Pages

Wednesday, April 25, 2012

Rempit KK

Saja nak citer pasal aku merempit masa mula-mula sampai kat KK.

Turun flight je adik aku sambut dengan motor je...dia panggil teksi airport bawak wife dgn ayah aku, yang aku ni naik motor la, main redah je...malam pulak tu.

Naik motor tu biasa je just suasananya aje yang rasa lain, kereta 4x4 penuh atas jalan,cara diorg drive pun memang secara suka hati, sebab ikut diorg la nak amik lorong mana, tukar lorong ke mmg tak payah bagi signal. Agak ganas jugak la cara pembawakan kereta diorg dan memang adik aku awal2 lagi dah warning jangan ikut dekat sangat belakang kereta takut tercium.

Habuk2 jalanan tu biasa la kat sini pun ada gak habuk cuma kalau korang nak naik motor waktu siang mmg wajib pakai mask sebab lori pon banyak lalu jalan dalam bandar, untuk mengeakkan mulut korang penuh dengan habuk pakai la mask.

Saranan aku lebih baik naik kereta, kalau jalan2 kat sana amik je kereta sewa sebab mmg banyak company yang buat kereta sewa kat area airport tu.

Overall jalan KK cantik cuma cara pemanduan kena berhemat.


Tuesday, April 24, 2012

Ke Kota Kinabalu

Salam semua...

Hari ni baru berkesempatan update blog...

4 Hari kat Sabah negeri dibawah bayu memang betul2 memenatkan, bukan buat apa pun...berjalan sakan la kalau dah ke tempat orang.

Alkisahnya aku ke Sabah dengan wife and ayah aku, saja nak melawat adik kedua aku yang dapat mengajar kat sana. Sejak dia pegi sana dari bulan 2 hari tu memang kitorang 1 fameli tak penah pegi melawat, so ini la masanya sebab tiket flight dapat murah.

Memang teruja nak ke tempat baru lagi-lagi seberang laut, tapi 1 je masalah yang aku kena hadap...aku fobia naik kapal terbang,tapi alhamdulillah aku dapat bertahan untuk perjalanan selama 2 jam setengah dari LCCT ke Kota Kinabalu.

Biasa dengar orang cerita kat sana cepat gelap. so kali ni aku dapat alami sendiri bila jam baru tunjuk pukul 6.30 petang dah start gelap dan pukul 6.30 pagi matahari dah terpacak cerah kat atas gunung Kinabalu. Kagum sungguh aku masa mula-mula sampai...dan satu lagi aku jadi cepat mengantuk walaupun baru pukul 9 malam...







Gaya Street







Makan malam kat area KK






Sekitar bandar KK




Masjid bandar singgah solat Maghrib, masa ni jam pukul 6.30 ptg

Makan lagi









Thursday, April 19, 2012

Mati itu pasti!!!!





Assalamualaikum semua...

Tanggal 17/4/2012 isteri kepada office mate aku telah kembali ke rahmatullah, bagi aku pemergian arwah terlalu mengejut sebab aku selalu nampak arwah berjoging dengan suaminya. Tak sampai 2 minggu arwah dah takda. Dengan usia perkahwinan yang terlalu awal, anak pulak baru cecah umur setahun arwah pergi meninggalkan kemewahan dan kebahagian dunia.

Semalam aku ke Segamat dengan office mate yang lain menziarah arwah untuk upacara pengkebumian, suasana sedih tu memang tak boleh nak bendung dah, air mata mengalir keluar sendiri bila terbayangkan wajah arwah.

Masa talkin dibaca, aku sedar betapa gelapnya kubur tu dengan tak bertemankan sesiapa nak menghadap 2 malaikat yang datang selepas orang lain balik, aku takut pikirkan pasal mati...bersediakah aku kalau kejap lagi turn aku pulak yang masuk ke dalam?

Umur bukan pengukur untuk hidup lama atas muka bumi tuhan yang serba indah ini...semakin lama kita hidup semakin banyak dosa yang sedar atau tak sedar kita kumpulkan...sama2 la kita renungkan.

Semoga Allah letakkan arwah dalam golongan orang2 yang beriman dan ahli syurga..aminn.

Thursday, April 12, 2012