV3,diorang announce la yang hari ahad semua pejabat pos kawasan selangor dan KL dibuka untuk pembayaran saman,dan-dan tu jugak aku bukak myeg,mula-mula check nama aku tak ade pape memang clear la..maklum la pemandu berhemah katekan,lepas tu aku saje la gatal-gatal masuk kan no i/c adik jantan aku,sebab dia memang selalu bawak kereta aku,sekali..kantoi seat belt saman sain plak tu kene RM150 hengget.

So pagi tu aku samapai kat pejabat pos tu pukul 9.15 pagi,orang dah ramai aku terus amik no giliran,no aku 2089 mase tu baru 2014..peh,ramai lagi tu aku pon cabut pegi sarapan dulu dengan chenta aku kat seksyen 1 sebab ade pasar tani,layan nasik lemak dengan paru,heh!!!terbaik beb...

dah puas kat sane siap pusing-pusing pasar tani tu,aku pon bergegas ke pejabat pos tu balik,sesampainya aku kat sana orang dah makin ramai dalam area pukul 10 lebih gak la,aku tengok no giliran baru 2028 macam tu la,adu..lame lagi ni,aku berjalan gaya cat walk ke kedai runcit berdekatan untuk mendapatkan senaskah Mingguan Metro,patah balik ke pejabat pos no tu tak bergerak lagi..

Boring menunggu aku masuk kereta bace surat kabo tu dari depan sampai habis,aku kuar balik tengok no lagi baru 2036..ini keje ke ape ni???masuk balik keta,tepon sane sini dalam pukul 11 aku masuk balik baru 2049,lagi 40 orang???

Aku buat keputusan tunggu je la kat dalam ofis tu,duduk punye duduk aku tersentuh skrin monitor komputer sebijik ni sekali menyala,rupe-rupenye kiosk KWSP da...aku pon terus mengambil kesempatan memerint aku punya penyata,dah tekan print tu sekali tak keluar plak dia punye paper,menggelabah aku kejap...hahaha,rupanya kat bahagian dalam kioask RHB sambungnya...

Tunggu punya tunggu siap boleh berkenalan dengan semua orang dalam tu pukul 12.50 baru samapai turn siap tumpangkan pak cik sorang ni sekali sebab dia punya turn lagi 100 orang dah tu plak dia ade emergency aku tolong je la,lega rasenya lepas setel bayo tu...aku tak tau la sape yang datang pukul 12 tengah hari tu sampai turn pukul berapa agaknya,ntah-ntah siap tido situ kot..hehehe

Sekian.