Pages

Sunday, February 19, 2012

Pusing KL

Hujung minggu ni takde aktiviti,so lepak-lepak dengan wife...minggu ni pusing-pusing KL,mula-mula tuju ke Jalan TAR atau Jalan Tunku Abdul Rahman,KL...kuar dari rumah pun lepas asar,dan memang saje nak kuar lewat sebab tak nak bersesak dengan kereta-kereta yang banyak atas jalan raya.
Lepas park kereta kat Pertama Kompleks kitorg menapak la ke Jalan TAR tu,orang belum ramai lagi dalam area pukul 6.30 tu,selesa je jalan...target aku takde benda lain melainkan makanan kat sana,lepas habis sejenis aku beli pulak makanan jenis lain,best...sedap je makan,bukan lapar sangat pun,suka-suka nak mengunyah.

wife aku terjumpa plak dengan BFF dia,apa lagi ajak jalan sekali la,aku pun layan je sbb memang aku pun kenal dengan diorg...lepas layan jalan tar tu,kitorang bertolak pulak ke Gombak,sebelum tu singgah kat tol highway duke untuk solat maghrib...lepas tu terus ke kedai makan tom yam aisyah,mkan lagi...layan,sedap dan kenyang...

dalam pukul 10.30 macam tu kitorang sampai pulak kat uptown danau kota,sama mcm jalan tar jugak keadaan...orang belum ramailagi masa tu,peniaga baru nak bukak keda masing-masing...jalan punya jalan pusing sampai dua kali dapat la aku seluar track tiga suku selai,wife plak baju kemeja dua helai...dah lama tak shoping la katakan...bila lagi nak membeli,.

seterusnya malam tu kitorg jadi bujang kejap...saje nak lepak dengan member-member lama,aku tido umah member aku wife aku pun tido umah member dia...sembang dengan member tak tengok jam sedar-sedar dh subuh....esok paginya balik putrajaya.

2 comments:

Mr feckry said...

bujang betul

~ Jebat Derhaka ~ said...

hakhakhakak..alahaiii..merungut nampak..bukan selalu pon hang nk mai lepak dengan aku....berkira sangat hang nieyh...^^