Pages

Sunday, November 13, 2011

Menjaga Amalan

Baru-baru ni sepupu aku datang ke rumah buat lawatan,dia ni sorang budak tahfiz tapi tu dulu sekarang ni dah jadi ustaz dan mengajar di sebuah sekolah hafazan al-quran di Raub,Pahang.biasanya orang cakap orang2 hafazan ni boleh menilai orang dari luaran.

So,hari tu sepupu aku ni lepak dalam 3 hari gak la kat umah aku ni,masa jumaat lepas aku amik cuti kerja so banyak la masa aku nak berbual dengan dia,itu sampingan je sebab utama aku cuti tu ada sebab yang lagi besar,dalam masa berbual tu dia ada tegur aku dalam penjagaan amalan harian kita...

dalam menjaga amalan ni yg pertama-tama kalinya dia cakap kita kena ada kerisauan,sebabnye dengan kerisauan ini kita akan takut dengan Allah,contohnya kita risau kita dah terlewat sembahyang,kita risau kita dah tinggalkan sembahyang,kita takut nak tinggalkan puasa,kita takut kita tak bayar zakat..jadi kat sini dalam masa yg sama kita takut untuk tnggalkan tuntutan Allah,tanpa kerisauan ni kita akan jauh dengan Allah...sebab tanpa kerisauan ni dengan selambanya kita tinggalkan semua tadi tanpa rsa takut dengan balasan Allah dikemudian hari nnt..

tak guna amalan sunat kalau yg wajib kita x pegang sekuat2 nya...itu la asasnya untuk kita dekatkan diri dengan Allah..masa senang kita lupakan kebesaranNya tapi masa susah bukan main lagi kita rukuk dan sujud mintak belas kasihan dariNya,masa tu jangan kita salahkan Allah kalau doa kita tak dimakbulkan,tapi itu semua terpulang pada Allah dengan bersandarkan pada kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim' atau Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Risaulah wahai kawan2,risaulah dalam membuat ibadat sebab alangkah indahnya amalan kita kalau kita selalu dapat menjaganya tanpa ada lopongnya..pesanan ini aku kongsikan untuk diri aku sendiri dan pada siapa2 yg dapat manfaat dari sini Alamdulillah..

wassalam...

ada lagi pesanannya,nnt aku kongsikan lagi..Insyaallah.

2 comments:

~ Jebat Derhaka ~ said...

welldone

ridhuan said...

tak seimbang kalo kita hanya rasa risau tapi kita tak ada rasa mengharap...risau @ takut amalan itu perlu dan harap amalan itu diterima oleh Allah azzawajalla juga perlu...renung2kan dan selamat beramal..