Episod hitam gadis berusia 16 tahun dari Batu Kawa itu bermula Rabu lalu apabila dia ditawar wanita berusia 29 tahun itu bekerja sebagai penjual buah bagi mendapatkan pendapatan sampingan sempena cuti sekolah.
Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu tanpa sebarang syak wasangka terus bersetuju mengikut wanita berkenaan, namun sebaik tiba di sebuah hotel di bandar raya ini, dia disuntik dengan dadah. Menurut sumber, mangsa disuntik sebanyak tiga kali sepanjang berada di dua hotel berasingan sebelum dilacurkan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek membawanya membeli barang di sebuah pasar raya di Bandar Baru Batu Kawa, jam 11 pagi, Jumaat lalu.
“Mangsa mengambil kesempatan ketika suspek sibuk membeli barang melarikan diri dan pulang ke rumahnya. Pada masa sama, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis pada hari sama.
“Pada petang keesokan hari, mangsa ditemani ibunya sekali lagi membuat laporan polis selepas didatangi suspek yang mengugut mengasarinya jika enggan mengikut arahan,” katanya.
Sumber itu berkata, susulan laporan itu, polis melancarkan gerakan sebelum menahan suspek di rumahnya di Stutong kelmarin untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, siasatan awal mendapati suspek menyuntik mangsa dengan sejenis dadah sebelum dipaksa melayan lelaki. Katanya, mangsa turut mendedahkan bahawa dia seterusnya diarahkan berpindah ke sebuah lagi hotel sebelum disuntik dengan dadah jenis sama menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar .
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa kepada hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.
Sumber : Mymetro
## Dengan jiran pun nak buat jahat?? semangat kejiranan yang dipupuk oleh banyak pihak disalah gunakan...bukan semangat begini yang kita nak terapkan pada golongan muda mudi...pelik.
No comments:
Post a Comment