Pages

Monday, February 20, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia




Ahad lepas aku dijemput untuk menghadiri majlis penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebagai peneriama,bertempat di Perbadanan Putrajaya. Majlis bermula pada pukul 1 tengah hari dan aku pulak sampai pukul 2 petang,bukan saja2 nak pegi lambat tapi sudahkan dulu solat zohor...baru la selesa.

Sampai tu Ahli Parlimen Putrajaya iaitu YB.Datuk Seri Utama Tengku Adnan sedang bagi ucapan kepada penerima2 baucar.Macam2 la yg diterangkan banyak sngt aku dapat tangkap berapa kerat je sebab duk sibuk mencari kerusi. Penyerahan baucar bermula pukul 3 petang aku orang yang ke-225.

Alhamdulillah,rezeki yang Allah bagi kita tak payah nak pertikaikan...ada hikmah disebalik kejadian,semoga Allah membalas jasa baik pada orang2 menyumbangkan duit bantuan ni dengan ikhlas.Sebab ada antara orang2 yang terima duit tu adalah orang yg sngat2 memerlukannya,untuk duit dapur,belanja anak2 yg nak membesar...mcm2 org ada.Yang tak memerlukan pun ada jugak mintak tapi disebabkan duit free...sapa tak nak kan?so amik je la...

Kepada yang dah dapat tu bersyukurlah dengan pemberian tuhan ni,bukan senang nak dapat 500 bg orang2 miskin kat luar sana,hargai walaupun dapat free..bersyukur lebih baik.


1 comment:

~ Jebat Derhaka ~ said...

boleh blanja aku..hakahkahk