Pages

Friday, December 9, 2011

BlackBerry Bold, Curve model baru

Pengeluar telefon pintar Blackberry, Research In Motion (RIM), memperkenalkan model telefon pintar terbaharunya, BlackBerry Bold 9790 dan BlackBerry Curve 9380 di pasaran tempatan.

BlackBerry Bold 9790 menampilkan beberapa penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya, seperti sistem operasi BlackBerry 7 yang menggunakan cip pemprosesan 1 gigahertz yang menawarkan operasi lebih licin dan pantas untuk melayari laman web dan pelbagai aplikasi lain.

BlackBerry Curve 9380 pula hadir dengan skrin sesentuh 3.2 inci (8.1 sentimeter) dan integrasi ke dalam laman rangkaian sosial seperti BlackBerry Messenger, Facebook dan Twitter.

Naib Presiden RIM Indochina, Nick Harton berkata, pihaknya berbesar hati untuk melancarkan kedua-dua telefon pintar terbaharu itu di pasaran tempatan.

“BlackBerry Bold 9790 dan BlackBerry Curve 9380 menawarkan reka bentuk yang nipis dan bergaya dengan ciri-ciri perhubungan sosial, komunikasi dan multimedia yang telah dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kedua-dua model terbaharu itu boleh mula didapati di pasaran pada harga RM1,488 untuk BlackBerry Bold dan BlackBerry Curve pula ialah RM1,166 seunit.


No comments: